Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Bersahur Bersama di Kg Baru

By Pyromaniac
07 09 09
Bersahur bersama di Kg Baru
Malam ni aku tidak dapat melelapkan mata..takut terlepas detik yg bahagia..aku menunggu dengan penuh kesabaran..tidur2 ayam..sekejap celik dan tersedar kembali..apabila aku menerima panggilan telefon yg mengatakan dia akan sampai di greenwood pada pukul 5 pagi..aku bergegas berkejaran mencapai impian aku..nasib baik aku sempat mengejar waktu..pada mulanya aku planning nak bersahur di restoran nasi lemak kg baru bersama dengan si dia nie..tapi dah tutup.takde rezeki apa boleh buat..argh akhirnya aku sempat juga pergi ke restoran kelantan kak som bersahur walaupun pada saat yg terakhir waktu imsak..aku berharap kedukaan aku selama ini akan diubati..sinar bahagia akan kembali..
 

Tenji Japanese Buffet

By Pyromaniac

06 09 09

Tenji Japanese Buffet

Hari nie dah masuk hari ke 9 aku begitu susah hati..entah la..bermcm bermain dalam permikiran aku..aku menerima panggilan telefon dari kawan aku raja mengajak aku untuk menghadiri gathering sempena best buddy aku ni yg akan berangkat ke japan..dalam masa terdekat nie..sambutan perpisahan sempena dia akan melanjutkan pengajian di jepang selama 2 tahun..antara buddy aku yg paling rapat sekali..sedih juga aku memikirkan perkara nie..lepas ni takde la teman aku untuk mengeluh kesah akan segala masalah aku nie..kalau aku susah hati..aku keinginan untuk makan lebih..dengan harapan aku makan sebegini supaya aku tak pikir segala masalah ini..tapi aku pasti belum tentu berjaya..membe aku nie perasan akan perubahan aku nie..dia menasihati aku bersabar..teruskan bersabar..dan akhirnya kesabaran aku itu berhasil apabila aku menerima berita gembira..arghh bende yg aku tunggu selama ini..akhirnya..aku senyum kegembiraan..hilanglah segala kesengsaraan yg aku alami selama ini..penantian yg sungguh menyiksakan

Berbalik kepada buffet japanese nie..pertama kali aku menikmati buffet japan sebegini..tambahan pada bulan puasa..kalau harganya memang hurmm..sayang nak klr kan duit sebanyak itu tapi disebabkan org paling rapat..apa salahnya kan..makanan memang berbaloi la..terutama ada beraneka jenis sushi,makanan local,sup,western food,tempura walaupun pilihannya tak banyak,steam boat,dessert yg sedap dan paling penting aiskrim hagen dazz...pilihan makanan bagi aku memuaskan la..

Kalau aku makan buffet nie..aku akan memilih makanan yg mempunyai nilai harga yg paling tinggi..contohnya tiram..ikan salmon,kambing bakar,aiskrim hagen daz..kek coklat dan etc..seboleh elakkan makanan nasi atau sup..tu style aku makan buffet nie..at least aku rasa tak terkilan dengan spend duit yg banyak nie..aduss..biler dah kenyang terasa poket semakin menipis..dan dalam masa sama kalori aku ambik pun bertambah..puasa nie ada hikmah juga kerana walaupun aku makan banyak..berat aku dah berjaya dikurangkan sebanyak 2 kilo..bile la nak dapat ideal weight nie..

































 

Quotes

By Pyromaniac
To be or not to be, that is the question.

Shakespeare: Hamlet
 

District 9: TGV kepong

By Pyromaniac
District 9
TGV kepong

 

Berbuka Puasa di JW Marriot

By Pyromaniac
01 09 09
JW Marriot
Majlis Berbuka Puasa
Bila dah tua mcm nie..selera makan pun tak rancak mcm time remaja..masuk je 2..3 pinggan yg kecil perut dah penuh..aduhai membazir je kalau makan di tempat mahal2 mcm nie...makanan di JW marriot bagi aku average la..semuanya hidangan local malay food..masalah nak pergi ke KL masa petang nie ..ourghh sengsaranya dengan kesesakan lalulintas!argh

















 

Selamat Hari Merdeka

By Pyromaniac

31 08 09
Selamat Hari Merdeka
Hari kemerdekaan pada kali ini nampak mcm begitu hambar..mungkin jatuh pada bulan ramadhan,serangan H1N1 dan juga ekonomy yg kurang memberangsangkan..kebelakangan ini aku kurang bersetuju dengan bermcm mcm idea bodoh yg diutarakan oleh sesetgh pihak..antaranya mengibarkan jalur gemilang dengan cara yg terbalik la..dan sesetghnya tidak mengibarkan jalur gemilang dengan alasan takut dituduh sebagai pro kerajaan,ekonomi tak bagus jadi tanda protes tak letak bendera..tapi company ko untung gak berjuta2...bagi aku negara kita nie bukan milik sesapa..pihak BN ke pakatan rakyat ke..melayu atau cina etc semuanya berkongsi bende yg sama negara kita nie..kenapa lah tak boleh menjadikan hari nie sebagai satu hari dimana semua warganegara boleh lupakan seketika ideologi politik yg bagi aku semakin karut marut nie..kalau kita nie terlebih patriotik sikit dituduh pro BN..letak bendera negara pro kerajaan etc..kalau aku pergi ke luar negara..contoh terdekat thailand..aku begitu kagum semangat cintakan negara oleh rakyat mereka..pernah seketika masa aku melepak di taman di kota bangkok..petang tu lagu kebangsaan thai dinyanyikan..dan semua thais berhenti dan berdiri..menghayati dan menyanyi lagi kebangsaan..aku kagum dan terkejut..di negara kita nie plak ada sesetgh pihak sanggup memburukkan nama negara..aku begitu fed up dengan budaya berpolitik keterlaluan yg cuba diterapkan oleh pihak2 tertentu..ada ke mereka tu mengambil berat pasal kepentingan golongan rakyat!mengarut la semua itu!masing banyak kepentingan peribadi..walaupun begitu aku masih sayangkan tanah airku ini..dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung
Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 52
 

Pizza de Pyro

By Pyromaniac

30 08 09

Pizza De Pyro

Hari nie majlis berbuka puasa secara besaran di rumah aku,ramai family akan datang..termasuk dengan cousin aku yg menetap di KL dan juga cousin aku yg lain baru dtg dari kelantan..ada interview di KL katanya..lebih kurang ada 20 org akan berkumpul bersama untuk berbuka puasa..bagus juga kan bila dapat berkumpul mcm nie..bukannya selalu...kebiasaannya majlis mcm berbuka atau hari raya..dan masa kawan aku datang ke rumah..aku pasti akan memasak hidangan istimewa..walaupun mungkin rasanya bukan mcm pro..tapi ada pujian tu dah dikira ok le..try n error..mencuba2 mana ada org masak terus jadi pandai...dulu aku pernah memasak spagetti bolognaise..terus jadi perbualan dan pernah resepi aku tu diminta oleh kawan mak aku sendiri..haha..sebenarnya aku main campak2 je bahan2 tue! Pizza nie nak buat memang sukar sedikit la..terutama bahagian roti..kalau tak kene caranya la..gebu mcm roti kebab la ataupun nipis mcm lempeng..percubaan kali nie aku cukup berjaya tambahan dengan dapur oven yg baru aku dapat mengawal suhu..walaupun aku seorg lelaki itu bukan halangan bagi aku untuk memasak..kerana memasak bukannya berdasarkan pada jantina..semata2..dah aku minat pada masakan dan makanan tapi disebabkan mak aku masih rajin memasak aku lupakan sahaja lah..lagipun memasak nie perlu ada ketelitian dan juga semangat..huhu..apabila siap je masak pizza aku nie..masa nak berbuka je masing berebut..tak sampai dalam 2 minute dah abis..aku pun antara org yg kedua mencuba..masuk je dalam mulut..hurmm sedap plak roti nie..rasa mcm kat pizza hut plak tapi yg penting bahan topping penuh di atas..aku suka xtra cheese dengan tambahan cheddar chesse dan sudah pastinya mozarella chesse..itu saja aku mampu nak beli pun..aku menyediakan dua pizza pada masa berbuka tu satu original dan satu lagi barbeque sos..barbeque tu bagi aku kurang sikit rasanya..sebab mungkin sos tak sesuai kot..

Menyediakan bahan mentah

Sos pizza..tomato

Cara nak letak topping pun kene ada gayanya..kali nie aku main campak je..pernah belajar di kedai pizza dulu :)



Pizza d barbeque





Sudah masak..cendawan dan sosej yg melimpah ruah




Pizza de Pyro
 

Mix feelings di Bukit Ampang

By Pyromaniac

27 08 09

Mixed Feelings

Bukit Ampang

Lokasi yg kebiasaan aku pergi..terutama aku tgh frust,nak cari idea,menyendiri,cari ketenangan..lets say la kalau aku gaduh ngan somebody yg jadi special aku pasti aku akan kesini nanti..my fav place le..dulu aku suka pergi ke KLIA..skrg dah jumpa tempat baru yg lagi dekat..ini adalah tempatnya..kenapala kegembiraan aku kecapi ni sekejap sahaja..arghh..dalam sekelip mata aku menerima berita yg buruk pada hari ini..semalam pun ura ura dah ada tapi aku diamkan sahaja..malam tu aku berpusing di KL sentral..di PWTC dan akhirnya meneruskan perjalanan ke bukit ampang..perasaan aku ketika itu berbelah bagi..turut sama terlibat dlm situasi yg sukar itu..susah aku nak terangkan disini..

 

Karaoke lagi,Jalan Masjid India & Restoran Kak Som

Category: By Pyromaniac
26 08 09
Berkaraoke lagi,Jalan Masjid India, Dataran Merdeka & Restoran Kak SOM
Aku terlajak dari tidur..arghh terus aku call bos aku..aku on leave..nak ambik cuti..terus sambung tidur balik..dan tengah hari tu..aku beraktiviti karaoke di Sunway..petang tu aku meronda di dataran merdeka dan juga jalan masjid india menikmati detik bahagia ini...bukan selalu cuti..time berbuka puasa pula aku memilih restoran kak som..masa nie aku banyak gak la sentap...kuih penyepak?
 

Berkaraoke di waktu sahur

Category: By Pyromaniac
25 08 09
Karaoke

Berkaraoke di Helicopter..walaupun sekejap tapi aku happy tak terkata :)
 

Preferences?

Category: By Pyromaniac
Preferences?
Mendengar lagu backstreet boy dan suka pada warna hijau
 

Berbuka Puasa D IKEA

Category: By Pyromaniac

23 08 09

Berbuka Puasa di IKEA

Bulan puasa nie adalah masa terbaik aku untuk bersama dengan org yg tersayang termasuk family aku,sahabat sehidup semati dan kawan2 rapat aku..peluang sebegini aku tak akan lepaskan..dan hari ini adalah kali pertama aku berbuka puasa di luar selepas hari pertama aku bersama dengan familyku

Makanan di IKEA?bagi aku average sajala..jgn harapla nak makan buffet yg bermenukan ayam basil,meatball ikea yg special tak pun ikan salmon! yang ada pun hanyalah makanan local malay food..jadi disebabkan oleh perasaan takut kehabisan makanan..berpinggan2 makanan diusung ke meja nie..ayam 3 pinggan,kuih,nasi,bihun goreng dan bermacam lagi..apabila time berbuka puasa ..makan sedikit saja..tak larat nak perabiskan kesemuanya..perasaan time tu...hehe..malu rasa nak tutup je muka nie dengan kertas surat khabar bile time nak keluar dari pintu ikea tu..adalah org tu kata..takper aku boleh makan banyak..keh keh..




 

Salam Ramadhan

Category: By Pyromaniac

22 08 09

SALAM RAMADHAN

Satu soalan yg bermain di fikiran aku..mengapa aku memilih islam sebagai anutan ku..pada mulanya aku tak mampu nak menjawab dengan tepat..adakah kerana pada nama aku sebagai seorang muslim atau disebabkan oleh keturunan aku melayu islam..lama juga aku berfikir tentang itu..dan yg menyebabkan aku tersentuh hati apabila berfikir secara mendalam tentang fadilat ramadhan dan konsep berpuasa...bagi aku org yg sedikit jahil dlm ilmu agama,aku tak perlu copy paste ayat dari buku agama untuk menerangkan mengapa aku memilih islam sebagai anutanku..aku hanya perlu memerhatikan dan berfikir tentang sesuatu perkara..topic aku kali nie berkisar bulan ramadan..aku melihat bagaimana sempurnanya agama aku mewajibkan puasa..puasa memang kita ketahui ada fadilatnya..tapi apabila kita berpikir secara mendalam dan tidak membabi buta mengamalkannya....aku baru sedar yg ibadat yg sempurna ini menyebabkan kita mengingati pada golongan yg susah yg selama ini sering kita abaikan...dan menghargai nikmat atau makanan..kebanyakkan org akan mengalami detik apabila menunggu masa untuk berbuka..tak sabar untuk menikmati makanan dan kalau org berfikir pasti akan cukup menghargai nikmat makanan walaupun sebiji tamar...konsep sembyg berjamaah yg diamalkan ketika terawih..konsep hidup bermasyarakat..bagi aku semakin moden kita nie..semakin jauh untuk melibatkan dalam kemasyarakatan termasuk juga aku..tambahan kalau tinggal di kondo maupun rumah bandar..jiran sebelah pun belum tentu kenal..at least dengan ada ramadan nie masing dapat ketemu dan mengikat ukhwah ketika berjemaah bersama..banyak lagi aku pikirkan dan sebagai insan yg lemah aku juga banyak melakukan dosa dan kesilapan.

 

Hotel Comfort Di Banting

Category: By Pyromaniac

20 08 09

Hotel Comfort

Banting

Hotel ni aku menginap selama 2 hari..walaupun murah tapi cukup selesa..reason sebab aku menginap di sini ada job di oleochemical plant..ada problem ma




 

Angau angau di Restoran Murni

Category: By Pyromaniac
17 09 09
Angau angau di Restoran Murni
Menikmati nasi goreng lamb chop juga roti hawai dan juss pink panther
 

Tersenyum dan tersengih mcm kerang

Category: By Pyromaniac
Semenjak kebelakangan nie..aku kuat tersengih sorang2 kat opis...muka pun tersenyum sorang2..banyak benda yg membuatkan aku happy..rasa gembira,aman,tenteram dan bahagia..huhuhu..bengongkah aku ini?
 

Kehidupan yg baru

Category: By Pyromaniac
Kehidupan yang Baru
15 08 09
Benda nie aku tak menjangkakan tapi dia datang secara tiba2....tapi aku amat memerlukannya.untuk aku terus menikmati kehidupan ini dengan lebih bermakna..bagi aku amat mustahil untuk mendapatkannya yg betul tulen dan unik kerana kehidupan di zaman moden nie pasti amat sukar untuk menemuinya..banyak yg palsu..fake..tiruan yg pasti mampu mengaburi sesapa saja insan yg tidak bersalah dan tidak berdosa
Aku begitu gelojoh..gopoh..gagap..dan gundah gulana bukan kerana apa..tapi kerana gembira..entah aku berperasan sebegitu..pemikiran aku masa itu hanyalah terarah untuk menyambut kegembiraan ini..pergi ke kajang menikmati detik gembira ini..dan selepas itu aku tersilap langkah lagi..gopoh..dalam rasa yg amat bersalah aku pun pergi ke shah alam,uptown di sana untuk menyambut saat yg gembira ini sekali lagi..aku amat berharap detik kegembiraan ini akan berkekalan selamanya..aku hanya manusia tapi segalanya bergantung kepada yg maha ESA yang mengatur segalanya
 

Robotic Explorace

Category: By Pyromaniac
15 08 09
Robotic Explorace
Petang jumaat tu aku terima call dari membe aku..pyro jom masuk explorace ..aku dengan hati berbunga terus setuju..dia ckp aku nie layak la aktiviti lasak mcm nie..keh keh keh..memilih juga kawan dia nie yer..hadiah walaupun tak besar mana sekadar percutian ke phuket..tapi free sapa nak bagi kan..sekadar bayaran RM10 termasuk makan pagi,tengah hari dan barangan cenderamata dan t shirt rasanya tak rugi masuk dlm race nie..pada mulanya aku tak paham konsep explorace nie..selepas join baru aku paham..segala serbi berkaitan dengan mechanical...team aku ditugaskan untuk membina sebiji robot..dan segala info atau clues untuk perlumbaan ini berkaitan dengan robot!..mentang la..ha pyro nie engineer kene reka dan juga pasang robot nie..terkial2 aku nak pasang sorang2..dari segi circuit dan juga badan robot nie..walaupun nampak simple..tapi kalau tak kene gayanya..tak menjadi juga..si membe aku wan ni pun byk membantu termasuk yg lain juga la..walaupun tak berjaya memenangi perlumbaan nie gara gara tertinggal clue!..arghh clue tu penting dalam mana perlumbaan jangan sesekali buang merata..mungkin akan diperlukan di akhir perlumbaan pula..yg melucukan masa masing mengayakan aksi robot..dalam movies transformer!


Membe aku memegang model robot katak yg dipasang oleh kitaorg


mana satu mr pyro nie!



Kitaorg bergaduh sebab tak menang..itu salah ko le..hehe


Mr pyro sebelum bertukar menjadi robot!


Si dia nie la yg buat team kitaorg tak menang..hehe..mana satu pyro nie!
 

Men vs Wild: Midnite hiking di Gunung Nuang

Category: By Pyromaniac

08 08 09

Mid nite hiking di Gunung Nuang

Aktiviti hiking yg sudah lama aku tinggalkan..gara2 my best buddy sudah berpindah ke singapore..dahulu aku selalu berdua dgn dia la...skrg nie aku join one group yg bagi aku cukup sempoi..sebenar kenalan lama gak..tapi jarang keep in touch..baru nie berpeluang aku jumpa dengan mereka..malam sebelum aku nak pi hiking nie aku dah ring ring dan juga email..nak jumpa dia mana pada pagi tu..breakfast bersama di area ampang..beli minyak tanah..dan barang keperluan yg lain la..masa nie aku beli la 2 botol red bull dan juga sebotol air 100 pluz...sampai je di parking di kem renjer tu..aku dan group aku berjumpa dengan group dari kuala lipis..mula2 sebelum mendaki daftar dengan bayaran seringgit dan org yg paling berumur nie..pakcik la memulakan sesi memanaskan badan..arghh lenguh baru je exeercise..mcm mana nak mendaki nie

Pendakian bermula..9 pagi..aku ingatkan group lipis nie berbadan tegap..sasa dan lebih besar dari aku mempunyai stamina yg tinggi..aku rasa mesti aku ditinggalkan di belakang..tapi sebenarnya silap le..aku dgn si radical yg mendahului pendakian nie..sebenar bukan untuk perlumbaan tapi aku malas nak slow2kan pendakian..takut lagi penat..dan byk juga kitaorg berhenti..tunggu group yg lain itulah nama setiakawan..aku rasa ok gak le sebab tak smoking dan routine kardio aku di gym byk membantu aku dalam pendakian ini..jadi tak cepat letih n dahaga..tenaga pun masih lagi consistent..nak mendaki ke perhentian pertama kami iaitu kem lolo mengambil masa hampir 3 jam..byk berhenti..tak kisah la..bukan nak cepat pun..dan selepas selesai membantu ahli group yg lain memasang khemah..perut lapar..aku pun masak la sebungkus besar maggi dan dikongsi oleh yg lain..perghh bau aroma maggi bersuasana hutan cukup menyelerakan..kalau aku masak maggi kat rumah pasti tak sesedap mcm nie..kitaorg berehat sebentar menunggu masuknya waktu zohor..bersembyg dahulu dan berehat membersihkan diri

Kem Lolo

Jam pukul 2 petang..Pendakian ke kem pacat di teruskan..laluan yg lagi curam dan berliku..fuyoo xtreme bagi aku...walaupun tidak lagi membawa barangan yg berat..tapi mentaliti kene kuat gak la mendaki kecuraman lebih 60 degree nie

Kem Pacat

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang..byk berhenti jadi lewat dari perancangan asal..tapi tak kisah asalkan ahli group yg lain sampai dengan selamat..berehat ramai yg tercungap2 untuk sampai ke kem pacat..aku masih lagi berupaya walaupun separuh nak pengsan..masing menghulurkan makanan ringan untuk ahli group yg lain..dan aku membantu seorg mamat nie mengurut pehanya yg terseliuh menggunakan minyak tomoi yg aku bawa..semenjak dari itu aku digelar tokey minyak tomoi..bagi aku minyak nie bagus untuk melegakan kesan krem kaki ataupun cedera pada otot dan tisu..mcm fungsi minyak panass la..dan si pakcik sorang nie plak aku bagi dia bandage utk dia balut lutut dia..aku nie rasa mcm ahli red cross la plak..takper aku belajar first aid training..sia sia sahaja tak practikkan

Pendakian ke anak gunung nuang

Wow..kali nie memang terasa adrenalin aku mengalir ke dalam setiap urat badan aku nie..mendaki dengan kecuraman hampir 80 darjah..mencanak..ditambah dengan laluan yg licin dan juga kayu balak..lopak air dan urat kayu yg berselirat..aku berapa banyak terjatuh gara aku tidak memakai kasut yg sesuai..ada ke patut aku pakai kasut pi running yg kebiasaan aku pakai di gym..arghh..tu la...nak naik ke anak gunung nie ramai juga yg patah semangat..nasib baik la dekat jam 6 petang masing pun sampai..fuyoo...sengsara n seksanya

Pendakian ke puncak

Kitaorg sampai di puncak lebih kurang pada pukul 7 malam..sejam pendakian dari anak gunung tu..wow..rasa begitu hebat..melihat keindahan alam ciptaan tuhan..cuaca semakin sejuk..boleh nampak genting yg sama tinggi dari sini dan juga keadaan malam kuala lumpur yg cantik..pada ketinggian 1488 m nie...menara KLCC tu nampak halus je dari puncak nie..selepass selesai sesi pengambaran,kitaorg pun menyediakan teh di atas ketinggian nie..sedapnya tak terkata bau aroma nya menusuk ke dlm hidung walaupun teh nie kalau kat bawah takde org nak minum pun..dlm hutan semuanya lazat dan sedap..makan sandwic dan juga makanan ringan yg lain..aku rasa tenang di atas nie..satu perasaan yg susah nak digambarkan dengan kata2

Menuruni puncak di malam hari

Selepas pukul 8 malam kitaorg pun nak turun dari puncak..malam tu gelap gelita..bygkan la hutan tebal nie..satu pengalaman menarik yg pertama kali aku lalui..masuk hutan di tengah malam...masing membawa touch light..suluh ke lantai hutan..aku ingatkan senang nak turun gunung nie..tapi lagi sukar berbanding dengan mendaki..tak nampak jalan dan juga jln yg terlalu licin..byk kali aku membuat aksi membontoti laluan pejalan kaki tu..abiss berlumuran lumpur pada bahagian bontot aku nie..haha..masalah kalau aku tak buat mcm tu..jatuh kene batu..tak pasal2 injured...so dengan keadaan jalan yg licin,kasut yg tak bersesuaian dan aku plak memegang lampu picit..menuruni gunung nie memang satu penyiksaan..tak sabar rasanya nak sampai ke kem perkhemahan..arghh seksanya..byk kali juga menunggu ahli group yg lain..mula berhenti di anak puncak nuang dan seterusnya berhenti sekali lagi di kem pacat..menuruni gunung nie mengambil masa yg agak lama dan akhirnya sampai di kem lolo pada masa 2 pagi..arghh..dan aku dah bergelen2 minum air sungai yg tak dirawat dan tak dimasak tu..dahaga woo..main cebuk je ke dalam botol air tu..lantak la cacing ke anak pacat ke masuk dlm perut..masalah terlalu dahaga dan keletihan

Sampai sahaja di kem tu..masing berehat keletihan...aku selepas membersihkan diri dan turut sama membantu ahli group yg lain menyediakan buffet di tengah hutan..buat air teh,milo..masak nasi,masak kari dalam tin dan ahli group dari lipis lagi hebat..siap menunya..ada telur masin,telur dadar dan daging segar..lapar gile dan melahap dengan sepenuh hati..dan selepass tu aku mandi sekali lagi..masa tu aku berborak ngan sorang mamat dari lipis nie..seorg body builder yg aku tolong dia urutkan kakinya yg terseliuh..ada ke dia panggil aku budak baru belajar di Universiti..dia tak tahu aku nie dah tua..masuk umur 30 an dah..dan dia tanya apa rahsia aku nampak muda..aku ckp hiking! tergelak besar dia sedangkan dia umur baru 25 tahun muda dari aku lagi..

malam tu aku tido dalam khemah keseorangan..khemah berwarna biru yg tidak kalis peluru..dan juga kalis air..aku sejuk mcm nak pitam..mengigil..sampaikan muka aku masukkan ke dalam baju juga..kaki plak dah mcm sejuk yg melampau..takde stokin..basah arghh..dan terpaksa melondehkan seluar untuk cover kaki aku dan juga berselimutkan towel..kesilapan aku kali nie yg aku akui aku tak bawak sleeping bag!arghh..dan byk kali aku terjaga dari tidor sebab kesejukkan dan aku ingatkan diluarnya hujan..tapi tidak...bende halus..mintak jauhkan lah!

pagi tu aku bangun pagi gak le dalam pukul 7..si mat kelate nie pagi2 dah meratah durian dan mengajak aku..aku selepass mandi tu dan membantu menyediakan sarapan pagi..bubur nasi yg cukup sedap..dan juga air teh yg panas..rasa mcm chef la plak..berganding bahu bersama mr radical..selepas makan sarapan kitaorg pun nak pulang packing barang n khemah..

waktu menuruni gunung nie jam dah menunjukkan pukul 11 pagi ..dan kitaorg sampai di kem renjer lebih kurang jam 1 petang..tu pun nak tunggu ahli group yg lain masih lagi di belakang..selepas mandi dan menyegarkan diri..si mamat lipis nie dengan muka selamba je pau 2 botol air oren yg sejuk dari team budak sekolah yg berkhemah..apa lagi..belasah je la..bagi aku pendakian nie bukannnya untuk mengejar sapa yg cepat sampai ke..yg hero..yg kuat etc tapi lebih kepada semangat setiakawan..bantu membantu..dan sifat begini la yg menyebabkan pendakian kali ini adalah yg paling enjoy..dan masing sudah bertekad untuk menyambungkan lagi perhubungan dengan pendakian di gunung ledang pada selepas raya nanti

Kesimpulan..balik dari hiking nie..aku jalan kengkang..adoi..pergi ke klinik dapat MC :)

Mula mendaki

Barang muatan yg berat

Berehat lagi



Pohon durian yg byk buah





Beg mr pyro!




Khemah aku yg cute berwarna biru tue!





Mari masak maggi!





Pyro masih lagi tutup muka bila lagi nak mendedahkan identitinya itu!





Di puncak..beirut!








Bersama dengan ahli team yg berjaya menawan puncak!





Sarapan pagi dengan durian hutan





Kasut putih aku dah jadi mcm belacan!



















Bergambar sebelum pulang
 

Redang Island: Syurga Dunia

Category: By Pyromaniac

Redang Island

Hanya satu perkataan yg boleh aku gambarkan

SYURGA DUNIA

antara salah satu pulau yg tercantik yang pernah aku pergi.


























 

First World Hotel

Category: By Pyromaniac
1 08 09
First World Hotel
Aku jarang menginap kalau pergi ke genting..dengan alasan dekat 45 minute dari KL tapi hari tu aku dengan yg lain ni pergi menginap di first world hotel dengan alasan keletihan..bilik kecil walaupun aku mendapat room yg lebih besar dari standard room..dan masalah kecik pun leh berlaku tiada elektrik masa aku nak masuk kedalam room..arghh! buffet di genting nie terutama di restoran kampung memang marvelous..sedap dan banyak pilihan...kiranya rugi kalau tak ambik pakej sekali dengan makan.. :O
























 

TGI Friday

Category: By Pyromaniac

TGI Friday

30 07 09

Tempat dimana aku pernah celebrate bday dengan my ex dahulu.aku seboleh mengelakkan diri makan di sini...arghh walaupun makanan dia sedap!itu tak dinafikan lah..life mesti diteruskan betul tak?






 

Chilis Midvalley City

Category: By Pyromaniac
Chilis
MidValley
Aku makan ngan buddy aku mr raja..first time dalam seumur hidup aku makan di tempat nie!











 

Papa Johns Pizza

Category: By Pyromaniac
Papa John's Pizza
26 07 09
New Pizza outlet di malaysia
Aku kalau nak belanja org tu memang ikhlas..tapi aku tak suka la ada org mempersoalkan aku..sikit fast food..sikit kedai situ sini..nak itu ini..adoi..ada masa aku kecewa tapi bila time tak kene aku mudah sentap..aku cuba buat yg terbaik la dlm segala serbi..hurmm..kecewa lagi bertimpa2..aku juga manusia bukan robot








 

Teater di Panggung Bandaraya

Category: By Pyromaniac
Teater Panggung Bandaraya
25 07 09
Aku memang tak nafikan diri aku nie mempunyai sifat yg mempunyai jiwa halus..aku meminati seni..tapi jiwa seni ku banyak hilang disebabkan oleh bidang teknical yg aku ceburi..aku nie mudah sensitif dan cepat emosi terganggu..itulah org yg berzodiac scorpion mcm aku nie..teater nie walaupun tak sehebat puteri gunung ledang..aku cuba la untuk menghayatinya tapi masalahnya aku tetap gagal kerana aku tak dpt memahami apa yg cuba disampaikan oleh drama tari nie..arghh belum abis 20 minute pertama aku sudah blah..tak dpt memahami mesej yg disampaikan.dan lebih baik aku blah dari menganggu audion yg lain..dengan gelak ketawa terbahak sedangkan itu adalah drama tari yg perlu difahami secara serius..biar la aku belum sampai lagi ke tahap dewa untuk memahami secara mendalam teater nie..bagi aku lebih mengemari teater yg berbentuk drama nyanyian dan terdapat unsur sketsa..











































 

Manchester United Asia Tour 2009

Category: By Pyromaniac

Manchester United Asia Tour 2009

20 07 09

Bukit Jalil Kuala Lumpur

Petang tu aku telah ditegur oleh awek nie..pyro aku nak tgk bola!apasal ko tak ajak aku..aku mulai merajuk muncung mulut aku tue..ala tambahan plak match man uni n malaysia..my favour team dari dulu lagi..aku takkan lepaskan peluang nie..dah la aku miss peluang sebab aku terpaksa pi ke penang..jadi terus aku pulang tu bergegas suruh kawan aku minah nie belikan tiket untuk aku..thx bersusah payah untuk aku..selepas maghrib je kitaorg gerak..aku tak sabar sebenarnya nak melihat persembahan sulung mic owen nie..walaupun tanpa kehadiran ronaldo..bintang pujaan aku walaupun perangai mcm sial..leh juga tgk kelibat permainan rooney dan ryan gigg..puas hati tak terkata bile dapat melihat dari dekat team pujaan hatiku ini..lantak la org nak kata poyo ke etc sokong man Uni..masa perlawanan hari tu..walaupun memakai jersi man u tapi masa malaysia nak menjaringkan gol nie masing memberi semangat..tapi apabila miss peluang je berbakul kutukan dan yg sinonimnya kayu la ko!bangku..bodo dan yg kelakarnya rita rudaini!abg ko patah kaki..nasib baik la malaysia tak kene belasah..syabas team malaysia n juga man united..menunjukkan persembahan yg terbaik pada malam nie!

malaysia 0 - 2 manchester united
























 

Family trip to Penang

Category: By Pyromaniac
19 07 09


Family Trip


PENANG

Aku sebenarnya tak rasa sedap hati apabila terpaksa cancel last minute trip aku bersama ke family ke penang gara2 mengikuti trip ke bali tempoh hari..bukan apa my mum mendapat salah info pasal tarikh ke penang nie..sebagai seorg anak aku pun sedaya upaya mengembirakan hati mereka..perkara pertama aku lakukan mencari apartment yg bersesuaian untuk satu keluarga..bagi aku kalau trip sefamily aku lagi prefer keadaan menginap di service apartment berbanding hotel yg suasananya lemas..aku puas mencari di dalam internet service apartment yg terdapat di penang..pilihan yg ada sri sayang apartment dan juga bayu emas apartment..tapi disebabkan last minute book sri sayang apartment fully book..alternative bayu emas..lokasi yg menarik terletak di area batu feringgi hanya 10 minute berjalan kaki ke pantai..dan night life.


Aku sampai di penang pun dah dekat nak senja.gara tayar kereta adik aku yg pancit..arghh problem menimpa..malam tu perkara buruk telah berlaku kepada aku sefamily..aku mencari nahas dengan masuk ke kawasan tengah bandar..aku tak tahu masa tu juga ada event pesta penang..memang mencari nahas..jem selama 4 jam!.ayah aku antara org terawal mengomel dan membising di kereta yg satu lagi..aku arghh tahan telinga saja la..nak mencari nasi kandar..aku pun boleh sesat dan pusing satu geogetown tu berulang kali..sampai ayah aku dah fed up..dan badan letih perut lapar..aku ckp takper la kita berhenti saja la di mana kedai mamak yg berhampiran..restoran nie terletak di tengah bandar, restoran zubaidah..walaupun rasanya biasa bagi aku berbanding nasi kandar kayu ataupun antara nasi kandar terfamous di penang..tapi puas hati la melihat family aku melantak dengan pelahap sekali.masa nak pulang tu pun sakit hati terpaksa menempuhi jem sekali lagi..sengsaranya hidup di sini!

Keesokkan harinya aku membawa family aku pergi

Pantai batu feringgi

Padang kota

Bukit Bendera

Pekene mee dan juga rojak di datuk keramat

jeruk di chowrasta

Ferry untuk pulang







































 

Day 3:Trip to Bali, Sukawati & Airport Ngurah Rai

Category: By Pyromaniac

12 07 09
Sukawati
Aktiviti terakhir shopping di Sukawati
Sayonara
Masa menunjukkan sudah pukul 5 petang,pak made telah mengingatkan kitaorg untuk beredar..perjalanan ke airport mengambil masa sejam..dan permintaaan terakhir aku untuk memiliki sehelai seluar quicksilver tercapai juga akhirnya..sempat pak made menurunkan aku beli last minute di warehouse sale ler! MCD santapan terakhir kami di pulau bali nie..banyak kenangan sepanjang di sini dan tak lebih lagi atas layanan yg diberikan oleh pak made..thx pak made..service memang tip top, banyak juga tempat tak sempat aku cover antaranya minum kopi bali, melihat permandangan indah sawah padi dan etc..dan banyak juga barang aku bawa pulang ke malaysia nie antara yg paling kelakarnya! aku terpaksa membeli sehelai towel yg berjenama dorce n gabbana disebabkan di hotel aku nie tak disediakan towel!towel paling mahal terpaksa aku membelinya dalam sejarah..dan bende yg lain untuk family dan org yg rapat ngan aku..untuk aku boleh bilang ngan jari sgt le..prinsip aku..utamakan org tersayang ..cheer :)




 

Trip to Bali: Day 3 Tanah Lot

Category: By Pyromaniac
12 07 09
Tanah Lot, Bali
Tempat yg perlu di lawati sekiranya pergi ke bali..tanah lot! walaupun aku sudah jemu dengan suasana temple tapi sekadar untuk cukupkan syarat saja la!






































 

Day 3: Trip to Bali, Check out! 12 noon

Category: By Pyromaniac

12 07 09

Check Out!

12 noon





 

Day 3:Trip to Bali, Surfing di Kuta Beach

Category: By Pyromaniac
12 07 09
Kuta Beach
Surfing!



















 

Day 3: Trip to Bali, Parachuting di Nusadua

Category: By Pyromaniac
12 07 09
Nusa Dua
Parachuting
Pagi tu aku tak sempat menikmati sarapan pagi..arghh terus pak made membawa aku pergi ke nusadua..water sport la katanya kan..bagi aku di sini pantai di bali nie tak cantik langsung..secara jujur la aku katakan..tempat nak mandi atau snorkeling..baik lupakan saja..kalau nak surfing tu boleh la terutama di pantai kuta dan di pantai nusa dua nie hanya dikhaskan untuk aktiviti water sport dan kitaorg nak mencuba parachuting plak..xtreme sport..yeahh..abis la sun burn aku nie






 

Day 2: Trip to Bali, Nasi Padang

Category: By Pyromaniac
11 07 09
Nasi Padang
Bali ni disebabkan populasi masyarakat hindunya melebihi 90%, masakan halal pasti menjadi isu yg penting..memang la pada dasarnya banyak restoran menulis simbol halal tapi apabila didalam menunya tertera..beer,arak, dan yg paling mengejutkan babi guling tapi mendapat status halal..aku mengaru kepala..arghh..dan pak made nie memang pakar rujuk dalam mencari makanan yg bersesuaian..dibawanya aku ke restoran padang yg terletak berhampiran dengan airport ngurah rai..masakan padang nie memang special dan beraneka jenis lauk..walaupun dihidangan lebih daripada 10 lauk utama..kita boleh memilih..ambik sahaja bahagian yg diingini dan selebihnya pinggan lauk yg tak nak diletak ketepi..dorang akan charge bahagian makanan yg disentuh saja..nyumm perut lapar..dan yg paling membahagiakan aku apabila dapat menikmati segeles ees tea manis..iaitu teh sejuk yg berharuman jasmine..nyamannyaaaa!


 

Day 2: Trip to bali ULUWATU.kecak dance

Category: By Pyromaniac
11 07 09
ULUWATU
Kecak Dance
Aku begitu kagum dengan semangat yg cuba di tunjukkan oleh pakcik dari bali nie yg bernama pak made..usaha yg cuba dilakukan olehnya untuk memenuhi hasrat kitaorg menyaksikan kecak dance..walaupun dah terlewat dari jadual asal..gara leka dengan aktiviti shopping..dia masih lagi berusaha untuk membawa aku melihat sendiri keindahan pulau bali ketika matahari tgh terbenam..impian aku! dan juga menyaksikan persembahan kecak dance..dengan kepakaran dan pengalaman dengan selok belok jalan di bali nie..dia membawa dengan gaya ala sytle rali dakar setiap selekoh dia begitu mahir..aku masih berharap dan begitu juga dia dan akhirnya sampai la di uluwatu pada masa yg begitu sesuai..matahari masih lagi nampak sipi2 di celah ufuk bumi bali nie...gambar matahari terbenam sempat aku rakamkan tapi peluang untuk menyaksikan kecak dance begitu tipis..disebabkan oleh pak made aku berjaya mendapatkan tiket ke kecak dance tu walaupun pasti tiada seat yg available..penuh sesak dengan org..dan aku menyaksikan sendiri wajah2 muka pengunjung yg datang dari serata dunia untuk melihat upacara yg hampir pupus dan tamadun ilang dari dunia nie..arghh aku hampir kecewa kerana tiada tempat untuk aku dan pak made sekali lagi menyuruh aku masuk dan duduk betul di kawasan laluan penari2 yg yg bagi aku terletak di lokasi yg begitu strategik..persembahan hanya beberapa meter dari pentas utama..wow..privilages bagi aku..bukan senang nak dpt peluang nie!
Aku menghayati setiap gerak tari dan juga persembahan yg cukup memukau ini..dengan bunyian mantera dan sound cak kecak cak cak..dan mengelilingi tugu api..ada mesej yg cuba di sampaikan tapi aku tak memahaminya dan satu ketika apabila upacara api di mainkan entah mcm mana si monyet tu cuba bermain api dan secara tak sengaja bara api tu terkene pada seorg kanak yg duduk di saf hadapan..melalak la..apa lagi..kecoh seketika tapi keadaan dapat di kawal dengan baiknya..aku pun cuak gak..si monyet tu main sepak terajang je sabut api tu kepada pengunjung..kalau pakaian tu mudah terbakar nahas jadinya..lawatan di bali nie pasti tak lengkap sekiranya tidak menyaksikan sendiri tarian kecak nie!













































 

Day 2: Ubud market

Category: By Pyromaniac
11 07 09
Ubud Market
Pada pandangan aku la..di sini adalah lokasi terbaik untuk kaki shopping mcm aku nie..haha.dari beraneka jenis art,pakaian t shirt,cenderamata,ukiran kraft,wood,stone etc..anyaman semua di kumpulkan satu tempat di sini..dan harganya boleh di runding..suasana di sini ibarat pasar buluh kubu baru di kota bharu, kelantan..tapi bukan di dalam bangunan yg besar la..aku bercadang nak shopping pada last day..dan aku silap sama sekali dan kat sini lebih banyak pilihan dan rambang mata berbanding dengan sukawati..walaupun terkenal dengan jolokan pasar murah..atau pasar rakyat..arghh menyesal tapi selamat juga duit aku nie..dugaan yg besar..huhhu..sebagai seorg leader dlm group aku nie..aku dah bilang sama dorang ok kita shopping dalam masa sejam saja..nanti pak made akan jemput di lokasi sekian2..tapi ha janji saja kan..bila dah nafsu membeli tu..terlajak lebih setengah jam..ikut perempuan biasalah kan..









 

Trip to Bali:Day 2 Kintamani

Category: By Pyromaniac
11 07 09
Kintamani
Gunung Batur
1717 m
Selepas selesai melawat pura tirta empul, aku meneruskan perjalanan menuju ke utara.destinasi seterusnya kintamani..di sini terdapatnya lokasi gunung berapi yg popular tu gunung batur..walaupun lokasi nya tidak setinggi mcm di cameron highland tapi suhu sejuk mulai mencengkam badan aku nie..sejuk tapi lebih sejuk dari cameron highland..arghh cameron bagi aku sudah hilang daya tarikan sebagai kawasan bercuaca sejuk! dan ini kali pertama aku menyaksikan sendiri rupa bentuk gunung berapi..mengagumkan! kintamani nie, penjual di sini terlalu suka pushy sgt..memaksa untuk membeli barangan dagangan mereka..ada masa aku nak naik hangin jugak..mau je aku pelempang kalau paksa aku dgn cara tak kene..aku cakap tak nak..bukan main lagi korang paksa aku beli..nasib baik pak made nie menyelamatkan dahulu perut aku yg lapar nie dengan melantak hidangan buffet ala bali di restoran yg berlatar belakangkan permandangan gunung batur..walaupun mahal sedikit tapi berbaloi la harga di negara asing nie..sekali sekala..dan perasaan marah aku terubat dengan perut yg dah kenyang nie..arghh sedapnya makanan di sini.


























 

Trip to Bali: Day 2 Pura Tirta Empul, Tampak Sirih (Temple of Holy Water)

Category: By Pyromaniac
11 07 09
Temple of Holy Water
Pura tirta empul
History
Legend has it that the sacred spring was created by the god Indra. His forces had been poisoned by Mayadanawa, so he pierced the earth to create a fountain of immortality to revive them.
An inscription dates the founding of a temple at the site to 926 AD. Ever since - for more than a thousand years - the Balinese have come to bathe in the sacred waters for healing and spiritual merit.
itu adalah kisah lagenda tersendiri berkenaan dengan binaan kuil nie..bagi aku..aku lebih meminati budaya sesuatu masyarakat,cara hidup, menikmati keindahan desa dan kehijauan sekeliling yg belum disentuh oleh arus pemodenan..aku amat meminati photography walaupun aku belum berkemampuan memiliki kamera dslr..yg pasti hujung tahun nie aku akan cuba mendapatkannya..merakamkan detik teristimewa..pemandangan yg unik dan indah..bagi aku kehidupan ini untuk dinikmati..walaupun ramai yg pernah memperlekehkan aku..pyro kau nie masih lagi pakai kereta buruk tu lagi..bagi aku buat apa aku memakai kereta yg mahal sekalipun dan akhirnya tersadai..baik aku gunakan duit tu untuk travel dan at least ada la saving juga kan untuk kegunaan akan datang
Bagi aku penduduk di bali ini kuat beragama..setiap pelusuk kuil di penuhi dengan penganut tak kira tua ataupun muda..dan di kuil nie aku melihat penganutnya membersihkan diri masing dengan air suci tanpa mempedulikan pelawat dari negara asing









































 

Trip to bali: Day 2 Pura di Blah batu & shopping mode

Category: By Pyromaniac
8.36 S 115.22 E
110709
Blah Batu
Pura
Destinasi pertama pura yg aku tujui selepas selesai menyaksikan tarian barong..pura adalah ibarat tempat ibadat bagi masyarakat hindu bali di sini..pak made begitu mahir selok belok jalan di sini..semua perancangan di kepala dia..aku dan yg lain hanya menuruti sahaja..yer la berdasarkan perbualan sebelum nie dia pernah menjadi tourist guide selama lebih 10 tahun..dah byk pengalaman dan juga berjumpa dengan berbagai nationaliti dari serata dunia..si minah nie duk mengusik aku..mr pyro aku mulai sekarang gelarkan ko jason mraz version asia disebabkan dengan dress up aku yg sempoi dgn pakai topi berwarna putih bergaya sakan mcm jason mraz..my favour artis la..dari dulu lagi..bukan apa aku kalau pi luar negara lantak la nak pakai apa pun..bukan org kenal..keke..first time aku masuk pura nie..aku bayangkan mcm perkampungan budaya..aku lihat ada acara keagamaan telah berlangsung..pihak si perempuan mengentel sejenis pulut dalam kuantiti saiz yg kecik..menurut pak made..kuih itu adalah sejenis hidangan istimewa..dan si lelaki pula sibuk membuat ukiran dan ayaman dari kayu atau buluh..aku kurang pasti untuk apa..bagi pelawat di pura di bali nie diwajibkan memakai sejenis sarung yg berwarna supaya dapat membezakan antara pelawat dan juga yg lain untuk beribadat..pada mulanya aku rasa begitu was was untuk mendermakan kepada pura nie..bukan apa..aku takut kurafat atau syirik tapi aku niatkan di hati sebagai bayaran masuk ke dalam la..mcm masuk ke muzium...masa aku nak isi borang kedatangan tu..guest book ada tabung..ramai mengisi ke dalam tabung tu..aku walaupun teragak agak tapi isi la juga kan..niat tu hanya allah yg tahu..





























Galoh Art Shop
Bali
Tempat untuk shopping2 ..masuk kedalam kedai nie..mata mulai rambang..banyak bende sebenarnya nak beli nie.. terutama t shirt bertulis bali..bagi aku itu sahaja hadiah yg boleh aku beri kepada family dan teman aku di KL nanti..bukan semua la aku nak bagi..terutama yg teristimewa dalam hidup aku..pasti aku tak lupakanlah..walaupun sekecik hadiah sekalipun..pada mulanya aku bercadang nak shopping last day aku di bali..tapi disebabkan oleh si minah sorang nie takde pakaian mandi..pergi le singgah di kedai nie..baju,tshirt,sarung,beg,barang art,painting, u name it..


 

Trip to Bali: Day 2 Barong Dance

Category: By Pyromaniac
8.36 S 115.22 E
110709
Denpasar Selatan
Barong Dance
Life memang banyak dugaan..kebelakangan ini hidup aku mcm lalang..entah mcm takde pedoman hidop..apa aku cari pun tak tahu..pergi opis bukak computer n balik opis pergi gym tu pun kalau rajin n balik rumah santai atas katil..apa aku cari dlm hidup nie pun tak pasti?jiwa rasa mcm kosong dan sunyi..tambahan dengan situasi stock performance yg mcm gampang lately nie..wat aku frust..rugi bukannya sedikit..klse dropped death..memang la sempat aku menjual kan dan menyelamatkan baki stock aku yg ada tapi yg lainnya terus lemas dan hanyut..itu la org kata kene cut loss awal2 lagi..belajar dari kesilapan..nak menulis blog..arghh malas..walaupun byk bende aku nak ceritakan..kenapa aku jadi mcm nie?tak pasti..
Berbalik kepada cerita trip aku ke bali yg lepas..mcm biasa aku suka cerita kisah yg basi..
hari kedua di pulau bali..pagi tu aku dah bangun subuh lagi..kesejukkan tido kesorangan ...perut pun lapar..muka masih lagi comot baru bangun tido..apabila aku nak pergi ke tandas, aku terasa pelik dan aneh..apa bende yg berplastik di bwah tapak kaki aku nie..bila sahaja aku mencelikkan mata,aku ternampak dan mulut aku secara tak sengaja terkeluar perkataan FCUK..kondom..celaka bile la ada kondom atas lantai tandas nie..nampak sgt ler pihak chalet nie tak membersihkan tandas nie..arghh aku tahu la aku tinggal di chalet murah nie tapi takkan la bekas condom tu tak dibuang dan dibersihkan..aku rasa geli..yakss..teringat aku masa mula2 nak check in disini..mamat receptionist tu ada menawarkan aku perkhidmatan yg bukan2..mau servis mas?enak..gadis bali asli..adoi muka aku nie ada gile seks ke?murah saja mas etc..aku mendengar saja promosi hebat yg ditawarkan oleh dorang tue..
Perut aku meragam..aku tak tahu nak melantak pagi di mana..yg aku perasan ada satu kedai coffea house di area hotel aku nie austin chase..breakfast kat sana dengan harga yg membunuh..sekadar utk coffea cappucino dan juga muffin banana harganya bersamaan dengan 6 kali nasi campur di office aku..
Aku berjumpa pak made di yulia inn..tempat penginapan si minah nie beramai2..hotel dorang ni disediakan breakfast jadi tak perlu spend duit mcm aku la kat luar..aku tak tahu apa planning pak made..sebagai tukang supir aku utk trip kali nie..yg aku tau dia memberi cadangan supaya pergi menyaksikan persembahan barong dance..aku tak dpt membezakkan antara barong dance dan juga kecak dance..aku ingatkan tarian mengelilingi api pada mulanya!
Barong dance nie mengisahkan pertarungan antara kebajikan .barong nie adalah binatang purbalaka melukiskan kebajikan dan rangda adalah binatang purbakala yg maha dasyat menggambarkan kebatilan.
semasa aku menonton barong dance nie..nampak la ramai mat saleh dan org luar yg turut serta.apa aku nak bercerita nie..arghh..wat wrong with me?ayat tunggang langgang..lantak la

memohon restu sebelum memulakan perniagaan


Pantai kuta


Mr pyro dikepit oleh awek2s





Audion semuanya kebanyakkan berasal dari australia









Persembahan mcm gamelan la













































adegan potong anu~














Mengambarkan makhluk yg tak lut oleh parang..








bro nie mencucuk badannya dengan parang yg tajam!




 

Trip to Bali: Day 1 Kuta City

Category: By Pyromaniac

8.36 S 115.22 E
100709

Bali

KUTA

Day 1
Nak memulakan satu entry baru memang leceh..aku sebolehnya tak nak miss point yg penting..peristiwa yg berlaku..sebab apa..at least kalau 10 tahun kemudian aku buka kembali blog nie aku masih lagi ingat kenangan yg lama..boleh feelin sikit masa tu..trip ke bali last minute la juga.aku takde idea sgt tentang tempat di sini..kalau buka internet yg aku nampak gunung..temple dan tempat bersejarah kebudayaan..mati idea aku nak pergi ke area mana dahulu..entah buntu..malam tu aku sempat berkumpul di coffea house berbincang tentang plan untuk keesokkan harinya..aku yg di amanahkan sebagai lead untuk trip kali nie secara tak rasmi la..sebab aku yg membawa group anak dara org nie..bodyguard la katakan..surf internet..arghh mana area nak pergi dulu nie..entah la..dan pikir pasal transport..apa nak naik sepanjang 3 hari nie..nak mencari supir..di mana?siapa..dan company apa..puas aku memilih dan mencari agent yg sesuai..dan akhirnya aku ketemu website yg menyediakan pengangkutan kereta sewa berserta dengan supir..pada mulanya aku ngan penuh confident nak drive sendiri di pulau bali tu..sebabnya..bali hanyalah sebuah pulau..tak mungkin sesat..tapi disebabkan pengurusan masa itu penting..aku tak nak trip kali nie banyak masa terbuang sesat nak cari jalan dan akhirnya bersetuju memilih dengan pakej termasuk dengan supirnya sekali..si minah nie bukan main seronok nak pilih supir yg ensem la..gagah la etc..aku dalam hati ckp apa ingat korang nie nak cari escot kah?isk isk..aku sahaja boleh mengangkut!haha joke saja

Pagi masa nak berlepas tu..aku baru sahaja packing barang..rasa takde mood pun ada..entah..tak excited sgt..aku pun tak tahu kenapa..dan flight airasia pun mcm biasa la delay bukannya 10 minute tapi sejam kehadapan..jadi aku tak perlu tergesa gesa nak ke KL sentral..naik public transport komuter ke KL sentral..aku sampai tepat jam 10 pagi..breakfast mcd disini..

Masa nak berada di LCCT nie,aku sempat la menghantar email kepada syarikat kereta sewa nie memberitahu planning kitaorg nie..arrived pukul berapa blah2..banyak juga adegan bergambar sebab kali ni yg ikut trip nie seorg budak photographer..membawa kamera dslrnya yg canggih tu..sana sini mesti bergambar..dan yg pentingnya masing mengenakan topeng mask..takut trip kali nie kene bala oleh virus h1n1..mintak2 dijauhkan lah!


perjalanan selama 2 jam lebih nie memang bosan..sapa suka naik flight..aku arghh bosan..baca magazine pun berapa minute sahaja dan selebihnya aku tidor..sampai saja di ngurah rai airport denpasar aku perhatikan banyak pelancong dari australia dan japan..malaysia pun ramai la juga dan termasuk dengan group org dewasa yg berkelakuan mcm kanak2 ribena..entah apa nama kelab tu fun club..gedik sgt terutama dlm flight..mcm jakun n babun..menjerit semasa flight naik dan turun..sungguh memalukan!huh dan disini h1n1 kuarantine tak seperti di china dan malaysia..sempoi dan tak ketat langsung..masyarakat bali tak rungsingkah dengan pandemic nie!


sampai sahaja di airport..perkara pertama sekali aku lakukan mencari sim card indonesia..alasannya aku nak call company kereta sewa nie..dalam masa yg sama terdpt la ramai supir mencari pelanggan di airport nie termasuk la seorg supir nie bernama pak made..pada mulanya aku tak layan sgt pak made nie..dia berlegar disekeliling aku masa nak bayar sim card tu..berborak mcm biasa sajalah dan dia ckp dia biasa membawa pelancong dari malaysia nie..aku mula berunding harga..mencari best price..mulanya dia meletakkan harga 1juta 500 ribu untuk tiga hari trip..ikut mana suka nak pergi dan lepas kawtim dan cincai aku cakap 1 juta seratus lima puluh ribu rupiah..dia kata ok setuju..apa lagi mengangkut la barang kitaorg ke van kia pregio..budak awek nie semua menginap di the yulia inn..kuta..sebab dorang dah book awal2..bagi aku jenis tak kisah cari backpack hotel pun kira ok..aku dah bilang sama pak made nie..dia biasakan dirinya pak made la..cari hotel yg murah..dia pun bawa aku ketempat yg mana aku boleh dapat harganya serendah 1juta 200 ribu rupiah untuk 3 hari 2 malam bersamaan dengan 120 ringgit malaysia..walaupun hotel aku nie takde star...ala belasah la sajakan..bukan aku nak honeymoon ngan kekasih tercinta pun..aku pun bilang sama pak made disebabkan kitaorg sampai pun dah menghampiri ke malam..aku suruh dia pulang..kumpul tenaga untuk aktiviti keesokkan harinya..biarlah hari nie free n easy...meronda di sekitar bandar kuta nie..letak saja beg n mandi..aku pun berjalan kaki menuju ke hotel yulia inn nie tempat minah ni duduk..jarak tak la jauh sgt lebih kurang 10 minute perjalanan..di sini jalan sempit..dan kenderaan byk..jalannya yg kecil jadi senang nak melintas..malam tu nak mencari makanan memang susah..yer la pergi ke tempat yg baru..makanan halal..disini nama saja ditulis dengan sign halal tapi disediakan bir la..kerbau pendek la.etc..jadi disebabkan terlalu was was aku pun menyarankan pergi ke restoran padang atau pun restoran bandung yg terletak berhampiran dengan shopping mall matahri..restoran nasi padang di situ nampak mcm tak meriah dan aku nampak la dari jauh sign board berwarna merah terang bertulis siomay bandung masakan sunda asli..rasa nak mencuba di restoran nie..lihat saja pada menu..aku tahu kesukaran pasti akan timbul..masing dengan bertalu2 soalan bertanyakan pasal apa itu siomay,mee bakso,bantagor..dan blah2..budak nie order mee bakso dan aku pula mahu mencuba siomay nie...siomay nie dibuat dari bebola tauhu,telur,daging,sayur salad dengan sos kicap manisnya di tambah dengan manisan berkacang..rasanya memang pelik..nak order air pun dorang tak jual teh oo ais..tapi yg ada pun esss tea manis..maksudnya teh o ais manis la.sedap teh nya rasa mcm teh jasmine..wangi! .masa nie masing cuba mempraktikkan bahasa indonesia yg bunyinya mcm jawa celopp..sgt kelakar sampaikan ketawa tak berhenti2 melihat adegan dan bahasa yg terkeluar dari mulut masing..masa nak membayar makanan memang la bermasalah besar..masing mempunyai note berjuta2 dan nak membayarnya pula dalam amount beribu dan bayar plak masing...pening si mamat nie nak melayan kerenah kitaorg..dan aku plak tak cukup balance lagi 3 ribu plak mcm tak puas hati pada mulanya..mulalah mulut menjuih rasa mcm nak bising tapi apabila mengenangkan amout 3 ribu tu bersamaan dengan 40 sen aku terus tak jadi nak marah dan halalkan saja lah...semenjak aku dtg ke bali nie sifat bakhil nie timbul..sayang woo duit ribu2 ..datang sini sahajalah satu nya tempat aku boleh berangan sebagai seorg jutawan..power root..ekkk..selepas tu aku terima call dari agent kete yg aku book di internet..dorang kata dah lama tunggu aku di airport..apsal skrg baru nak call aku dah cari org lain la..dorang bising la blah2 sapa nak bayar aku pun naik hangin la maki2 terus dorang minta maaf dah la charge mahal di internet lepas tu tak call masa kitaorg sampai..service mcm haram..aku dah tulis dlm email suruh call masa sampai nie lewat malam baru je nak call!mana tak hangin
malam tu aktiviti meronda di sekitar banda kuta dan juga lepak ambik angin malam di pantai kuta yg tak jauh dari hotel penginapan..malas nak buang tenaga sebab keesokkan harinya pasti banyak tenaga akan digunakan..malam tu aku tido dengan nyenyak letih woo seharian dalam perjalanan..





































 

Wedding Trip Ipoh-Taiping-Kuala Kangsar

Category: By Pyromaniac

05 07 09
My best Friend Wedding
Arghh majlis kahwin lagi..salah satu majlis yg cuba aku elakkan..tapi disebabkan oleh membe baik aku nie..terpaksa aku menghadiri jua..bukan apa nak ambik hati pasangan pengantin baru nie..kenapa aku cuba mengelak ke majlis sebegini pasti ada org akan tanya pyro..bila ko nak kawin?jantung aku time tu terhenti sesaat..glupp..aku dah la takde calon..mcm mana nak kahwin! mula la tohmahan diberikan aku nie terlalu memilih la..berangan mahal etc..lantak la org nak cakap apa..tapi dalam perkahwinan nie bukan bende yg boleh di bawak main2..nak keserasian ikatan yg kukuh teguh..aku tak nak la nanti bakal teman sehidup semati aku nie buat perangai masa lepas kahwin nanti..ohh aku tak nak wat silap percaturan ..nanti aku merana..aku nie kan hati senipis kulit bawang..kononnya la..haha..aku bosan dengar istilah cerai la.talak la..gaduh dan tak serasi la ..blah2 oleh membe aku yg dah lepas berkawin nie..serabut...dan aku tak nak la aku berscandal sana sini gara2 tak puas hati ngan bini aku nie! aku mudah rasa bersalah dan lagipun skrg aku belum ready lagi nak kahwin..kalau ada jodoh ..entah susah nak ckp..bagi aku bende ni terlalu rumit!
Trip aku kali nie bersama ngan 2 org member..mula tu pergi ke kenduri kahwin si wan di ipoh..kg kepayang..dah lama aku tak pergi ke situ..bertahun2 dan skrg nie dia dah jadi suami org..memang aku jangkakan..aku akan semakin kesunyian dan kesepian..sorang2 membe aku berkahwin dan membawa hala tuju masing2...life mesti diteruskan..selepas aku pergi ke ipoh..aku singgah juga di taiping..aku ingin melihat sendiri keindahan tasik taiping yg terkenal tu..makan ais kacang di pekan taiping dan singgah sebentar di rumah membe aku nie..tasik taiping pada pandangan aku..arghh susah nak di gambarkan dengan kata2..berlatar belakangkan gunung dan bukit yg menghijau dan tasik yg besar..memang indah..tenang..dan tak kelihatan langsung bangunan tinggi di celah keindahan permandangan nie..cukup sempurna
Destinasi seterusnya sebelum aku pulang ke Kl..aku singgah di kuala kangsar..aku membeli cenderahati dari sana..labu sayong..murah harganya..sepuluh ringgit satu pasu dan juga menikmati keenakkan mee kari..sebenar aku dah lapar..semua bagi aku rasa sedap la..pergi ke masjid ubudiyyah untuk bersolat dan mengambil kenangan bergambar di istana kesultanan lama perak sebelum pulang..aku rasa aku kehilangan sesuatu..apa dia?entah perasaan mcm nie timbul secara tiba2.

Selamat pengantin baru















taman tasik taiping



Muzium taiping








Istana lama kuala kangsar




mee kari













Masjid ubudiyyah

 

Category: By Pyromaniac
290609 - 030609

ONSHORE KERTEH
arghh pi travel lagi..mentang la bos aku takut berhadapan dengan bekas pesakit h1n1 mcm aku..dia terus antar aku pi wat job jauh2...nasib badan..baru je nak peluk bantal busuk aku tu..berminggu2 dia rindukan aku..
 

H1N1 For info and be alert..

Category: By Pyromaniac
Got this from a friend, symptom2 org kena H1N1. Sebagai peringatan.sama kes seperti aku tapi very serius

===============================================================


High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant
woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you
touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena
kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital
tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia
org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my
brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need
oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7
days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's
why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari
ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu
tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling
atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap
lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan
atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm
bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To
support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that
dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air
yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family
member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend
hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my
brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak
this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with
other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2
tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very
appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is
the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick
action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much
experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the
patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah
 

AKu bekas penghidap virus H1N1

Category: By Pyromaniac
H1N1
Kisah bermula
Pada mulanya aku jenis tak ambik kisah sgt pasal virus nie..berita pasal virus nie di tv aku tak ambik pusing..lantak la..ala yg kene dengan virus nie pun beribu batu jauhnya dari sini..bagi aku penyakit bermusim..tak perlu nak dirisaukan..ada la ubatnya nanti..aala demam biasa saja..dan dalam tempoh sebelum aku dihinggapi oleh virus tu..virus nie tak begitu popular..tak perlu nak dirungsingkan..ala buat tak tahu saja..wat bodoh..dan sehinggakan aku dikejutkan sendiri dengan penangan virus tu semasa aku betul2 mendarat di china airport..apakah akan berlaku sekiranya aku demam di rumah aku?di tempat kerja?ataupun di negara lain..mungkin kes aku nie anggap dianggap sebagai demam flu yg biasa...dan kalau aku biarkan melarat selama 3 hari apakah akan berlaku?.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..bagi diri aku la..kesan dari virus nie tak seteruk mana bergantung pada tahap ketahanan badan seseorg..tapi aku dapat merasa ketidak selesaan yg ketara hasil serangan bertubi2 virus tersebut untuk menembusi sel2 di dalam badan aku..pada mulanya symptom yg aku dpt rasai suhu badan yg tinggi..aku check pada dahi aku..panass! dan dahaga yg terlalu sukar nak dibayangkan..dan juga tekak aku yg sentiasa berkahak..hari pertama dan kedua semasa dijangkiti..badan aku memang tidak berasa begitu selesa tambahan dengan sakit sendi,urat dan juga tisu2 otot yg lain..dada aku pun terasa sesak dan sedikit tidak selesa terutama di bahagian paru paru..arghh sama ada kesan dari pengambilan ubat tamil flu ataupun kesan dari virus tersendiri...
Aku masih lagi bingung..pelik dari mana aku mendapat virus nie..adakah semasa aku berada di dalam flight penerbangan ke china..semasa aku menukar duit di midvalley,ketika bersenam di gym di menara axis..bersama bos aku mat saleh ketika perasmian lab..aku buntu dan bingung..kesannya dapat dirasai selepas 4 jam aku berlepas....dan kesimpulan yg dapat aku buat..virus tu sudah berada di MALAYSIA!
Baru2 ini aku mendapat cerita kisah dari membe aku yg bekerja di hospital..kawan dia seorg nurse telah menjaga seorg patient yg berasal dari australia!patient itu telah disahkan penyakit h1n1 dan disebabkan virus tu masih baru di malaysia tiada langkah pencegahan di lakukan dan nurse itu sendiri telah di jangkiti..walaupun kesannya tak terlalu teruk kepada org yg mempunyai tahan tahan badan yg tinggi..tapi masih lagi boleh menyebarkan kepada org lain..aku mendapat tahu si mangkuk yg tidak bertanggungjawab nie berani membahayakan org lain dengan mengunjungi tempat awam seperti dating di midvalley..makan di gerai makan dan berada di terminal bus dan pengangkutan awam yg lain..berapa ramai org sudah berada berhampiran si dia nie!mungkin lebih dari 100 org! kesan yg begitu berganda..seperti aku katakan tadi kesan virus nie tak begitu teruk bagi org yg sihat tetapi bagaimana kepada org yg mempunyai risiko dan imunisasi yg rendah seperti
org mengandung.kanak2 kecik,org yg rendah imunisasi,penghidap kencing manis,darah tinggi dan masalah organ yg lain dan jika keseluruhan ini digabungkan sekali jumlahnya pasti melebihi 1 juta org~!
itu baru kisah seorg mangkuk bahlul bagaimana sekiranya ramai lagi berpelakuan sedemikian!
Virus ini mempunyai kebolehan untuk tersebar melalui udara..pernafasan,hembusan dan juga cecair dari badan..dan mampu bertahan di permukaan luar selama berjam2..selama aku di hospital aku telah membuat kajian dan membaca info berkenaan dengan virus yg baru ini..walaupun aku bukannya seorg doktor pun..at least aku tahu bende yg baru nie..bende ni tidak boleh di bawa main2..tiada vaksin pun lagi..risiko aku nak mati tu memang tinggi! berdasarkan maklumat yg aku baca dianggarkan menjelang hujung tahun nie dianggarkan 1/3 daripada penduduk dunia akan dijangkiti oleh virus nie secara langsung atau tidak langsung! semasa aku menulis entry ini dianggarkan lebih 1000 kes telah dikesan di malaysia dan jumlah yg belum dikesan pasti lebih tinggi lagi..seperti aku katakan sblm ini..mungkin di anggap sebagai demam biasa mcm kes aku juga dulu! ala demam sikit je..lepas blood test and swab test..nah..sah dijangkiti..walaupun masa tu susah aku nak menerima kenyataan! berita hari ini juga mencatatkan 9 org kematian! kebanyakkan adalah kes dimana kebanyakkan org mengganggap kesan dari virus ini terlalu minimal..
Kenapa perlu dikuarantine selama seminggu?soalan yg sama pernah dikemukan oleh aku dahulu..dalam dua atau 3 hari pertama..sistem imunisasi badan akan cuba melawan virus nie..kalau sesapa yg mengambil ubat anti viral..mungkin kesan penyembuhannya lagi cepat!virus nie membiak dengan menjadikan hos sel badan kita nie sebagai perumah..dan sekiranya terdapat antibodi di dalam badan tu..pasti virus tu akan mati dengan sendirinya sebab tak dpt cari perumah..aku malas nak terangkan konsep perubatan yg bagi aku terlalu kompleks..yg aku tahu selepas seminggu virus dan kesannya akan hilang kecuali yg tahap kronik memerlukan bantuan khas..
Apabila aku menjejakkan kaki ke tanah air aku mengambil langkah berjaga2..aku rasa bertanggungjawab terhadap family aku..sebagai langkah pencegahan..aku membeli satu botol besar cecair inteseptic untuk membasuh pakaian aku..setiap inci bende yg aku bawak pulang dari china aku lapkan dengan kain yg direndam dengan dettol!..laptop,pakaian,kad kredit dan bende sekecil2 seperti duit syiling pun! aku adik ketawa melihat gelagat aku..at least aku kasih pada mereka tu..kalau mereka nie sakit alamak risiko tinggi dah la obesiti dan mak aku plak darah tinggi..aku tak nak ambik risiko...nehiiii
Bagi yg disyaki pembawa penyakit H1N1..cubalah bersikap bertanggungjawab sedikit..at least seminggu dalam tempoh kuarantine tu..duduk saja la di rumah..jgn nak menggatal pergi kemana..tak kesian kepada org tua..kanak2 dan juga org yg rendah imunisasi sekiranya dijangkiti virus nie..dan
Ingatlah org tersayang!
 

Lone traveller: Part 3 The Museum of The mausoleum of the nanyue king & Lu Beijing

Category: By Pyromaniac
26 06 09
The mausoleum of the nanyue king & Lu Beijing
Dalam map aku nampak destinasi paling berdekatan adalah yuexiu park..aku naik la subway sama tapi menuju kearah utara..satu stesen je..keluar dari stesen tu..erk di mana nie..yg aku nampak hanya la restoran arab..aku pun pilih direction ke kiri..dalam 10 minute perjalanan aku tak nampak bende menarik dan aku berpatah balik dan menuju ke arah kanan plak..dlm masa 20 minute perjalanan..aku dah lost..nak kemana nie..arghh..sebenar aku nak hanya ingin menghabiskan masa aku itu saja tujuanku..dan masa aku nak pergi balik ke subway tu aku ternampak muzium..haa pergi ke muzium plak lah..alang dah sampai..bayar tiket 12 yuan..merapu la kat situ..selama sejam...sebenar bosan melayan bende artifac nie..kaku, kayu dan masuk ke dalam tomb org yg dah mati..perasaan yg cukup tidak menyeronokkan..menggunakan taktik yg sama bergambar bersama pengunjung yg ada disitu..yg lucunya gambar aku pun turut di ambil menggunakan kamera dorang..apa dorang ingat aku artis kah?.tahu aa aku tall,dark n ensem kan..hahha berangan kuat!...arghh beku aku lama berada di dalam muzium nie..terus aku blah n cabut..semasa aku berjalan aku ada memerhatikan gelagat polis traffic yg menjaga laluan basikal di sini..bila dia membunyikan fritt frit…menandakan penunggang basikal itu perlu turun dan menolak basikal..sebabnya entah aku pun tak pasti..


Masa aku nak pulang tu aku lapar sgt..nampak la restoran arab di subway tu..tapi nampak cam mahal..68 yuan buffet untuk lunch..perasaan sekejap nak sekejap tidak..argh mana satu nie..apabila aku nak masuk je lihat..mana ada org..apsal kosong didalam kata ada buffet terus aku keluar balik....ades aku mengeluh dan aku berpatah balik ke subway dan ambik tren ke haizhu park..sampai di situ..aku sebenarnya nak pergi ke Beijing LU..area mcm bukit bintang kita nie laa..mana nak pi erkk..aku lihat pada map nama jalan Beijing road adalah..mungkin yg itu la kot.. aku dah cuba menghafal setiap nama jalan dan map di Guangzhou nie..
tips..kalau kita berjalan sorang..pertama sekali jangan cuba bukak map sebesar alam di public..akan menarik perhatian peragut dan perompak..kene berwaspada..kalau pergi group no hall la nak berlakon mcm pelancong pun sapa peduli…kalau trip sesorang buat jer muka confident..selamba berjalan walaupun ko dah sesat berbatu2..jgn gabra..kalau org tegur terus blah tak usah layan.itu adalah antara...tips yg biasa aku gunakan kalau travel seseorg diri sebelum inilah….dari haizhu park aku ambik arah ke utara..kalau cross jambatan tu arah lain plak..berdasarkan gps aku dah reka dalam otak nie...dimana latitud dan logtitude...pergi menuju ke utara..berjalanla aku di sepanjang taikang road..di jalan nie byk jual kasut..aku tak ambik peduli..takde duit..pokai..dan malas nak beli apa..di taikang road nie ada byk menjual accessories wanita..tudung silk tapi entah design pelik je tak berani aku nak beli..dan anting manik untuk wanita..aku tak reti nak memilih dan terus aku blah..sampai je di pepenjuru jalan..aku dah blur..mana nak pi..ok kalau jalan terus pasti aku lost.sesat..gps otak aku nie cover dalam radius kurang 10 km persegi sahaja...kanan aku rasa bukan pilihan terbaik dan aku pilih jalan ke kiri..aku rasa di situ la..berjalan laa aku terus terus dan terus dan sampai satu tempat aku ternampak jalan Beijing lu..rupanya disinilah ....tempat pejalanan kaki yg besar..kedai yg menarik di kiri dan kanan jalan..aku mula la menyelongkar satu persatu kedai...suka shopping..haha...pakaian di sini memang menarik..design dan color yg moden dan vibrant..tapi brand yg pelik la 360 la,uniqlo,Giordano,g2000.belano,yishun..apa lagi erkk..kappa dan brand cina nie..harga mahal! Terlalu mahal berbanding dengan jusco ataupun metro..tak berbaloi ..kenapa barang di Guangzhou nie mahal..makanan dan serba serbi..org sini kaya sgt ker..terasa sgt bertapa kecilnya nilai RM kita nie..aku masa kat Beijing lu ni ada org tegur aku memanggil aku byk kali..aku wat bodoh..kau kalau pegang aku..mau aku tumbuk muka! Terus aku blah..sampai di penghujung jalan Beijing lu..aku pun berpatah balik arghh nak makan dah lapar..lunch kat mana aku hanya nampak pizza hut..nak order vege pizzalah tapi tak reti..susah nak cari makanan halal di sini.ada tapi tersorok..aku pun belok jalan ke kanan..main agak untuk mencari subway balik ke haishu park..dan firasat aku tak silap aku terus masuk ke jalan hiufu road..dan dlm 15 minute perjalanan aku nampak subway sign board dan dalam masa sama gak ada org menegur..elo sir..aku wat bodo terus blah..di stesen gongyuanqian nie tempat pertukaran stesen..disini masalah aku jadi parah..double blur..mula2 aku tersesat masuk ke line 1..argh bukan line 1 sepatutnya line 2..berpatah balik laluan baru dan terpaksa beli tiket baru dan masuk balik ke laluan yg lain..jumpa la line 2..dan aku pilih arah ke haizhu plaza ..sampai sahaja di bin bin plaza, aku terus nak order mcd untuk lunch dan tapau untuk dinner..nasib baik manager tu paham aku nak order apa dan dia menulis cina untuk aku..aku order la filet o fish..dah darurat kan bedal saja lah makanan yg ada..selepas makan tu aku pun ambik bus pulang ke airport..beli tiket di kaunter bus yg terletak berhadapan bin bin plaza..yg menariknya bus airport nie dia ada tv canggih penerangan dlm English dan mandarin..ada stewardess juga..bagi air..dah la lawa..dalam masa sejam sampai ke airport..aku call la agent aku yg menguruskan hotel aku..nak call hotel front desk ibarat bercakap antara ayam n itik la....aku call agent aku dan masa mencari agent aku .mana la dia nie...agent yg lain berebut mengekori aku..argh aku ckp im taken.sorry yer...uhuhuhuh..apa punya ayat dah..dan dia nie bagus..fluent English berbanding yang lain..jadi senang..aku ckp esok aku nak pulang dah flight pagi etc..remind jgn terlewat sudah..dan dia siap Tanya aku nak amoi..puteh gebu seksi buat massage kat bilik nanti..otak jahat aku kata YES!.boleh boleh...tapi pikirkan iman aku masih kuat dan otak aku ckp..hey tuhan tu dah bagi panjang umur dan sihat dari h1n1 supaya beribadat dan bertaubat bukannya tambah dosa..tak nampak hikmah di sebaliknya ker!..ohh terleka aku..astaga...aku belek muka aku nie ada ke muka aku nie nampak giler seks!ada gaya hahah..sampai sahaja di hotel aku pun berbaring sesambil menulis entry nie..mandi check suhu badan dan makan kuaci layan computer aku nie..masa nie juga aku menerima sms dari mr pa yg ucapkan syukur aku dah discharge..dia dpt berita dari awek dia nie yg berada di London..dan kawan minah aku London nie pun tak berkira call dari UK Tanya pasal aku yg kene H1n1 nie..begitu prihatin..jauh tu..bukannya setakat call/sms yg dekat dari melaka ke atau kajang..contoh la..wan iskandar pun tak lupa call aku juga..aku ckp la aku kene h1n1 dan dah discharge dia terkejut gak dan gembira aku dah sembuh..kak long sepupu kepada mastura pun tak lupa bertanya pasal kisah aku..

Aku tak sabar nak pulang ke KL sebenarnya..dan aku ucapkan banyak terima kasih pada insan yg mulia yg begitu mengambil berat pasal diri aku nie..beri sokongan..dorongan..dan juga berkat doa kalian aku sembuh dari penyakit yg membawa MAUT nie..alhamdullilah..syukur tak terkira..harap aku balik nie berubah dan insaf la :)

p/s aku tak beli ole ole pun dari sana..mahal terlampau























 

Lone traveller di Guangzhou part 2: Dr Sun Yat Sen Hall

Category: By Pyromaniac

Dr Sun Yat Sen Hall
26 06 09
Satu masalah yg paling ketara di hadapi oleh alien macam aku di china nie adalah bahasa..walaupun terdapat ejaan di dalam bahasa rumi..sebutan yg cuba disampaikan tak semestinya sama dengan apa yg hendak dituturkan..(nyamuk jgn le gigit kaki aku nie) ..aku cuba mempractikkan mandarin sedikit sbyk walaupun kelakar soundnya dan bila aku cakap nak pergi ke dewan sun yat sen..semua blur..sebutannya adalah sun jut sen..lebih kurang mcm tu la..kalau salah sebut..nahh mana la teksi akan bawak nanti..termasuk juga nama jalan!Kene sebut betul2
Sampai saja aku di depan dewan besar tu aku pergi ke kaunter utama,aku ingatkan masuk dalam nie kene bayar..aku bagi duit di kaunter..org di kaunter buat muka blur..speaking tak paham..lencai..#*@#(#@) ..aku pun muka blur gak..argh lantak la aku masuk je ke situ..haa di sini tempat menarik untuk bergambar..aku ambik la pic sana sini..menyuruh awek dan budak laki muda nie ambik gambar untuk aku..huhuh tak perlu aku bawak kameraman la mcm nie!ada masa seronok jadi lone ranger nie!...selepas aku letih berlegar aku pun berehat di bangku dan masa nie aku dapat call dari office bertanya flight aku bile blah2 dan nak inform kementerian kesihatan la.adoi bos aku nie plak yg terlebih takut....betul gak kan..bayangkan kalau h1n1 kene dijangkiti keseluruhan staff office aku..bankrupt company sebab seminggu semua kene kuarantine..…mana pula aku nak pergi selepas nie..mencari idea!
Info tentang Dr Sun yat Sen
Sun Yat-sen (12 November 1866 – 12 March 1925) was a Chinese revolutionary and political leader. As the foremost pioneer of Republican China, Sun is frequently referred to as the Father of the Nation. Sun played an instrumental role in overthrowing the Qing Dynasty in October 1911, the last imperial dynasty of China. He was the first provisional president when the Republic of China (ROC) was founded in 1912 and later co-founded the Kuomintang (KMT) where he served as its first leader. Sun was a uniting figure in post-Imperial China, and remains unique among 20th-century Chinese politicians for being widely revered in both mainland China and Taiwan.









































































 

Lone traveller di Guangzhou China: Part 1

Category: By Pyromaniac


Guangzhou City, Guangdong


China


26 06 09



Pagi tu aku bangun awal..sini subuh pukul 4 pagi..dan pukul 6 pagi dah terang benderang..badanku terasa begitu segar..rasa terlebih sihat berbanding dengan hari yg lain..bersyukur kerana aku masih hidup..terlepas dari virus maut tu..argh aku rasa nak berjalanlah..entah bile aku akan sampai ke sini lagi..peluang sebegini aku tak lepaskan walaupun aku akan berhadapan cabaran yg hebat sebagai seorg lone traveller di bumi asing..tiada kawan..sedara dan etc dan yg paling penting tidak fasih mandarin..setakat sepatah dua boleh la.... perut aku berbunyi menandakan isyarat lapar..blum sarapan..pukul 745 aku turun ke lobi..aku menegur front desk..muka amoi nie serabai....aku bertanya pukul brapa van akan sampai dan dia blur dan berckp mandarin ngan aku arghh memang tak reti bahasa langsung..nasib baik kebetulan seorg antie nie pandai berbahasa English sedikit..dia suruh aku call driver..masalah mana aku nak call dahla no phone pun tiada..arghh..dan nasib baik ada guest yg lain nak ke airport aku pun pergi la bersama dorang...menumpang untuk ke airport...jarak perjalanan dari hotel aku ke airport mengambil masa 15 minute sahaja..terlalu dekat..sampai sahaja di airport..aku mula memproses data yg telah aku simpan di dalam otak aku semalam...melalui pembacaan melalui internet dan sumber di percayai dan sedikit info dari membe..aku pun pergi ke domestic arrival mencari lokasi perhentian bus di sana..bus menuju ke plaza haizhu..aa itu dia ikut sign board di dlm airport memang tak sukar la..ada tulisan english...aku menuju keluar ke pintu gate ke 8 dan menunggu bus line 5 nie..line 5 nie bus akan menuju ke plaza haizhu..dan global plaza apa tah..aku nampak tertera tambang bus tu 20 yuan lebih kurang Rm10 kita la..jarak perjalanan lebih kurang sejam ke pusat Bandar..aku mengambil tempat duduk yg belakang sekali..supaya aku dapat ambik gambar bandaraya Guangzhou nie tanpa gangguan..

Di sepanjang perjalanan..satu perkara yg aku dapat lihat..bangunan di sini tidak bercat! Semuanya di tutupi dengan jubin yg berwarna2..adakah org di sini semua kaya raya..dan tiada konsep pembandaran rumah teres! apatah lagi konsep taman perumahan berkelompok mcm negara kita nie dan juga kelihatan ramai org yg berjalan kaki di sana sini..mcm ramai org sesak dan semak..bus nie aku tak tahu laluan perjalanannya..yg aku tahu aku akan sampai di plaza bin bin....jalan di sini bersimpang siur..naik dan menuruni jalan bertingkat dan lebuhraya bertingkat pula berlapis2…

Akhirnya aku sampai di tengah bandar guangzhou


matilah aku nak kemana pula nie..blur blur blur blir blir

aku nampak seorg mat saleh nie..takkan aku nak mengekori dia..tak pasal2 aku dituduh penyamun tak pun nak goda dia..adoi itu jauh sama sekali la..haha

arghhh..sekali lagi bengong mana nak pergi nie ?

Haaaa

Akhirnya aku nampak sign board MCD..aku dah lapar dah la tak sarapan pagi..aku bedal la sarapan pagi hush brown,coffea dan juga pan cake..yaks pan cake tak sedap langsung..dan harga MCd di sini mahal! 18 yuan..RM9 kita nie..sambil nak order tu dia speaking ngan aku..having here or take away..dan bila mulut dia bercakap English je aku bermesingan bertanya mcm mana nak naik subway.blah2 blah cakap tak berhenti2 untuk mendapat jawapan...terus dia muka blur..muka pucat..adoi..takpa la...mungkin soalanku dalam english terlalu sukar bagi dia..standard universiti kot...sambil aku makan aku terus memikirkan mcm mana nak ke subway nie..selepas makan je aku pun turun ke bawah ke dalam bangunan plaza tu..arghh mana nak pi jejalan nie selagi tak jumpa subway..mana lrt ataupun subway nie..tak kelihatan..dan secara tak sengaja ternampak la satu signboard dlm building bertulis metro..haa itu dia..dan baru aku tahu di Guangzhou nie LRT tak mcm di KL yg nampak signboard sebesar2 nya dan juga stucture bangunan yg gah..memang tak perasan...tersorok.kalau aliens ni boleh tersesat ..rupanya subway tu betul bawah bin bin plaza..apa lagi aku pun nak mencuba metro dia.tak sabar...aku dah pengalaman naik lrt di Singapore,Bangkok etc dan di KL..jadi bagi aku tak ada perbezaan di china nie..yes..tekan touch screen deestinasi di tuju..aku pilih Dr Sun Yat Sen hall dan fee dia 2 yuan..dan aku tau di sini juga menggunakan konsep yg sama dengan BTS Bangkok..touch coin tu pada alat sensornya dan pintu akan terbuka..arghh…wow..metro di Guangzhou antara yg terhebat di asia..pada pandangan aku la..mesti ada sebabnya juga!..keluasan dia dan kebersihan yg mengkagumkan..efficient..menyambung ke semua destinasi tanpa perlu tukar tiket dan juga berjalan jauh..aku sambil memerhatikan sekeliling dan melayan perasaan dlm tren..aku perasaan ramai memerhatikan aku..aku nie dah la berkulit gelap dari mereka..aneh.eksotik and erotik..haha..tu terlebih tulis dan masing dalam tren tu pasti meneka aku datangnya dari mana?africa?indonesia?india?ataupun Filipino?tak pun arab..ada setengah tu merenung kat aku.macam nak makan! sedap sangat ke aku nie..hahha .aku buat bodoh saja..dan selepas 1 stesen akhirnya sampai di DR sun yat sen memorial hall..keluar dari subway..aku lost direction lagi..nak keman kekiri atau ke kanan..mana kompas nie?peta ...arghh tak berguna juga masa mcm nie..dan di depan aku betul terletaknya dewan dr sun yat sen yg tersohor tu..bersambung part 2


Van yang disediakan oleh pihak hotel


Dong zhi Hotel




Menunggu bas di Baiyun airport..area domestic


Bus memang bersih dan terdapat amoi pramugari yg cun.bayangkan bus ke bandar pun ada pramugari..negara kita nan ado!


Tol terdapat di mana jua dan di mana negara sekalipun..ada mangkok2 di malaysia suruh guna duit petronas beli syarikat toll..mana ada kat dunia nie free! dan bila la toll nak murah mcm kat sini erk






Hotel 5 star..aku menginap hotel cap ayam saja




Kat sini pun boleh melelap kan mata..jgn berangan peluk amoi sampai terjatuh sudah



Stesen bus di depan plaza bin bin









Lai lai..buah buah










 

Emo seketika d'China

Category: By Pyromaniac
26 06 09
Hari ke 8
Guangzhou,China
Pagi tu aku terbangun awal pagi. terlalu sejuk..entah berapa degree aku set suhu bilik ini..arghh.aku menguji kembali suhu badan aku..oh masih lagi normal walaupun tekak aku nie masih lagi berkahak....aku melihat jam aku baru pukul 3 pagi..terlalu awal..tapi mataku tak larat untuk tidur kembali..tetiba satu perasaan aneh muncul..ibarat mcm spirit..tapi yg tidak menyenangkan la..argh aku terasa terlalu sunyi masa nie..bengong aku cuba untuk mengelak perasaan sebegini..tambahan berada di negara org..sakit di negara asing..terkene penyakit virus bawaan H1N1 membuatkan emosi aku sedikit terganggu..rasa lonely..alone..sunyi sepi..entah apa aku tengah pikirkan ketika ini.bengong tul....info pasal aku kene penyakit nie aku cuba sorokkan dari pengetahuan family ku..aku harap dorang tak terlalu rungsing pasal perkembangan diri aku nie..aku lagi rungsingkan kesihatan mereka..dan tanganku mula membuka laptop aku..mencari sesuatu dan menulis sesuatu..ternampak satu icon lagu Ungu-kau tercipta untukku di desktop aku...aku play dan mendengar lagu..menghayati lagu yg telah dikirimkan oleh endi ketika aku berada di hospital tempoh hari..apa perasaan aku ketika mendengar lagu nie?hanya aku sahaja yg tahu..arghh lagu tercipta untukku?siapa kah insan itu?entah
Tercipta Untukku
menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu
reff: aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
Selepas mendengar lagu nie berulang kali..aku mengelamun.. dalam perhubungan nie..kita tak boleh terlalu mengharapkan perhatian dari org lain sedangkan kita sendiri tak memberi perhatian yang sama..org kata give n take lah..ada setengah manusia tu hanya tahu mengeluh dan mengomel tiada dpt sms la.call la..tapi dia sendiri terlalu berkedekut berkira nak buat bende yang sama..bende nie bagi aku terlalu kompleks nak pikir..serumit formula hukum keabadian tenaga..blah2..terlalu banyak mengelamun aku pun tertido kembali..bagus untuk aku supaya aku tak terlalu melayan sgt emosi aku ketika aku masih lagi dalam tempoh sakit nie.
 

China: Aku & H1N1 (Selsema Babi)

Category: By Pyromaniac


The middle Kingdom: China
Guangzhou City

19 06 09


Aku menulis entry ini semasa aku berada di hospital di Guangzhou kerana di syaki pembawa virus babi! Nama manisnya H1N1..aku rasa mcm nak mati bila2 masa sahaja!



Kisah bermula

Pada hari khamis sebelum penerbangan, aku memang terlampau keletihan..berkejaran ke sana sini untuk menjayakan program opening lab ceremony bagi company aku.Selepas habis office hour pula aku berkejaran pula pergi ke Midvalley untuk membeli map dan juga menukarkan duit yuan.Berdasarkan pengalaman aku tukar duit di situ lagi menguntungkan berbanding dengan di bank ataupun menukar duit di mainland china.

Malam tu banyak kerja perlu aku selesaikan,baru nak packing barang la aku dah terlelap 2 jam gara2 terlalu letih dan aku hanya mampu tidur selama 2 jam untuk malam tu...itupun tak sepenuhnya lena gara aku terlalu takut miss flight aku pada pukul 545 pagi nanti.Aku bercadang nak bertolak dari rumah aku pada pukul 3 pagi.Adik aku jadi mangsa kene menghantar aku ke airport

Sampai di airport terpaksa menunggu long Q dan sempat breakfast di MCD sementara menunggu untuk berlepas..Arghh sambil aku leka menikmati makanan mcd sampaikan aku terlupa untuk berlepass..aku berkejaran..nasib baik sempat dan baru aku sedar rupanya ramai lagi melayu or Chinese Malaysian yg pergi ke Guangzhou nie..pada mulanya ingatkan semuanya dari mainland china…Semasa dalam flight aku sempat beramah mesra dengan seorg yg duduk di sebelah aku nie…namanya Vincent..seorang travel agents..berborak rancak berkenaaan planning dia untuk membawa satu group belia 4b dari kuantan nie..dia banyak bagi pandangan dan pengalaman dia semasa di china dan skrg dia organize muslim tour untuk belia 4 b nie...aku sempat belajar dari pengalaman dia dan kesimpulannya china budayanya memang jauh berbeza dari sangkaan awal.
Selepas 4 jam perjalanan..perasaan gembira tu muncul..argh akhirnya sampai jua aku ke tempat yg baru nie..tapi kegembiraaan itu hanyalah sementara…apabila saja landing di guanzhou airport..ada satu pengumuman oleh pramugari..mereka akan menyembur keseluruhan cabin tu dengan sejenis spray antiseptic untuk membunuh kuman selepas di arahkan oleh pihak authority china ..dan kesemua penumpang di tahan di dalam cabin..aku mendengar cerita dari Vincent nie..pasal kisah flight kawan dia yg terpaksa di kuarantin selama 2 jam. Alamak..dan dalam masa 10 minute kemudian muncullah satu group yg berpakaian lengkap berwarna putih..ala2 dari biohazard tak pun dari movies resident evil akan melakukan kerja kuarantin di dalam pesawat nie..leceh betul lah..aku baru je nak keluar..jabatan kesihatan china nie menggunakan sejenis alat pemancar yg dapat mengesan suhu badan apabila dihalakan kearah dahi..seorg demi seorg di check dan bila tiba giliran aku..Aku lepas..tidak disyaki..tapi nasib malang berlaku kepada penumpang di tempat paling hadapan..suhu badan yg tinggi..leceh betul la..harap2 tak semua penumpang di kuarantin..mati lah macam nie..tak pasal2 7 hari di hsopital..semasa nak keluar dari flight tu vincent bagi aku sehelai mask..dia kata hey young man..u akan perlukan ni nanti..tapi masa aku menerima tu hati aku tak berapa sedap..mcm bad thing akan berlaku!…selepas selesai pemeriksaan aku menuju ke kaunter pemeriksaan kesihatan di dalam airport..leceh tul berapa kali nak check la pihak authority china nie!mungkin disebabkan pengalaman yg lepas berkaitan dengan penyakit SARS dan juga influenza avian membuatkan mereke lebih berhati2..argh tak sabar aku nak lepas pemeriksaan nie..bile sahaja turn aku tetiba mesin berbunyi..aku pelik dan terus di arahkan oleh pegawai china nie menuju ke satu bilik khas yg telah di kuarantine..apabila aku berada di dalam bilik tu aku dah mulai panic..satu pasukan berpakaian lengkap putih..bertopeng dengan logo biohazard boleh nampak secara jelas dari coverall mereka nie..aduhh apa telah jadi pada aku nie..tak sihat ke..dan selepas tu aku telah di arahkan oleh mereka untuk menguji suhu badan dengan di letakkan thermometer di celah ketiak aku nie..arghh aku mengeluh dan dalam hati aku berkata..aku sihat la! Selepas 10 minute dan result di ketahui suhu badan aku secara tiba2 tinggi 37.9
Aku lagi bertambah panic apabila melihat reaksi muka kesemua pegawai tu..bertalu2 soalan di kemukakan..dan kebanyakkan tak fasih dalam English..pening aku nak menerangkan kepada mereka nie yg tak reti bahasa..arghh aku ckp la aku nie tak cukup rehat,makan spicy food ..bedal durian! dan juga kekurangan air dalam badan..memang aku sedar time tu mulut aku kering..terlalu dahaga...aku pelik!...selepas penerangan berjela aku berikan tu..dorang membawa aku ke satu tempat untuk minum air..bergelen2 gelas air masuk kedalam badan aku. Tapi tetap juga dahaga..apa dah kene ngan aku nie..ya allah...minum lagi supaya dengan harapan supaya suhu badan aku turun..aku mulai berdoa teringat kepada yg maha esa apabila berada dalam situasi begini..dan selepas 10 minute aku di panggil kembali..diadakan ujian kali ke 2..aku duduk dan berehat sekejap cuba untuk bertenang…kali ini aku memang tidak bernasib baik..selepas ujian ke dua dijalankan suhu badan aku masih tinggi…argh muka pegawai tu masing berubah..dan aku disyaki sebagai pembawa virus influenza H1N1..dan bertalu2 soalan di Tanya..tapi mcm mana aku nak menjawab ibarat ayam dan itik sahaja bercakap..dan selepas itu aku diarahkan menandatangani satu dokumen yg menyatakan aku akan di hantar ke hospital untuk dirawat..puas aku merayu..tapi tidak berhasil..masa tu dalam pemikiran aku mahu pulang sahaja ke tanah air..aku rasa keseorangan..entah siapa lagi aku nak mengeluh nasib..dalam setengah jam..ambulans pun datang..aku telah diiringi oleh pegawai airport untuk menyelesaikan urusan imegresen dan juga luggage aku..masa itu perasaan aku tuhan sahaja yg tahu..panik..takut sedih dan sebagainya tapi aku cuba mententeramkan diri sebab aku tahu aku nie sihat..mungkin ada kesilapan berlaku..dan masa tu aku dah mula di arahkan memakai penutup muka..apabila aku diiringi oleh pegawai sambil memakai mask..ramai memandang kea rah aku..arghh aku buat bodoh sahaja..bukan ko kenal aku pun….apabila aku sampai ke luar airport aku di arahkan masuk ke dalam aimbulans..dengan pantas ambulans tu begerak laju menuju ke hospital..masa tu aku tak pikirkan sangat pasal masalah nie.sengaja menyedapkan hati aku pun melihat permandangan kota Guangzhou dari dalam ambulans..ini adalah pertama kali pengalaman aku naik ambulans nie sedangkan di Malaysia pun tak pernah merasai bende nie semua..sepanjang dalam perjalanan ke hospital banyak bende aku pelajari.melupakkan segala yg aku sebenarnya tengah sakit nie berpikir bende lain lah.tentang konsep pembandaran di sini yg caca marba dan juga system roadnya yg bersimpang siur penuh dengan flyover..cuaca begitu panas pada masa nie dan berdebu..aku perhatikan dari luar tingkap ambulas, penduduk di Guangzhou nie berpakaian santai..t shirt untuk mengurangkan haba panas..selepas 45 minute perjalanan..aku akhirnya sampai di hospital dan .aku diarahkan menjalani pemeriksaan sekali lagi dan di wadkan di bangunan kawalan penyakit berjangkit..aku dikerumuni oleh doctor dan nurses..bermcm ujian di jalankan keatas aku..aku rasa aku nie ibarat tikus hitam makmal yg di import dari Malaysia untuk dilakukan ujian..aku hanya mengikuti sahaja..setiap satu ujian di jalankan dengan melihat pada kerongkong aku,mengambil sample dalam mulut,blood test,ujian X ray dan suhu badan yg entah keberapa kali dorang mengambilnya..selepas tu aku telah di panggil oleh berbagai doctor dan bertanyakan soalan yg tak boleh aku jawab..english pun lintang pukang..dan nasib baik kebetulan ada sorang nurse yg masih muda boleh cakap fluent dalam English..yg lucunya ketua nurse tu nak bertanyakan soalan kepada aku pasti melalui pengantara..petang tu aku di arahkan utnuk berpindah ke wad lain yg lebih selesa..wad yg dibina khas untuk aku! Aku perasan sisa pembinaan masih lagi ke lihatan di toilet dan wad aku yg serba baru..aku pulak tinggal sorang di dalam wad nie..yer la kene kuarantin..dan aku tidak dibenarkan meninggalkan wad ini kecuali dengan kebenaran doctor..ada seorang nurse nie kesian melihat kepada aku ..dia bertanyakan aku nak makan apa?aku ckp la aku nak order nasi n sayur sahaja..dia bagi cadangan ambik lauk ayam,ikan,babi dan etc aku ckp takper la aku nie vegetarian dan dia paham..hospital di sini cukup besar..aku dapat meronda keseluruhan hospital ni pun apabile aku bergerak ke satu section yg lain untuk menjalani ujian dan ubat ..dan aku dibekalkan dengan berjenis ubat oleh pihak hospital nie..arghh telan je ubat aku terus terlelap dan sebelum aku tidur,aku check suhu aku dah turun kepada normal 36.8
..aku berharap pada keesokkan harinya aku akan dibenarkan keluar oleh pihak hospital..


berdoalah untuk aku

Sim Card China Mobile membolehkan aku berhubungan ngan membe aku!

Hari kedua di Hospital Nang Fa Guangzhou

Aku bangun pagi dengan penuh lena sekali..segar rasanya..pening dah hilang dah suhu badan ku mulai stabil..lega rasanya..selepas tu aku pergi mandi..dan semasa aku menyarung pakaian aku,tetiba ada sorg nurse datang tersipu melihat aku dan terus beredar..mungkin pertama kali dia melihat lelaki dari Malaysia yg half naked..haha..di china semasa musim summer waktu siangnya melebihi 16 jam…bayangkan la subuh dah pukul 4 pagi..selepas beberapa minute kemudian nurse yg sama pun dtg melihat pada perkembangan aku..bertanyakan sama ada aku lapar atau tidak..aku meminta sarapan pagi roti,egg dan susu..tapi masa nak order tu pun bukan main sukar..masalah komunikasi ibarat itik n ayam again..dan terpaksa aku menulis satu persatu..adoii.. nak berbual lagi berkaitan yg lain memang sukar..mengeluh dia termasuk juga aku tapi yang seronoknya apabila masing membuat body language untuk saling memahami..sarapan pun dah sampai..telur,susu dan pau bukannya roti seperti yg aku minta..pau mungkin bersamaan dengan roti kot di sini..bila masa aku nak makan sahaja..aku buka inti dia..aku bayangkan kacang merah yg sedap..nah!daging floss tapi yg peliknya dia berwarna putih dan halus..nak dikatakan ayam aku tau sangat mcm mana bentuk ayam tu…rupanya berintikan daging babi..YAKSs terus aku campakkan ke tong sampah..susu pula di sini adalah susu lembu tak rasa mcm lembu..mula la otak aku piker bukan2..memang susu di sini rasanya yaks!!!..adoi minum sajalah..dan masa aku nak bayar makanan nie aku bagila duit 100yuan bersamaan dengan RM60 malaysia..nak tukar tu pun payah nak berkomunikasi,nurse tu tak reti nak sampaikan mesej tiada duit kecil..dekat 10 minute aku berbincang..pergi la ke kedai mana tu tukar ataupun tukar ngan membe yg lain..aku dah hutang semalam pun 5 yuan..bagi 100 yuan terkejut beruk dia..bayaran untuk hidangan nasi berlaukkan sayur...masa nie aku berdoa bila la aku nak dilepaskan nie..serik terkurung dalam bangunan yg bersangkarkan besi ni..org berbahaya katakana! dan masa aku menulis nie seorg cleaner makcik datang..dia membawa satu beg yg tertera biohazard..apa korang ingat aku nie berbahaya ker..adoi. bersambung….

Pukul 12 tgh hari
Arghh aku terjaga dari tidur..tiada aktiviti yg boleh aku lakukan ketika ini..nasib baik la aku membawa lappy kesayangan aku nie..boleh la aku tidur sambil mendengar music,melayan perasaan melihat pada gambar kenangan silam..perasaan jadi haru biru ketika nie..rasa terasing di bumi lain..rasa nak pulang secepat mungkin ke tanah air..rindunya walaupun baru 2 hari aku berada disini..betul kata pepatah hujan emas dinegara org hujan batu di negeri sendiri..walaupun china nie terlalu pesat membangun dan menjadi kuasa besar dunia aku tetap merindui tempat tinggal ku..damn aku tak suka feeling mcm nie akan membuatkan aku takut dan lemah..pyro mana boleh bersemangat begitu..tercampak ke Negara asing keseorangan sepatutnya bukan masalah bagi aku.aku rindu pada masakan mama aku..huhu..tak lalu aku pada masakan di sini sekadar sayur sawi dan juga nasi..yakssss..

Jam sudah menunjukkan pukul 2 tengah hari, aku dah mulai bosan..aku bukannya sakit teruk tu sekadar demam biasa tapi dianggap terlalu serius yg boleh membahayakan 1 billion rakyat P.R of china..aku tertekan dan tangan aku mengatal menekan ring memanggil nurse atau doctor untuk mengetahui perkembangan seterusnya..nurse yg tak reti ckp English pun dtg..adoii..puas aku ckp bile boleh dapat results etc..arghh frust aku..dia ckp tunggang langgang tak paham langsung yang aku dpt tangkap apa yg cuba di sampaikan olehnya doctor tiada masa skrg dan hanya tinggal he, dia membiasakan dirinya me dan bukannya I! Nak lebih paham terpaksa menulis di kertas mcm org bisu la plak..adus aku dah putus harapan nak keluar awal..aku sorang di dalam bilik ni mcm org gile la plak tak tahu nak berhubungan dengan siapa lagi di dunia luar tu..

Pukul 3 petang

Nasib baik aku register hp china nie aku menggunakan china mobile..boleh la aku online internet dengan menggunakan applikasi blue tooth…sesambil online aku melalak karaoke di dalam bilik nie..lantak la..lagu raya pun aku layan..koleksi itu sahaja aku ada ketika ini..cuba untuk menggembirakan diri.

Jam sudah menunjukkan pukul 530 petang
Aku terjaga dari tidur..rasanya sudah terlalu puas aku berehat dan tidur..aku mulai gatal tangan memanggil kembali nurse untuk berbual.alamak nurse yg sama..aku meminta kepadanya supaya menu untuk dinner aku at least ada fish/egg/vege disebabkan aku dah tak lalu nak makan sayur semata2..arghh lamanya masa nie berlalu..

Dan tak sampai 10 minute kemudian,dua org doctor berpakaian lengkap datang menemui aku..mr nulu anda di suspect H1N1 dan ada direct contact dengan pesakit H1N1 yg lain..aku terpaksa di pindahkan ke hospital lain…aku tak percaya..langsung berita tu..rasa mcm aku nak mati dah esok lusa..terus semangat aku hilang..biar betul..ini semue silap..tak mungkin..aku mulai merintih..ades..sedih teramat bila sakit di Negara org nie...argh kene berpindah lagi..lecehnya..aku pun packing la barang2 aku dan terus dihantar menaiki ambulans..bukan main pecut ambulan nie..dan dalam masa 30 minute aku sampai di hospital pakar yg mengendalikan kes berjangkit nie…selepas register aku pun di arahkan menjalani x ray sekali lagi..abis la mati sel2 aku dah la aku selama nie pun terdedah dengan radioactive! Aku di tempatkan sebilik besama dengan seorg pakcik cina nie..dia ex doctor boleh bercakap simple English la..at least ok la dari tak paham langsung..10 minute kemudian datang seorg pesakit baru china yg masih muda dan kemudian dia diarahkan berpindah lagi..ada seorg budak yg sebaya dengan aku datang ke bilik aku..berkulit sawo matang..aku rasa dia nie mesti dari Indonesia ataupun Malaysia..tak mungkin china berkulit mcm tu..dia memahami perbualan aku di dalam telefon..sebelum tu aku call my brother ttg perkembangan terkini family aku..takut menjangkiti ahli family yg lain…sedangkan mereka pun tak tahu..aku tak nak menyusahkan dan merungsingkan keluarga aku...aku pun tak pasti di mana aku mendapat virus nie masa jamuan dengan mat saleh hari khamis tu ker atau pada masa menaiki flight…takkan dalam masa 6 jam aku dah kene flu..impossible..ini mesti kat Malaysia nie….keliru dan ujian dijalankan pun belum tentu aku sah 100%..hanya di syaki..mamat tu pun menegur aku u nie dari Malaysia ke..aku ckp ye dari KL dan dia pula dari klang..datang bercuti seorg diri di guanghou nie..cukup berani dan panas baran..sesuai dengan watak dia ..dia bercerita mcm mana dia mengamuk di hospital gara2 di syaki positive h1n1 nie..malam tu aku diberi ubat antiviral..tamilflu dan diambil sample darah untuk kali ke berapa..aku pun dah lupa..termasuk sample di dalam mulut aku..aku bosan sebab aku tahu pasti lama aku kene kuarantine di sini..at least 7 hari..aku pun buka la laptop kesayangan aku.nah ada internet apa lagi..online la chat dengan teman rapat aku..tapi masalahnya apabila aku nak buka website blogspot dan youtube..negara komunis nie semua kene sekat..tiada kebebasan bersuara langsung! semakin hari semakin mendalam pengetahuan aku berkenaan ngan virus h1n1 nie..semua website aku layari dan aku terasa symptoms seperti sakit dada,kahak yg banyak..sakit sendi dan muscle dan suhu badan yg agak tinggi..aku tak pasti sama ada kesan pengambilan ubat itu ataupun dari virus itu sendiri!

Hari ketiga di 8th Guangzhou Hospital

Di sini siangnya terlalu awal pukul 6 dah nampak sinaran matahari..aku terjaga dari tido..nurse pun datang aku dihidangkan dengan roti pau koson g n air susu..yaks tak sedap langsung..aku makan dengan tak byk peduli dah darurat..dan dalam masa yg sama aku diberi pilihan untuk menu lunch dan dinner..salah satunya terdapat roasted pork..alamak terus loya tekak aku..adoii dah darurat terpaksa la aku wat pilihan yg lain dan aku malas ambik tahu sama ada makanan tu bercampur ataupun tidak! Dan kali nie aku diambil sample darah lagi..arghh abis la bengkak urat aku nanti..kerap di cucuk je..rasa mcm penagih dadah la pulak..selera makan ku aku tak serancak dahulu..tambahan makanan di sini..yaks tak sedap langsung tiada pedas..tawar dan semuanya di rebus..aku mendapat tahu kebanyakkan yg di kuarantine di sini bukannya semua kes H1N1..tetapi di sebabkan policy kerajaan china yg terlalu gerund dengan wabak ini semuanya terpaksa di kuarantine.entah itu pandangan aku je kot sebenarnya aku masih tak percaya aku nie positive!

Hari Keempat

Hari nie aku breakfast dengan roti manis 3 keping dan susu..rasanya sungguh tak sedap..apa dia letak dlm susu nie..milemin ke..Dalam masa aku menempuhi hari sukar di hospital nie..banyak sokongan dan doa berkat dari buddy aku yg tersayang..Mr Ahmad Fuad yg berada di china,Cikgu Is arkitek berjaya dari melaka,Am sazly termasuk dengan housematenya yg lain, Izz adi my younger bro,endi ivan my gym buddy,Cik mastura dan kekwn,Bro eqbal yg masih lagi tak percayakan cerita ini,Mr wan kelate yg menelefon aku dari KL dan terkejut beruk bile tahun aku kene H1N1 dia plak terlebih rungsing,En ijam my sahabat dari bangi..siap menulis didalam facebook dia pasal aku kene H1n1..sapa lagi erkk dan sesapa yg betanyakan khabar aku tapi lupa aku nak catitkan disini..hari nie juga aku membuat panggilan ke office..pasal perkembangan aku..bos aku terkejut dan suruh aku memaklumkan perkembangan aku setiap hari di sini..yer la disebabkan aku kene dorang pun dalam langkah berjaga2 di sebabkan h1n1 aku nie berasal dari Malaysia atau memang dari china…hari khamis tu pula bos aku nie baru balik dari India la..china etc so main suspek..selepas breakfast mcm biasa ujian ambik sample dalam mulut dan ambik darah..arghhh abis la urat darah aku membengkak..dicucuk sana sini..kalau 7 hari abis 7 urat darah aku dicucuk untuk mengambil sample..kebas dan tak selesa rasanya
Aku baru mendapat berita dari membe aku cina sebelah nie pasal status..kitaorg dikatakan bebas dari H1n1 walaupun dikatakan paada mulanya positive..selepas 2 kali ujian yg menunjukkan negative..aku berasa lega..seronok melayan internet di sini yg berkelajuan 5 kali ganda dari Malaysia..! masa aku banyak terisi..tak menyesal aku bawak lappy nie

Hari Kelima

AKu sedar je dari tido..hujan lebat di guagzhou nie..ribut typhoon dikatakan akan melanda di sekitar fuchiow dan tempiasnya pasti kene di area Guangzhou nie…sejuk dan nyenyak aku tido..bangun je tido aku di beri kek mini dan juga susu..kawan cina aku nie sungguh baik siap mengopek buah lagi untuk aku..dan dia tak percayai kata doctor disini yg mengatakan kitaorg nie positive H1n1 sedangkan results yg diberitau nurse tu negative h1n1..dia ex doctor gak! Tapi yg aku perasan keadaan dia yg paling teruk sekali setiap hari mesti kene dimasukkan air kedalam badannya..suhu badan ku 37.1..malam tu aku berborak dengan mamat melayu ni namanya azam..dia bercerita pasal life dia..seorg agent insurans..first time datang ke china n oversea..sungguh berani mamat nie…semenjak aku berada disini dah dah tau setiap iklan disini..cerita dan drama..di tanah besar nie..setiap hari pasti disediakan dengan drama patriotic,kisah perang,kisah tentera dan etc..membosankan..lagi bosan dari cerita tv1 malaysia tu..si mamat melayu nie sungguh beruntung..sebab apa..dia mendapat seorg awek nurse di hospital lama dia..beruntung..siap mendapat kad dan juga buahan dan makanan mcd..aku? takde sapa nak bagi..huhuh..berita aku dapat h1n1 nie telah tersebar ke membe aku yg lain Mr fadzli..thx fadzli course bersusah payah call air asia dan juga mengambil berat psal aku..dia pun baru sembuh dari demam kepialu..

Hari keenam

Pagi tu aku bangun awal..aku berchat dengan membe aku mr firdaus..dia entah org kebrapa tahu aku ken ekes nie..dia yg menelefon aku dulu semalam..ingatkan aku berada di KL..tapi bila tahu aku berada di hospital china dia pun terkejut..selepas breakfast aku melepak mcm biasa..dan pukul 930..aku menerima berita buruk..membe melayu aku dan sebelah cina nie dah dilepaskan sedangkan aku tidak..arghh..begitu terkejut sedangkan aku yg paling tak nampak sakitnya…dia sebelah siap masuk jarum air lagi..arghh dugaan ini berat untuk aku tempuhi..dah la keseorangan..sedangkan aku nak pulang bersama ngan mamat melayu azam nie…tertekan..aku mcm nak sedih..aku memang la suhu badan aku tinggi dari org normal..semasa aku menulis nurse dan cleaner bersiap2 mengemas katil dua org nie..mereke dah beredar..tinggal aku sorang..masa nie si fadzli dan si endi ivan lah yg menemani aku masa sukar begini..thxx bro..kalau tak lagi emosi aku tak menentu masa ini..arghhh….aku cuba memenangkan diri masa nie..fuh fuh hembus nafas..dan aku terima panggilan dari kawan aku dari Malaysia mr mat shah..dia kata nak bagi good news passal dia..dia kata aku akan jadi uncle..aku plak ckp aku pun ada news ..bad news..dia mcm tak percya aku di hospital Guangzhou kene h1n1..dia ingat aku main2 ker..kebanyakkan membe aku apda mulanya memang begitu..susah nak precaya berita sebegini..ingatkan aku bergurau sahaja….aku terlena lagi dari tido..melihat pada hp aku ohh ada sms dari membe aku mr bro Pa..dia wish supaya aku cepat sembuh..thx bro..walaupun kau sibuk di labuan sana..ingat gak kat membe2 nie..aku baru saja menelefon mr azam..membe aku yg tinggal sekali di hospital..air asia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian di tanggung disebabkan oleh kuarantine nie..abis mcm la aku nak sgt dah terpaksa membayar balik 1500 yuan..celaka betul!

Masa yg membosankan mcm nie..aku melayan sesapa saja yg sudi berborak dengan aku ..petang nie aku berborak ngan mr shin chan dan membe yg sudi berbakti (istilah yg pernah di ungkap kan oleh seseorg) at least ada gak masa untuk aku daripada tiada..bukan apa masa sebegini la aku memerlukan sokongan dan juga teman menempuhi detik sukar macam nie..aku nak selangkah ke alam mati nie! Mr shin chan nie dan meluangkan sepenuh masanya untuk aku di ym nie..mr endi..dia tegur aku di ym dari pagi sampai balik office..aku sebenar mengharap org yg terlalu rapat ngan aku yg berada di melaka untuk sentiasa keep in touch ngan aku..tapi..hurm biarlah dia terlalu sibuk ngan urusan dia…petang nie aku melayan mtv china..seronok ada lagu English dan mix china..rasa terhibur ibarat kat Malaysia plak..menyedapkan hati.. dalam masa aku tengah bad mood nie aku dah book tiket ke bali!lantak la aku nak berehat di sana nanti..

Hari Ke 7
Bila aku bangun pagi aku begitu mengharapkan aku sudah berada didalam bilik aku di KL tapi apabila celik je mata arghh aku masih berada di hospital..betapa homesicknya aku kali nie..tambahan pula membe yg sepatutnya menemani aku di china nie sudah pulang..dan sepatutnya hari ini flight aku pulang ke tanah air..pukul 6 pagi,nurse sudah masuk ke dalam wad aku mengambil darah..arghh dan diberi ubatan seperti kebiasaan..mcm tiada apa berlaku perubahan..aku dah letih untuk memikirkan bila aku akan keluar dari sini…sehari lagi,2 hari,seminggu ataupun sebulan lagi. Ataupun aku dikebumikan di sini...pagi2 nie aku melayan ym ngan membe aku mr andi dan cik mastura..mr andi nie dari hari pertama sampai ke hari ini menemani aku..terharu aku..sedangkan takde la aku terlalu rapat ngan dia sgt pun..byk lagi org yg terlalu rapat ngan aku....aku tgh sakit begini memerlukan sedikit perhatian dan sokongan..bukannya wang ringgit tapi sedikit masa pengorbanan..entah la..aku kalau pikir bertambah emo time nie..dah lama aku tak rasa sedih mcm nie..hujan mendung je kat luar tu..hati aku bertambah sayu time nie..ades

Petang tu aku terima call dari boss aku..dia begitu berat psal perkembangan aku..selalu menyuruh aku mendapatkan surat klr dari hospital nanti..nak claim la etc..dan aku juga menelefon family aku..ayah aku mengangkat phone time tu..tanya perkembangan di sana sedangkan dia tak tahu anaknya kene h1n1..dan dia sempat leh melawak lagi..ala h1n1 tu propaganda mat saleh yg nak jual ubat je..adoii..takper la sempat lagi dia menyuruh aku membelikan batik cina bila pulang nanti..aku pun rasa keadaaan aku tak la terlalu serius sgt..entah la susah nak kata kan…arghh makanan tgh hari aku lauk biasa telur dadar dan juga kentang rebus.muakk..tapi satu perubahan ketara aku dpt rasakan …aku dah pandai guna chosptik!fuyoo satu kejayaan bagi aku dan semasa di wad nie aku banyak belajar mandarin dengan menggunakan software n language learning cd yg aku beli di Malaysia tempoh hari..tgh hari mcm biasa miss mastura dan juga mr endi…menemani aku di ym nie..dan semasa aku berehat mengelamun seketika..ada satu nurse masuk ke dalam bilik aku dia kata,,chow la..chow la…wat? Dia tunjukkan sign suruh klr..aku mcm tak percya..tapi bile dia kata chow la tu aku paham la suruh aku berambus..mcm tak percya..aku bersyukur kepada allah..dan masa nie tangan aku terketar mengemas beg aku mcm tak percaya..dan aku terus mengsiap kan diri aku mandi shower..bagi segar sedikit..sempat aku beritau pada mr endi..org pertama aku ckp aku dah discharge melalui online dan kemudian aku call boss aku….terus aku pergi ke office hospital nie mintak surat mengatakan aku dah sihat dan boleh keluar..bila saja aku tgk pada surat tu..wat?ni Chinese mcm mana bos aku nak paham dan juga aku nak claim insurans nanti..adoi..terpasksa la aku suruh wat surat sekali lagi..dalam english…arghh bila aku berada di luar rasa mcm kebebasan ibarat keluar dari penjara..itulah perasaan aku ketika nie…otak nakal aku mulala melihat doctor atau nurse yg begitu mengugat iman aku..adoii lawanya..uhuhuh..ades..allah dah bagi panjang umur nak wat masiat lagi..masyaallah…selepas aku mendapat surat tu…keluar ke hospital aku terus blur..jalan ke kiri k eke kanan..nak panggil teksi pun susah..dan jumpa sebiji.terus aku mencari teksi menuju ke airport..terpaksa menggunakan sign languager ke airport..dan harga teksi ke airport memang mahal..lebih kurang 100 yuan..bersamaan RM50..terus blah dari teksi aku berlegar di baiyun airport..mencari kaunter air asia..mangkuk..kesemua aku Tanya di kaunter..kesemuanya tak dapat memberi jawapan yg sempurna..english memang fail..arghh bertambah sakit kepala berurusan dengan org mcm nie…berpusing aku di sekitar airport selama sejam..bila badan aku dah letih sgt aku call mr ad..dia plak tak angkat dan last sekali aku call membe aku si azam nie..dia kata ohh pegi ke kaunter H beli tiket di situ..aku rasa kaunter tu pasti buka lambat lagi…berlegar aku di airport beli nail clipper la dan juga shaver..muka dah mcm babun dan kuku mcm hantu raya..dan tgh jalan tu ada org menegur aku..are you Filipino..no Malaysian..ohh..aku terpikir dalam hati aku nie rupa org filipin rupanya..hahahha...baik aku check in hotel dulu..berlegar sekali lagi di airport..nah akhir nya aku disapa oleh seorg yg fasih english..bertanya kan aku nak kemana dan nak duk hotel mana..aku ckp xiang xe..dia kata hotel tu jauh dan dia perkenalkan aku hotel yg bagi aku berbaloi la..hotel ke airport tu dekat saja 5 minute perjalanan…dia agent aku untuk hotel nie..dan bila dia bertanyakna aku dari mana Malaysia..wow..semua dalam van tu mcm terbeliak mata..malaishia..negara kita nie begitu popular di sini..mcm org pandang ke jepun la..serius aku tak tipu..kita terkenal ngan badminton la,manggis durian dan tak lupa juga dr mahatir!...dan selepas aku letak beg terus aku pergi ke airport sekali lagi..tunggu punya tunggu lama lagi aku pergi beli makanan..arghh takde bende aku nak makan disini..aku pergi 7 eleven dan beli air jus dan juga roti kacang..yg lain aku tak tahu tahap kehalalannyer..bedal la..dan bila aku nak beli tiket tu..puas aku explain aku nie kene h1n1 dan sebagainya..harga tiket tetap sama..so apa barang aku beli insuran sebagainya..mangkuk hayun..punya air asia..terpaksa la bayar walaupun mahal..dan aku pilih flight hari sabtu..boleh la aku berjalan seharian di Guangzhou jumaat nie..dan masa aku nak balik tu..lagi sakit kepala..bile nak berurusan ngan pihak hotel..nak suruh pick up aku di airport..aku ckp gate 7 sampai sekarang tak jumpa dorang..mana lahh dorang nie pergi..bengong tu..telefon pun tak reti nak cakap..aku dah fed up ckp nak naik teksi..adoi..masalah bahasa nie memang menyusahkan..arghh…nasib baik aku jumpa gak van tu..terus balik ker hotel..mandi aku rasa badan aku tak selesa lagi makan ubat..
Rindu aku pada hospital nie!

Muka pyro yg berjambang!



DONG ZHI HOTEL GUANGZHOU



BAIYUN AIRPORT

 

Zoo Negara

Category: By Pyromaniac
15 06 09
Zoo Negara
Happy hour bersama2 selepas ambik angin dan makan di alpha angle...jarang ada detik terluang mcm nie