Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Category: By Pyromaniac
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

13 OCTOBER 2007

SATURDAY

KELANTAN DARUL NAIM

Hari raya kali nie memang aku paling tak excited dlm sejarah..dah la aku baru start keje kan..gaji pun jgn mimpi laa..shopping raya.etc campak ke laut la..tapi disebabkan setiap kali raya family aku mesti balik ke sana..wajib...yerla...setahun sekali ma..baru jumpa sedara sepupu ,warisan genetik yg sama dan tanah air...walaupun aku membesar di KL..tapi at least ingat jugak la asal usul..walaupun setgh org mengelarkan aku kelantan murtad..gara2 aku tak reti speaking loghat dorang..

Kebetulan plak ari jumaat tu cuti..boss bermurah hati..tapi aku tetap letih la..mengemas apa yg patut..tapi yg aku pasti akan jadi driver terlatih utk bawak mak dan ayah aku..takper dorang jadi mam dan jugak tuan utk malam nie

Kita org bergerak kul 9.00 malam selepas berbuka puasa..time tu baru la nak sumbat semua barang dlm kereta...dan aku tau aku pasti kene bawak ngan penuh skema dan berhemat...tak mcm adik aku tu mentang kereta bujang..main lenjan je speed...tradisi pulang di malam raya nie..bermula baru2 nie je..semenjak nenek aku dah meninggalkan dunia..mcm takde sesapa yg penting lagi..sekadar nak melawat sedara dan jugak tanah air terbiar kat kg tu

Nak drive ke sana memang la tak letih sgt..sebab mak dan ayah aku duk cerita pasal kehidupan..so aku tak terlelap sgt la...pasal ahli keluarga..etc..mak aku cadang pada hari raya pertama nak beraya di kg dia kat pasir puteh...mak aku memang ada rumah usang yg sebesar padang bola...tapi entah cam ner aku tak perasan ada jalan baru..so aku terlajak la tak sedar aku dah tak jumpa pun bandar machang..cadangnya aku nak ikut jalan situ la pergi ke pasir puteh..melepas aku


Perancangan tak menjadi last skali aku pun terpaksa la drive ke kota bharu..kg bapak aku...

Sebelum tu.....
Dlm perjalanan tu kitaorg sempat la singgah di Gua musang..makan apa yg patut..tapi harga dia superb murah..walaupun dorang tau org luar dtg..tapi makanan dia kira ok laaa..tapi satu aku tak puas hati sesgt kualiti tandas dia kat stesen shell kuala krai...busuk mcm CELAKA..takde perubahan u2..langsung dari tahun ke tahun...kuning..air kumbahan melimpah sana sini..arghh aku tak nak bayangkan la nanti tak selera aku berminggu.. celaka tu mau je aku bom tandas tu...kalau aku ada kamera snap gambar dan korang tgk sendiri la..ha ha ha

KUL 6.00 Pagi

KG BAWAH LEMBAH KOTA BHARU BELAKANG SIC

Ore KB mesti tau area nie...aku dan sefamily sampai di rumah mak sedara time sehening sesubuh di pagi hari raya ..peghhh..kagum...apabila ku memandang langit ke tujuh..bergemerlapan suasana bintang yg begitu mengkagumkan...susah nak dpt suasana,lokasi dan masa sesuai mcm tu..boleh kelihatan buruj..dan lautan angkasa yg bergemerlapan indah...sudah cukup puisi jiwang ku itu..kih

ohh lupa apabila sampai je pagi hening hari raya tu..aku nampak kelipan cahaya di hujung dapur rumah..menjerit memanggil nama..akhirnya pintu utama rumah pun dibuka...masuk la sefamily di atas rumah yg berusia setgh abad tu..dpt kelihatan muka mak sedara aku yg semakin menghampiri penghujung usia..wajahnya yg sunggul..keletihan dan tidak bermaya..kesian jugak aku melihat dia nie...pagi raya tu selepas bertanya khabar..bersiaplah aku memakai pakaian lama..yg sudah 3 tahun tidak bersilih ganti...

Sembahyang raya..aku lupa kat mana lokasi sebenar masjid tu..tapi yg aku perasaan berdekatan dgn area kg sireh...alunan zikir,tahmid memuji nama ilahi..entah semena hati aku menjadi syahdu..di tambah dgn alergik aku yg begitu dahsyat...aku selsema yg tidak kesudahan...

Biasa la di hari raya..sms adalah cara mudah utk kita berutus salam dan ucapan..sebgai pengganti diri

PUKUL 8.04:23

Satu SMS yg aku terima daripada insan yg cukup membuatkan aku derita..

ayatnya berbunyi begini

askum abg.selamat hari.sy minta maaf kalo slalu susahkan abg sblm ni.selamat hr raya.maaf zahir batin.

dengan keadaan selsema aku yg begitu dahsyat.emosi aku yg begitu terganggu menerima sms begitu daripada org yg pernah aku teramat sayangi..aku terkedu..terdiam...aku cuba mengelakkan utk berada di dlm masjid mendengar khutbah raya..kerana yg aku pasti keadaan akan pasti dahsyat..aku hanya mampu utk mendengar kat luar saja...adehh..emosi aku begitu haru biru time tu..masih terngiang2 lagi janji nya yg begitu dahsyat masihkah perlunya aku utk mengucapkan slmt hari raya bertanyakan khabar?fikiran aku kalut ribut..dan begitu juga hatiku....arghhhhhhhh kenapa kau membuat aku derita begini...syahdu derita...dan akhirnya aku cuba mengagahi diri utk menghantar sms berbunyi begini

keperitan kesedihan dan dugaan dtgnya dari yg maha esa..dan selebihnya aku dah lupa..aku cuba utk melupakan buat selama2..kenangan yg bagi aku..hurmm

sudah lahh biarkan ianya pergi...utk selamanya

Pagi raya tu..hidangan yg paling istimewa di kelantan sudah tentunya nasi dagang..ada gulai ikan dan gulai ayam..peghh sedap tu...lemak kat perut pasti lah bertambah lepas nie...

Dgn keadaan fizikal aku yg lesu dan muka sememeh mcm ayam berak kapur..aku meminta ubat selsema dari sepupu aku..terus je makan ubat tu..zupppp...tak pasal2 aku tertido sampai la kepetang...sedar semua dah ilang..

Petang raya..

Destinasi yg dituju seterusnya bachok..rumah mak sedara aku...semenjak bapak sedara aku meninggal dunia 2 tahun lepas ..hubungan kami semakin akrab...mungkin kerana mak aku satu2 ahli keluarga dia yg masih tinggal lagi..bachok...memang kg favourite aku..suasana mendamaikan..pasir yg memutih..lambaian pepohon kelapa yg mengasyikkan..time aku sampai tu..mak sedara aku tgh bersiap2 dgn tempahan nasi dagang..resipi dia peghh sungguh mengujakan utk dimakan..berlemak krim dia punya nasi...

Pagi Raya Kedua

Pagi raya kedua tu satu family aku ngan mak sedara aku..bergegas pergi ke kg halaman di

KG JERAM PASIR PUTEH

mak aku nie byk tanah..dan harta pusaka..tapi aku jenis tak ambik kisah itu semua...rumah pusaka nenek aku tu memang syurga buah buahan...rambutan sana sini..sampai berbakul aku menyumbat dlm bonet kereta aku tu...selepas habis bersalam salaman..bermaafan..destinasi terakhir yg di tuju

DEWAN BETA

rumah nie nak kira rumah bapak sedara aku..very close la jugak...walaupun skrg nie berbini dua...time kecik2 dulu aku bukan main seronok terjun ke tali air memakai baju raya..sampai aku sedar jam tangan g shock cap petaling rosak dimasuki air..bukan main jakun lagi org KL..tu time dulu..skrg dah besar masing2 pakat malas nak mengotorkan baju masing2....

Dan hari raya ketiga..aku sefamily bertolak pulang ke KL...rasa mcm tak cukup je beraya di kelantan..tapi aku kan baru start keje cuti pun takde..at least tercapai la hajat...nak tgk tanah air

 

1 comment so far.

  1. Ad Rifza December 22, 2007 at 12:43 AM
    Lalu Machang tak singgah..hehehe..

Something to say?