Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Le Tour De Cherakah

Category: By Pyromaniac
LE TOUR DE CHERAKAH
08 02 09
Sound good kan..kalau aku lihat dalam map goggle earth nie keluasan taman cahaya seri alam ini dah semakin mengecil dihimpit oleh pembangunan tidak terkawal..sana sini nak dibuat rumah oleh developer..kalau ada tanah sekangkang kera pun mesti nak dirikan bangunan juga tak pun ada org secara haram pacak kedai lepas tu claim area tu milik depa.nama pun cherakah..masing manusia bernafsu serakah mengerjakan bukit nie sampai habis dinodai.(betul ke ayat aku tulis nie?).sebab tu la budak2 zaman skrg semua debab sebab takde tempat untuk riadah..ada pun terlalu jauh berbatu nak pergi ke taman yang berhampiran..kalau nak dibandingkan dengan singapore walaupun keluasan sebesar temasik tapi at least satu kawasan perumahan tu mesti ada taman kecil sekalipun untuk beriadah..dan yang peliknya sekarang nie fastfood ada pulak seberang jalan kawasan perumahan..mana pergi perancang bandar kita nie?kalau aku dulu zaman kanak2 awal 90an masih lagi banyak kawasan lapang..bukit2 untuk didaki,main air lombong,masuk parit atau belukar..memang seronok habis..kesannya yang tinggal adalah parut sana sini dan gelap sikit kulit aku sebab dulu kecil2 aku lasak...ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini..tak dinafikan la untuk maintain taman mcm nie memerlukan perbelanjaan yang besar..tapi kalau kreatif mcm2 bende boleh buat untuk menarik lebih ramai pengunjung..tak perlu aku cerita panjang disini..aku bukannya politician atau ahli majlis MBSA..Nama penuh bagi taman ini taman bukit cahaya seri alam..entah dimana seri dan cahaya pun aku tak tahu ..pagi ni aku bersiap siap dengan membe aku sorang nie yg tinggal di shah alam..rumah dia sepelaung saja jarak dari situ..dengan membawa HILUX aku pun mencari parking..
Aktiviti pagi tu..cycling..mengeluarkan peluh dan senaman pagi..kadar sewa basikal pun berpatutan..tapi masa aku pergi ni ramai la pulak org nak sewa jadi pilihan basikal yg ada pun terhad..nasib la kalau dapat yang bagus kira beruntung la..bukan nak buat pertandingan pun..selepas sejam cycling..badan terasa kepenatan..naik turun bukit dan laju di kawasan landai...bagus juga aku masuk gym sebabnya stamina meningkat,jadi kalau setakat nak daki bukit kecil tu takde masalah la sangat..tetapi kalau mengayuh selama 2 jam..tercungap cungap juga keletihan..aku bukannya atlet triathlon pun..superhuman..melihat kepada badan aku,habis satu badan basah kuyup..bermandikan peluh..bergelen air mineral dan 100 plus masuk ke dalam tekak dan keluar kembali..dan lepas tu pula masuk ke dalam rumah sejuk..taman iklim sederhana..bagi aku tak lebih dari sebuah peti ais yang besar..keji statement aku ni..bukan apa sebelum nie membe aku pernah bercerita dulu ada la juga bunga atau suasana 4 musim sekarang nie hanyalah ais kisar sahaja..kalau nak rasa sejuk2 tu boleh la masuk dalam tu..aku lama jugak la melepak dalam tu..yerla selepas kepenatan dan suhu badan yg melambung kepanasan masuk dalam peti ais memberikan suasana yang nyaman..membe aku pula bising,pyro kau tu jangan lama sangat dalam tu nanti demam baru tahu..membebel je keje..aku selepas berkayuh pagi tu...balik tu terus tido tak sedar diri..letih sangat..dan aku pun teringat pasal acara Le tour de langkawi..mcm mana la dorang nie berbasikal sampai ke genting highland tu..tak sakit urat dan lutut ke?adoii penatnya masih terasa





CHOGM pernah dibuat di sini?


Pintu masuk


Pyro bersemangat waja sambil menyarungkan jersi MU

Itu dia pelumba untuk team MU


Inilah basikal aku

Perlu mendaki bukit kecil untuk melihat rusa..bakar 100kcal

rusa menunggu kedatangan pyro


Kau nie nak buang hampas pun bagilah salam dulu



Di sini ada sorang awek tu panggil aku gelaran adik!dia tegur masih belajar lagi ke?aku dah bekerjaya ok!memang la tak dinafikan aku ni awek muda..ha ha berangan

Pyro bergambar bersama basikal..dan tak semena2 botol air fitness first aku hilang entah dimana..


Laman Padi

Gudang simpanan padi

Arah menuju ke peti ais

peti ais berskala besar

Sejuk woo

penguin mencari anak ikan!

Pyro







deretan basikal untuk di lelong


 

2 comments so far.

  1. Ad April 19, 2009 at 12:37 AM
    eh...peguin betul ke tu?
  2. hafizzuan April 21, 2009 at 4:17 PM
    menariks gakz bukit cerakah ni..kena pg ni..

Something to say?