Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

China: Aku & H1N1 (Selsema Babi)

Category: By Pyromaniac


The middle Kingdom: China
Guangzhou City

19 06 09


Aku menulis entry ini semasa aku berada di hospital di Guangzhou kerana di syaki pembawa virus babi! Nama manisnya H1N1..aku rasa mcm nak mati bila2 masa sahaja!



Kisah bermula

Pada hari khamis sebelum penerbangan, aku memang terlampau keletihan..berkejaran ke sana sini untuk menjayakan program opening lab ceremony bagi company aku.Selepas habis office hour pula aku berkejaran pula pergi ke Midvalley untuk membeli map dan juga menukarkan duit yuan.Berdasarkan pengalaman aku tukar duit di situ lagi menguntungkan berbanding dengan di bank ataupun menukar duit di mainland china.

Malam tu banyak kerja perlu aku selesaikan,baru nak packing barang la aku dah terlelap 2 jam gara2 terlalu letih dan aku hanya mampu tidur selama 2 jam untuk malam tu...itupun tak sepenuhnya lena gara aku terlalu takut miss flight aku pada pukul 545 pagi nanti.Aku bercadang nak bertolak dari rumah aku pada pukul 3 pagi.Adik aku jadi mangsa kene menghantar aku ke airport

Sampai di airport terpaksa menunggu long Q dan sempat breakfast di MCD sementara menunggu untuk berlepas..Arghh sambil aku leka menikmati makanan mcd sampaikan aku terlupa untuk berlepass..aku berkejaran..nasib baik sempat dan baru aku sedar rupanya ramai lagi melayu or Chinese Malaysian yg pergi ke Guangzhou nie..pada mulanya ingatkan semuanya dari mainland china…Semasa dalam flight aku sempat beramah mesra dengan seorg yg duduk di sebelah aku nie…namanya Vincent..seorang travel agents..berborak rancak berkenaaan planning dia untuk membawa satu group belia 4b dari kuantan nie..dia banyak bagi pandangan dan pengalaman dia semasa di china dan skrg dia organize muslim tour untuk belia 4 b nie...aku sempat belajar dari pengalaman dia dan kesimpulannya china budayanya memang jauh berbeza dari sangkaan awal.
Selepas 4 jam perjalanan..perasaan gembira tu muncul..argh akhirnya sampai jua aku ke tempat yg baru nie..tapi kegembiraaan itu hanyalah sementara…apabila saja landing di guanzhou airport..ada satu pengumuman oleh pramugari..mereka akan menyembur keseluruhan cabin tu dengan sejenis spray antiseptic untuk membunuh kuman selepas di arahkan oleh pihak authority china ..dan kesemua penumpang di tahan di dalam cabin..aku mendengar cerita dari Vincent nie..pasal kisah flight kawan dia yg terpaksa di kuarantin selama 2 jam. Alamak..dan dalam masa 10 minute kemudian muncullah satu group yg berpakaian lengkap berwarna putih..ala2 dari biohazard tak pun dari movies resident evil akan melakukan kerja kuarantin di dalam pesawat nie..leceh betul lah..aku baru je nak keluar..jabatan kesihatan china nie menggunakan sejenis alat pemancar yg dapat mengesan suhu badan apabila dihalakan kearah dahi..seorg demi seorg di check dan bila tiba giliran aku..Aku lepas..tidak disyaki..tapi nasib malang berlaku kepada penumpang di tempat paling hadapan..suhu badan yg tinggi..leceh betul la..harap2 tak semua penumpang di kuarantin..mati lah macam nie..tak pasal2 7 hari di hsopital..semasa nak keluar dari flight tu vincent bagi aku sehelai mask..dia kata hey young man..u akan perlukan ni nanti..tapi masa aku menerima tu hati aku tak berapa sedap..mcm bad thing akan berlaku!…selepas selesai pemeriksaan aku menuju ke kaunter pemeriksaan kesihatan di dalam airport..leceh tul berapa kali nak check la pihak authority china nie!mungkin disebabkan pengalaman yg lepas berkaitan dengan penyakit SARS dan juga influenza avian membuatkan mereke lebih berhati2..argh tak sabar aku nak lepas pemeriksaan nie..bile sahaja turn aku tetiba mesin berbunyi..aku pelik dan terus di arahkan oleh pegawai china nie menuju ke satu bilik khas yg telah di kuarantine..apabila aku berada di dalam bilik tu aku dah mulai panic..satu pasukan berpakaian lengkap putih..bertopeng dengan logo biohazard boleh nampak secara jelas dari coverall mereka nie..aduhh apa telah jadi pada aku nie..tak sihat ke..dan selepas tu aku telah di arahkan oleh mereka untuk menguji suhu badan dengan di letakkan thermometer di celah ketiak aku nie..arghh aku mengeluh dan dalam hati aku berkata..aku sihat la! Selepas 10 minute dan result di ketahui suhu badan aku secara tiba2 tinggi 37.9
Aku lagi bertambah panic apabila melihat reaksi muka kesemua pegawai tu..bertalu2 soalan di kemukakan..dan kebanyakkan tak fasih dalam English..pening aku nak menerangkan kepada mereka nie yg tak reti bahasa..arghh aku ckp la aku nie tak cukup rehat,makan spicy food ..bedal durian! dan juga kekurangan air dalam badan..memang aku sedar time tu mulut aku kering..terlalu dahaga...aku pelik!...selepas penerangan berjela aku berikan tu..dorang membawa aku ke satu tempat untuk minum air..bergelen2 gelas air masuk kedalam badan aku. Tapi tetap juga dahaga..apa dah kene ngan aku nie..ya allah...minum lagi supaya dengan harapan supaya suhu badan aku turun..aku mulai berdoa teringat kepada yg maha esa apabila berada dalam situasi begini..dan selepas 10 minute aku di panggil kembali..diadakan ujian kali ke 2..aku duduk dan berehat sekejap cuba untuk bertenang…kali ini aku memang tidak bernasib baik..selepas ujian ke dua dijalankan suhu badan aku masih tinggi…argh muka pegawai tu masing berubah..dan aku disyaki sebagai pembawa virus influenza H1N1..dan bertalu2 soalan di Tanya..tapi mcm mana aku nak menjawab ibarat ayam dan itik sahaja bercakap..dan selepas itu aku diarahkan menandatangani satu dokumen yg menyatakan aku akan di hantar ke hospital untuk dirawat..puas aku merayu..tapi tidak berhasil..masa tu dalam pemikiran aku mahu pulang sahaja ke tanah air..aku rasa keseorangan..entah siapa lagi aku nak mengeluh nasib..dalam setengah jam..ambulans pun datang..aku telah diiringi oleh pegawai airport untuk menyelesaikan urusan imegresen dan juga luggage aku..masa itu perasaan aku tuhan sahaja yg tahu..panik..takut sedih dan sebagainya tapi aku cuba mententeramkan diri sebab aku tahu aku nie sihat..mungkin ada kesilapan berlaku..dan masa tu aku dah mula di arahkan memakai penutup muka..apabila aku diiringi oleh pegawai sambil memakai mask..ramai memandang kea rah aku..arghh aku buat bodoh sahaja..bukan ko kenal aku pun….apabila aku sampai ke luar airport aku di arahkan masuk ke dalam aimbulans..dengan pantas ambulans tu begerak laju menuju ke hospital..masa tu aku tak pikirkan sangat pasal masalah nie.sengaja menyedapkan hati aku pun melihat permandangan kota Guangzhou dari dalam ambulans..ini adalah pertama kali pengalaman aku naik ambulans nie sedangkan di Malaysia pun tak pernah merasai bende nie semua..sepanjang dalam perjalanan ke hospital banyak bende aku pelajari.melupakkan segala yg aku sebenarnya tengah sakit nie berpikir bende lain lah.tentang konsep pembandaran di sini yg caca marba dan juga system roadnya yg bersimpang siur penuh dengan flyover..cuaca begitu panas pada masa nie dan berdebu..aku perhatikan dari luar tingkap ambulas, penduduk di Guangzhou nie berpakaian santai..t shirt untuk mengurangkan haba panas..selepas 45 minute perjalanan..aku akhirnya sampai di hospital dan .aku diarahkan menjalani pemeriksaan sekali lagi dan di wadkan di bangunan kawalan penyakit berjangkit..aku dikerumuni oleh doctor dan nurses..bermcm ujian di jalankan keatas aku..aku rasa aku nie ibarat tikus hitam makmal yg di import dari Malaysia untuk dilakukan ujian..aku hanya mengikuti sahaja..setiap satu ujian di jalankan dengan melihat pada kerongkong aku,mengambil sample dalam mulut,blood test,ujian X ray dan suhu badan yg entah keberapa kali dorang mengambilnya..selepas tu aku telah di panggil oleh berbagai doctor dan bertanyakan soalan yg tak boleh aku jawab..english pun lintang pukang..dan nasib baik kebetulan ada sorang nurse yg masih muda boleh cakap fluent dalam English..yg lucunya ketua nurse tu nak bertanyakan soalan kepada aku pasti melalui pengantara..petang tu aku di arahkan utnuk berpindah ke wad lain yg lebih selesa..wad yg dibina khas untuk aku! Aku perasan sisa pembinaan masih lagi ke lihatan di toilet dan wad aku yg serba baru..aku pulak tinggal sorang di dalam wad nie..yer la kene kuarantin..dan aku tidak dibenarkan meninggalkan wad ini kecuali dengan kebenaran doctor..ada seorang nurse nie kesian melihat kepada aku ..dia bertanyakan aku nak makan apa?aku ckp la aku nak order nasi n sayur sahaja..dia bagi cadangan ambik lauk ayam,ikan,babi dan etc aku ckp takper la aku nie vegetarian dan dia paham..hospital di sini cukup besar..aku dapat meronda keseluruhan hospital ni pun apabile aku bergerak ke satu section yg lain untuk menjalani ujian dan ubat ..dan aku dibekalkan dengan berjenis ubat oleh pihak hospital nie..arghh telan je ubat aku terus terlelap dan sebelum aku tidur,aku check suhu aku dah turun kepada normal 36.8
..aku berharap pada keesokkan harinya aku akan dibenarkan keluar oleh pihak hospital..


berdoalah untuk aku

Sim Card China Mobile membolehkan aku berhubungan ngan membe aku!

Hari kedua di Hospital Nang Fa Guangzhou

Aku bangun pagi dengan penuh lena sekali..segar rasanya..pening dah hilang dah suhu badan ku mulai stabil..lega rasanya..selepas tu aku pergi mandi..dan semasa aku menyarung pakaian aku,tetiba ada sorg nurse datang tersipu melihat aku dan terus beredar..mungkin pertama kali dia melihat lelaki dari Malaysia yg half naked..haha..di china semasa musim summer waktu siangnya melebihi 16 jam…bayangkan la subuh dah pukul 4 pagi..selepas beberapa minute kemudian nurse yg sama pun dtg melihat pada perkembangan aku..bertanyakan sama ada aku lapar atau tidak..aku meminta sarapan pagi roti,egg dan susu..tapi masa nak order tu pun bukan main sukar..masalah komunikasi ibarat itik n ayam again..dan terpaksa aku menulis satu persatu..adoii.. nak berbual lagi berkaitan yg lain memang sukar..mengeluh dia termasuk juga aku tapi yang seronoknya apabila masing membuat body language untuk saling memahami..sarapan pun dah sampai..telur,susu dan pau bukannya roti seperti yg aku minta..pau mungkin bersamaan dengan roti kot di sini..bila masa aku nak makan sahaja..aku buka inti dia..aku bayangkan kacang merah yg sedap..nah!daging floss tapi yg peliknya dia berwarna putih dan halus..nak dikatakan ayam aku tau sangat mcm mana bentuk ayam tu…rupanya berintikan daging babi..YAKSs terus aku campakkan ke tong sampah..susu pula di sini adalah susu lembu tak rasa mcm lembu..mula la otak aku piker bukan2..memang susu di sini rasanya yaks!!!..adoi minum sajalah..dan masa aku nak bayar makanan nie aku bagila duit 100yuan bersamaan dengan RM60 malaysia..nak tukar tu pun payah nak berkomunikasi,nurse tu tak reti nak sampaikan mesej tiada duit kecil..dekat 10 minute aku berbincang..pergi la ke kedai mana tu tukar ataupun tukar ngan membe yg lain..aku dah hutang semalam pun 5 yuan..bagi 100 yuan terkejut beruk dia..bayaran untuk hidangan nasi berlaukkan sayur...masa nie aku berdoa bila la aku nak dilepaskan nie..serik terkurung dalam bangunan yg bersangkarkan besi ni..org berbahaya katakana! dan masa aku menulis nie seorg cleaner makcik datang..dia membawa satu beg yg tertera biohazard..apa korang ingat aku nie berbahaya ker..adoi. bersambung….

Pukul 12 tgh hari
Arghh aku terjaga dari tidur..tiada aktiviti yg boleh aku lakukan ketika ini..nasib baik la aku membawa lappy kesayangan aku nie..boleh la aku tidur sambil mendengar music,melayan perasaan melihat pada gambar kenangan silam..perasaan jadi haru biru ketika nie..rasa terasing di bumi lain..rasa nak pulang secepat mungkin ke tanah air..rindunya walaupun baru 2 hari aku berada disini..betul kata pepatah hujan emas dinegara org hujan batu di negeri sendiri..walaupun china nie terlalu pesat membangun dan menjadi kuasa besar dunia aku tetap merindui tempat tinggal ku..damn aku tak suka feeling mcm nie akan membuatkan aku takut dan lemah..pyro mana boleh bersemangat begitu..tercampak ke Negara asing keseorangan sepatutnya bukan masalah bagi aku.aku rindu pada masakan mama aku..huhu..tak lalu aku pada masakan di sini sekadar sayur sawi dan juga nasi..yakssss..

Jam sudah menunjukkan pukul 2 tengah hari, aku dah mulai bosan..aku bukannya sakit teruk tu sekadar demam biasa tapi dianggap terlalu serius yg boleh membahayakan 1 billion rakyat P.R of china..aku tertekan dan tangan aku mengatal menekan ring memanggil nurse atau doctor untuk mengetahui perkembangan seterusnya..nurse yg tak reti ckp English pun dtg..adoii..puas aku ckp bile boleh dapat results etc..arghh frust aku..dia ckp tunggang langgang tak paham langsung yang aku dpt tangkap apa yg cuba di sampaikan olehnya doctor tiada masa skrg dan hanya tinggal he, dia membiasakan dirinya me dan bukannya I! Nak lebih paham terpaksa menulis di kertas mcm org bisu la plak..adus aku dah putus harapan nak keluar awal..aku sorang di dalam bilik ni mcm org gile la plak tak tahu nak berhubungan dengan siapa lagi di dunia luar tu..

Pukul 3 petang

Nasib baik aku register hp china nie aku menggunakan china mobile..boleh la aku online internet dengan menggunakan applikasi blue tooth…sesambil online aku melalak karaoke di dalam bilik nie..lantak la..lagu raya pun aku layan..koleksi itu sahaja aku ada ketika ini..cuba untuk menggembirakan diri.

Jam sudah menunjukkan pukul 530 petang
Aku terjaga dari tidur..rasanya sudah terlalu puas aku berehat dan tidur..aku mulai gatal tangan memanggil kembali nurse untuk berbual.alamak nurse yg sama..aku meminta kepadanya supaya menu untuk dinner aku at least ada fish/egg/vege disebabkan aku dah tak lalu nak makan sayur semata2..arghh lamanya masa nie berlalu..

Dan tak sampai 10 minute kemudian,dua org doctor berpakaian lengkap datang menemui aku..mr nulu anda di suspect H1N1 dan ada direct contact dengan pesakit H1N1 yg lain..aku terpaksa di pindahkan ke hospital lain…aku tak percaya..langsung berita tu..rasa mcm aku nak mati dah esok lusa..terus semangat aku hilang..biar betul..ini semue silap..tak mungkin..aku mulai merintih..ades..sedih teramat bila sakit di Negara org nie...argh kene berpindah lagi..lecehnya..aku pun packing la barang2 aku dan terus dihantar menaiki ambulans..bukan main pecut ambulan nie..dan dalam masa 30 minute aku sampai di hospital pakar yg mengendalikan kes berjangkit nie…selepas register aku pun di arahkan menjalani x ray sekali lagi..abis la mati sel2 aku dah la aku selama nie pun terdedah dengan radioactive! Aku di tempatkan sebilik besama dengan seorg pakcik cina nie..dia ex doctor boleh bercakap simple English la..at least ok la dari tak paham langsung..10 minute kemudian datang seorg pesakit baru china yg masih muda dan kemudian dia diarahkan berpindah lagi..ada seorg budak yg sebaya dengan aku datang ke bilik aku..berkulit sawo matang..aku rasa dia nie mesti dari Indonesia ataupun Malaysia..tak mungkin china berkulit mcm tu..dia memahami perbualan aku di dalam telefon..sebelum tu aku call my brother ttg perkembangan terkini family aku..takut menjangkiti ahli family yg lain…sedangkan mereka pun tak tahu..aku tak nak menyusahkan dan merungsingkan keluarga aku...aku pun tak pasti di mana aku mendapat virus nie masa jamuan dengan mat saleh hari khamis tu ker atau pada masa menaiki flight…takkan dalam masa 6 jam aku dah kene flu..impossible..ini mesti kat Malaysia nie….keliru dan ujian dijalankan pun belum tentu aku sah 100%..hanya di syaki..mamat tu pun menegur aku u nie dari Malaysia ke..aku ckp ye dari KL dan dia pula dari klang..datang bercuti seorg diri di guanghou nie..cukup berani dan panas baran..sesuai dengan watak dia ..dia bercerita mcm mana dia mengamuk di hospital gara2 di syaki positive h1n1 nie..malam tu aku diberi ubat antiviral..tamilflu dan diambil sample darah untuk kali ke berapa..aku pun dah lupa..termasuk sample di dalam mulut aku..aku bosan sebab aku tahu pasti lama aku kene kuarantine di sini..at least 7 hari..aku pun buka la laptop kesayangan aku.nah ada internet apa lagi..online la chat dengan teman rapat aku..tapi masalahnya apabila aku nak buka website blogspot dan youtube..negara komunis nie semua kene sekat..tiada kebebasan bersuara langsung! semakin hari semakin mendalam pengetahuan aku berkenaan ngan virus h1n1 nie..semua website aku layari dan aku terasa symptoms seperti sakit dada,kahak yg banyak..sakit sendi dan muscle dan suhu badan yg agak tinggi..aku tak pasti sama ada kesan pengambilan ubat itu ataupun dari virus itu sendiri!

Hari ketiga di 8th Guangzhou Hospital

Di sini siangnya terlalu awal pukul 6 dah nampak sinaran matahari..aku terjaga dari tido..nurse pun datang aku dihidangkan dengan roti pau koson g n air susu..yaks tak sedap langsung..aku makan dengan tak byk peduli dah darurat..dan dalam masa yg sama aku diberi pilihan untuk menu lunch dan dinner..salah satunya terdapat roasted pork..alamak terus loya tekak aku..adoii dah darurat terpaksa la aku wat pilihan yg lain dan aku malas ambik tahu sama ada makanan tu bercampur ataupun tidak! Dan kali nie aku diambil sample darah lagi..arghh abis la bengkak urat aku nanti..kerap di cucuk je..rasa mcm penagih dadah la pulak..selera makan ku aku tak serancak dahulu..tambahan makanan di sini..yaks tak sedap langsung tiada pedas..tawar dan semuanya di rebus..aku mendapat tahu kebanyakkan yg di kuarantine di sini bukannya semua kes H1N1..tetapi di sebabkan policy kerajaan china yg terlalu gerund dengan wabak ini semuanya terpaksa di kuarantine.entah itu pandangan aku je kot sebenarnya aku masih tak percaya aku nie positive!

Hari Keempat

Hari nie aku breakfast dengan roti manis 3 keping dan susu..rasanya sungguh tak sedap..apa dia letak dlm susu nie..milemin ke..Dalam masa aku menempuhi hari sukar di hospital nie..banyak sokongan dan doa berkat dari buddy aku yg tersayang..Mr Ahmad Fuad yg berada di china,Cikgu Is arkitek berjaya dari melaka,Am sazly termasuk dengan housematenya yg lain, Izz adi my younger bro,endi ivan my gym buddy,Cik mastura dan kekwn,Bro eqbal yg masih lagi tak percayakan cerita ini,Mr wan kelate yg menelefon aku dari KL dan terkejut beruk bile tahun aku kene H1N1 dia plak terlebih rungsing,En ijam my sahabat dari bangi..siap menulis didalam facebook dia pasal aku kene H1n1..sapa lagi erkk dan sesapa yg betanyakan khabar aku tapi lupa aku nak catitkan disini..hari nie juga aku membuat panggilan ke office..pasal perkembangan aku..bos aku terkejut dan suruh aku memaklumkan perkembangan aku setiap hari di sini..yer la disebabkan aku kene dorang pun dalam langkah berjaga2 di sebabkan h1n1 aku nie berasal dari Malaysia atau memang dari china…hari khamis tu pula bos aku nie baru balik dari India la..china etc so main suspek..selepas breakfast mcm biasa ujian ambik sample dalam mulut dan ambik darah..arghhh abis la urat darah aku membengkak..dicucuk sana sini..kalau 7 hari abis 7 urat darah aku dicucuk untuk mengambil sample..kebas dan tak selesa rasanya
Aku baru mendapat berita dari membe aku cina sebelah nie pasal status..kitaorg dikatakan bebas dari H1n1 walaupun dikatakan paada mulanya positive..selepas 2 kali ujian yg menunjukkan negative..aku berasa lega..seronok melayan internet di sini yg berkelajuan 5 kali ganda dari Malaysia..! masa aku banyak terisi..tak menyesal aku bawak lappy nie

Hari Kelima

AKu sedar je dari tido..hujan lebat di guagzhou nie..ribut typhoon dikatakan akan melanda di sekitar fuchiow dan tempiasnya pasti kene di area Guangzhou nie…sejuk dan nyenyak aku tido..bangun je tido aku di beri kek mini dan juga susu..kawan cina aku nie sungguh baik siap mengopek buah lagi untuk aku..dan dia tak percayai kata doctor disini yg mengatakan kitaorg nie positive H1n1 sedangkan results yg diberitau nurse tu negative h1n1..dia ex doctor gak! Tapi yg aku perasan keadaan dia yg paling teruk sekali setiap hari mesti kene dimasukkan air kedalam badannya..suhu badan ku 37.1..malam tu aku berborak dengan mamat melayu ni namanya azam..dia bercerita pasal life dia..seorg agent insurans..first time datang ke china n oversea..sungguh berani mamat nie…semenjak aku berada disini dah dah tau setiap iklan disini..cerita dan drama..di tanah besar nie..setiap hari pasti disediakan dengan drama patriotic,kisah perang,kisah tentera dan etc..membosankan..lagi bosan dari cerita tv1 malaysia tu..si mamat melayu nie sungguh beruntung..sebab apa..dia mendapat seorg awek nurse di hospital lama dia..beruntung..siap mendapat kad dan juga buahan dan makanan mcd..aku? takde sapa nak bagi..huhuh..berita aku dapat h1n1 nie telah tersebar ke membe aku yg lain Mr fadzli..thx fadzli course bersusah payah call air asia dan juga mengambil berat psal aku..dia pun baru sembuh dari demam kepialu..

Hari keenam

Pagi tu aku bangun awal..aku berchat dengan membe aku mr firdaus..dia entah org kebrapa tahu aku ken ekes nie..dia yg menelefon aku dulu semalam..ingatkan aku berada di KL..tapi bila tahu aku berada di hospital china dia pun terkejut..selepas breakfast aku melepak mcm biasa..dan pukul 930..aku menerima berita buruk..membe melayu aku dan sebelah cina nie dah dilepaskan sedangkan aku tidak..arghh..begitu terkejut sedangkan aku yg paling tak nampak sakitnya…dia sebelah siap masuk jarum air lagi..arghh dugaan ini berat untuk aku tempuhi..dah la keseorangan..sedangkan aku nak pulang bersama ngan mamat melayu azam nie…tertekan..aku mcm nak sedih..aku memang la suhu badan aku tinggi dari org normal..semasa aku menulis nurse dan cleaner bersiap2 mengemas katil dua org nie..mereke dah beredar..tinggal aku sorang..masa nie si fadzli dan si endi ivan lah yg menemani aku masa sukar begini..thxx bro..kalau tak lagi emosi aku tak menentu masa ini..arghhh….aku cuba memenangkan diri masa nie..fuh fuh hembus nafas..dan aku terima panggilan dari kawan aku dari Malaysia mr mat shah..dia kata nak bagi good news passal dia..dia kata aku akan jadi uncle..aku plak ckp aku pun ada news ..bad news..dia mcm tak percya aku di hospital Guangzhou kene h1n1..dia ingat aku main2 ker..kebanyakkan membe aku apda mulanya memang begitu..susah nak precaya berita sebegini..ingatkan aku bergurau sahaja….aku terlena lagi dari tido..melihat pada hp aku ohh ada sms dari membe aku mr bro Pa..dia wish supaya aku cepat sembuh..thx bro..walaupun kau sibuk di labuan sana..ingat gak kat membe2 nie..aku baru saja menelefon mr azam..membe aku yg tinggal sekali di hospital..air asia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian di tanggung disebabkan oleh kuarantine nie..abis mcm la aku nak sgt dah terpaksa membayar balik 1500 yuan..celaka betul!

Masa yg membosankan mcm nie..aku melayan sesapa saja yg sudi berborak dengan aku ..petang nie aku berborak ngan mr shin chan dan membe yg sudi berbakti (istilah yg pernah di ungkap kan oleh seseorg) at least ada gak masa untuk aku daripada tiada..bukan apa masa sebegini la aku memerlukan sokongan dan juga teman menempuhi detik sukar macam nie..aku nak selangkah ke alam mati nie! Mr shin chan nie dan meluangkan sepenuh masanya untuk aku di ym nie..mr endi..dia tegur aku di ym dari pagi sampai balik office..aku sebenar mengharap org yg terlalu rapat ngan aku yg berada di melaka untuk sentiasa keep in touch ngan aku..tapi..hurm biarlah dia terlalu sibuk ngan urusan dia…petang nie aku melayan mtv china..seronok ada lagu English dan mix china..rasa terhibur ibarat kat Malaysia plak..menyedapkan hati.. dalam masa aku tengah bad mood nie aku dah book tiket ke bali!lantak la aku nak berehat di sana nanti..

Hari Ke 7
Bila aku bangun pagi aku begitu mengharapkan aku sudah berada didalam bilik aku di KL tapi apabila celik je mata arghh aku masih berada di hospital..betapa homesicknya aku kali nie..tambahan pula membe yg sepatutnya menemani aku di china nie sudah pulang..dan sepatutnya hari ini flight aku pulang ke tanah air..pukul 6 pagi,nurse sudah masuk ke dalam wad aku mengambil darah..arghh dan diberi ubatan seperti kebiasaan..mcm tiada apa berlaku perubahan..aku dah letih untuk memikirkan bila aku akan keluar dari sini…sehari lagi,2 hari,seminggu ataupun sebulan lagi. Ataupun aku dikebumikan di sini...pagi2 nie aku melayan ym ngan membe aku mr andi dan cik mastura..mr andi nie dari hari pertama sampai ke hari ini menemani aku..terharu aku..sedangkan takde la aku terlalu rapat ngan dia sgt pun..byk lagi org yg terlalu rapat ngan aku....aku tgh sakit begini memerlukan sedikit perhatian dan sokongan..bukannya wang ringgit tapi sedikit masa pengorbanan..entah la..aku kalau pikir bertambah emo time nie..dah lama aku tak rasa sedih mcm nie..hujan mendung je kat luar tu..hati aku bertambah sayu time nie..ades

Petang tu aku terima call dari boss aku..dia begitu berat psal perkembangan aku..selalu menyuruh aku mendapatkan surat klr dari hospital nanti..nak claim la etc..dan aku juga menelefon family aku..ayah aku mengangkat phone time tu..tanya perkembangan di sana sedangkan dia tak tahu anaknya kene h1n1..dan dia sempat leh melawak lagi..ala h1n1 tu propaganda mat saleh yg nak jual ubat je..adoii..takper la sempat lagi dia menyuruh aku membelikan batik cina bila pulang nanti..aku pun rasa keadaaan aku tak la terlalu serius sgt..entah la susah nak kata kan…arghh makanan tgh hari aku lauk biasa telur dadar dan juga kentang rebus.muakk..tapi satu perubahan ketara aku dpt rasakan …aku dah pandai guna chosptik!fuyoo satu kejayaan bagi aku dan semasa di wad nie aku banyak belajar mandarin dengan menggunakan software n language learning cd yg aku beli di Malaysia tempoh hari..tgh hari mcm biasa miss mastura dan juga mr endi…menemani aku di ym nie..dan semasa aku berehat mengelamun seketika..ada satu nurse masuk ke dalam bilik aku dia kata,,chow la..chow la…wat? Dia tunjukkan sign suruh klr..aku mcm tak percya..tapi bile dia kata chow la tu aku paham la suruh aku berambus..mcm tak percya..aku bersyukur kepada allah..dan masa nie tangan aku terketar mengemas beg aku mcm tak percaya..dan aku terus mengsiap kan diri aku mandi shower..bagi segar sedikit..sempat aku beritau pada mr endi..org pertama aku ckp aku dah discharge melalui online dan kemudian aku call boss aku….terus aku pergi ke office hospital nie mintak surat mengatakan aku dah sihat dan boleh keluar..bila saja aku tgk pada surat tu..wat?ni Chinese mcm mana bos aku nak paham dan juga aku nak claim insurans nanti..adoi..terpasksa la aku suruh wat surat sekali lagi..dalam english…arghh bila aku berada di luar rasa mcm kebebasan ibarat keluar dari penjara..itulah perasaan aku ketika nie…otak nakal aku mulala melihat doctor atau nurse yg begitu mengugat iman aku..adoii lawanya..uhuhuh..ades..allah dah bagi panjang umur nak wat masiat lagi..masyaallah…selepas aku mendapat surat tu…keluar ke hospital aku terus blur..jalan ke kiri k eke kanan..nak panggil teksi pun susah..dan jumpa sebiji.terus aku mencari teksi menuju ke airport..terpaksa menggunakan sign languager ke airport..dan harga teksi ke airport memang mahal..lebih kurang 100 yuan..bersamaan RM50..terus blah dari teksi aku berlegar di baiyun airport..mencari kaunter air asia..mangkuk..kesemua aku Tanya di kaunter..kesemuanya tak dapat memberi jawapan yg sempurna..english memang fail..arghh bertambah sakit kepala berurusan dengan org mcm nie…berpusing aku di sekitar airport selama sejam..bila badan aku dah letih sgt aku call mr ad..dia plak tak angkat dan last sekali aku call membe aku si azam nie..dia kata ohh pegi ke kaunter H beli tiket di situ..aku rasa kaunter tu pasti buka lambat lagi…berlegar aku di airport beli nail clipper la dan juga shaver..muka dah mcm babun dan kuku mcm hantu raya..dan tgh jalan tu ada org menegur aku..are you Filipino..no Malaysian..ohh..aku terpikir dalam hati aku nie rupa org filipin rupanya..hahahha...baik aku check in hotel dulu..berlegar sekali lagi di airport..nah akhir nya aku disapa oleh seorg yg fasih english..bertanya kan aku nak kemana dan nak duk hotel mana..aku ckp xiang xe..dia kata hotel tu jauh dan dia perkenalkan aku hotel yg bagi aku berbaloi la..hotel ke airport tu dekat saja 5 minute perjalanan…dia agent aku untuk hotel nie..dan bila dia bertanyakna aku dari mana Malaysia..wow..semua dalam van tu mcm terbeliak mata..malaishia..negara kita nie begitu popular di sini..mcm org pandang ke jepun la..serius aku tak tipu..kita terkenal ngan badminton la,manggis durian dan tak lupa juga dr mahatir!...dan selepas aku letak beg terus aku pergi ke airport sekali lagi..tunggu punya tunggu lama lagi aku pergi beli makanan..arghh takde bende aku nak makan disini..aku pergi 7 eleven dan beli air jus dan juga roti kacang..yg lain aku tak tahu tahap kehalalannyer..bedal la..dan bila aku nak beli tiket tu..puas aku explain aku nie kene h1n1 dan sebagainya..harga tiket tetap sama..so apa barang aku beli insuran sebagainya..mangkuk hayun..punya air asia..terpaksa la bayar walaupun mahal..dan aku pilih flight hari sabtu..boleh la aku berjalan seharian di Guangzhou jumaat nie..dan masa aku nak balik tu..lagi sakit kepala..bile nak berurusan ngan pihak hotel..nak suruh pick up aku di airport..aku ckp gate 7 sampai sekarang tak jumpa dorang..mana lahh dorang nie pergi..bengong tu..telefon pun tak reti nak cakap..aku dah fed up ckp nak naik teksi..adoi..masalah bahasa nie memang menyusahkan..arghh…nasib baik aku jumpa gak van tu..terus balik ker hotel..mandi aku rasa badan aku tak selesa lagi makan ubat..
Rindu aku pada hospital nie!

Muka pyro yg berjambang!



DONG ZHI HOTEL GUANGZHOU



BAIYUN AIRPORT

 

16 comments so far.

  1. CiKaLi July 8, 2009 at 8:06 AM
    wow... pengalaman pahit.. tp ok gak.. dpt gak pyro rehat.. smbl blaja mandrn n makan gne cghopstk..
    gud luck in your life..
  2. eqbalzack July 8, 2009 at 8:40 AM
    sebab entry ko panjang pyro..aku comment lebey sket...

    mula2 aku nak pesan kat kau time2 mcm ni (H1N1) jangan dok jalang2 sana sini...dalam malaysia pun cukup la...kalau nak jalan2 gak ajak aku sebab kau tau kan, aku memang suka jalang2...hehehe

    yang kedua...start balik gi gym sebab aku tgk muka kau agak gebuww sket...perot kau dalam entry tu aku tak nampak...nanti 'saham' kau jatuh macamane?

    yang ketiga...bila nak ajak aku makan sama? hehehe

    p/s: tahniah! sebab kau berjaya harungi dugaan yang Allah s.w bg...bukan semua leh rasa penangan H1N1 tu...kannn...
  3. Pyromaniac July 8, 2009 at 10:16 AM
    Cikali..thx your wish..pengalaman pahit?hoo itu sudah semestinya..first time naik ambulans dan first time masuk hospital tu!mandarin..ni haou! hahaha
  4. Pyromaniac July 8, 2009 at 10:20 AM
    Mr eqbal..

    mentang2 la pegi terengganu..jalan2dan jalang pun tak dapat nak bezakan..haha..bos aku kata takper dapat MC tak perlu pi opis..itu yg best!dah lama tak rehat bro..tido senyenyaknya..

    komen bro yg kedua tu..a ahh muka aku tembam sket sebab bernafass guna mask tu..hembus tak keluar2 dari mulut..hahhaha..wajib pakai tu selama seminggu ..adess..saham jatuh?biarlah..lumrah dunia perniagaan saham sentiasa naik turun..hahahah pi gym tunggu la lepass abis kuarantine tu tak pasal2 semua membe situ kene..hahha
  5. eqbalzack July 8, 2009 at 10:37 AM
    pyro, aku tengah cuba menembusi kotak putih kat muka kau tu...aku tgh 'berfantasi' nii...mcmane mr.pyro ada jambang....hahahaha
  6. Mazlan A S Leanny July 8, 2009 at 11:44 AM
    uish hang...sianyeee....tak de amoi chinese yang ko bekenan kat sana..ha ha...btw welcome back to Msia...bleh makan pau yang lagik halal..nasib la ko tak ngap....sigh
  7. Pyromaniac July 8, 2009 at 11:55 AM
    thx lenny..balik malaysia aku terus ngap chicken rice shop kat kl sentral..kempunan ngan masakan malaysia..hehe

    Amoi..aiyoo lemah lutut n jantung aku tu!jatuh cinta kali pertama..haha
  8. yet my last July 8, 2009 at 10:38 PM
    haha...tu x blaja mandarin elok2 ngan sy aritu heheh...tp sape la leh agak conversation tanya2 kt sepital tu berguna la plak haha...Wish abg pyro sihat salu...Cheer, your love malaysia :P
  9. hafizzuan July 9, 2009 at 8:45 PM
    cuak gila bila baca entry ni mula2 n thank god bila dh tahu yg u doing well..ni lah dikatakan life..!! is a Karma..
  10. Pyromaniac July 9, 2009 at 9:40 PM
    Yet: yeah di hospital leh learn mandarin..everyday buka cd learning.. :)..thx yet memang miss malaysia esp makanan dia :)

    hafizuan: thx dude..karma..believe it..kadang kita pun tak tahu apa akan terjadi..planning dengan baik tapi segalanya bergantung kepada yg maha esa juga..yeah syukur recover dlm masa singkat..alhamdulillah
  11. Sharif John July 11, 2009 at 5:19 AM
    Memang pengalaman yang x dapat dilupakan... lama jgk bro dlm hospital... Panik jgk ye diaorng kt sana... fuh... nasib baik clean... By the way, kolej ungku aziz kolej ke 11 la bro...

    Sori sbb lama x jenguk... agak busy... busy kena marah.... sori ya bro
  12. zul July 12, 2009 at 1:58 PM
    tragisnya pengalaman kau...
  13. Pyromaniac July 14, 2009 at 6:25 AM
    Mr john:sama le bro busy gak lately nie lepas abis balik dari china terus pi job lain plak..ades

    mr Zul:tragis?itu sudah semestinya :)
  14. Keri AlHaj July 20, 2009 at 10:12 PM
    salam...

    huh.. ngeri punya pengalaman berharga. abis tu pyro ni sakit apa sebenornya. demam biasa je ke... apa ke bebal sgt doktor kat sepital sana kalau demam biasa pun tak reti nak beza dgn demam bahaya maut tu... dan satu lagi kalau dah syak H1N1 apesal pulak dia bagi jugak makanan yg ada campur menatang tu... huh.

    apa-apa pun, alhamdulillah sebab takde pape.
    so, d moral of the story - tak payah lah rajin-rajin nak jalan time2 mcm ni..

    moga cepat sembuh...
  15. Pyromaniac July 21, 2009 at 3:33 PM
    This comment has been removed by the author.
  16. Pyromaniac July 21, 2009 at 3:39 PM
    Chimera: sebenarnya memang positive H1n1 tapi susah nak terima realiti..symptom tu ada mcm fever,cough dan juga sakit dada dan ada kahak yg banyak..mula2 tu dahaga gile..syukur la dah sembuh kan :)..kene nie pun rasa bukan kat china mungkin di malaysia..sebab mustahil leh demam sebelum naik flight :)

Something to say?