Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Offshore Life:Mobilisation to Labuan

Category: By Pyromaniac
5 11 08


Mobilisation


Offshore life aku nie bermula bila bos aku menyuruh aku prepare untuk mob ke labuan..pada petang nie juga..biasalah offshore nie..keje mcm on call gak..time tu jugak nak gerak pergi ke field..dah la pagi tu aku baru je dapat coverall n nak kene pulak prepare document yg banyak..tgh hari tu plak aku bergegas berkejaran nak beli PPE mcm safety boot la,goggle,safety helmet dan etc..kelam kabut aku dibuatnya..nak packing semua barang untuk kegunaan di offshore nanti..mungkin selama 2 bulan sapa tau..semua pakaian aku sumbat dlm beg aku..sampaikan kembung tak muat untuk 3 beg besar termasuk ngan laptop kerja lagi..dalam pukul 4 tu aku dah berada di Kl sentral memikul beg yg super besar dan berat.. kali nie pertama kali aku menggunakan ERL..sebelum nie kalau aku pergi airport pun bawak kete atau naik bus..kali nie sebab nak cepat terus aku check in di KL sentral tu..yer la alang naik MAS kan..dan kali nie jugak pertama kali aku naik pesawat MAS..mana mampu beb sebelum nie...dalam otak semasa dlm ERL tu ligat memikirkan berapa lama aku kat offshore nanti,mcm mana kerja yg perlu aku lakukan dan bermcm bende yg menyerabutkan pikiran aku time tue...dan petang tu jugak aku akan berjumpa ngan officemate aku seorg thai yg officenya based di Rayong..thailand..aku dah kenal mamat nie sebelum nie..dan ini kali pertama aku buat kerja bersama dengannya la..kul 6 aku sampai di KLIA..berborak seketika pasal kerja dan ketika dalam airport perasaan aku bercampur baur..sedih dan gembira adakala terasa mcm kosong..entah..lebih kurang dalam jam 8 malam sampai la ke airport labuan..time tu aku berjumpa ngan seorg coursemate lama aku yg kebetulan buat job kat offshore jugak..girl...sempat la berborak seketika..dan nak pergi ke hotel yg telah dibook oleh company aku kene naik teksi la..sampai je di hotel time tu dah lewat malam dalam pukul 9..sana dah sunyi kat labuan nie..aku badan keletihan terus terlelap tambahan bilik yang besar untuk aku sorang dan katil size king..peghh..best hilang abis sengal2 badan aku nie..keesokkan paginya aku call la agent aku..atau client..dia kata tunda la plak suruh aku mob hari ke 3..jadi apa lagi extend la stay kat hotel nie dan boleh la aku merayau di bandar labuan nie..petang tu aku bermain di gigi air pantai di labuan nie sorang2..termenung dan memikirkan masa depan..

Mana satu barge yg akan aku naik nie..no clues

Pantai terletak berhadapan hotel aku


Laut yang tenang je

Pulau Papan

Deretan Barge

Aku mundar mandir di bandar labuan nie..kecil je bandar nya

LABUAN CITY


Pertama kali aku menjejakkan kaki di pulau nie..aku rasa bandar dia kecik.tak padat..penduduk pun tak seramai mana..kalau nak pusing satu bandar pun boleh berjalan kaki dan kalau nak pusing satu pulau pun tak sampai 2 jam perjalanan..apa yg menariknya tentang pulau labuan nie..pertama statusnya sebagai wilayah persekutuan labuan..maknanya bagi org semenanjung tak perlu passport atau mengisi borang putih yg kebiasaannya kene buat kalau pergi ke sarawak ataupun sabah...pulau nie bebas cukai banyak kedai coklat..minuman keras dan juga rokok..kaki rokok sini syurga bagi merekalah..dan bagi suka ayam atau anak ikan..ini lokasi terbaik..istilah nie hanya org tertentu je tau..ha ha ha..nanti aku cerita pengalaman aku masuk ke tempat gelap mcm tue..makanan di sini harga standard mcm KL gak..tak terlalu murah la..nak cari seafood pun kene pilih gak..tak banyak pilihan..sini kebanyakkan hotel dipenuhi oleh pekerja offshore la..kalau takde org kerja oil n gas..nescaya pulau nie sepi dan kering kontang..shopping mall..tak usah la nak bayangkan midvalley ataupun one utama..yang ada hanyala satu kompleks kewangan yg dipanggil UJANA kewangan..kat situ la adanya kompleks bank pesisir pantai untuk mereka yg terlebih duit dan juga bawah kompleks tu ada mall yg kecil la..parkson dan kedai yg lain..takde DVD cetak rompak..susah nak jumpa..CD game pun ..ades nak cari hiburan mcm tu memang susah la..puas dalam 3 hari tu aku merayau satu labuan..entah tak tau nak pergi kemana lagi..dan kali ni terpaksa la jugak membawa si mamat thai nie..yerla sikit nak mengikut jugak bontot aku kesana sini..labuan nie bagi aku hanya aktif pada malam hari..time tu la mulanya business bagi club,pub,karaoke dan etc..meriah suasana malam..dipenuhi ngan tin2 haineken,carlsberg,tiger beer n etc di sana sini..pernah sekali tu aku nak makan di KFC dia loya nak mampus..gara bau arak dan muntah org di luar jalan..tapi baunya menyengat masuk ke dalam restoran tu jugak la..kat dinding bangunan dia tu..org nak kencing selamba sana sini..yer la lepas mabuk mestilah nak kencing berterabur je kan..termasuk membe aku nie pun nak mabuk pun terpaksa la aku mengusung balik ke kapal..ades...itulah kisah aku kat labuan nie..bukan aku bermaksud semua penduduk kat sini jahat ke apa..tapi yg terlibat saja lah..termasuk aku yg masih lagi naif tentang bende nie..ha ha ayat poyo

Icon di Labuan City




 

1 comment so far.

  1. azrulmajdi July 13, 2009 at 12:47 AM
    hi there? what company do u work again? i am in desperate need for a job at labuan rite now. an onshore n offshore job will be so perfect! i prefer working in oil n gas company. my major is chemistry n im looking forward to become a chemist. pleaseeee pleaseeee

Something to say?