Kisah Silamku:Hiking Di Bukit Tabur
09 01 10
Hiking Di Bukit Tabur
Azan subuh kedengaran..kau mengejutkan aku..selesai smbyg subuh..kita pack barang keperluan untuk mendaki..dari dulu kau selalu berbangga dengan gajetmu yg canggih tu..daripada selipar berjenama teva..kasut hiking,beg kanvas,khemah dan seboleh bolehnya kau nak menang dari apa jua situasi..aku yg kerap mengalah..biarlah kau yg sentiasa menang..dah itu ciri dan karakter yg perlu aku hadapi!
Pagi yg sungguh nyaman dan mendamaikan..ini adalah pertama kali aku mengajak kau untuk aktiviti hiking..sebelum nie pernah sekali bersama adik angkat aku tak pun bersama membe rapat aku yg tinggal di kepong..dia adalah teman hiking aku pergi ke gunung datuk dan juga ke bukit tabur....aku berdua dengan dia tapi tanpa sebarang komitment..mungkin dia kecewa.. aku cakap aku belum bersedia...tapi semenjak dia berpindah ke singapore dan akhirnya mempunyai komitment yg baru..aku akhirnya menyendiri didalam meneruskan aktiviti lasak ini dan baru baru ini aku berkenalan melalui blogger satu group xpdc mendaki dan aku join dikalangan mereka..dan akhirnya aku diterima sebagai ahli baru..dikalangan mereka tiada sorang pun aku kenali dan kebanyakkan sudah berumah tangga!..takper aku sanggup!bagi aku ini aktiviti free dan menyihatkan skali..ketahanan dari segi mental dan physical!
Kita berdua mendaki di kaki bukit tu..kau dengan eksennya memintas aku terlebih dahulu..tidak mengapa..tau la nanti aku kejar kau..mentang2 la stamina aku tak tinggi mcm ko..selepas beberapa meter dari kaki bukit..semasa bersantai santai di batuan..entah kenapa..pelik bin ajaib..tak semena mena..datang lebah menghurungi aku dan kau..dan yg peliknya juga lebah tu mengigit kau!dan kau pun mula lah membebel..sakit la...aku kaget dan terkejut..kenapa aku tak kene gigit tapi kau pula yg kene..mulalah aku buat perbandingan ..lebah tu tak suka akan kau..kau tu banyak buat dosa sgt..sebab tu la jadi mcm tu..belum lagi sampai ke puncak..kau dah minta nak turun ke kaki bukit..arghh kecewanya aku..kau pun turut sama merasa kecewa
Aku pucat juga memikirkan perkara ini..puas aku menelefon abedin tapi tiada jawapan..sampai saja di kaki bukit..kau menelefon mak kesygan kita..kau mengadu manja yg kau digigit lebah...aku minta nak hantar ke klinik tapi kau berdegil..kau cakap biarkan saja..tak mengapalah..
Breakfast di Melawati
Kau bercerita yg abg kau mempunyai rumah di situ dahulu..aku pun membawa kau pergi ke kedai kegemaran aku yg kebiasaannya selepas atau sebelum mendaki aku pasti akan singgah untuk bersarapan pagi...aku beli beberapa keping kuih dan kau pula dengan hidangan nasi lemak..nak order lebih takut duit tak cukup di tangan..takper la..berbicara pasal topic di akhbar yg dibeli..kita mulalah berdiskusi secara ilmiah..itu perkara yg cukup aku suka berkaitan diri kau..berbincang perkara yg sarat!
Membeli Barangan dapur di Pasar Gombak
Selesai saja makan di melawati..destinasi seterusnya membeli barangan dapur!ibarat mcm pasangan suami isteri..aku bagi idea nak ke pasar gombak nie kerana aku pernah tinggal di sini masa kecil dahulu semasa berumur 8 tahun..mak aku banyak bercerita tentang kisah hidup aku kepada kau..
Pasar gombak ni bagi aku nothing..nak beli ikan..tiada gerai jual ikan..nak beli sayur..mana nya gerainya..yg hanya kelihatan..gerai menjual makanan ringan..arghh fed up..keluar duit di maybank..kau merengek nak beli kurma..kata kempunan..aku pun belilah anggaran 300g..harganya nah RM5..tercengang aku..dah la kurma murah dan tak sedap plak tu..arghh
SHOPPING TERAPI di GIANT,Batu Caves
Parking..mencari troley..kau terus bergegas masuk ke dalam..argh apa yg nak dicari pun aku tak tahu..aku plak sibuk memilih sayur dan ikan..kau pula sibuk nak beli buah anggur..sebab buah hati aku turutkan saja la....selesai aktiviti shopping kita berhenti di booth pameran rumah untuk dijual..kau berminat dengan satu kondominium yg terletak di setia wangsa..kata kau lokasi strategy..berbagai2 soalan kita keluarkan..dan kau ckp kat aku!bila nak submit loan untuk beli rumah nie!aduhai..sabar je la..
Sampai di rumah saja..tiada apa mampu kita lakukan...nak memasak..hangat hangat tahi ayam saja lah..kita pengsan keletihan!