Salam Ramadhan
22 08 09
SALAM RAMADHAN
Satu soalan yg bermain di fikiran aku..mengapa aku memilih islam sebagai anutan ku..pada mulanya aku tak mampu nak menjawab dengan tepat..adakah kerana pada nama aku sebagai seorang muslim atau disebabkan oleh keturunan aku melayu islam..lama juga aku berfikir tentang itu..dan yg menyebabkan aku tersentuh hati apabila berfikir secara mendalam tentang fadilat ramadhan dan konsep berpuasa...bagi aku org yg sedikit jahil dlm ilmu agama,aku tak perlu copy paste ayat dari buku agama untuk menerangkan mengapa aku memilih islam sebagai anutanku..aku hanya perlu memerhatikan dan berfikir tentang sesuatu perkara..topic aku kali nie berkisar bulan ramadan..aku melihat bagaimana sempurnanya agama aku mewajibkan puasa..puasa memang kita ketahui ada fadilatnya..tapi apabila kita berpikir secara mendalam dan tidak membabi buta mengamalkannya....aku baru sedar yg ibadat yg sempurna ini menyebabkan kita mengingati pada golongan yg susah yg selama ini sering kita abaikan...dan menghargai nikmat atau makanan..kebanyakkan org akan mengalami detik apabila menunggu masa untuk berbuka..tak sabar untuk menikmati makanan dan kalau org berfikir pasti akan cukup menghargai nikmat makanan walaupun sebiji tamar...konsep sembyg berjamaah yg diamalkan ketika terawih..konsep hidup bermasyarakat..bagi aku semakin moden kita nie..semakin jauh untuk melibatkan dalam kemasyarakatan termasuk juga aku..tambahan kalau tinggal di kondo maupun rumah bandar..jiran sebelah pun belum tentu kenal..at least dengan ada ramadan nie masing dapat ketemu dan mengikat ukhwah ketika berjemaah bersama..banyak lagi aku pikirkan dan sebagai insan yg lemah aku juga banyak melakukan dosa dan kesilapan.