Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lone traveller: Part 3 The Museum of The mausoleum of the nanyue king & Lu Beijing

Category: By Pyromaniac
26 06 09
The mausoleum of the nanyue king & Lu Beijing
Dalam map aku nampak destinasi paling berdekatan adalah yuexiu park..aku naik la subway sama tapi menuju kearah utara..satu stesen je..keluar dari stesen tu..erk di mana nie..yg aku nampak hanya la restoran arab..aku pun pilih direction ke kiri..dalam 10 minute perjalanan aku tak nampak bende menarik dan aku berpatah balik dan menuju ke arah kanan plak..dlm masa 20 minute perjalanan..aku dah lost..nak kemana nie..arghh..sebenar aku nak hanya ingin menghabiskan masa aku itu saja tujuanku..dan masa aku nak pergi balik ke subway tu aku ternampak muzium..haa pergi ke muzium plak lah..alang dah sampai..bayar tiket 12 yuan..merapu la kat situ..selama sejam...sebenar bosan melayan bende artifac nie..kaku, kayu dan masuk ke dalam tomb org yg dah mati..perasaan yg cukup tidak menyeronokkan..menggunakan taktik yg sama bergambar bersama pengunjung yg ada disitu..yg lucunya gambar aku pun turut di ambil menggunakan kamera dorang..apa dorang ingat aku artis kah?.tahu aa aku tall,dark n ensem kan..hahha berangan kuat!...arghh beku aku lama berada di dalam muzium nie..terus aku blah n cabut..semasa aku berjalan aku ada memerhatikan gelagat polis traffic yg menjaga laluan basikal di sini..bila dia membunyikan fritt frit…menandakan penunggang basikal itu perlu turun dan menolak basikal..sebabnya entah aku pun tak pasti..


Masa aku nak pulang tu aku lapar sgt..nampak la restoran arab di subway tu..tapi nampak cam mahal..68 yuan buffet untuk lunch..perasaan sekejap nak sekejap tidak..argh mana satu nie..apabila aku nak masuk je lihat..mana ada org..apsal kosong didalam kata ada buffet terus aku keluar balik....ades aku mengeluh dan aku berpatah balik ke subway dan ambik tren ke haizhu park..sampai di situ..aku sebenarnya nak pergi ke Beijing LU..area mcm bukit bintang kita nie laa..mana nak pi erkk..aku lihat pada map nama jalan Beijing road adalah..mungkin yg itu la kot.. aku dah cuba menghafal setiap nama jalan dan map di Guangzhou nie..
tips..kalau kita berjalan sorang..pertama sekali jangan cuba bukak map sebesar alam di public..akan menarik perhatian peragut dan perompak..kene berwaspada..kalau pergi group no hall la nak berlakon mcm pelancong pun sapa peduli…kalau trip sesorang buat jer muka confident..selamba berjalan walaupun ko dah sesat berbatu2..jgn gabra..kalau org tegur terus blah tak usah layan.itu adalah antara...tips yg biasa aku gunakan kalau travel seseorg diri sebelum inilah….dari haizhu park aku ambik arah ke utara..kalau cross jambatan tu arah lain plak..berdasarkan gps aku dah reka dalam otak nie...dimana latitud dan logtitude...pergi menuju ke utara..berjalanla aku di sepanjang taikang road..di jalan nie byk jual kasut..aku tak ambik peduli..takde duit..pokai..dan malas nak beli apa..di taikang road nie ada byk menjual accessories wanita..tudung silk tapi entah design pelik je tak berani aku nak beli..dan anting manik untuk wanita..aku tak reti nak memilih dan terus aku blah..sampai je di pepenjuru jalan..aku dah blur..mana nak pi..ok kalau jalan terus pasti aku lost.sesat..gps otak aku nie cover dalam radius kurang 10 km persegi sahaja...kanan aku rasa bukan pilihan terbaik dan aku pilih jalan ke kiri..aku rasa di situ la..berjalan laa aku terus terus dan terus dan sampai satu tempat aku ternampak jalan Beijing lu..rupanya disinilah ....tempat pejalanan kaki yg besar..kedai yg menarik di kiri dan kanan jalan..aku mula la menyelongkar satu persatu kedai...suka shopping..haha...pakaian di sini memang menarik..design dan color yg moden dan vibrant..tapi brand yg pelik la 360 la,uniqlo,Giordano,g2000.belano,yishun..apa lagi erkk..kappa dan brand cina nie..harga mahal! Terlalu mahal berbanding dengan jusco ataupun metro..tak berbaloi ..kenapa barang di Guangzhou nie mahal..makanan dan serba serbi..org sini kaya sgt ker..terasa sgt bertapa kecilnya nilai RM kita nie..aku masa kat Beijing lu ni ada org tegur aku memanggil aku byk kali..aku wat bodoh..kau kalau pegang aku..mau aku tumbuk muka! Terus aku blah..sampai di penghujung jalan Beijing lu..aku pun berpatah balik arghh nak makan dah lapar..lunch kat mana aku hanya nampak pizza hut..nak order vege pizzalah tapi tak reti..susah nak cari makanan halal di sini.ada tapi tersorok..aku pun belok jalan ke kanan..main agak untuk mencari subway balik ke haishu park..dan firasat aku tak silap aku terus masuk ke jalan hiufu road..dan dlm 15 minute perjalanan aku nampak subway sign board dan dalam masa sama gak ada org menegur..elo sir..aku wat bodo terus blah..di stesen gongyuanqian nie tempat pertukaran stesen..disini masalah aku jadi parah..double blur..mula2 aku tersesat masuk ke line 1..argh bukan line 1 sepatutnya line 2..berpatah balik laluan baru dan terpaksa beli tiket baru dan masuk balik ke laluan yg lain..jumpa la line 2..dan aku pilih arah ke haizhu plaza ..sampai sahaja di bin bin plaza, aku terus nak order mcd untuk lunch dan tapau untuk dinner..nasib baik manager tu paham aku nak order apa dan dia menulis cina untuk aku..aku order la filet o fish..dah darurat kan bedal saja lah makanan yg ada..selepas makan tu aku pun ambik bus pulang ke airport..beli tiket di kaunter bus yg terletak berhadapan bin bin plaza..yg menariknya bus airport nie dia ada tv canggih penerangan dlm English dan mandarin..ada stewardess juga..bagi air..dah la lawa..dalam masa sejam sampai ke airport..aku call la agent aku yg menguruskan hotel aku..nak call hotel front desk ibarat bercakap antara ayam n itik la....aku call agent aku dan masa mencari agent aku .mana la dia nie...agent yg lain berebut mengekori aku..argh aku ckp im taken.sorry yer...uhuhuhuh..apa punya ayat dah..dan dia nie bagus..fluent English berbanding yang lain..jadi senang..aku ckp esok aku nak pulang dah flight pagi etc..remind jgn terlewat sudah..dan dia siap Tanya aku nak amoi..puteh gebu seksi buat massage kat bilik nanti..otak jahat aku kata YES!.boleh boleh...tapi pikirkan iman aku masih kuat dan otak aku ckp..hey tuhan tu dah bagi panjang umur dan sihat dari h1n1 supaya beribadat dan bertaubat bukannya tambah dosa..tak nampak hikmah di sebaliknya ker!..ohh terleka aku..astaga...aku belek muka aku nie ada ke muka aku nie nampak giler seks!ada gaya hahah..sampai sahaja di hotel aku pun berbaring sesambil menulis entry nie..mandi check suhu badan dan makan kuaci layan computer aku nie..masa nie juga aku menerima sms dari mr pa yg ucapkan syukur aku dah discharge..dia dpt berita dari awek dia nie yg berada di London..dan kawan minah aku London nie pun tak berkira call dari UK Tanya pasal aku yg kene H1n1 nie..begitu prihatin..jauh tu..bukannya setakat call/sms yg dekat dari melaka ke atau kajang..contoh la..wan iskandar pun tak lupa call aku juga..aku ckp la aku kene h1n1 dan dah discharge dia terkejut gak dan gembira aku dah sembuh..kak long sepupu kepada mastura pun tak lupa bertanya pasal kisah aku..

Aku tak sabar nak pulang ke KL sebenarnya..dan aku ucapkan banyak terima kasih pada insan yg mulia yg begitu mengambil berat pasal diri aku nie..beri sokongan..dorongan..dan juga berkat doa kalian aku sembuh dari penyakit yg membawa MAUT nie..alhamdullilah..syukur tak terkira..harap aku balik nie berubah dan insaf la :)

p/s aku tak beli ole ole pun dari sana..mahal terlampau























 

0 comments so far.

Something to say?