Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Angkasawan Malaysia Pertama

Category: By Pyromaniac




Walaupun bende nie org ckp dah basi nak dibincangkan,tapi bagi aku ia mempunyai significant tersendiri..malaysia telah berjaya menghantar angkasawan pertama ke stesen ISS...
Isu yg kerap keluar:-
1) Kenapa seorg dr Othopedik layak menjadi angkasawan dan dia bukannya seorg saintis
2) Kenapa Dr SMS lebih layak dari Dr faiz
3) Kenapa stgh tu wat eksperimen bodoh dan tayangkan projek science sekolah rendah seperti main gasing,campur air dan minyak dan etc yg kita lihat teramat bodoh la sgt di kaca televisyen kita
4) Takde tempat ke kat muka bumi yg boleh nak wat projek science tu..takde tanah ke kat malaysia nie lagi
5) Kenapa perlu menghabiskan duit sebyk US25 juta semata mata utk projek pelancong angkasa nie baik duit tu digunakan utk baiki sistem pendidikan,jalanraya..etc..
dan byk lagi....
Pendapat aku..korang nak hentam lantak korang...korang tau mengutuk je..
1) Kenapa hantar seorg dr dan bukannya saintis..kerana saintis kat malaysia tak fit utk menjalani kehidupan di ISS..ada ke pernah kita lihat saintis berperut boyot pergi ke angkasa.rasa tak muat ruangan tempat duduk tu.tak kisah la walaupun dia bukan saintis tapi mempunyai latar belakang science sudah mencukupi utk menjadi angkasawan..sihat tubuh badan..dan paling penting mampu tolerated ngan G force..korang tau tak apa itu G force?ha ha cuba check dulu..korang pernah terpikir tak kenapa dr mahathir tu seorg dr tapi super hebat dlm ekonomi dan pandangan dia dlm isu politic dan antarabangsa...bkn nak back up..tapi realiti
2)Calon yg terpilih Dr SMS..mempunyai pakej yg lengkap..sesuai sebagai org yg pertama...ada rupa paras...ensem dan model..dan muka dia akan terpapar setiap masa..paling penting... mampu berhadapan ngan public..susah wei jadi org pertama..takkan org tanya soalan pun nak gagap2..
3)Walaupun org kata eksperimen di atas sekadar projek sains sekolah rendah yg teramat la bodo....main gasing,campurkan minyak dan air..tapi dorang tak pikir utk jangkamasa panjang..apabila satu hari nanti ada anak muda nie berangan utk menjadi saintis yg maha hebat..sapa tahu?mengalakkan anak muda mengambil subject science semasa di sekolah menengah..dan seterusnya..eksperimen yg cuba dia tunjukkan kat tv tu utk bdk2 kecik jer dan org yg tak pernah tgk..takkan nak tunjukkan kisah penghabluran protein yg memakan masa utk bertindak balas berhari2..dan hasilnya boleh dilihat dgn mikroskop je....semua org pun akan bosan kalau nak tgk bende tu tunggu berjam2...dorang tak pikir ke setiap ciptaan teknologi yg maha hebat berasal dari angan2,impian dan juga semangat..tak perlu aku nak terangkan kat sini..tak kisah la eksperimen tu menjadi ke tidak..penghabluran protein,etc..cuba lihat antibiotik yg kita makan ...penicilin...yg tu dijumpai secara tidak sengaja semasa melakukan eksperimen..tak semestinya setiap eksperimen mendapat result seperti yg kita kehendaki..kalau mcm tu semua penyakit dpt diubati lah..makna nya altitude rakyat malaysia masih lagi ingin menjadi pengguna teknologi dan bukannya pencipta..sampai bile2 kita jadi hamba kepada org lain..disebabkan oleh kebodohan dan takutkan cabaran
4) soalan dungu yg pernah aku dengar..stgh tu kata sama je eksperimen di bumi ngan di ISS tu..dorang tak pikir ke impak..radiasi,gravity sifar,thermosphere..dan byk lagi istilah makhluk halus yg tak perlu aku nak terangkan disini
5) Baik guna duit tu baiki jalan raya rumah aku..tapi sampai biler..kenapa setgh negara maju sanggup berlumba2 hantar angkasawan...japan,USA,russia...dan terbaru china,india...kerana ilmu dorang dpt..dan biler dah dpt ilmu tu takkan dorang sesenang hati je nak bagi bende tu kat org lain..jgn haraplah...dan stgh kata malaysia masih belum mampu utk program sebesar ini dan sekadar atas nama..itu tidak dinafikan..tapi sebagai langkah pertamalah..kalau tak berani sampai bile lagi...tunggu malaysia kaya time tu..atau takde org miskin dah kat malaysia baru leh buat..dlm al quran sendiri ckp org miskin sampai kiamat tetap ada..tapi bagaimana kita nak mengatasi jurang tu..russia negara tu kaya sgt ke?USA negara yg defisit hutang begitu dasyat..kaya ke dorang?..tapi disebabkan ilmu dan teknologi yg dorang dpt tu.tak dpt dinilai ngan wang dollar..org ckp priceless..hey come on la...contoh mcm duit minyak,korang tau ker rizab minyak malaysia tak sampai 20 thn lagi...kalau duit tu tak digunakan utk nak wat putrajaya,KLIA..maksud aku projek yg economical la..nanti satu hari nanti kita pun takde duit nak wat bende tu semua..penduduk malaysia setiap tahun bertambah..takkan time tu dah 50 juta penduduk masih lagi nak berurusan di kompleks kerajaan jalan duta tu yg nak runtuh esok lusa...jgn terlalu berpikir ttg kepentingan peribadi semata2...
 

1 comment so far.

  1. Anonymous December 25, 2007 at 12:30 AM
    Betul tu Bro Pyro! Perjalanan 1000 batu itu, bermula dari langkah pertama.

Something to say?