Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Part 7: Eagle Feeding in Langkawi

Category: By Pyromaniac
05 04 09


Eagle Feeding


Kali nie dah masuk hari ke empat aku melopong di office..takde keje nak dibuat..selepas selesai mengerjakan report untuk client dan hantar kepada consultant aku di Australia untuk direview..lepas tu aku dah takde keje..semua website dah aku buka..news etc..adess..kalau nak layan stock pun masa nie stock yg aku beli semua tengah sideway atau pun down trend..hampeh..buat sakit hati je melihat pada kaunter aku di BURSA..silap strategy kali nie..dan aku pikir baik aku perabiskan entry aku nie..untuk bulan april..pernah aku purposes idea apakata kita org nie duk kat rumah je..ada job baru dtg opis..tapi boss kata no way..mana tahukan tetiba ada enquiries dari client ke etc..sapa nak prepare..yerla keje aku nie selalu je urgent..

Eagle feeding..menarik melihat secara live kelompok helang merah nie..secara dekat..pada mulanya aku ingatkan si pemandu boat nie akan bagi sosej je..daging burger kat helang nie..tak pun menyuruh kitaorg pelancong nie membeli dedak ayam tabur bagi helang tu datang..mongok juga aku nie kan..rupanya dia campak berbaldi2 perut ayam dan kepala ayam tu..aku lihat mana dia helang nie..dari dalam air ke?adehh..kesimpulan yg mengarut dan tak sampai 5 minute satu kerumun helang datang entah dari mana..penuh..dan hiruk pikuk bunyi suara helang tu..woww.rakus menyambar umpan yg diberi..aku kagum..ye la sepanjang aku tinggal di KL nie apa burung yg aku lihat..burung gagak :) jer

p/s: masa kecil dulu aku pernah menjerat burung pipit di belakang rumah aku..tapi skrg nie dah lama tak nampak burung tu..pupus ke apa..












 

0 comments so far.

Something to say?