Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

A new life..new job

Category: By Pyromaniac
WELCOME ONBOARD
Perkataan pertama aku dengar semasa menjejakkan kaki pertama kali ke platform

10 10 08

A NEW LIFE..NEW JOB

ONSHORE & OFFSHORE

Bulan scorpion..ciri ciri utama org berbintang nie ..adalah kuat berahsia..memang aku tak nafikan itu adalah aku..family aku sendiri tak tahu aku melibatkan dalam industri nie..seingat mereka hanyalah offshore n onshore work itu sahaja..sebagai anak aku tak suka bebankan mereka dengan masalah atau bagi mereka rungsing pasal diriku..

Kerja aku yang baru nie..ramai org tak tahu..termasuk apa yang aku buat selama nie..ramai org ingat aku duduk kat office wat report n makan gaji buta...goyang kaki kat offshore makan elaun buta..tapi risiko yang perlu di hadapi adalah terlalu tinggi termasuk juga offshore work yang lain...kebanyakkan membe aku yang lain juga hanya tau aku kerja offshore je..details mereka malas untuk mengetahui lebih lanjut dan aku juga jenis malas nak bercerita..sebenar kerja baru aku lebih dari tue..kerja aku nie melibatkan penggunaan alat instrument Hi tech dan radiasi isotope untuk industry oil n gas..maknanya terlibat dengan source radioaktive..biler dengar je radioaktive masing2 kecut perut..ala dose rate yang aku terima tidak cukup kuat untuk membunuh pun..setakat sebatang rokok sehari itulah perumpamaan.. ohh pekerjaan aku nie dibawah bidang kuasa atau seliaan AELB..atomic energy licence board...selalu mereka akan monitor dose rate yg diterima oleh aku...alat tu dipanggil film badge yang selalu di pakai semasa menggunakan source radioaktive..dan medical check up yg terlalu kerap adalah ciri utama berkerja dalam industri nie.bagus jugak la kan at least aku tahu tahap kesihatan aku..sebagai officer tugas aku adalah meminimumkan radiasi yang terdedah kepada org awam dan persekitaran..termasuk juga aku.semasa menjalankan kerja dan tanggungjawab...sebelum aku memulakan tugas baru di company nie..bos aku selalu mengingat kan aku..kita nie adalah sebagai doktor..doktor kepada industri oil n gas..menggunakan alat yg hi tech dan beradiasi..aku sedar akan tanggungjawab baru nie..mencari dan menjawab segala permasalahan penyakit industri oil n gas nie..bukan senang..pening kepala jugak la..memjimatkan sampai million dolar kos yg perlu di tanggung oleh major company oil n gas serata dunia dari segi maintenance dan juga menambahkan kecekapan operation dan production...life work di offshore berbeza ngan onshore dan aku juga terlibat dalam kedua dua environment yg berbeza..semoga aku tabah dan berjaya dengan company baru nie...
Hari pertama aku menjejakkan kaki di new office..aku di welcomekan oleh bos aku mat saleh nie..office tak berapa besar..sebab terdapat banyak lagi HQ satu dunia..lagipun staff tak ramai..dan aku paling muda di company tu..sebab aku suka bekerja ngan international company nie..takde punch card..attendant etc..kalau company malaysia seminute lewat bising..tolak gaji..dan aku adalah paling selekeh pergi ke office pakai kemeja colar n seluar jean jer..tak perlu perabis duit nak beli pakaian baru setiap bulan...saving la kan..rimas jugak la pakai smart nak gosok baju pergi kerja pagi2 buta..biar la org nak kata apa pun..comot etc..apa aku peduli pasal pandangan org lain..selepas nie banyak cabaran akan mendatang..semoga aku berjaya dalam bidang baru aku ceburi ini


Info tentang company baru aku nie


Provide diagnostic mcm doktor la and specialist kepada oil n gas industry


Based in UK dan terdapat satu dunia..worldwide..even bos aku kat malaysia pun mat saleh..speaking berterabur ngan dia..


Upstream n downstream..refinery...subsea..reservoir..n blah blah blah

SELAMAT BERTUGAS MR PYRO




 

0 comments so far.

Something to say?