Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kenangan Silamku:Shopping raya di Tesco, Hamper Raya

By Pyromaniac

18 09 09
Hamper raya


Raya adalah masa dimana aku nak wat amal jariah dan berkongsi kasih sayang bersama family aku yang terdekat..aku sebenar begitu rungsing pada diri ko bila ko cakap tak nak balik raya..ko menyatakan perasaan yg bersalah,sedih,kecewa dan dihantui igauan dan kenangan silam dan aku pernah mempelawa mu untuk mengikuti diriku pulang ke kampung..ko menolak pelawaan aku bahkan ko mengajak aku menemani dirimu beraya bersama di KL..tapi apakah dayaku..aku nie anak sulung ada tanggungjawab dengan familyku..terpaksa aku menolak pelawaan mu itu walaupun aku berat hati..disebabkan aku rungsing ko takde transport dan kedai makan banyak tutup masa tu..aku pun memikirkan sekali makanan untuk ko pada pagi raya nanti..supaya ko tidak berada dalam keadaan kesusahan ketika aku tiada nanti..begitu rungsing dan risaunya aku pada ketika itu..walaupun aku nak pi pulang ke raya hatiku tidak kesitu..hatiku terlekat di sunway..walaupun ko cuba tidak mengiakan statement ku itu..ko tetap kata aku happy disana!


Masa aku memberi idea nak wat hamper raya nie..ko kata boleh melaksanakan tugas tu dengan sempurna..ko kan pernah kerja deparment store..aku nak lihat juga kepakaran yg ko ada ..hehe..berkejaran la kita mencari barang untuk hamper.dari sardin dan juga ke sos cili..letak dan ambik kembali..tak puas hati lagi bertukar lagi..dekat berjam jam untuk mencari barang yg baik,berkualiti tapi nak murah..huhuh..yg kelakarnya ko mencadangkan kepada aku nak ambik KAYA pandan sebagai salah satu item dlm tu..aduhai org kelantan mana makan roti ngan kaya la pagi2 nie..lain lah diri ko tu yg selalu ko gambarkan mat saleh..pada nick ko la...ko mengomel kat aku..kenapa la aku nie suka wat keje last minute..ko mengeluh apabila begitu sukarnya nak mencari kertas wrapper walaupun puas mencari di dalam one utama.giant dan juga giant di kelana jaya..tu pun yg ada hanyalah kertas wrap hadiah yg kecil...arghh letihnya badan ini apabila nak memunggah barangan naik kehulu kehilir ke atas..bukannya ringan..dan nak membalutnya..ko kata serik dan tobat..haha..dan yg paling mengecewakan aku tak sempat aku nak sambar sehelai pun baju raya..aku memang terdesak masa itu!..memang cukup tercabar aku dan ko untuk menyiapkan task yg last minute nie..mula la ko membebel..aku tak suka kerja last minute..blah blah2 aku memekakkan saja telinga aku nie!bila nak menurunkan barang di bawah tu...hatiku hiba dan sedih kerana aku terpaksa berpisah dengan ko pada masa ini..ketika ko berada keseorgan aku tiada disisi ko..

Sedihnya perasaan aku ketika ini biler melihat hidangan hari raya ko tu..takpe nanti akan bawa ko makan nasi impit kuah kacang sampai muak..aku berjanji dan aku tunaikan janji aku tue!


 

1 comment so far.

  1. airy November 24, 2009 at 11:20 PM
    ala romantiknyer dan caring sngt ko neh.....huhuhu

Something to say?