Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wedding Trip Ipoh-Taiping-Kuala Kangsar

Category: By Pyromaniac

05 07 09
My best Friend Wedding
Arghh majlis kahwin lagi..salah satu majlis yg cuba aku elakkan..tapi disebabkan oleh membe baik aku nie..terpaksa aku menghadiri jua..bukan apa nak ambik hati pasangan pengantin baru nie..kenapa aku cuba mengelak ke majlis sebegini pasti ada org akan tanya pyro..bila ko nak kawin?jantung aku time tu terhenti sesaat..glupp..aku dah la takde calon..mcm mana nak kahwin! mula la tohmahan diberikan aku nie terlalu memilih la..berangan mahal etc..lantak la org nak cakap apa..tapi dalam perkahwinan nie bukan bende yg boleh di bawak main2..nak keserasian ikatan yg kukuh teguh..aku tak nak la nanti bakal teman sehidup semati aku nie buat perangai masa lepas kahwin nanti..ohh aku tak nak wat silap percaturan ..nanti aku merana..aku nie kan hati senipis kulit bawang..kononnya la..haha..aku bosan dengar istilah cerai la.talak la..gaduh dan tak serasi la ..blah2 oleh membe aku yg dah lepas berkawin nie..serabut...dan aku tak nak la aku berscandal sana sini gara2 tak puas hati ngan bini aku nie! aku mudah rasa bersalah dan lagipun skrg aku belum ready lagi nak kahwin..kalau ada jodoh ..entah susah nak ckp..bagi aku bende ni terlalu rumit!
Trip aku kali nie bersama ngan 2 org member..mula tu pergi ke kenduri kahwin si wan di ipoh..kg kepayang..dah lama aku tak pergi ke situ..bertahun2 dan skrg nie dia dah jadi suami org..memang aku jangkakan..aku akan semakin kesunyian dan kesepian..sorang2 membe aku berkahwin dan membawa hala tuju masing2...life mesti diteruskan..selepas aku pergi ke ipoh..aku singgah juga di taiping..aku ingin melihat sendiri keindahan tasik taiping yg terkenal tu..makan ais kacang di pekan taiping dan singgah sebentar di rumah membe aku nie..tasik taiping pada pandangan aku..arghh susah nak di gambarkan dengan kata2..berlatar belakangkan gunung dan bukit yg menghijau dan tasik yg besar..memang indah..tenang..dan tak kelihatan langsung bangunan tinggi di celah keindahan permandangan nie..cukup sempurna
Destinasi seterusnya sebelum aku pulang ke Kl..aku singgah di kuala kangsar..aku membeli cenderahati dari sana..labu sayong..murah harganya..sepuluh ringgit satu pasu dan juga menikmati keenakkan mee kari..sebenar aku dah lapar..semua bagi aku rasa sedap la..pergi ke masjid ubudiyyah untuk bersolat dan mengambil kenangan bergambar di istana kesultanan lama perak sebelum pulang..aku rasa aku kehilangan sesuatu..apa dia?entah perasaan mcm nie timbul secara tiba2.

Selamat pengantin baru















taman tasik taiping



Muzium taiping








Istana lama kuala kangsar




mee kari













Masjid ubudiyyah

 

6 comments so far.

  1. Keri AlHaj August 7, 2009 at 12:57 AM
    haha... saya sabtu ni (lusa lah tu) pun ada undangan majlis kawen kawan... hal yg samalah kita rasa bile pergi tempat2 mcm ni... antara rakan2 sebaya tinggal sorang 2 je lagi yg masih bujang... tu yg buat org aktif bertanya tu... bosan jer.

    lupa plak nak bg tau. URL blog yg lama tu ada masalah sikit... saya tak boleh nak view entri... taip penat2 tapi takleh publish. itu yg tukar url tu, seb baik pulak menjadi. kalau tak payah2 sgt tutup jelah blog tu... memang dah meradang dah tu. seb baik dia ok lepas tukar...
  2. CiKaLi August 7, 2009 at 6:57 AM
    ha...
    sy tau mslhnya..
    sbb pyor slalu tutup muka dlm blog..
    tu yg tk de calon..
    muhahaha..
    muahaham
  3. yet my last August 9, 2009 at 11:41 AM
    aiyoyo...cian die, sekali lg menimbul blk hal2 kawen ni hehe...
  4. Sharif John August 10, 2009 at 5:38 AM
    Bila la kita mau kawin kan bro? hahaha
  5. Unknown August 11, 2009 at 5:24 PM
    This comment has been removed by the author.
  6. Pyro August 11, 2009 at 5:31 PM
    Chimera: bosan soalan killer tu kan..biasala mulut org bukan senang nak tutup; kalau bole nak lekat ngan gam gajah!

    Cikali: ala letak muka pun tetap takde org nak!

    yet: tu la fobia dengan kenduri kahwin nie

    john: awak tu muda lagi!hehe

Something to say?