Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Part 11: Malam terakhir di Langkawi

Category: By Pyromaniac

05 04 09

Malam terakhir di Langkawi

Malam terakhir ni aku dinner di restoran yg sama..dah serasi dengan masakan di sini..jadi untuk kali terakhir di langkawi aku order yg sedap2 sikit..tak kira asalkan makan puas puas bukan datang selalu di sini..mungkin 2 tahun lagi..tak pun 10 tahun lagi..sapa tahu..selepas meneliti setiap menu aku order nasi goreng seafood dan kerang rebus..puas hati makanan di sini dengan harganya yg murah dah juga lauk penuh satu pinggan..nasi aku di sajikan dengan ketam goreng,udang dan sotong goreng ditambah dengan seekor ikan goreng..meratah dengan lahap sekali..dan ada sorang tu plak berkenan dengan budak kat sini..dia kata taste dia la kan..takper la pergi la mana tau jodoh ngan org sini..opsss..malam terakhir nie mcm penuh nostalgia sikit le..berjalan di tepi pantai dengan deruan ombak..dan angin sepoi bahasa..berangan..berkhayal seketika rasa mcm bukan berada di alam nyata..tenang je..aku dah bosan dengan life di bandar..dapat ketenangan mcm nie aku seboleh2 ingin nikmati tapi masa plak tak mencukupi..untuk mendapatkan ketenangan sebegini zaman sekarang sedikit pengorbanan wang ringgit diperlukan..malam tu aku merayau di sepanjang kaki lima di pantai chenang..survey kedai dan pakaian di situ..mendengar lagu indie dan juga group hippies yg membuat persembahan..rasa mcm di tempat yg asing..arghh esok sudah kene pulang ke KL..tak seronoknya!



 

2 comments so far.

  1. eqbalzack June 8, 2009 at 5:58 PM
    udah la makan tu wahai sahabatku...risau aku tgk laaa....
  2. Pyromaniac June 9, 2009 at 12:29 AM
    Makan tu kan mengembirakan :)

Something to say?