Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

AKu bekas penghidap virus H1N1

Category: By Pyromaniac
H1N1
Kisah bermula
Pada mulanya aku jenis tak ambik kisah sgt pasal virus nie..berita pasal virus nie di tv aku tak ambik pusing..lantak la..ala yg kene dengan virus nie pun beribu batu jauhnya dari sini..bagi aku penyakit bermusim..tak perlu nak dirisaukan..ada la ubatnya nanti..aala demam biasa saja..dan dalam tempoh sebelum aku dihinggapi oleh virus tu..virus nie tak begitu popular..tak perlu nak dirungsingkan..ala buat tak tahu saja..wat bodoh..dan sehinggakan aku dikejutkan sendiri dengan penangan virus tu semasa aku betul2 mendarat di china airport..apakah akan berlaku sekiranya aku demam di rumah aku?di tempat kerja?ataupun di negara lain..mungkin kes aku nie anggap dianggap sebagai demam flu yg biasa...dan kalau aku biarkan melarat selama 3 hari apakah akan berlaku?.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini..bagi diri aku la..kesan dari virus nie tak seteruk mana bergantung pada tahap ketahanan badan seseorg..tapi aku dapat merasa ketidak selesaan yg ketara hasil serangan bertubi2 virus tersebut untuk menembusi sel2 di dalam badan aku..pada mulanya symptom yg aku dpt rasai suhu badan yg tinggi..aku check pada dahi aku..panass! dan dahaga yg terlalu sukar nak dibayangkan..dan juga tekak aku yg sentiasa berkahak..hari pertama dan kedua semasa dijangkiti..badan aku memang tidak berasa begitu selesa tambahan dengan sakit sendi,urat dan juga tisu2 otot yg lain..dada aku pun terasa sesak dan sedikit tidak selesa terutama di bahagian paru paru..arghh sama ada kesan dari pengambilan ubat tamil flu ataupun kesan dari virus tersendiri...
Aku masih lagi bingung..pelik dari mana aku mendapat virus nie..adakah semasa aku berada di dalam flight penerbangan ke china..semasa aku menukar duit di midvalley,ketika bersenam di gym di menara axis..bersama bos aku mat saleh ketika perasmian lab..aku buntu dan bingung..kesannya dapat dirasai selepas 4 jam aku berlepas....dan kesimpulan yg dapat aku buat..virus tu sudah berada di MALAYSIA!
Baru2 ini aku mendapat cerita kisah dari membe aku yg bekerja di hospital..kawan dia seorg nurse telah menjaga seorg patient yg berasal dari australia!patient itu telah disahkan penyakit h1n1 dan disebabkan virus tu masih baru di malaysia tiada langkah pencegahan di lakukan dan nurse itu sendiri telah di jangkiti..walaupun kesannya tak terlalu teruk kepada org yg mempunyai tahan tahan badan yg tinggi..tapi masih lagi boleh menyebarkan kepada org lain..aku mendapat tahu si mangkuk yg tidak bertanggungjawab nie berani membahayakan org lain dengan mengunjungi tempat awam seperti dating di midvalley..makan di gerai makan dan berada di terminal bus dan pengangkutan awam yg lain..berapa ramai org sudah berada berhampiran si dia nie!mungkin lebih dari 100 org! kesan yg begitu berganda..seperti aku katakan tadi kesan virus nie tak begitu teruk bagi org yg sihat tetapi bagaimana kepada org yg mempunyai risiko dan imunisasi yg rendah seperti
org mengandung.kanak2 kecik,org yg rendah imunisasi,penghidap kencing manis,darah tinggi dan masalah organ yg lain dan jika keseluruhan ini digabungkan sekali jumlahnya pasti melebihi 1 juta org~!
itu baru kisah seorg mangkuk bahlul bagaimana sekiranya ramai lagi berpelakuan sedemikian!
Virus ini mempunyai kebolehan untuk tersebar melalui udara..pernafasan,hembusan dan juga cecair dari badan..dan mampu bertahan di permukaan luar selama berjam2..selama aku di hospital aku telah membuat kajian dan membaca info berkenaan dengan virus yg baru ini..walaupun aku bukannya seorg doktor pun..at least aku tahu bende yg baru nie..bende ni tidak boleh di bawa main2..tiada vaksin pun lagi..risiko aku nak mati tu memang tinggi! berdasarkan maklumat yg aku baca dianggarkan menjelang hujung tahun nie dianggarkan 1/3 daripada penduduk dunia akan dijangkiti oleh virus nie secara langsung atau tidak langsung! semasa aku menulis entry ini dianggarkan lebih 1000 kes telah dikesan di malaysia dan jumlah yg belum dikesan pasti lebih tinggi lagi..seperti aku katakan sblm ini..mungkin di anggap sebagai demam biasa mcm kes aku juga dulu! ala demam sikit je..lepas blood test and swab test..nah..sah dijangkiti..walaupun masa tu susah aku nak menerima kenyataan! berita hari ini juga mencatatkan 9 org kematian! kebanyakkan adalah kes dimana kebanyakkan org mengganggap kesan dari virus ini terlalu minimal..
Kenapa perlu dikuarantine selama seminggu?soalan yg sama pernah dikemukan oleh aku dahulu..dalam dua atau 3 hari pertama..sistem imunisasi badan akan cuba melawan virus nie..kalau sesapa yg mengambil ubat anti viral..mungkin kesan penyembuhannya lagi cepat!virus nie membiak dengan menjadikan hos sel badan kita nie sebagai perumah..dan sekiranya terdapat antibodi di dalam badan tu..pasti virus tu akan mati dengan sendirinya sebab tak dpt cari perumah..aku malas nak terangkan konsep perubatan yg bagi aku terlalu kompleks..yg aku tahu selepas seminggu virus dan kesannya akan hilang kecuali yg tahap kronik memerlukan bantuan khas..
Apabila aku menjejakkan kaki ke tanah air aku mengambil langkah berjaga2..aku rasa bertanggungjawab terhadap family aku..sebagai langkah pencegahan..aku membeli satu botol besar cecair inteseptic untuk membasuh pakaian aku..setiap inci bende yg aku bawak pulang dari china aku lapkan dengan kain yg direndam dengan dettol!..laptop,pakaian,kad kredit dan bende sekecil2 seperti duit syiling pun! aku adik ketawa melihat gelagat aku..at least aku kasih pada mereka tu..kalau mereka nie sakit alamak risiko tinggi dah la obesiti dan mak aku plak darah tinggi..aku tak nak ambik risiko...nehiiii
Bagi yg disyaki pembawa penyakit H1N1..cubalah bersikap bertanggungjawab sedikit..at least seminggu dalam tempoh kuarantine tu..duduk saja la di rumah..jgn nak menggatal pergi kemana..tak kesian kepada org tua..kanak2 dan juga org yg rendah imunisasi sekiranya dijangkiti virus nie..dan
Ingatlah org tersayang!
 

5 comments so far.

  1. Mimie.Candy Cane August 5, 2009 at 4:57 PM
    ya..ya..saya pun tak ambil pot sangat pasal ni dulu.tp skang kes h1n1 di mana2 dah..baru nak ambil langkah berjaga2.tu pun kadang2 terlupa jugak..
  2. i'm shin... i'm inesen August 5, 2009 at 5:10 PM
    Alhamdulillah.. sihat sudah
  3. eqbalzack August 5, 2009 at 6:13 PM
    alaaa...kena virus pun ramai yg sayang..kannnn...
  4. Ad Rifza August 6, 2009 at 1:05 AM
    Berhati2 dimana sahaja..esp tempat yg ramai org....
  5. Sharif John August 6, 2009 at 4:59 AM
    Semua penyakit ada penawarnya... tp lebih baik mencegah... Barang outdoor murah? xbrapa sure la bro... sya slalu main beli je...

Something to say?