23 08 09
Berbuka Puasa di IKEA
Bulan puasa nie adalah masa terbaik aku untuk bersama dengan org yg tersayang termasuk family aku,sahabat sehidup semati dan kawan2 rapat aku..peluang sebegini aku tak akan lepaskan..dan hari ini adalah kali pertama aku berbuka puasa di luar selepas hari pertama aku bersama dengan familyku
Makanan di IKEA?bagi aku average sajala..jgn harapla nak makan buffet yg bermenukan ayam basil,meatball ikea yg special tak pun ikan salmon! yang ada pun hanyalah makanan local malay food..jadi disebabkan oleh perasaan takut kehabisan makanan..berpinggan2 makanan diusung ke meja nie..ayam 3 pinggan,kuih,nasi,bihun goreng dan bermacam lagi..apabila time berbuka puasa ..makan sedikit saja..tak larat nak perabiskan kesemuanya..perasaan time tu...hehe..malu rasa nak tutup je muka nie dengan kertas surat khabar bile time nak keluar dari pintu ikea tu..adalah org tu kata..takper aku boleh makan banyak..keh keh..


TGI Friday
30 07 09
Tempat dimana aku pernah celebrate bday dengan my ex dahulu.aku seboleh mengelakkan diri makan di sini...arghh walaupun makanan dia sedap!itu tak dinafikan lah..life mesti diteruskan betul tak?



Chilis
MidValley
Aku makan ngan buddy aku mr raja..first time dalam seumur hidup aku makan di tempat nie!
Papa John's Pizza
26 07 09
New Pizza outlet di malaysia
Aku kalau nak belanja org tu memang ikhlas..tapi aku tak suka la ada org mempersoalkan aku..sikit fast food..sikit kedai situ sini..nak itu ini..adoi..ada masa aku kecewa tapi bila time tak kene aku mudah sentap..aku cuba buat yg terbaik la dlm segala serbi..hurmm..kecewa lagi bertimpa2..aku juga manusia bukan robot



10 06 09
Subway KLCC
Akhir2 ni aku begitu berat menjaga pasal permakanan nie..kalau nak order mesti lihat pada kandungan kalori makanan..sebab aku tak nak sia2 usaha aku di gym selama berbulan2 dan setiap hari nie pergi ke gym kalau boleh..tak pergi aku rasa cukup bersalah..mentaliti tu dah tertanam dalam diri aku dan tapi Kalau aku tetap pada regime permakanan yg sama results nya pasti hampeh..aku bukannya nak badan mcm body builder yg bagak..bulky dan buff tu..sekadar ada lean toned body dah kira bagus..kalau aku pergi ke MCD sekali sekala aku order fillet o fish n light coke jadi kandungan 300 kalories..sebolehnya permakanan aku dalam 2000 kalorie kebawah..lepas habis dari exhibition tu aku singgah di subway klcc..malas rasanya nak beratur panjang naik tren..biarlah aku melepak sampai ke pukul 7 pasti masa tu kurang org..restoran ni dahulunya aku mcm kurang berminat nak pergi..sebab harganya mahal dan mesti tak sedap..sangkaan aku pada mulanya lah..bile aku mencuba aku dpt rasakan kelainan..mcm makan sandwiches tapi variety..bermcm pilihan ada tuna,beef,chicken..n sos..sedap dan sihat..untuk kesihatan nie jangan la nak berkira sangat..



09 06 09
Breakfast
Aghh tetiba bos mat saleh datang di tepi aku melihat apa aku tgh buat..aku ngan selamba je..yeah semuanya bagus..n dia terus blah..haha..hari ni aku cuba mempelbagaikan menu breakfast aku dah muak dengan cereal muesli dan juga susu setiap hari..nasi lemak?bukan aku tak makan tapi pagi2 malas aku nak pergi ke gerai dan makan di office..lebih santai breakfast di rumah pada pandangan aku lah..
05 06 09
Restaurant MURNI
Malam jumaat..aku melepak bersama aweks nie..disebabkan aku golongan minoriti..perbualan dikuasai oleh aweks bertiga nie la..bincang tentang trip akan datang..alangkah bahagianya ada berbini 3 mcm nie..hahaha..kuat berangan..sedangkan aweks sorang pun aku takda..apa kes?

Roti Naga?mana ekor dan kepalanya..nak kene sembelih ka?
02 06 09
Yoshinoya Restaurant
Japanese food..nyum aku memang mengemari dari dulu lagi..unagi,sushi,teppanyaki,origami?..u name it! balik dari beli barang kat one utama aku singgah makan malam di restaurant nie..harganya mahal sedikit dari fastfood yg lain...aku suka nasi jepun yg kurang kanji dan juga miso soup nie..arghh abis la aku semakin kerap buat entry makanan nie..kene kutuk ngan seseorang pulak nanti!lantak la memang hobi aku suka makan :)


08 05 09
Thai Express restaurant
Hurmm..makan bersama dengan si minah nie..mastura..merangkap PA aku..personal assistant..jarang ada membe perempuan yg very close mcm nie..kalau rapat ingat aku nak ngorat la..nak ajak couple etc..belum bersedia..nanti la..status single tu pasti akan hilang satu hari nanti..petang selepas balik opis aku mengajak minah nie makan di the curve.backyard...menu aku nak order..thai green curry hot noodle..kalau dah green curry tu rasanya pasti mcm masak lemak cili api negeri sembilan..berlemak..dah agak dah..tapi rasanya boleh tahan sedap dan seafood yg penuh dalam bowl..padanlah dengan harganya!kerap kayap la hujung bulan nanti


18 04 09
Nasi Beriani Gam Putrajaya
Bukan tujuan aku sebenarnya buat entry untuk promosi kedai makan seluruh malaysia ni..kalau yg bagus..service excellent..tip top dan juga makanan yg sedap..aku akan pergi ke situ lagi..dah lama aku aim nak makan di sini..setiap kali aku lalu menuju ke putrajaya pasti aku nampak signboard yg tertulis nasi beraini gam..clueless pasal restoran nie dah la terperosok ke dalam..kebetulan satu hari tu aku bersama dengan Mr Pa membe kamching aku, seorg inspector polis nie dan mr wedies pergi melawat officemate aku yg mempunyai seorg baby yg baru..style org bujang dah la tak bawak satu bende pun melawat rumah org siap boleh muka selamba makan donut dan juga minum air kopi rumah org..termasuk jugak aku..malam tu aku tak nak menyusahkan housemate aku untuk dinner, aku beri cadangan pergi ke restoran nasi beraini gam nie..nasib aku baik pada malam tu,kedai masih dibuka tapi lauk pauk istimewanya kebanyakkan dah habis..yg tinggal pun lauk ayam..jadi la asalkan kenyang..melihatkan kepada portion makanan dia aku terkejut..besar penuh satu pinggan termasuk dengan sepeha ayam yg besar..ini cukup untuk makan 2 org nie..pasti kalori sepinggan nie mencecah 1000.. harganya berpatutan..kenapa nasi disini dipanggil gam?aku dapat cerita dari membe aku.. gam tu sebenarnya adalah teknik digunakan untuk memasak nasi beraini nie..lauk dan rempah akan dibungkus di dalam kain putih dan dimasak bersama dengan nasi..dipenjuru tepi penutup periuk tu akan diletakkan lilitan adunan tepung gandum..dan apabila adunan tepung tu sudah keras itu menandakan nasi didalamnya sudah masak.. begitu rupanya..nasi beraini nie antara yg sedap dan mempunyai ramai peminat tersendiri..cuba pergi time peak hour..lunch time pasti tiada tempat untuk makan..selamat menjamu selera :)

nak merasa daging kuda?

Nasi beriani yg penuh menimbun mcm gunung!
01 03 09
INTAI INTAI RESTAURANT
Restoran ni terletak di area bukit antarabangsa..membe aku si am nie yg bawa aku kesana..katanya nak entertain kawan baru dia sorang berasal dari indonesia..aku pun dah lama tak jumpa ngan si am nie..lepak berborak pasal banyak bende la..makanan bagi aku rasanya just nice tapi harganya boleh la jugak nak intai intai..paham saja lah maksud aku nie..kalau nak privacy bole la datang ke sini..tempatnya tenang dan dekorasi juga menarik..prinsip aku ketika makan..aku takkkan membayar surcharge untuk dekorasi semua tu..yg penting rasa dan kualiti makanan :)



dekorasi menarik mcm di bali

Siakap tiga rasa dan sayur campur
21 02 09
Nani wo tabemasuka?
Sushi
cuba terangkan maksud di atas
Selepas saja aku menghabiskan SPM aku...aku mendapat results flying color ..apply untuk RPKJ..rancangan pengajian ke jepun..aku dpt offer dari sana..tapi aku menolak selepas diberi penerangan oleh sedara aku..dia kata buat apa aku belajar disana dan last2 balik kerja dengan company jepun..bukan apa..sekadar jadi kuli batak kepada org jepun boleh la..itu pandangan dia la..terpaksa kerja lebih masa dan etc...masa itu aku masih lagi naif dan aku belum bersedia untuk berhijrah lagi..hasrat ku terbantut..masih lagi tersimpan kamus jepun dan buku rujukan jepun yang lain..ada masa aku rasa menyesal dengan keputusan aku itu..bende sudah berlalu jadi kalau aku teringin nak makan makanan jepun singgahla di sushi king..walaupun aku tahu rasa sushinya tasteless tak sama seperti di jepun :(