Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku:Survey Hartanah

By Pyromaniac

25 12 09
Survey Hartanah

Hari ini dimana aku kebosanan teramat..aku merayau rayau di sekitar bangi,putrajaya dan kajang..sambil tu aku juga sibuk melihat pada pasaran hartanah di sini..yerla sudah berumur tapi satu asset pun aku belum ada lagi..biasalah baru nak bertatih dalam alam kehidupan ini..aku merayau di area kajang dan akhirnya aku ketemu banyak projek di sini..dan dalam masa memandu tu..aku dikejutkan oleh sms dari kau..

Sms yg cukup menyakitkan hati aku

Aku tahu kau bukannya nak pergi survey hartanah sangat tapi nak survey "PROPERTIES SI KAJANG"..tue..dalam hati aku nak tergelak tapi sakit pun ada..lantak la kau nak tuduh apa

Sebelum ini pun masa aku dan kau tengah berbahagia..kita begitu ligat mencari rumah untuk dibeli dan diduduki..semua wilayah di KL dan selangor diterokai..paling aku ingat sekali masa kita di GIANT batu caves..selepas selesai kita therapy shopping..kita ternampak satu booth..aku dan kau begitu berminat akan pangsapuri bertaraf kondominium di area setiawangsa..tapi bagi aku untuk membeli hartanah aku belum bersedia lagi dlm tahun ini..tapi perancangan tetap juga ada..kalau harga hartanah tu murah ataupun bertaraf apartment mampu la aku..kalau kondo nie berpikir dua puluh tiga kali juga!

Selain itu kita juga merewang rewang di area shah alam..melihat rumah contoh, di subang..dan dimana saja projek yg akan dibina..yg aku tahu kau suka akan balkoni yg besar..menghadap cahaya matahari..dan dengan mcm mcm fantasy liar ko tue!..arghh ada masa aku layan dan sesetengah tu..menjengkelkan pun ada..apa kau ingat aku nie mesin duit bank negara ke..org kerja 5 tahun pun belum tentu nak beli rumah lagi terutama di lokasi KL nie..siap buat double loan lagi..tapi aku melayan juga keranah manja kau tue..biasa la..dalam kehidupan ini mesti ada perancangan..dan itulah perancangan hidup aku dan kau!

 

0 comments so far.

Something to say?