Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Pulau Kapas@ Cotton Island?

Category: By Pyromaniac
Hari ni dah nk kira masuk sebulanlah aku kt offshore.Bertarung ngan laut China Selatan yg cukup ganaz.Aku time musim bah ni tak kisah sgt kalo job kt platform bende tu statik,tp bile wat job di atas vessel time mcm ni cukup seksa sekali..Kali ni dh masuk entah keberapa kali badan aku meragam,kebelakangan ni aku kerap sedawa tak berhenti2 ibarat lembu tenusu di new zealand yg dikatakan sedawanya tu boleh mengeluarkan gas metana..salah satu punca gas rumah hijau...dan aku skrg penyumbang 0.000000000001% kot penyumbang gass rumah hijau tu..hahaha..joke time nk krismas eve
Kali ni aku merengek dlm hati aku nk pulang awal..segan nak luahkan kat membe takut dikatakan tak macho la etc..aku teringat benda yg aku alami baru2 ni,disebabkan aku takut berat badan ku naik mendadak,mulalah aku mengamalkan diet tak kene pada tempatnya..mana aku tak gerun selepas melihat muka aku yg semakin tembam comel dan peha semakin gebu membesar..cuak gile..mula aku diet makan apel dan sayur jer..perhitungan aku silap!malam tu ngan ribut taupan nyer,laut bergelora dan kapal nie 1/4 size titanic mulalah tunggang langgang jadinya,,kat mess room tempat melantak,abis botol ketchup beerterbangan sana sini..mcm tu jugaklah perut aku...tak pasal sebiji epal aku telan,sebiji tu juga la keluar balik..yay!
Semenjak tu la mcm mcm petua aku dengar nk ilangkan mabuk laut istilah mat salehnya seasick...ada suruh aku melantak byk supaya perut tak masuk angin dlm masa sama aku gain weight,ada plak suruh aku basuh muka ngan air laut dan menyeru mambang laut mcm dlm cerita P Ramlee blum masuk ngan mentera nya tu..dan suruh aku minum air laut pabila lepas tu darah tinggi aku melambung skyrocket..itulah ceritanya nasib aku skrg..nasib baik kapal ni leh aku online..tapi seksalah utk aku upload gambar bagi entry ni pun ambik berminggu..

KAPAS ISLAND


Bersambung kisah aku melawat terengganu tempoh hari,cerita blom abis daa...walaupun dah basi nak masuk tahun baru dah...tak peduli aku nk cerita gak...malam tu aku tido lena..kat chalet tue..walaupun badan aku gatal melekit dek air laut tapi aku tido mcm kerbau gak di temani oleh hp si dia yg memainkan mp3 player...terhibur rasanya hati dan kepanasan yg tak terkata di sebabkan ada kipas meja kat kecik molek tue..aku tk nak la bising lebih nanti apa plak dikatakan dia..tu la nak menginap sgt kat chalet nie..si dia tu kadang kala maintenance tinggi!..hehe...keesokkan paginya bangun pagi,aku bersiap siap dah nak check out dari chalet tu..perjalanan dari chalet aku ke bandar maran mengambil masa dekat dengan 20 minute..bayar parking dan pekene la breakfast di gerai yg terletak berhampiran ngan jeti tu..

Itu dia kelihatan bot dah sampai..bergegas la aku nie memikul beg sandang yg tak berapa berat nie..dah lama kiranya aku tak naik bot pergi pulau mcm nie...pulau kapas nak ikutkan ceritanya kali nie dah masuk kali ke 3 aku pergi ke pulau nie..pertama kali time rombongan pengawas dulu,masih kecik umur aku time tu 18 tahun,then kali kedua bersama ex gf aku dan yg kelakarnya time tu jugak la aku terserempak ngan membe universiti aku kat situ..adeh..terkantoi la plak..siap dia perli aku jauh kau wat lari anak dara org nieh!..hujung dunia pun ada org leh cam aku..hampeh..naik bot ke pulau tu memang syok abis la,bertarung ngan anak ombak...sekali sekala tgk pemandangan yg luas mata memandang..dan dlm masa tak sampai setengah jam..mendarat la kitaorg di kaki air pulau kapas tu...berhadapan ngan chalet mak cik gemuk..sampai je kat situ mula2 sekali aku apa lagi terjun mandi laut la..dan meronda ronda sampai ke hujung pulau sana nuh..duk melihat dan melayan kerenah bebudak rombongan sekolah yg buat acara di pantai tue..dan lepas penat mandi melantak pekene mee goreng di atas bangku..rileks tenang..mcm otak nie takde masalah langsung...dan dekat kul 3 petang aku pun pulang la...pulau kapas nie sesuai untuk tempat org yg frust cinta ker ataupun nak cari ketenangan..dan kalau tak silap mempunyai bentuk geologi yg menarik..kalau tak masakan budak geologi UM leh pilih tempat nie..dan time nak pulang tu dikejutkan ngan kebakaran kecil kat pulau tu...bomba dah la takde..dorang tu siram guna air laut mcm siram pokok bunga jer..adeh...tapi aku tak agakla pulau tu terbakar keseluruhannya...biarlah ada org yg akan bertanggungjawab kelak...

yahoooo..bot sudah meluncur laju..seronok aku main air nieh

kalau aku tak silap nie adalah tebing pemecah ombak..ramai kaki pancing duk lepak kat sini



Pulau dah kelihatan!

lawa sungguh pulau nie..terutama air laut dia yg menghijau..tak sabar aku nak terjun!


chalet yg masih dalam pembinaan!


Abg pyro bergambar di depan pintu masuk chalet mak cik gemuk..aku pun tak tau makcik tu gemuk tahap mana!


yang menariknya berkaitan ngan pulau nie, disediakan tempat pejalan kaki berbatu..korang tak perlu nak mendaki anak bukit curam





kelihatan banyak bot pelancong!





Pulau nie memang tenang dan takde gangguan sgt!



abg pyro penunggu gua..apsal la gua nie tak ada harta karun!kalau tak dah kaya aku




Pemandangan dari chalet mak cik gemuk!


tempat pejalan kaki


pasir putih bak kapas..tu agaknya dinamakan pulau nie pulau kapas



















 

1 comment so far.

  1. f January 16, 2009 at 3:22 PM
    nape kat muke u ade kotak?

    hiks

    ;P

Something to say?