Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kenangan Silamku:Berbuka puasa di karak & Genting Highlands

By Pyromaniac
12 09 09
Berbuka Puasa di Karak
Mencipta kenangan di Genting Highlands
Ketika aku menulis blog ini..waktu menunjukkan jam 3 pagi dan aku berada di sebuah lokasi yg terletak jauh di selatan tanah air..melayan perasaan aku yg kacau bilau dan mendengar lagu yg pernah ko download di dalam computer ku ini..skrg aku mendengar lagu aiyat- pergi.version talentime..arghh
Biarpun hatiku tetap pedih,sakit dengan segala penipuan dan kecurangan ko..aku tetap mengagahi diriku ini untuk menulis entry ini..biarkan kenangan ini tersimpan di dalam blog ini untuk tatapan aku sehingga ke akhir hayat aku ini..walaupun pada ketika itu ko akan bahagia bersama insan ko amat cintai..tapi kenangan tetap kenangan..ohh sengsaranya aku ketika ini apabila menulis entry sambil mendengar lagu..
aku masih lagi ingat pada masa tu..ko cukup bengang dengan ku..janji ko kata tinggal janji..aku terlewat ambik ko di rumah mu di sunway..ko kata aku nie sengaja cari alasan dengan ikut jalan jauh toll penchala link la lepas tu masuk LDP dan ko menuduhku berdating ngan org lain..cukup kelakar! sedangkan aku cuba bertungkus lumus membahagikan masaku untuk family aku!
Apabila sampai je aku tgk muka ko ketat atau istilah yg biasa ko gunakan stern..pada mulanya ko plan nak membeli juadah di area sunway dan berbuka puasa di genting..tapi dah gara gara terlewat..aku tetap juga dipersalahkan walaupun beratus kali aku meminta maaf..memang aku akui silapku ini dan aku bagi cadangan untuk berbuka di kg baru..ko mulai membebel dengan bagi alasan..bulan puasa nie jangan wat hal dengan kesesakkan lalu lintas dan entah kul berapa dapat berbuka puasa di genting nanti..ko membebel dan kata lantak la apa jua tindakan aku nak wat nanti..ko mencebik! dan ko cakap aku merosakkan dating dan kenangan ini~!
aku cuba menyelamatkan keadaan dengan bergegas mencari jalan alternatif ke kg baru!..arghh nak parking pun susah ngan kereta besar HILUX nie..dan last sekali jumpa la parking di pelosok rumah org..berjalan kaki..mencari juadah untuk berbuka puasa..ko menceritakan padaku yg dahulu time berbuka puasa selalu ko akan kemari untuk mencari juadah..untuk berbuka..ko menunjukkan aku dimana gerai favourite mu itu..dan ko membebel cucur udang yg pernah disediakan oleh ex ko dulu tak sedap langsung..hehe dan last last ko pergi beli di sini...berjalan lah aku ngan ko mencari kuih..cokodok goreng dan popia untuk diri ko dan aku pula suka kuih donut ubi keledek,kuih koci dan juga pulut udang..aku menceritakan dulu aku pernah berniaga pulut panggang dan juga ikan bakar pada masa bulan ramadhan dulu..
Makanan berat pula ko menyarankan aku supaya memilih gerai kelantan yg terletak berhadapan dengan kedai kak som..tempat pernah kita dating dulu@! disebabkan banyak persamaan antara ko dan aku yg berasal dari negeri cik siti wan kembang..makanan bukan satu isu yg besar..ko pun mengorderlah nasi kerabu dua dengan lauk ayam..arghh baunya memang enak walaupun belum masuk perut lagi..dan ko mula mengomel.FOOD LOVER!
masa aku nak beli air tu di kedai serbanika ko menarik tangan ku..arghh tak perlulah kesana ..air takde yg menarik..dan akhirnya aku dan ko beredar menuju ke destinasi...
apabila sampai di stesen minyak petronas..aku nak beli rokok winston merah dan juga sundae strawberi..dah lama aku tak makan bende manis nie..bukan disebabkan oleh ko dah lama aku ignore makanan yg cukup mengemukkan nie..yg kelakar masa ni..ko ckp aku suap kepada ko hanya satu scoop dan selebihnya masuk ke dalam mulut ku..FOOD LOVER..berulang kali ayat tu keluar dari mulut ko tu..aku dan ko ketawa dan tersengih sengih apabila ingat peristiwa ini..
waktu berbuka dah masuk..akhirnya aku dan ko bersetuju nak berbuka puasa di hentian karak..melantak mcm nak gile...kebuluran la..selepas tu plak aku ngan ko terpikir nak membawa bekal makanan ke atas tu dengan alasan harga yg mahal..berjalan kaki la kita menuju ke mcd yg terletak di sebelah tue..order dua set dan selepas tu vroom terus meluncur laju naik ke atas..
masa sampai tu disebabkan oleh kenderaan ni yg cukup besar memang susah nak park..terkial kial nak cari area parking...tempat date kita time tu mana lagi di MCD lah..adoi selepas puas mengambil gambar snap sana sini..mencari lokasi terbaik dan juga bergaya dengan bertukar jaket ..kelihatan muka ko dan aku yg cukup puas dan gembira dengan detik bahagia ini..aku paling menyukai gambar di mana aku ngan ko bergambar bersama di depan hotel highland..gambar tu aku masih simpan sebagai kenangan aku dan pernah aku jadikan sebagai desktop background...menunjukkan betapa sygnya aku pada kenangan itu..tapi kenangan dan segalanya musnah dengan sekelip mata apabila ko mulai bosan dengan kerenah ku ini yg banyak menyoal mcm POLIS,cemburu buta,syak wasangka sana sini..dan ko mula beralih arah pada org yg ko katakan memiliki ciri ciri yg ko idamkan!iaitu bayangan ex KO!









Lagu terakhir yg aku mendengar apabila aku selesai menulis entry ini!

Samsons-LULUH

Saat terindah saat bersamamu

Begitu lelapnya aku pun terbuai

Sebenarnya aku tlah berharap

Ku kan memiliki dirimu selamanya


Segenap hatiku luluh lantak

Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu

Sungguh ku tak mampu

Tuk meredam kepedihan hatiku

Untuk merelakan kepergianmu


Ingin kuyakini cinta ta kan berakhir

Namun takdir menuliskan kita harus berakhir


Segenap hatiku luluh lantak

Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu

Sungguh ku tak mampu tuk meredam kepedihan hatiku

Untuk merelakan kepergianmu


Ohh…ohh…

Ku tak sanggup merelakanmu..

Ohh…ohh…ohh..

Segenap hatiku luluh lantak

Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu

Sungguh ku tak mampu

Tuk meredam kepedihan hatiku

untuk merelakan kepergianmu

 

0 comments so far.

Something to say?