Hiking di Bukit Tabur
HIKING DI BUKIT TABUR
May 2008
Mcm kebiasaan aku suka bercerita kisah yg sudah basi..blog aku nie mengambil masa yg begitu lama untuk update..tapi gambar dan cerita bersepah2 menunggu masa untuk diposting..nanti aku hire sorang pekerja utk update blog aku nie..sapa yg volunteer?..bersambung
Setiap hujung minggu aku tak leh duk diam mesti je pikir apa aktiviti aku nak lakukan..dan kali nie aku start menggila nak pergi hiking dan aku ajak la beberapa kerat membe aku yg ada..aku nie tak ramai membe sgt..kebykkan nya dah pupus entah kemana..walaupun aku tak tau lokasi sebenar bukit nie..tapi aku teruja nak mendaki..puas aku duk selongkar info kat internet..mencari lokasi pendakian yang baru dan juga pengalaman climber sebelum nie..aku memang style gamble tak perlu perancangan yg rapi..terus daki seperti yg pernah aku buat tempoh hari mendaki gunung nuang..dan kali nie bermulalah pendakian aku!Bukit tabur nie dah nak masuk 2 kali aku climb pada tahun lepas ler..jalan nak pergi ke sana memang senang..nampak je sign board ke taman melawati..masuk situ..nak terangkan jalan tu aku fail sket..tapi aku leh bawak korang la kalau nak hiking ke sana..tempat bermula pendakian bermula di sebelah loji rawatan air syabas..dan tempatnya tersorok sket laa..time paling sesuai untuk pendakian waktu subuh..sebab time tu leh nampak view matahari naik berlatar belakangkan bandaraya KL..memang cun habis..walaupun pendakian bukit nie bagi setengah org anggap utk amatur je..tapi bagi aku letih gak...stamina dah kurang..basah kuyup abis baju aku bermandikan peluh..dan jgn lupa bawa bekalan air dan snek tenaga..senang pancit nanti..fakta menarik ttg bukit tabur nie leh nampak view empangan klang gate dan KL..tempoh pendakian yg pendek..lebih kurang 2 jam je sampai ke puncak..tapi terdapat rintangan yg berbahaya di sini..kerana bukit nie adalah batu kapur..jadi laluan berbatu sedikit..terdapat kawasan di mana memerlukan penggunaan tali utk meneruskan pendakian..laluan yg curam..dan kalau tak berhati2 leh wat kemalangan..byk kes di mana ada org terjatuh cedera dari bukit nie.siap panggil penyelamat lagi...bukan senang jugak ler..paling syok sekali apabila aku berjaya mengambil gambar rama2 yg hinggap di tangan aku nie..dan juga lebah liar yg menghisap madu bunga..alangkah bagus nya kalau aku ada kamera dslr..lagi cun la gambar tu jadinya...time nie aku byk bergambar sebab ada sorang budak tu aku paksa dia jadi kameraman aku.. :)
AMARAN
laluan pendakian di sini cukup berbahaya dan dilaporkan banyak kes jatuh cedera di kepala,patah kaki etc..kene waspada dan berhati2 terutama masa menggunakan tali untuk mendaki ke puncak