Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Pilihanraya ke 12

Category: By Pyromaniac

8 MARCH 2008
PILIHANRAYA KE 12

Bagiku pilihanraya kali nie paling tak meriah..poster pun tak banyak..terutama dari pihak X dan juga Y...kempen pun terlalu slow..takde isu yg di dengar dari media massa....ataupun kene tutup/sensor time nie...yg aku tau nya..entah kenapa terdpt iklan kempen yg tak sepatutnya ada di dalam tv dan juga radio..kacau drama aku nak tengok jer..mula la aku start menyumpah..dan beremosi...kat tv pun nak wat kempen ke apa...dan aku pasti sebagaimana juga aku,suara ketidakpuasan hati di kalangan rakyat negeri bertuah begitu tinggi ketika ini..suara akar umbi..kemana saja aku pergi meeting ngan client etc..semua ckp pasal election nie..isu yg di bangkitkan oleh majoriti client aku kaum cina adalah periuk nasi yg semakin teruk..membe melayu plak pasal kroni anak beranak...dan draf draf oleh bebudak india nie dan taraf kehidupan dorang yg di takuk lama ...kat opis aku nie yg aku tau tuan haji je sorang yg penyokong kuat ...golongan veteran yg tau tak keadaan semasa negara...tapi bagiku suara lama terlalu sedikit untuk di ambil kira berbanding ngan suara golongan muda..majoriti pengundi terdiri dari golongan yg muda...pak din kat opis aku nie lagi la fanatik giler..kalau nampak je bendera biru tu tak pasal2 dia kata nak bakar..walaupun nampak tenang di tengah lautan tapi akhirnya di tebing pantai,gelora TSUNAMI yg besar akan melanda...

Bagi aku sebagai seorang rakyat negeri bertuah nie apa isu perkara pokok yg aku utamakan sebelum aku pergi memangkah..aku tak sebelah mana pihak..tapi bende nie cukup penting bagi aku

1) ekonomi.periuk nasi.sekarang nampak mcm tak gempak ketika dulu, 8% dan pernah cecah 9% KDNK..takde org merungut takde kerja...business rancak...inflasi hampir di bawah paras 3%..kerja terlalu byk sehinggakan rakyat negeri bertuah pun tak mampu nak isi..apatah lagi pasaran saham..rakyat negeri bertuah yg sudah biasa ngan keadaan sebegini..tetiba di kejutkan ngan ekonomi yg perlahan..tiada lagi perbelanjaan yg berlebihan..nak melancong pun sukar..tu untuk average person mcm aku...belum lagi org dah ada anak bini..yg duk kat kg..keperitan begitu teruk..sapa ambik peduli?segelintir wakil rakyat?huh..yg aku taunya kat paper dan tv..FDI masuk berbillion tapi kesan kepada rakyat biasa mnimal!rasa mcm takde apa2

2) jenayah...lately nie dikejutkan dengan kejadian bunuh la..culik..liwat..rogol bersiri lepas tu bakar...belum lagi tu rompak kedai emas..bank etc dan mcm2 lagi..sampai tahap aku dah malas nak baca paper..wat serabut je duk pikir....tapi ketakutan tu mulai ada..sapa nak protect diri aku biler aku keadaan mcm nie..bole la aku sepak terajang kalau sorang dua..yg tak bersenjata...pernah seketika berlaku kejadian rompakan bersenjata di depan mata aku..yg lain pakat cabut..aku plak ikut serta la..nak gadai nyawa ker?

3) Kerja...skrg susah giler nak dpt kerja wooo..mula dulu sebelum aku dpt kerja nie. dah 3 bulan aku duk menganggur..antar resume update wat cantek2 lepas tu plak interview dan yg nak panggil 1 org dari 1000..rasa mcm nak pengsan aku dan frust pun ada..pernah terpikir aku nak bakar je degree aku nie selepas berhempas pulas nak abiskannya..akhirnya..aku pun bersyukur dpt kerja nie walaupun tak setimpal gajinya berbanding kerja aku buat..dah beratus kali aku cuba nak memohon kerja baru..tapi tgk iklan kat paper the star ada sekeping dua je jawatan kosong..dalam jobstreet ada 2 kekosongan dan yg apply lebih 1000 org..gile aku dibuatnya..belum lagi ditambah ngan berpuluh ribu graduan baru yg keluar dari ipt setiap tahun..nak sumbat mana tu...adakah education dah jadi business yg menguntungkan bagi segelintir businessman yg kaya raya nie..mcm mana plak periuk nasi org lain?perlu ker aku pikir?pihak bertanggungjawab plak lepas tangan!sengsara woo nak cari kerja

4) Kos living yg meningkat..kalau dulu aku suka pergi pasar..nak beli ikan..naik! ayam naik!..toll naik! lupa tol bukan barang komoditi nak makan..tapi penting gak..dan serba serbi naik..dulu RM50 tu mcm banyak la..skrg berapa kerat barang je dpt nak beli..

5) kos caj Pey tey pey tey enn bagiku seorg pekerja kuli bawahan yg mempunya gaji ciput mcm aku nie..untuk membayar caj perkhidmatan 3% bersamaan RM 70++ cukup tinggi..untuk sebulan je aku harus memperuntukkan RM200++ sahaja untuk ptptn..mana cukup gaji seciput nie..darah muda mcm aku nie..nak jugak menikmati kehidupan..mula la aku nak memberontak nie..hati tak seronok je biler nak mula hari kerja yg aku tau..duit ku akan habis begitu saja tolak sana sini..balance negatif

6) Sebenar aku cukup tak suka isu perkauman di timbulkan untuk meraih undi..isu rumah ibadat kene robohlah,isu keris,peribumi etc..bagi aku ikut undang2 lah..mana leh main pacak je rumah ibadat sana sini..dan setengah kenyataan terlalu bias atau berat sebelah...dan dibuat ngan penuh emosi...aku cukup benci bile melihat sms atau email berangkai yg menggunakan isu sensitif nie..blum lagi blog atau laman web pihak tertentu..terutama melibatkan bumiputra nie adalah kaum pendatang dari sumatera..hey..keturunan aku memang dah lama duk kat patani dan kelantan!pantang aku biler org cabar..yg selalu di bangkitkan isu parameswara yg kononnya pendatang dari sumatera yg membuka penempatan melaka.dan org asli penduduk asli..dorang tu duk kat hutan..tapi pesisir pantai dan kawasan sungai nie kitaorg lah yg menetap...nak diikutkan sebenarnya memang dah lama terdpt penduduk asli melayu kat situ tapi belum ada pemerintahan beraja sebenar..seperti juga kerajaan lama kedah etc sedangkan terdpt tengkorak berusia ribuan tahun tue..sapa org utan kah?..nampak sgt mereka sudah lupa sejarah! ataupun sejarah fail!jgn nak berdebat ngan aku sejarah yg pernah mendapat 100% esei nie dan pemegang rekod subjek tu berturut2..haha kisah lama kan..tapi tu la realitinya..takkan kita nak jadi mcm singapura yg mengatakan pulau tu di buka oleh mat saleh raffles yg entah mana asal usulnya tue..yg sebelum nie?tak pulak nak cerita..BIAS..tapi isu tu digunakan untuk meraih undi simpati..di tokok tambah ngan kata hang tuah nie etc la..nak tau cerita sebenar tanya aku!..dan mcm mcm lagi!malas aku nak cerita nanti jadi isu tak isa ..ehh..ala setakat nie..org siap wat rap lagi lagu negara bertuah nie..apa kah kebangangnya!menyindir agama org lain ibarat azan tue ayam berkokok..shit..pantang lagi org mempersendakan agama aku..stop..lagi aku nak emosi nie

7) Belum lagi isu KJ lah,det det,tingkat 4 etc wat org ramai keliru dan bingung..tapi fakta nya begitu banyak..dan diperkatakan oleh rakyat mahrin..tapi tak heboh..org kampung kata mengumpat
Malam tue..aku ngan jiran aku..pakcik din dan hashim termasuk ngan seluruh keluarga ku menonton acara yg dapat disaksikan 4 tahun sekali je nie..mula2 tak begitu seronok..tapi apabila melihat hulubalang tu mula tumbang..hati bersorak..lama lama byk plak tumbang..hati tak senang..ehh mana satu aku nie..dan aku mula sms si firdaus..dia nie kerabat terdekat kerajaan perak dahulukala ..bertanya kan status?terbaru..dia kata dah tumbang..sedangkan lum keluar berita tu lagi...otak aku ligat berpusing dan berpikir..apabila result semua dah di keluarkan..aku jadi cuak takut sehinggakan aku pening kepala semalaman tak dpt tido..apakah yg akan terjadi kepada negeri bertuah nie selepas TSUNAMI politik nie?undi protes..etc haru biru?perjalanan negeri bertuah nie selepas pilihanraya nie sudah aku jangka!kekalutan politik yg berterusan!entah sampai bila
notis (isu ini cukup sensitif terutama untuk org mengandung,cirit birit,darah tinggi dan juga lemah jantung) perlu membaca tanda amaran sebelum membacanya

 

0 comments so far.

Something to say?