Amazing Trip: Terengganu
Part 1
18 May 2008
Trip ke Terengganu nie, salah satu memori yg paling best aku pernah ada..melawat tempat yg menarik,shopping,makanan yg sedap, pantai yg cantik dan pulau yg bersih..membuatkan percutian kali nie begitu lengkap..dah lama kiranya tak bercuti nie.. :) .Kalau ada org bertanya negeri manakah bagi aku paling menarik di malaysia dan aku akan menjawab salah satunya terengganu
Pagi dinihari
Perjalanan bermula....
Aku ngan si dia bertolak dari rumah aku lebih kurang pada pukul 12 malam.pegh sesambil melayan perasaan..suka feeling sorang2..sebelum tu si dia nie memang bersungguh nak ajak pergi ke desaru untuk percutian kali nie..tapi bagi aku desaru tu belum pernah aku pergi lagi..dah berkali kali jugak aku mengajak nak pergi ke terengganu..dan akhirnya kali nie berjaya jugak...walaupun aku tau dia keberatan dengan alasan perjalanan yg cukup jauh dan meletihkan
ohh tak disangka perjalanan memang cukup jauh dan memenatkan..sebenar memang aku dah tau dari awal2 lagi..bergerak dari kl pada pukul 12 malam dan berhenti di beberapa hentian rehat untuk minum la etc..dan akhirnya sampai di cherating pada pukul 530 pagi..pagi tu nak wat apa kat tepi pantai dah la sejuk..gelap gelita..aku plak tak tau nak lepak di mana?..puas berpusing mencari arah nak lepak..dan akhirnya aku mula fed up bergerak terus la menuju ke terengganu..tiada lagi peluang nak lihat matahari terbit di cherating..cukup sedih tapi apa boleh buat!
RANTAU ABANG
7.00 Pagi
Selepas 2 jam perjalanan dari cherating.akhirnya sampai la ke destinasi yg ditujui rantau abang...Aku menginap di awang chalets..dan di sini jugak kenangan tempat aku bersama ex gf aku menginap time bercuti dulu.adeh bukan nak mengingat kembali kenangan silam tapi dah biasa ngan chalet nie..sedih jugak la kisah lama tapi tak perlu diingat kembali.berkenaan dengan harga...harga yg cukup berpatutan lebih kurang RM50 semalam...walaupun kemudahan asas di sediakan tapi kalau org yg high maintainance tak sesuai untuk menginap di situ..bilik mandi pun mcm rumah kg dan jugak katil dia yg melekit sedikit kene wap pantai..tapi ala..cukup untuk tido malam nie..aku tak cerewet sgt bende2 nie..
berehat dekat 2 jam..aku keletihan melampau..drive sepanjang perjalanan..dia plak merengek
nak makan breakfast terpaksa la aku ngan berat hati bangun untuk sarapan pagi..aku pun pilih la gerai yg terletak tak berjauhan ngan chalet kitaorg..menu sarapan pagi...ringkas.nasi dagang sudah dibalut siap2 dan juga kuah kari yg dibungkus ngan plastik..beserta ngan air kopi panas..walaupun sarapan pagi tu simple je tapi cukup sedap dan murah..harga lebih kurang RM3.60 jer..kalau kat KL mati lah nak mencari harga murah mcm tue..
Lepas tu pulang kembali ke chalet..kalau ikutkan tenaga yg ada pada badan ku nie..aku nak landing je tidor..tapi mulalah aku tak selesa dengar leteran yg tak berhenti2 ibarat mesingan ..dan akhirnya aku mengalah..nak pergi ke mana ye terengganu nie..aku berpikir la?tambahan plak biler otak aku dlm mood masih nak tido jadi aku takde idea nak kemana..dan akhirnya aku pun wat keputusan..jomlah kita pergi ke kuala terengganu..hati masih berat nak pergi ..mengantuk sesangat
Suasana perjalanan menuju ke Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU
10.00 AM
TAMAN TAMADUN ISLAM
Destinasi pertama aku pergi kali nie...terletak di pulau wan man..kawasan yang baru di bangunkan..jalan menuju ke muzium negeri..direction aku pun ikut sign board ..jalan pergi ke losong kalau tak silap aku..sampai je kat sana aku ligat berpikir yang taman tamadun islam yang baru di buka nie ibarat mini malaysia yg pernah aku melawat tempoh hari..dan hatiku mula berkata ..sampai biler la tempat nie akan bertahan..yer la nak maintain taman mcm nie bukannya murah..takut lama jadi gajah hitam jer. takde pengunjung dan merugikan duit jer....tempat pertama yang aku lawati masjid kristal...must visit!..walaupun masjid tu kecik je kalau nak diikutkan tapi nampak cukup indah terletak di tebing sungai.Yang menarik pada pandangan mata kasar aku nie designnya terutama bahan binaan luaran yg dibuat dari kaca.nampak terserlah memancar dari jauh...tu yang wat masjid tu unik.. Pada pandangan aku juga,masjid tu ibarat hiasan mcm takde fungsi sangat..sapa nak sembyg kat situ dah la jauh dari penempatan..takkan sebagai hiasan semata2 dan aku tak paham org kat situ ambik gambar dalam masjid nie ibarat taj mahal bagi dorang..termasuk juga aku..bukan nak sembahyang sunat ker etc..huhu..aku pun sama jugak!
Selepas berpusing2 merayau dlm kawasan masjid..budak tu plak kelaparan dan dia melahap la nasi dagang dengan hati gembiranya..aku plak takde mood sebab di ganggu oleh status angkat angkat..pepaham sendirilah..tengah vacation aku tak suka diganggu..hangin badan aku
MASJID KRISTAL
Papan tanda masjid kristal
Jalan utama menuju ke Taman Tamadun Islam
Pemandangan indah masjid Kristal
Menara Masjid Kristal
Pemandangan dari masjid kristal dan kelihatan bandar kuala terengganu
nasi dagang terengganu yang menyelerakan
TAMAN TAMADUN ISLAM
Taman tamadun islam nie memaparkan replika masjid yg terdapat di serata dunia..walaupun sizenya yg kecik ibarat setinggi orang dewasa..tapi dapat juga aku mendapat ilmu sedikit sebyk berkenaan ngan masjid di serata dunia nie..aku sebenarnya lagi suka pergi ke tempat tu sendiri dari melihat replika sebegini..ibarat takde feel...tapi apakan daya takde duit nak merantau satu dunia..dan nasib baik masuk kat taman nie free...belum kene bayar lagi...tak banyak la aku mengomel sgt..Dan dalam blog aku nie,malas rasanya untuk aku menghuraikan sapa yg bina masjid nie,tahun biler dan kenapa dibina..info tu semua org bole search je kat goggle..takde masa aku nak terangkan itu semua..nak update blog nie pun makan berbulan bahkan bertahun
Suleyman Mosque,Istanbul
Great Mosque of Samarra,Iraq
Masjid Nabawi,Madinah
Mosque of Muhammad Ali,Mesir
Masjid Al Aqsa di Palestin
Masjid Besar Patani, Thailand
Makan Cinta!Taj Mahal di Agra, India
Masjid di Indonesia,Kudus Minar
Masjid di Brunei Darussalam,Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Xian di China
MUZIUM NEGERI TERENGGANU
3.00PM
Selepas melawat Taman Tamadun Islam,sempat la aku singgah sekejap di Muzium negeri nie.alang dah sampai..muzium terengganu nie...antara muzium terbesar di Malaysia..aku pernah sampai di sini 9 tahun yg lepas...dah lama dah...dan muzium nie tersimpan la batu bersurat yg famous tue..tiket nak masuk murah je Rm2 untuk org dewasa..tak rugi masuk dlm nie..banyak bahan pameran dan info..lenguh kaki aku nak daki tangga dan ruang pameran yg setinggi 3 tingkat dan terletak pada blok berlainan..selepas puas merayau dalam muzium tu..perut aku dah la lapar..tambahan plak hujan dah semakin lebat..berlari lari la aku menuju ke kereta..dan berpikir nak melantak di mana petang tue..
LOSONG
4.00PM
Tempat di mana terdapat keropok yang paling sedap di muka bumi nie
Sebenar aku bukan nak promote sangat kedai nie..tapi di sebabkan popularitinya sampai org berkerumun mcm langau aku pun ikut serta la..dah la time nak beratur tu hujan renyai..tertekan aku..tambahan ngan nak beratur nya yg begitu panjang..dan melayan kerenah makcik yang membeli keropok sebanyak 50 plastik besar..berebut dan panas menyebabkan aku mula dah start nak naik hangin..kat situ jugak la bus berhenti menurunkan penumpang untuk membeli keropok..lagilah crowded...aku mula la tak sabar..kelaparan..hikmah dan tunggu dengan penuh kesabaran dan akhirnya dpt la aku merasa keropok losong yg begitu famous nie..hati pun sejuk kembali..haha..tapi keropok yang aku makan nie pelik sedikit la..mcm mentah tapi sebenarnya sudah direbus dan bile dicicah ngan pencicah nya ..umphhh rasa ikan ditambah ngan sos yg manis..sedap tak terkata..haha..jangan tak cuba..kalau kat KL rasa keropok tepung jer..hampeh rasanya..
Makcik dan pakcik yg berebut nak beli keropok..hot stuff!
Keropok losong yg sedap sehingga menjilat jari
Bus persiaran atau bus awam..aku tak pasti..tapi unik..mcm zaman dahulu kala
PASAR PAYANG
5.00PM
Sempat la aku singgah kat pasar yg famous di negeri pantai timur nie..mana tak bukan pasar payang..selepas parking berhampiran dengan jeti..merayau la di dalam pasar payang tue..aku takde bende nak dibeli sangat..sebenarnya out of budget..tapi si dia tu sibuk duk memilih telekung dan tudung...berjam jam lamanya..sampaikan aku keletihan mengekori dia..bukan main cerewet tahap gaban..tudung bawal la..tudung berlian la..grade satu etc entah mcm mcm aku belajar time tue...
PANTAI BATU BURUK
Kuala Terengganu
6.00PM
Selepas pekene keropok..hatiku girang kembali tak terkata..so pergi la aku menghirup udara yg segar laut china selatan..melepak ditepi pantai batu buruk..walaupun namanya buruk..tapi pantainya boleh tahan lawanya..aku melayan perasaan di situ sampai ke lewat petang
Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala IbaiMasjid nie dulu adalah antara landmark paling famous di terengganu..kerana kelihatan seolah2 terapung..sempat la aku berhenti seketika nak snap gambar dan nak cari restoran yg terletak berdekatan untuk makan malam...pening jugak mula2 tu nak cari restoran di terengganu nie..terutama menyediakan seafood pada malam hari..so puas bertanyakan org kat petronas tu..destinasi yang harus dituju untuk makan seafood - Marang
Selepas berapa minute perjalanan aku singgah sebentar di bandar marang...situ jugak la terdapat jeti ke pulau kapas..perancangan untuk pagi esok ke sana...pergi ke pasar malam..nak cari makanan untuk dinner..takde apa pun makanan menarik di situ....dan aku sempat la jugak beli selipar..cadangnya nak main air kat pantai nanti..restoran kat situ pun takde makanan yang menarik..dan last sekali gerak la dan dlm perjalanan lebih kurang 10 minute dari bandar marang jumpa la akhirnya medan selera marang yang terkenal tue
RESTORAN
DANG DANG DUT TOMYAM,Marang
8.00 P.M
Restoran terletak di tepi pantai marang..sepoi sepoi udara Laut China Selatan
Ini adalah dinner yang paling sedap pada tahun nie..pegh dengan sotong masak pedasnya..udang celup tepung..ikan siakap tiga rasa..memang lengkap sekali hidangan pada malam tue..perfect sampaikan aku menjilat jari..pekene air tembikai dan kelapa..walahhwey..kembung perut aku mcm ikan buntal kekenyangan..biler nak bayar tu..apa hanya RM40?Murah dan sedap giler
RANTAU ABANG
11.00PM
Mencari Pepenyu
Alkisahnya malam tu aku nak selongkar la..mana tau kot kot ada penyu.boleh aku bergambar letak kat u tube tak pasal2 aku jadi famous superstar!...hampeh sekor pun takde..mana dorang pergi..mengawan lagi kot..dan wat aku bertambah kecewa biler jenguk ke langit je tak nampak bintang berkelipan..dari dulu lagi aku suka tenguk bintang di tepi pantai sambil feeling sorang...masyuk dan khayal sekejap..tapi malam nie aku kene kutuk dek dia kata takde bintang..nie kuasa tuhan..bukan aku leh alihkan awan tu tau..malam tu aku tido ngan nyenyak sekali disebabkan keletihan..ditemani oleh lagu yg dimainkan dari hp...yerla bilik tu takde tv dan radio pun..