Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

9 Ways to Rev your metabolism

Category: By Pyromaniac
17 August 2007
Friday
Taman Tasik Titiwangsa
6.00PM
Activity: Jogging
Petang tu aku ajak si mamat nie..firdaus.Rumah dia terletak sepelaung dari tasik tu..nak kira senang la aku nak ambik dan hantar pulang nanti.Jogging seseorang tanpa di temani I POD shuffle at least amat membosankan..ha ha..nanti la dah kaya aku beli la...Tasik titiwangsa semakin serabut semenjak nie..penuh ngan budak2 yg start dah musim party dorang..pak arab..dan jugak org duk dating..menyemak je..hehe...kalau ada dia bersemangat sikit la nak jogging..org kata leh motivate satu sama lain..sampai di penghujun tasik tu..mamat senario nie sibuk la berlakon kat situ..selamba je aku rempuh dorang tgh wat filem..haha..dan dia plak tegur aku ehh pergi main2 jauh2 jgn jogging sini..hehe..siap kamera man ada time tu..haha....sampai jer penghujung klimax tu..kita org termengah mengah dan time tu mulalah bercerita pasal kemerosotan performance masing masing jika nak dibandingkan pada usia awal 20 an. Aku semakin berusia melebihi 25 tahun merasai perubahan mendadak pada diri aku.Kalau start makan byk je mula la naik.Dulu makan sedulang nasi pun tak kisah.org kata kemuncak metabolisma adalah pada usia 20-23 dan lepas tu akan menurun mendadak mcm naik roller coaster kat Genting.Tapi ada berapa tips utk control keadaan tu di antaranya:-
1)Senaman aerobic 4 -5 kali seminggu
Aktiviti aerobic seperti berlari,berjalan,berenang,berbasikal akan membakar calorie dan meningkatkan metabolisme.Kajian ada mengatakan selepas kita exercise metabolisme kita akan kekal pada paras tinggi utk tempoh masa tertentu
2)Gerakkan Tisu otot/muscle
Senaman seperti angkat berat atau push up dan crunches at least 2-3 kali seminggu.Ini kerana muscle akan membakar lebih byk kalori berbanding dengan lemak badan.
3)Makan yg secukup nya paling kurang 1000 kalori
metabolisme jugak bergantung kepada makanan.Sekiranya kita berpuasa atau crash diet yg menyebabkan kalori kita menjunam kepada bawah 1000 kalori secara automatik,metabolisme badan aku menurun selari keperluan badan untuk menyimpan tenaga
4)Makan setiap 4-5 kali sehari tapi dalam kuantiti sedikit
Kat Malaysia kita susah nak mengamalkan petua nie..kerana makcik nasi campur akan cuba letak banyak2 lauk dlm satu meja..dan keinginan utk tambah nasi memang memuncak..makan sikit nasi pun kene charge RM1 gak..kalau nak sihat pepandai la berkorban...Kenapa perlu makan setiap 4-5 kali sehari?badan kita memang payah nak digest dan absorb makanan..sebab tu metabolisme tinggi time tu dan badan akan processing food consistently dan basically “heatup” akan berlaku dlm tempoh tersebut
5)Perlu ada lean Protien dalan setiap hidangan
Protein memerlukan lebih banyak tenaga utk di proses..dan sebab itu metabolisma akan meningkat berbanding dengan makanan yg penuh dgn karbohidrat dan lemak.
6)Kurangkan pengunaan lemak tepu dan bertukar kepada pilihan lemak tak tepu
Cuba elakkan sama sekali majerin etc yg sejenis dgnnya dan bertukar kepada minyak olive atau canola
7)Minum air sejuk
8)Makan Pedas
9) Mengutamakan makanan yg berbijirin seperti Oat,Nestum dan makanan berserat.Makanan sebegini memerlukan lebih masa dan tenaga utk di proses.
 

0 comments so far.

Something to say?