Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kepercayaan

Category: By Pyromaniac
Kepercayaan kepada tuhan...kenapa kita percaya kepada tuhan?..sedangkan kita tak nampak kewujudan Nya...tapi disebabkan kita sebagai manusia berakal kita dpt memerhatikan keindahan ciptaan nya dan dari situ kita dpt mengetahui kekuasaan pencipta..bagaimana pula kepercayaan kepada manusia...kita juga tak dpt melihat secara fizikal tapi melalui perbuatan atau tindak tanduk manusia tersebut...
Aku sebagaimana yg aku ketahui ttg diriku...secara umumnya sejak dahulu lagi mudah untuk percayakan seseorang...tetapi di sebabkan sesuatu peristiwa yg dashyat...bagi aku ibarat peristiwa akhir zaman...telah mengubah secara langsung mentaliti aku terhadap manusia..TRAUMA yg begitu dashyat...kesannya yg masih kekal sampai ke hari ini....pyschotic..cemburu..amat susah untuk percayakan seseorg..dan byk lagi elemen negatif..peristiwa yg dahulunya berlaku 4 tahun yg lalu di mana aku yg mempunyai kepercayaan di tahap tertinggi..maxima..aku mudah percaya kata katanya..janji manisnya...akulah yg bertakhta di hatinya..hidup aku rasa terlalu bahagia...ibarat berada di syurga dunia...dan secara kebetulannya pada suatu hari aku begitu bersemangat untuk berjumpa dirinya..tetapi allah maha kuasa..tak semena2 sambil aku memandu terdengar deringan telefon bimbitnya,dan ditakdirkan tuhan aku ternampak sesuatu perkataan yg hampir membunuh aku ..bertulis SAYANG di paparan hpNya..dia buat berpura2 tidak mengerti...berlakon seperti tiada dosa besar yg berlaku..bahkan menyalahkan aku kembali..dari situ aku ternampak kebaculan dan tahap integriti yg rendah.....dan itulah kali pertama aku di tipu sebegitu dashyat apabila melibatkan soal perhubungan.....kepercayaan aku jatuh ke tahap negatif semenjak dari peristiwa itu...elemen negatif melitupi aku...ibarat seperti mengendong si puaka.. mengekori aku kemana saja aku pergi......sama ada aku susah untuk percayakan seseorg ataupun janji yg cuba dibawa olehnya..elemen cemburu..tidak percaya melingkari hidup aku ini..bahkan ianya banyak membunuh hubungan aku selepas itu ditambah pula ngan kebaculan insan2 yg bagi aku amat teristimewa...apakah begitu sukar untuk menyatakan yg hakiki? kenapa perlu memperjudikan hati org lain untuk kepuasan diri sendiri...adakah ini semua salahku?Tidak..tidak sama sekali....konsepku..prinsipku pada kejujuran telah dibunuh oleh insan2 yg mempunyai semangat kebaculan...... kini aku memerlukan seseorang yg dapat membimbing aku..mengembalikan kembali sesuatu yang telah hilang dari diriku...mengembalikan kepercayaan dan elemen suci..
Aku mengerti...byk pengalaman sudah ditempuhi..ada masa aku nyaris tergamam seketika ketika membaca komentar rencana kehidupan semasa aku bersantai2 di selandar..ulasan yg berguna..mindaku terbuka...aku menyoal kembali diriku ini..mengapakah kesan yg lama perlu terbawa2 sehingga kehari ini...dan juga perbualan bersama teman sekerjaku tempoh hari..membuka mataku...
"apabila kita memulakan perhubungan atau perkahwinan...bukakan la pintu hati untuk mempercayai satu sama lain...barulah bermakna kehidupan"
.mungkin kah aku yang terlalu takut akan risiko dan menyebabkan aku terlalu berhati2....dan aku seharusnya mengetahui segala takdir datangnya dariNYA dan aku juga harus berserah jua padaNYA...
 

0 comments so far.

Something to say?