Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Family Trip to Sabah: Part 1

Category: By Pyromaniac
Sabah..dulu aku pernah ada lover org sana..sabahan..org kadazan dan non muslim..aku pun mati2 ingatkan si dia nie org melayu kita..tapi silap sangkaan aku..si dia nie menetap di KL bekerja di sini..aku time tu baru je berjinak2 nak bercintan nie..pergi date n mengenali satu sama lain..lama2 tangkap jiwang la plak..dan feelin2...kerap nak berkepit je time dulu kat setiawangsa..dan aku pernah ingat satu masa tu belum sampai 6 bulan pun perhubungan aku ngan dia..aku dpt tau dia kene pulang kembali ke sabah..buat selamanya...aku time tu memang frust giler..sedih..last week sebelum si dia berangkat,aku tgk wayang bersama si dia, aku langsung tak leh concentrate..makan pun semua tak lalu..dia perasan perubahan aku..dan dia menyuruh aku jgn terlalu mengharapkan perhubungan ini..si dia kata takkan pulang lagi ke KL buat selama2nya
aku tetap berkeras dlm hati..aku ckp jarak bukan penghalang..dan hari terakhir aku menghantar pulang si dia ke airport..lagu nie tetiba keudara...aku berhenti mengharap..lagu nie cukup famous time tue..aku terdiam dan cuba menghayati lirik lagu nie..ades dan selepas tu aku masih lagi dengan angau aku nie..kerap telefon si dia..cuba bertanya khabar..kisah dia tengah berkebun di tenom..dan sebagainya..dan semakin lama aku dpt memahami..lirik lagu yg cuba disampaikan oleh si dia...ala kisah lama..tue..jadi lepas tu pun aku berhenti mengharap..
25 10 08
Family Trip to Sabah
Kalau dulu aku pun tak terpikir nak pergi ke sana..tapi semenjak adik aku di tempatkan di sekolah kat sana..family aku bukan main sibuk ajak aku pergi ke sana..aku pun terpaksa la book flight tiket untuk satu family dan termasuk penginapan..abis la jugak beribun..tapi takper la..family diutamakan..dan detik untuk ke sana sudah tiba..adik aku terutamanya bukan main semangat packing barang..dan pagi tu aku satu family berangkut naik bus ke LCCT..perjalanan selama 2 jam..cukup membosankan..tapi sempat lagi adik aku nie order mcm mcm la hotdog..milo etc..mcm kebulur tak cukup makan termasuk juga aku..dalam 10 pagi sampai la ke airport kota kinabalu..ades..time nie cuaca memang tak mengizinkan..hujan tak berhenti dari semalam..itu kata adik aku la..dan adik aku menyewa sebiji pregio untuk kegunaan satu family bergerak ke sana sini..tugas pertama aku biler sampai di sini..nak book kondo..yer la kalau aku sorang baik aku book hotel je..tapi sebabkan ramai terpaksa menyewa sebiji kondo..puas aku mencari alamat untuk check in..berpusing2 aku satu bandar ..try check in di promenade hotel..tapi suruh plak pergi ke building lain..dorang kata lain management..aisehh pening aku..dan lepas tu dpt gak check in..di office yg terletak berdekatan ngan hotel tu jugak..opss terlebih sudah!
Lepas tu planning adik aku nie nak bawak meronda ke kawasan luar bandar..pekan papar dan kinarut..di mana adik aku ditugaskan..kesian jugak laa..kat adik aku nie..bertugas luar bandar bukan nya senang tambahan plak..over sea...he he dan time tu nak berjalan pun tak seronok..hujan memang tak pernah surut2 sepanjang perjalanan..adehh..time nak pulang ke rumah tue sempat la aku singgah ke pasar filipin..begitu famous sekali kat KK nie..bukan main seronok memborong barangan mentah seperti ikan..dan hasil makanan laut..murah giler..balik tu plan nak suruh mak aku masak sedap2 la..peghh pekene nasi ngan udang goreng dan ikan tuna masak kari time hujan nie..meleleh air liur..














van nie sebenarnya pengangkutan utama antara pekan2 kecil di sabah


Hujan sepanjang perjalanan


masjid Negeri











Van pregio..adik aku sewa...teksi kat sini mahal dan susah nak cari


Hospital Queen Elizabeth..kondo aku sewa berdekatan ngan hospital nie



Hujannnn..ohh hujan

Pekan kinarut


Deretan kedai di pekan kinarut








Sekolah dimana adik aku ditugaskan





Sg kinarut


Apartment di mana adik aku menyewa


Siap ada security lagi..tapi harganya murah bah














Pekan papar











Kerbau!


Jalan keretapi yg baru upgrade














Airport baru KKIA











Pasar filipin





Kuih cincin,amplang dan beraneka jenis kuih


Pasar filipin..sini ikan perghh besar dan segar


Aku meredah hujan untuk beli makanan..basah kuyup satu badan


Hotel Promenade





 

0 comments so far.

Something to say?