Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Day 2: Trip to bali ULUWATU.kecak dance

Category: By Pyromaniac
11 07 09
ULUWATU
Kecak Dance
Aku begitu kagum dengan semangat yg cuba di tunjukkan oleh pakcik dari bali nie yg bernama pak made..usaha yg cuba dilakukan olehnya untuk memenuhi hasrat kitaorg menyaksikan kecak dance..walaupun dah terlewat dari jadual asal..gara leka dengan aktiviti shopping..dia masih lagi berusaha untuk membawa aku melihat sendiri keindahan pulau bali ketika matahari tgh terbenam..impian aku! dan juga menyaksikan persembahan kecak dance..dengan kepakaran dan pengalaman dengan selok belok jalan di bali nie..dia membawa dengan gaya ala sytle rali dakar setiap selekoh dia begitu mahir..aku masih berharap dan begitu juga dia dan akhirnya sampai la di uluwatu pada masa yg begitu sesuai..matahari masih lagi nampak sipi2 di celah ufuk bumi bali nie...gambar matahari terbenam sempat aku rakamkan tapi peluang untuk menyaksikan kecak dance begitu tipis..disebabkan oleh pak made aku berjaya mendapatkan tiket ke kecak dance tu walaupun pasti tiada seat yg available..penuh sesak dengan org..dan aku menyaksikan sendiri wajah2 muka pengunjung yg datang dari serata dunia untuk melihat upacara yg hampir pupus dan tamadun ilang dari dunia nie..arghh aku hampir kecewa kerana tiada tempat untuk aku dan pak made sekali lagi menyuruh aku masuk dan duduk betul di kawasan laluan penari2 yg yg bagi aku terletak di lokasi yg begitu strategik..persembahan hanya beberapa meter dari pentas utama..wow..privilages bagi aku..bukan senang nak dpt peluang nie!
Aku menghayati setiap gerak tari dan juga persembahan yg cukup memukau ini..dengan bunyian mantera dan sound cak kecak cak cak..dan mengelilingi tugu api..ada mesej yg cuba di sampaikan tapi aku tak memahaminya dan satu ketika apabila upacara api di mainkan entah mcm mana si monyet tu cuba bermain api dan secara tak sengaja bara api tu terkene pada seorg kanak yg duduk di saf hadapan..melalak la..apa lagi..kecoh seketika tapi keadaan dapat di kawal dengan baiknya..aku pun cuak gak..si monyet tu main sepak terajang je sabut api tu kepada pengunjung..kalau pakaian tu mudah terbakar nahas jadinya..lawatan di bali nie pasti tak lengkap sekiranya tidak menyaksikan sendiri tarian kecak nie!













































 

0 comments so far.

Something to say?