Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Preferences?

Category: By Pyromaniac
Preferences?
Mendengar lagu backstreet boy dan suka pada warna hijau
 

Salam Ramadhan

Category: By Pyromaniac

22 08 09

SALAM RAMADHAN

Satu soalan yg bermain di fikiran aku..mengapa aku memilih islam sebagai anutan ku..pada mulanya aku tak mampu nak menjawab dengan tepat..adakah kerana pada nama aku sebagai seorang muslim atau disebabkan oleh keturunan aku melayu islam..lama juga aku berfikir tentang itu..dan yg menyebabkan aku tersentuh hati apabila berfikir secara mendalam tentang fadilat ramadhan dan konsep berpuasa...bagi aku org yg sedikit jahil dlm ilmu agama,aku tak perlu copy paste ayat dari buku agama untuk menerangkan mengapa aku memilih islam sebagai anutanku..aku hanya perlu memerhatikan dan berfikir tentang sesuatu perkara..topic aku kali nie berkisar bulan ramadan..aku melihat bagaimana sempurnanya agama aku mewajibkan puasa..puasa memang kita ketahui ada fadilatnya..tapi apabila kita berpikir secara mendalam dan tidak membabi buta mengamalkannya....aku baru sedar yg ibadat yg sempurna ini menyebabkan kita mengingati pada golongan yg susah yg selama ini sering kita abaikan...dan menghargai nikmat atau makanan..kebanyakkan org akan mengalami detik apabila menunggu masa untuk berbuka..tak sabar untuk menikmati makanan dan kalau org berfikir pasti akan cukup menghargai nikmat makanan walaupun sebiji tamar...konsep sembyg berjamaah yg diamalkan ketika terawih..konsep hidup bermasyarakat..bagi aku semakin moden kita nie..semakin jauh untuk melibatkan dalam kemasyarakatan termasuk juga aku..tambahan kalau tinggal di kondo maupun rumah bandar..jiran sebelah pun belum tentu kenal..at least dengan ada ramadan nie masing dapat ketemu dan mengikat ukhwah ketika berjemaah bersama..banyak lagi aku pikirkan dan sebagai insan yg lemah aku juga banyak melakukan dosa dan kesilapan.

 

Angau angau di Restoran Murni

Category: By Pyromaniac
17 09 09
Angau angau di Restoran Murni
Menikmati nasi goreng lamb chop juga roti hawai dan juss pink panther
 

Tersenyum dan tersengih mcm kerang

Category: By Pyromaniac
Semenjak kebelakangan nie..aku kuat tersengih sorang2 kat opis...muka pun tersenyum sorang2..banyak benda yg membuatkan aku happy..rasa gembira,aman,tenteram dan bahagia..huhuhu..bengongkah aku ini?
 

Kehidupan yg baru

Category: By Pyromaniac
Kehidupan yang Baru
15 08 09
Benda nie aku tak menjangkakan tapi dia datang secara tiba2....tapi aku amat memerlukannya.untuk aku terus menikmati kehidupan ini dengan lebih bermakna..bagi aku amat mustahil untuk mendapatkannya yg betul tulen dan unik kerana kehidupan di zaman moden nie pasti amat sukar untuk menemuinya..banyak yg palsu..fake..tiruan yg pasti mampu mengaburi sesapa saja insan yg tidak bersalah dan tidak berdosa
Aku begitu gelojoh..gopoh..gagap..dan gundah gulana bukan kerana apa..tapi kerana gembira..entah aku berperasan sebegitu..pemikiran aku masa itu hanyalah terarah untuk menyambut kegembiraan ini..pergi ke kajang menikmati detik gembira ini..dan selepas itu aku tersilap langkah lagi..gopoh..dalam rasa yg amat bersalah aku pun pergi ke shah alam,uptown di sana untuk menyambut saat yg gembira ini sekali lagi..aku amat berharap detik kegembiraan ini akan berkekalan selamanya..aku hanya manusia tapi segalanya bergantung kepada yg maha ESA yang mengatur segalanya
 

H1N1 For info and be alert..

Category: By Pyromaniac
Got this from a friend, symptom2 org kena H1N1. Sebagai peringatan.sama kes seperti aku tapi very serius

===============================================================


High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant
woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you
touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena
kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital
tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia
org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my
brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need
oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7
days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's
why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari
ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu
tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling
atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap
lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan
atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm
bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To
support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that
dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air
yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family
member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend
hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my
brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak
this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with
other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2
tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very
appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is
the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick
action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much
experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the
patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah
 

AKu bekas penghidap virus H1N1

Category: By Pyromaniac
H1N1
Kisah bermula
Pada mulanya aku jenis tak ambik kisah sgt pasal virus nie..berita pasal virus nie di tv aku tak ambik pusing..lantak la..ala yg kene dengan virus nie pun beribu batu jauhnya dari sini..bagi aku penyakit bermusim..tak perlu nak dirisaukan..ada la ubatnya nanti..aala demam biasa saja..dan dalam tempoh sebelum aku dihinggapi oleh virus tu..virus nie tak begitu popular..tak perlu nak dirungsingkan..ala buat tak tahu saja..wat bodoh..dan sehinggakan aku dikejutkan sendiri dengan penangan virus tu semasa aku betul2 mendarat di china airport..apakah akan berlaku sekiranya aku demam di rumah aku?di tempat kerja?ataupun di negara lain..mungkin kes aku nie anggap dianggap sebagai demam flu yg biasa...dan kalau aku biarkan melarat selama 3 hari apakah akan berlaku?.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..bagi diri aku la..kesan dari virus nie tak seteruk mana bergantung pada tahap ketahanan badan seseorg..tapi aku dapat merasa ketidak selesaan yg ketara hasil serangan bertubi2 virus tersebut untuk menembusi sel2 di dalam badan aku..pada mulanya symptom yg aku dpt rasai suhu badan yg tinggi..aku check pada dahi aku..panass! dan dahaga yg terlalu sukar nak dibayangkan..dan juga tekak aku yg sentiasa berkahak..hari pertama dan kedua semasa dijangkiti..badan aku memang tidak berasa begitu selesa tambahan dengan sakit sendi,urat dan juga tisu2 otot yg lain..dada aku pun terasa sesak dan sedikit tidak selesa terutama di bahagian paru paru..arghh sama ada kesan dari pengambilan ubat tamil flu ataupun kesan dari virus tersendiri...
Aku masih lagi bingung..pelik dari mana aku mendapat virus nie..adakah semasa aku berada di dalam flight penerbangan ke china..semasa aku menukar duit di midvalley,ketika bersenam di gym di menara axis..bersama bos aku mat saleh ketika perasmian lab..aku buntu dan bingung..kesannya dapat dirasai selepas 4 jam aku berlepas....dan kesimpulan yg dapat aku buat..virus tu sudah berada di MALAYSIA!
Baru2 ini aku mendapat cerita kisah dari membe aku yg bekerja di hospital..kawan dia seorg nurse telah menjaga seorg patient yg berasal dari australia!patient itu telah disahkan penyakit h1n1 dan disebabkan virus tu masih baru di malaysia tiada langkah pencegahan di lakukan dan nurse itu sendiri telah di jangkiti..walaupun kesannya tak terlalu teruk kepada org yg mempunyai tahan tahan badan yg tinggi..tapi masih lagi boleh menyebarkan kepada org lain..aku mendapat tahu si mangkuk yg tidak bertanggungjawab nie berani membahayakan org lain dengan mengunjungi tempat awam seperti dating di midvalley..makan di gerai makan dan berada di terminal bus dan pengangkutan awam yg lain..berapa ramai org sudah berada berhampiran si dia nie!mungkin lebih dari 100 org! kesan yg begitu berganda..seperti aku katakan tadi kesan virus nie tak begitu teruk bagi org yg sihat tetapi bagaimana kepada org yg mempunyai risiko dan imunisasi yg rendah seperti
org mengandung.kanak2 kecik,org yg rendah imunisasi,penghidap kencing manis,darah tinggi dan masalah organ yg lain dan jika keseluruhan ini digabungkan sekali jumlahnya pasti melebihi 1 juta org~!
itu baru kisah seorg mangkuk bahlul bagaimana sekiranya ramai lagi berpelakuan sedemikian!
Virus ini mempunyai kebolehan untuk tersebar melalui udara..pernafasan,hembusan dan juga cecair dari badan..dan mampu bertahan di permukaan luar selama berjam2..selama aku di hospital aku telah membuat kajian dan membaca info berkenaan dengan virus yg baru ini..walaupun aku bukannya seorg doktor pun..at least aku tahu bende yg baru nie..bende ni tidak boleh di bawa main2..tiada vaksin pun lagi..risiko aku nak mati tu memang tinggi! berdasarkan maklumat yg aku baca dianggarkan menjelang hujung tahun nie dianggarkan 1/3 daripada penduduk dunia akan dijangkiti oleh virus nie secara langsung atau tidak langsung! semasa aku menulis entry ini dianggarkan lebih 1000 kes telah dikesan di malaysia dan jumlah yg belum dikesan pasti lebih tinggi lagi..seperti aku katakan sblm ini..mungkin di anggap sebagai demam biasa mcm kes aku juga dulu! ala demam sikit je..lepas blood test and swab test..nah..sah dijangkiti..walaupun masa tu susah aku nak menerima kenyataan! berita hari ini juga mencatatkan 9 org kematian! kebanyakkan adalah kes dimana kebanyakkan org mengganggap kesan dari virus ini terlalu minimal..
Kenapa perlu dikuarantine selama seminggu?soalan yg sama pernah dikemukan oleh aku dahulu..dalam dua atau 3 hari pertama..sistem imunisasi badan akan cuba melawan virus nie..kalau sesapa yg mengambil ubat anti viral..mungkin kesan penyembuhannya lagi cepat!virus nie membiak dengan menjadikan hos sel badan kita nie sebagai perumah..dan sekiranya terdapat antibodi di dalam badan tu..pasti virus tu akan mati dengan sendirinya sebab tak dpt cari perumah..aku malas nak terangkan konsep perubatan yg bagi aku terlalu kompleks..yg aku tahu selepas seminggu virus dan kesannya akan hilang kecuali yg tahap kronik memerlukan bantuan khas..
Apabila aku menjejakkan kaki ke tanah air aku mengambil langkah berjaga2..aku rasa bertanggungjawab terhadap family aku..sebagai langkah pencegahan..aku membeli satu botol besar cecair inteseptic untuk membasuh pakaian aku..setiap inci bende yg aku bawak pulang dari china aku lapkan dengan kain yg direndam dengan dettol!..laptop,pakaian,kad kredit dan bende sekecil2 seperti duit syiling pun! aku adik ketawa melihat gelagat aku..at least aku kasih pada mereka tu..kalau mereka nie sakit alamak risiko tinggi dah la obesiti dan mak aku plak darah tinggi..aku tak nak ambik risiko...nehiiii
Bagi yg disyaki pembawa penyakit H1N1..cubalah bersikap bertanggungjawab sedikit..at least seminggu dalam tempoh kuarantine tu..duduk saja la di rumah..jgn nak menggatal pergi kemana..tak kesian kepada org tua..kanak2 dan juga org yg rendah imunisasi sekiranya dijangkiti virus nie..dan
Ingatlah org tersayang!
 

Eau De Toilette

Category: By Pyromaniac

14 06 09

Eau De Toilette Warehouse Sale

Ada la budak tu kan..pada mulanya dia berkata :ala perfume..tak perlu la..ada banyak lagi..dan bila je sampai di sana..dia lah yang paling bersemangat dan tamak!..haha..itulah aku..MR PYRO! dan aku cukup meminati bau wangian hugo boss nie..bau dia maskulin..teruja dengan bau badan sendiri nampak gayanya laa..haha poyo ayat tuQ!tuihh..budget untuk bulan nie pasti deficit!



 

OGA 2009

Category: By Pyromaniac
10 06 09
OGA
OIL & GAS ASIA CONFERENCE AND EXHIBITION
Aghh pagi ni aku mengeluh terpaksa mengosok baju n seluar..sapu kanji bagi nampak keras sikit..mata dah mengantuk nak mengosok pakaian..aku gagahkan diri juga..terpaksa naik public transport ke KL convention center..aku kene jaga booth..nampak ensem sikit hari ni..kebiasaannya aku memang comot berpakaian jean n t shirt berkolar ke office..membe aku kata aku nie keje kilang ke apa..lantak la..kuli gak..tapi berpakaian smart mcm nie buat aku rimas..walaupun aku tahu ada org cuci mata ngan aku..haha..perasan je lebih..aku terpaksa berjalan kaki ke china embassy nak ambik visa..berpeluh basahi satu badan..lepas tu berpatah balik ke KLCC..seharian aku bersama ngan boss mat saleh nie..silih berganti..banyak juga potential client datang bertanyakan tentang service dan product company aku offer..aku jawab dengan selamba n muka confident..sedangkan aku masih baru di company nie..banyak service aku tak cukup familiar with it..pameran OGA nie lebih kepada pertunjukkan product atau services yg ditawarkan oleh company2 yg terlibat dalam bidang nie..jadi pengunjung tak ramai lebih kepada trader..dan bukannya mcm MATTA fair ataupun PC fair..disebabkan lebih dari 20ribu org pengunjung dan juga musim cuti sekolah..tempat makan di KLCC tu penuh..sesak n semak..arghh tertekan bile berhadapan dengan ramai org sebegini..

MY boss

Platform n Drilling Barge




Mat saleh nie ajar main poker plak



Scomi anak menantu ehem2








National Oil company from russia





Awek dari filipin..seksi!nak jual product ke atau tawar service lain :)


tergoda daku kepada dirimu
















 

01 04 09 Mr Mat

Category: By Pyromaniac
01 04 09
Lawatan Si Mr Mat
Aku dah lama tak jumpa membe aku dari ganu nie..kebetulan dia singgah di KL setelah balik bercuti dari langkawi..dia tengah frust di alam percintaan jadi nak merehatkan minda di langkawi la katanya..dia menganggap aku sebgai kembarnya walaupun terdapat perbezaan ketara ibarat langit dan bumi..dan masa dia nak jumpa aku dia membelikan aku buah tangan dari langkawi..coklat..dari dulu aku memang mengemari coklat..pantang je mesti aku lahap sampai habis..dan malam tu aku membawa dia pergi ke restoran yg cukup famous di lembah kelang..mana lagi..william's di kelana jaya..aku plak order spaggeti cabonara yg cukup mashyur di sini..di tambah dengan bebola daging yg cukup banyak..tak larat aku untuk menghabiskan kesemuanya..




Spagetti cabonara yg cukup menyelerakan


Jus ribena laici
 

Mr Andy

Category: By Pyromaniac
01 04 09
Lawatan Si Mr Andy

Hari ni adalah lawatan Mr Andy, CEO bagi company aku bekerja skrg.Company aku bekerja skrg nie adalah merupakan syarikat joint venture antara sebuah conglomerate dari UK dan juga dari Malaysia..tapi bahagian operation dan teknikal secara totalnya dicontrol dari UK...mcm biasa kalau dia dtg mesti bercerita pasal business..revenue untuk tahun ini mencecah 7.5 billion pound atau bersamaan 45 billion ringgit..walaupun terdapat pengurangan dari segi pendapatan tapi target telah di capai..katanyalah..dan sumbangan dari anak syarikat termasuk dari company aku bekerja skrg terdapat peningkatan..jadi tak sabar aku mendengar berita baik tentang bonus yg akan di umumkan..huhu ..dan sebelum pulang ke UK kembali, si andy nie sempat membelanja semua staff yg ada..dia request nak makan local food..pergi la ke restoran penang little cafe..walaupun aku tak mengemari rasanya tapi apa boleh buat..dan si boss kecik mat saleh aku dari Uk yg based di office aku terpingga pingga nak order local dishes..dia bertanya kan aku..apakah nama makanan ini..aku menjawab..nasi kari hantu..berbelit lidah aku nak translate bende nie..ghost curry rice..bunyi mcm funny je..tapi bile sampai je ke tangan mat saleh tu bukan main pelahap dia makan sambal tu..tergamam aku..satu perkara menarik tentang ceo aku nie..pagi2 buta sebelum aku masuk di office,dia sempat menegur aku..hello mr din..how's your life..erkk terkelu aku..dia ingat nama aku..walaupun aku bukanlah berjawatan tinggi pun tapi aku kagum dengan keramahan dia dengan kakitangan yg lain..kalau aku bekerja dengan company local yg lama dahulu..CEO nak ambil tahu nama kau..HARAM! walaupun aku bertaraf executive di company tu..itulah perbezaan mentaliti antara company local dan multinasional...
Ghost curry rice
Mr Andy


 

Training

Category: By Pyromaniac
17 03 09
Training

Happy Day

Tahun nie company aku menganjurkan training peringkat asia pacific di kuala lumpur..malang sekali training nie di buat di kuala lumpur dan bukannya di jakarta,bangkok maupun di melbourne..sebabnya staff di KL melebihi majoriti yg lain..tetamu yg datang mestilah..dari negara yg lain mcm thailand,indonesia,china,australia,singapore dan UK..training nie lebih kepada peringkat technical...new teknik dalam scanning,tracer,reservoir,dan instrument yg baru dari UK..dan pertama kali aku berjumpa dengan advisor aku cum penasihat dalam membetulkan report aku submit kepada client..haha..(bukan apa sebab nak ayat mcm mat saleh gak ler) dia seorang mat saleh dari UK dan beroperation dari australia...dengar cerita dia adalah salah seorang ahli badan induk dunia iaitu IAEA singkatan nya international atomic energy agency..pernah menerbitkan buku tentang atomic dan juga bertaraf professor dalam double PHD..kalau dia dari bidang tu apa lagi mula la dia bercerita pasal atom la..proton,nucleonic,electron menghentam proton.energy level...blah2 yg merepek menyebabkan aku mengantuk..bukan aku sorang bahkan majoriti yg lain..tapi bile bab makan dan main bowling je semuanya mata segar..

Mr pyro di sebelah mat saleh..bukan mengampu ye dah terpaksa

Bowling

Pemenang yg terakhir pun dapat hadiah..belon yg boleh membawa ke UK ..mr paiboon from thailand

Itu dia boss aku di malaysia HQ



Mula la merepek dengan teori quantum,radioactive decay,positron,antimatter,plutonium ..utlramen..gaban etc yg tu aku tokok tambah

Budak indon nie nyenyak tido..dan yg kusyuk nie si mamat dari australia


Steak yg disediakan khas oleh italiannesse



 

Nike new shoes

Category: By Pyromaniac


09 03 09

Nike New Shoes

Apsal ada setengah org kita bersikap mcm celaka sgt nie..pergi ke masjid untuk beribadat dan bukannya nak mencuri kasut org lain..perkara nie berlaku kepada diri aku semasa nak sembyg jumaat di area TTDI.. aku kalau pergi ke office memang la pakai seluar jean,t shirt berkolar dan berkasut sport..dan masa nak pergi ke masjid tu terlupa aku nak tukar kepada selipar..sampai di masjid aku cuba la menyorok kasut aku dengan menterbalikkan dan meletak di tempat yg berbeza....perasaan kasut aku akan dicuri memang ada semasa sebelum aku solat lagi.bila abis sahaja sembyg aku nampak kasut aku dah hilang...dah agak dah..hangin satu badan..menyumpah seranah sana sini..terus hilang keberkatan aku mengerjakan solat tadi...hey si pencuri aku doakan kau patah kaki nanti org yg teraniaya selalunya makbul doanya tau.. adoi...nak kene beli kasut baru lagi!
 

Cinta dalam hati

Category: By Pyromaniac
Pagi isnin..aku terbangun awal pukul 4 pagi! terus aku pasang lagu ini..ulang..ulang dan berulang kembali sampai aku terlelap kembali..feelin

Cinta dalam hati -Ungu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu,
dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
 

DR LOVE

Category: By Pyromaniac
Baru baru ini aku mendapat panggilan dari kawan baik aku..dia mengeluh kesah..kedengaran dari riak suaranya yg sedih..aku tanya mengapa?apa berlaku sebenarnya..dia sebenar segan nak bercerita perkara ini dengan aku..tapi aku memaksa juga..dan akhirnya dia mula berkata..pyro lately nie aku berasa tak sedap hati...aku tahu kekasih hatiku baik hati..tapi ada masanya dia suka menyakiti hati aku dengan dia tidak sedari..bagi aku mula mula tu ibarat gurauan tapi lama lama mcm penghinaan..banyak kali dia bercerita realiti memang menyakitkan..tapi itu bukan alasan untuk menghina aku berulang kali...aku cuba nak mendalami masalahnya.dia bercerita lagi pyro.. aku sebenarnya tak kisah sgt kalau si dia tu nak bandingkan aku dengan sesiapa pun..contoh seperti watak kartun squidwart ataupun bear besar..tapi lama lama aku tak suka dengan kutukan yg melampaui batas seperti..("kenapa b nampak mcm gemuk..berisi..chubby..pergi gym pun tak turun2") dan terlalu kerap didengari kutukan berunsur negatif tu.compliment ada la sekali sekala terutama bila dia sedih tapi kebanyakkan masa bila dia gembira mula la dia menyakiti hati aku...mula mula aku tak kisah sgt..tapi kalau dalam sehari tu mesti bercerita pasal fizikal aku..aku nie gemuk sgt ke pyro??aku cakap kat membe aku nie...entah aku nampak cam biasa sahaja tapi berisi sikit ler..dan dia menambahkan cerita..aku nie pyro kalau kita dah sayang org tu..at least kita kene jaga la hati dan perasaan kekasih dia..betul tak?tapi ini tidak..dia tak sedar pasal diri dia ..manusia mana ada sempurna..aku pun tak suka bercerita pasal kekurangan diri dia dan aku juga bukan suka mengeji org pyro.ini bukan masalah terlebih sensitif ke apa tetapi kalau dah berterusan sapa boleh tahan dan bila aku sakit hati mcm nie mahu saja aku rasa nak pasang scandal sana sini membuktikan walaupun aku gemuk tapi ramai org nak berscandal dengan aku..bende yg sama kembali kepada dia biar dia terasa sakit hati..what goes around comes around ..tapi aku cukup setia..membe aku nie berbalik kepada cerita lama dia..ohh dulu dia pernah bersedih mengatakan org lain tak pernah jaga hati dia sedangkan secara tak sedar dia telah menyakiti hati org lain juga..dulu pyro si dia masa kitaorg blind date dulu..dia pernah sound pasal pakaian aku..dalam hati aku cakap sapa kau nak persoalkan pakaian aku..pernah ke kau tanya aku nie ada duit ke tidak untuk beli pakaian baru..dan masa itu juga otak aku pernah terpikir..enough untuk bertemu dengan org seperti ini lagi... jodoh kita tak tahu dan last sekali aku couple gak dengan dia disebabkan oleh perkara lain walaupun ada masa perangai sebegitu buat aku naik marah..sebab aku tahu bende tu boleh ubahkan dan aku bersabar..manusia pun ada limit kesabaran betul tak PYRO..dan pernah satu masa dia bertanya kan aku..ehh kita tak pernah pergi karaoke bersama kan..sedangkan dahulu pernah dia kutuk kaw kaw suara aku tak sedap la etc..so buat apa aku nak ajak kekasih aku pergi ke karaoke sedangkan dia sendiri suka mengutuk pasal kekasih dia dan sedangkan orang lain memberi compliment yg menyenangkan...dan lately nie suka menyakat aku nie gemuk la ingat nak loss weight tu boleh dalam masa beberapa hari ker..etc (sedangkan kawan perempuan aku pun dorang kata aku nie ok je berat badan aku)..entah lah pyro semenjak aku mendengar kutukan mcm tu aku dah tawar hati dan pernah beritahu segala ketidak puasan hati aku semasa di langkawi..entah dia ingat atau tidak..sudah la aku jarang jarang jumpa dia dan bila jumpa ayat pertama tak pun dalam masa 10 minute perbualan..B dah nampak gemuk sekarang..mood aku turn off tapi aku tetap bersabar...kalau dah kerap sangat org yg disyg cakap negatif pasal kita mulalah mcm mcm perkara akan berlaku secara tak langsung..aku nie pyro kalau org yg tak rapat tak kisah nak kutuk pasal aku tapi ini org yg rapat..apa perasaan dia kalau aku kata bende yg menyakitkan hati..aku nie jenis pendam dan bila sekali aku cakap harap2 dia paham le..ini tidak ulang perkara yg sama dan kita pun tak seronok juga kan MR PYRO...adesss..gurau pun ada la batasannya juga kan jangan sampai menyakitkan hati aku..kalau berkumpul lama2 akan meledak..aku pun tak tahu sampai bila aku boleh bertahan walaupun dalam hati aku sesgt mencintai dia..aku pun tak pasti pyro sama ada aku ni terlebih sensitif kali ni.. aku letih nak dengar luahan hati org sedangkan aku sendiri pun ada masalah..dan aku tidak ada bakat dalam menasihati org dan aku juga bukan seorang DR LOVE...
 

Wedding day

Category: By Pyromaniac
22 02 09
Wedding Day
Petang ni kepala aku berat sekali..ibarat diikat dengan 1 tonne guni pasir di kepala..nak dikatakan aku makan lunch yg heavy.skrg nie aku dah control permakanan..mungkin tak cukup rehat kot..sambil tu untuk menyegarkan mata yg kuyu di office nie aku pun menilik gambar perkahwinan tempoh hari..sekadar cuci mata lihat awek yg sudah berpunya :( ...malam tadi juga tetiba mak aku dan adik aku membuka topic pasal berumah tangga..aku sebolehnya mengelak dari isu itu..tapi tak dpt jugak..gara gara adik aku skrg nie dilamun cinta..dan mak aku pun memandang ke arah aku..dia kata mana awek ko?bila nak kawin nie?adik ko dah ada awek steady ko bila lagi?..aku pun cakap la dan bagi alasan..aku nie belum ready la dan scandal sana sini tapi sebenarnya takde org pun nak kat aku!..aku ajukan keluh kesah aku ni pada membe perempuan aku sorang tu..pyro kau tu terlalu memilih? aku terlalu memilih? masalah takde calon pun nak dipilih?mana?arghhh lagipun aku rasa aku masih muda..bolayan isu itu semua :)

Bersiap nak pi wedding..pakai baju MU jer! tak reti protocol langsung

Keadaan di dalam dewan MITC, melaka

Aku snap gambar awek nie :)

Harap2 dia tak perasan aku memerhatikan si dia

alamak dia berpaling ke sini dan senyum kearah aku..arghh cairr sekejap MR pyro




Mr pyro bila lagi nak bersanding ni?