Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Category: By Pyromaniac
25 SEPTEMBER 2007
MELAKA
8.30 pagi

Tarikh yg bagi aku terlalu hebat....peristiwa agung bagi diriku ...mungkin kah ini takdir yg telah ditentukan oleh NYA...aku berpikir kembali apakah yg akan berlaku sekiranya aku tergerak hati utk tidak kesana..mungkinkah sampai ke saat ini aku mungkin tidak mengecapi bahagia...

Prolog:Episode pertama
Pagi tu aku liat sebenarnya nak bangun pagi..tapi apabila terpikir aku dpt interview kat HONDA melaka..aku pun berpikir dua kali gak le..nak pergi ke tak nak...dah la jauh..keje mesti bosan ngan life kilang..tapi entah cam ner..diriku ini di panggil oleh gerak hati yg menyuruh aku pergi...aku tak mampu untuk menolak..aku pun tak tau apa yg akan aku ketemui..tiada harapan mengunung utk aku mendapat kerja nie dan akhirnya muncul la satu harapan yg selama ini aku anggap adalah mustahil untuk aku ketemui...yg dulu telah terkubur bersama kenangan yg begitu perit utk di ingati..
sesampai je kat sana aku melepak di stesen bus melaka sentral menunggu seseorg utk menghantar aku pergi ke HOnda alor gajah..lokasi yg agak jauh..tapi apabila berborak di dlm kereta ilang rasa kepenatan..ceria walaupun ada masa aku terasa diriku tak layak utk berada di situ..time tu mungkin aku tidak menaruh harapan yg tinggi...aku sedar keadaan diriku ini tak seberapa..
selepas je aku abis interview kat honda tu...aku boleh siap makan angin lagi kat bandar hilir melaka..berjalan sepanjang jonker walk..ambik gambar a famosa dan pekene berbuka puasa ikan bakar di umbai..kenangan yg maha hebat..walaupun aku tau org sinis mengata kan melaka apa lah sgt..tapi bagi aku ia ada keistimewaan tersendiri..kerana dari situ lah permulaan..permulaan bagi satu kisah..dan apabila nak pulang malam tu..terasa satu kelainan yg muncul..terasa cukup aneh....hanya diriku sahaja yg mengalaminya..dan susah untuk aku mengerti perasaan ini......terasa seperti diriku telah di lahirkan kembali...bersambung

kapal perang portugis mendarat di malaya

penarik beca

masjid tertua di melaka


jonker walk..dan ehem ehem



stadhyus..tak reti eja main hantam sajalah

tapak askevansi..salah eja jugak tu..penemuan kubu portugis


papan iklan

bangunan color merah


pintu gerbang yg sebesar pemeluk aku saja itulah dia a famosa

masjid cantik kat pulau besar..menghadap ke laut

kat sini ditulis lokasi selat melaka lah

 

3 comments so far.

  1. Ad Rifza November 27, 2007 at 8:43 AM
    Best arrr inteview sambil2 bleh makan angin..hehe..
  2. Anonymous December 5, 2007 at 10:09 PM
    Helo bro, lama dah Kawe tak dtg sini. Skrg ni Kawe pun dah ada blog. Kawe dah letak link blog u kat my blog. Nanti datang2 la ke blog kawe ye..

    kawejauh.wordpress.com
  3. Anonymous August 21, 2008 at 11:11 AM
    Masjid Selat Melaka bukan terletak kat Pulau Besar.

Something to say?