Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Men vs Wild: Midnite hiking di Gunung Nuang

Category: By Pyromaniac

08 08 09

Mid nite hiking di Gunung Nuang

Aktiviti hiking yg sudah lama aku tinggalkan..gara2 my best buddy sudah berpindah ke singapore..dahulu aku selalu berdua dgn dia la...skrg nie aku join one group yg bagi aku cukup sempoi..sebenar kenalan lama gak..tapi jarang keep in touch..baru nie berpeluang aku jumpa dengan mereka..malam sebelum aku nak pi hiking nie aku dah ring ring dan juga email..nak jumpa dia mana pada pagi tu..breakfast bersama di area ampang..beli minyak tanah..dan barang keperluan yg lain la..masa nie aku beli la 2 botol red bull dan juga sebotol air 100 pluz...sampai je di parking di kem renjer tu..aku dan group aku berjumpa dengan group dari kuala lipis..mula2 sebelum mendaki daftar dengan bayaran seringgit dan org yg paling berumur nie..pakcik la memulakan sesi memanaskan badan..arghh lenguh baru je exeercise..mcm mana nak mendaki nie

Pendakian bermula..9 pagi..aku ingatkan group lipis nie berbadan tegap..sasa dan lebih besar dari aku mempunyai stamina yg tinggi..aku rasa mesti aku ditinggalkan di belakang..tapi sebenarnya silap le..aku dgn si radical yg mendahului pendakian nie..sebenar bukan untuk perlumbaan tapi aku malas nak slow2kan pendakian..takut lagi penat..dan byk juga kitaorg berhenti..tunggu group yg lain itulah nama setiakawan..aku rasa ok gak le sebab tak smoking dan routine kardio aku di gym byk membantu aku dalam pendakian ini..jadi tak cepat letih n dahaga..tenaga pun masih lagi consistent..nak mendaki ke perhentian pertama kami iaitu kem lolo mengambil masa hampir 3 jam..byk berhenti..tak kisah la..bukan nak cepat pun..dan selepas selesai membantu ahli group yg lain memasang khemah..perut lapar..aku pun masak la sebungkus besar maggi dan dikongsi oleh yg lain..perghh bau aroma maggi bersuasana hutan cukup menyelerakan..kalau aku masak maggi kat rumah pasti tak sesedap mcm nie..kitaorg berehat sebentar menunggu masuknya waktu zohor..bersembyg dahulu dan berehat membersihkan diri

Kem Lolo

Jam pukul 2 petang..Pendakian ke kem pacat di teruskan..laluan yg lagi curam dan berliku..fuyoo xtreme bagi aku...walaupun tidak lagi membawa barangan yg berat..tapi mentaliti kene kuat gak la mendaki kecuraman lebih 60 degree nie

Kem Pacat

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang..byk berhenti jadi lewat dari perancangan asal..tapi tak kisah asalkan ahli group yg lain sampai dengan selamat..berehat ramai yg tercungap2 untuk sampai ke kem pacat..aku masih lagi berupaya walaupun separuh nak pengsan..masing menghulurkan makanan ringan untuk ahli group yg lain..dan aku membantu seorg mamat nie mengurut pehanya yg terseliuh menggunakan minyak tomoi yg aku bawa..semenjak dari itu aku digelar tokey minyak tomoi..bagi aku minyak nie bagus untuk melegakan kesan krem kaki ataupun cedera pada otot dan tisu..mcm fungsi minyak panass la..dan si pakcik sorang nie plak aku bagi dia bandage utk dia balut lutut dia..aku nie rasa mcm ahli red cross la plak..takper aku belajar first aid training..sia sia sahaja tak practikkan

Pendakian ke anak gunung nuang

Wow..kali nie memang terasa adrenalin aku mengalir ke dalam setiap urat badan aku nie..mendaki dengan kecuraman hampir 80 darjah..mencanak..ditambah dengan laluan yg licin dan juga kayu balak..lopak air dan urat kayu yg berselirat..aku berapa banyak terjatuh gara aku tidak memakai kasut yg sesuai..ada ke patut aku pakai kasut pi running yg kebiasaan aku pakai di gym..arghh..tu la...nak naik ke anak gunung nie ramai juga yg patah semangat..nasib baik la dekat jam 6 petang masing pun sampai..fuyoo...sengsara n seksanya

Pendakian ke puncak

Kitaorg sampai di puncak lebih kurang pada pukul 7 malam..sejam pendakian dari anak gunung tu..wow..rasa begitu hebat..melihat keindahan alam ciptaan tuhan..cuaca semakin sejuk..boleh nampak genting yg sama tinggi dari sini dan juga keadaan malam kuala lumpur yg cantik..pada ketinggian 1488 m nie...menara KLCC tu nampak halus je dari puncak nie..selepass selesai sesi pengambaran,kitaorg pun menyediakan teh di atas ketinggian nie..sedapnya tak terkata bau aroma nya menusuk ke dlm hidung walaupun teh nie kalau kat bawah takde org nak minum pun..dlm hutan semuanya lazat dan sedap..makan sandwic dan juga makanan ringan yg lain..aku rasa tenang di atas nie..satu perasaan yg susah nak digambarkan dengan kata2

Menuruni puncak di malam hari

Selepas pukul 8 malam kitaorg pun nak turun dari puncak..malam tu gelap gelita..bygkan la hutan tebal nie..satu pengalaman menarik yg pertama kali aku lalui..masuk hutan di tengah malam...masing membawa touch light..suluh ke lantai hutan..aku ingatkan senang nak turun gunung nie..tapi lagi sukar berbanding dengan mendaki..tak nampak jalan dan juga jln yg terlalu licin..byk kali aku membuat aksi membontoti laluan pejalan kaki tu..abiss berlumuran lumpur pada bahagian bontot aku nie..haha..masalah kalau aku tak buat mcm tu..jatuh kene batu..tak pasal2 injured...so dengan keadaan jalan yg licin,kasut yg tak bersesuaian dan aku plak memegang lampu picit..menuruni gunung nie memang satu penyiksaan..tak sabar rasanya nak sampai ke kem perkhemahan..arghh seksanya..byk kali juga menunggu ahli group yg lain..mula berhenti di anak puncak nuang dan seterusnya berhenti sekali lagi di kem pacat..menuruni gunung nie mengambil masa yg agak lama dan akhirnya sampai di kem lolo pada masa 2 pagi..arghh..dan aku dah bergelen2 minum air sungai yg tak dirawat dan tak dimasak tu..dahaga woo..main cebuk je ke dalam botol air tu..lantak la cacing ke anak pacat ke masuk dlm perut..masalah terlalu dahaga dan keletihan

Sampai sahaja di kem tu..masing berehat keletihan...aku selepas membersihkan diri dan turut sama membantu ahli group yg lain menyediakan buffet di tengah hutan..buat air teh,milo..masak nasi,masak kari dalam tin dan ahli group dari lipis lagi hebat..siap menunya..ada telur masin,telur dadar dan daging segar..lapar gile dan melahap dengan sepenuh hati..dan selepass tu aku mandi sekali lagi..masa tu aku berborak ngan sorang mamat dari lipis nie..seorg body builder yg aku tolong dia urutkan kakinya yg terseliuh..ada ke dia panggil aku budak baru belajar di Universiti..dia tak tahu aku nie dah tua..masuk umur 30 an dah..dan dia tanya apa rahsia aku nampak muda..aku ckp hiking! tergelak besar dia sedangkan dia umur baru 25 tahun muda dari aku lagi..

malam tu aku tido dalam khemah keseorangan..khemah berwarna biru yg tidak kalis peluru..dan juga kalis air..aku sejuk mcm nak pitam..mengigil..sampaikan muka aku masukkan ke dalam baju juga..kaki plak dah mcm sejuk yg melampau..takde stokin..basah arghh..dan terpaksa melondehkan seluar untuk cover kaki aku dan juga berselimutkan towel..kesilapan aku kali nie yg aku akui aku tak bawak sleeping bag!arghh..dan byk kali aku terjaga dari tidor sebab kesejukkan dan aku ingatkan diluarnya hujan..tapi tidak...bende halus..mintak jauhkan lah!

pagi tu aku bangun pagi gak le dalam pukul 7..si mat kelate nie pagi2 dah meratah durian dan mengajak aku..aku selepass mandi tu dan membantu menyediakan sarapan pagi..bubur nasi yg cukup sedap..dan juga air teh yg panas..rasa mcm chef la plak..berganding bahu bersama mr radical..selepas makan sarapan kitaorg pun nak pulang packing barang n khemah..

waktu menuruni gunung nie jam dah menunjukkan pukul 11 pagi ..dan kitaorg sampai di kem renjer lebih kurang jam 1 petang..tu pun nak tunggu ahli group yg lain masih lagi di belakang..selepas mandi dan menyegarkan diri..si mamat lipis nie dengan muka selamba je pau 2 botol air oren yg sejuk dari team budak sekolah yg berkhemah..apa lagi..belasah je la..bagi aku pendakian nie bukannnya untuk mengejar sapa yg cepat sampai ke..yg hero..yg kuat etc tapi lebih kepada semangat setiakawan..bantu membantu..dan sifat begini la yg menyebabkan pendakian kali ini adalah yg paling enjoy..dan masing sudah bertekad untuk menyambungkan lagi perhubungan dengan pendakian di gunung ledang pada selepas raya nanti

Kesimpulan..balik dari hiking nie..aku jalan kengkang..adoi..pergi ke klinik dapat MC :)

Mula mendaki

Barang muatan yg berat

Berehat lagi



Pohon durian yg byk buah





Beg mr pyro!




Khemah aku yg cute berwarna biru tue!





Mari masak maggi!





Pyro masih lagi tutup muka bila lagi nak mendedahkan identitinya itu!





Di puncak..beirut!








Bersama dengan ahli team yg berjaya menawan puncak!





Sarapan pagi dengan durian hutan





Kasut putih aku dah jadi mcm belacan!



















Bergambar sebelum pulang
 

3 comments so far.

  1. eqbalzack September 2, 2009 at 12:09 PM
    bagus2...gi jalan puas2...esok lusa dah tak leh jalan lagi...hehe
  2. Pyromaniac September 3, 2009 at 8:55 AM
    eq: esok lusa tak leh jalan lagi?mcm patah kaki je..adoi jgn doakan begitu bro
  3. Sharif John September 5, 2009 at 4:04 PM
    bro...nk ikut g ledang gak bole?

Something to say?