Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Bangkok Street

Category: , By Pyromaniac
05 03 09
Bangkok Street

Malam weekend nie aku menghabiskan masa lepak di rumah..semenjak tiada kamera nie dah tiada sesi photograph aku..kalau tidak otak nie ligat memikirkan destinasi yg akan dituju..bagus juga kamera aku rosak nie..tunggu masa je untuk siap dibaiki..dan hari sabtu yg indah nie aku menghabiskan masa sesi casa impian..ataupun makeover..aku mengubah bilik air bujang meaning bilik aku aku punya la walaupun duduk ngan (family) kepada sesuatu yg bertaraf at least satu bintang hotel la..puas hati..aku ada masa suka bertukang..dulu pun..mechanical aptitude masih ada walaupun tak gunakan sgt le..kembali kepada kisah bangkok aku..bangkok ..most malaysian yg pernah pergi oversea mesti pernah jelajah negara nie..jadi ramai sudah tak heran..aku pun dah kali kedua nie pun tak excited sgt mcm mula2 dulu..perjalanan aku dari office aku di rayong di tanggung semuanya oleh partner keje aku nie..dia membawa aku menaiki pick up dia aa..cadangan dia dengan menghantar aku boleh la claim kat company kan sesambil tu boleh la dia balik ke rumah asal dia di bangkok...sepanjang perjalanan tu aku banyak memerhatikan keadaaan sekeliling dan berborak rancak pasal perbezaan antara thailand dan malaysia..walaupun kita nie negara berjiran banyak perbezaan ketara dapat dilihat..mula tu aku melihat suasana sekeliling..jarang aku nampak pepohon hijau atau hutan yg memenuhi seluruh bukit..memang jarang..kalau kat malaysia kiri kanan highway kita di penuhi pokok hijau..tapi di sana banyak pokok yg kering dan tanah berbukit..dan satu yg menarik bagi aku nak perkatakan di sini..seluruh thailandlah..kalau pencawang elektrik tu dapat dilihat dimana..berserabut..dari size kecik ke yg besar dan kabel elektrik yg berserabut di sana sini..tak seperti di malaysia at least banyak kabel elektrik di bawah tanah..toll..tak usah nak cerita la di malaysia nie sebagai business yg menguntungkan..disana payah sekali nak jumpa toll..kalau ada pun untuk jarak perjalanan yg jauh dan harga yg berpatutan..kita di KL nie sana sini toll..dan highway dia pun menggunakan material dari cement..berbanding dengan kita menggunakan tar..aku pernah mengajukan bende nie kepada membe aku nie..mana satu yg costly nak wat jalan nie..ada setengah org kata guna tar lagi mahal dan sebaliknyala..bangkok street tak usah nak cakap la..jem giler..bermula dari persimpangan selepas airport ke bandaraya..jem yg berterusan..kadang 2 ada masa aku pulak yg naik hangin..dan membe aku nie buat lawak nak hantar aku ke stesen mrt terdekat gara2 nak mengelak kesesakan yg teruk..ko ingat aku usung dua helai spender ke..kawan..ades..dan akhirnya sampai la ke hotel aku pada pukul 8 malam..spoil la baru aku nak jejalan ..dah lewat sampai

Bile saja aku masuk ke lobby hotel nie..wow..kagum.lawa hotel nie dan tetiba bila nak check in..si minah siam front desk tu ..mr pyro..we upgrade your room ..blah2 kepada suite ..ohh aku book yg standard saja tapi dia upgrade lagi..tu memang kebiasaan di bangkok nie..upgrade..kalau di malaysia haram J..setakat dapat apa yg dibook saja lah..kisah aku di bangkok bermula pada masa ini laa

Highway 4 lane

Toll disana tak semegah di malaysia..tiada design yg futuristic dan awan larik




Bus dari bangkok ke pattaya..tiada nasi goreng pataya di sana

aku nak melencong ke bangkok dulu bukan ke airport

Syiar islam di bangkok


Kesesakan yg sudah terbiasa

Chao Phraya Park resorts

Apabila aku masuk ke dalam room dia..sh**T..lawanya bilik dia..tersengih2 sorang melihat room yg begitu lawa..sedangkan harga aku dpt memang murah gile!corporate rate..he he he..aku pergi ke bilik air dulu ..lihat keadaan di dalam









































BTS Bangkok




Perjalanan aku bermula selepas aku meletakkan beg aku di hotel..terus aku klr dah bertanya arah ke stesen bts berdekatan dengan area hotel aku nie..stesen terdekat dengan hotel aku nie diberi nama ratchadapisek..berbelit lidah aku nak menyebutnya dan gara gara itu banyak kali aku memory lost turun di stesen BTS yg salah..ades..dan yg paling melucukan dan menyusahkan aku..aku memakai safety shoes aka boot la..dah la berat dan setiap kali aku masuk ke mesin pengimbas mesti siren akan berbunyi dan setiap kali itu juga la aku jenuh nak bukak beg tunjuk kepada security dan dia cuba menyoal aku dalam bahasa thai..mana la aku reti..mentang2 la muka aku nie macam thai bukit!untuk info di setiap stesen bts dia diletakkan mesin pengimbas untuk mengelakkan daripada serangan bomb..


Thailand Cultural Center Station




Aku berhenti di stesen ni..sebab di area nie saja lah terdapat byk shopping mall yg berdekatan dengan hotel aku nie..semua ada robinson,lotus jusco,carrefour..perut aku pun dah lama ...aku tak reti nak makan apa..bedal la KFC sebab tu je aku tahu halal pun..yg lain tak pasti..satu lagi aku nak komen pasal brand atau fesyen di bangkok nie..memang latest la..baju semua lawa n setengah design tu takde di malaysia..kalau kad kredit aku ada yg platinum dah lama aku shreet shreet tu..meleleh je la melihat dari jauh..takper esok aku akan hiburkan hati aku












SILOM Station

PAT PONG
Sapa tak kenal pat pong nie..kalau di KL ibarat chow kit la..tapi di sini ibarat syurga dunia la bagi pengemar ehem2..aku nie nasib baik iman masih kuat..bayangkan la berjalan sesorang di bandaraya bangkok..bilik duk sorang dan org thai yg boleh mengegarkan jantung dan hati aku..setiap kali masa aku dalam tren biler terserempak ngan org thai nie..peghh perasaan dup dap dup dap..pernah sekali aku usya dari jauh..dan tak pasal2 ada sorang tu perasan aku usya dia dan dia bagi respon duduk di sebelah aku..tak pasal2 aku terus gabra..haha..dan boleh lagi main hp sign nak exchange phone no..aku terus cuak dan diam dan terus keluar dari tren tanpa berkata apa apa..adoi..malam tu aku pergi ke patpong mencuci mata permandangan..setiap kali aku lalu di patpong 1 street aku terus mengucap dalam hati..tutup mata tapi sebelah buka.(ala pak arab dan mak arab pun lalu area itu juga) .ha ha..aku lalu sampai la ke penghujung jalan..sebenarnya area patpong nie pun banyak gerai gerai bukan setakat menjual ayam dan anak ikan sahaja..banyak deretan go go bar..pekerja di situ cuba mengajak aku untuk melanggan ayam ayam di situ..very cheap cheap..katanya la..siap bagi katalog kat aku untuk memilih lagi..aku terus beredar dan kali nie aku cuba memberanikan diri pergi ke gay street plak..masuk je disitu aku perasan aku diperhatikan oleh mata yg menakutkan..aku nie memang suka mencari masalah betul la..meh la sini mengapakan aku,,aku muay malay baru tau..ha ha..bukan aku nak buat apa2 pun sesaja berjalan di sekitar area patpong nie..dan selepas letih berjalan..peluh habis satu badan aku pun pulang ke hotel...cuba teka apa aku bawak pulang malam itu.....................NOTHING...ingat aku nie jahat ke..haha..betul nie aku tak mengangkut etc..bila aku cerita aku mcm nie..masing cakap aku perasaan mcm angel la konon tu..masalahnya aku bukan angel tapi bende yg dosa tetap dosa..dan aku taknak tindakan aku untuk 30 minute nie menyebabkan aku merana seumur hidup..aku pun ada prinsip hidup..lantak la korang nak cakap apa pun.. :) itu adalah aku




















Aku pulang ke hotel terus melayan perasaan dengar lagu di computer..internet servis plak takde macam sy**l













Pagi tu aku breakfast ambik bende yg aku fikirkan halal sahaja..roti dan oren juice..lapar perut nie takut gastrik pulak nanti kalau terlalu memilih.dan perancangan aku pagi nie nak shopping di chatchucak market


CHATHUCAK Weekend Market
Aku berhenti di stesen BTS chatchucak park..memang dekat dari stesen tu ke market nie..sepelaung je..dah la aku sampai awal pagi..selalu nya pukul 10 peniaga memulakan business tapi aku awal2 dah pergi..bercadang nak cover satu chatchucak juga..dulu aku pergi sehari suntuk bershooppping di sini.yerla pernah dapat title..market terbesar di dunia..aku dalam masa 2 jam banyak bende dah aku beli..rambang mata..adoi...dan dah penuh tangan aku dengan beg plastik nie dan last sekali aku memujuk diriku ini..sudahla tu..marilah kita pulang..duit dah takde nie..











barang aku dapat sambar di sana mug,tikar,muay thai boxer (paling aku gemari),baju t shirts,seluar jean aku tak dpt pakai sebab peha size ayam dan cadar




























Thailand Cultural Center
Sebelum pulang petang tu flight aku..aku teringin pergi ke tempat yg bernama thailand cultural center nie..sangkaan aku tempat nie mcm MATIC ataupun pusat kebudayaan tapi sebenarnya lebih kurang mcm istana budaya kita la..dan sempat la aku melihat artis pusat budaya mereka nie..dengan tinggi lampai dan cukup membuatkan jantungku....dump dap dap dap..adess..






































Petronas pun ada di bangkok nie..proud to be malaysian!







Sebelum pulang aku order welcome drink




Au revoir! Bangkok
Perjalanan aku pulang dari bangkok ke airport











































































































 

2 comments so far.

  1. airy May 10, 2009 at 11:34 AM
    angels kew....tol kew tak bawak balik ape2 dari pat pong....i wonder la...hermmm...
  2. Pyromaniac May 10, 2009 at 12:34 PM
    tul la..aku tak bawak balik sesapa..sampai je kat KL rasa menyesal plak kan..wakaka version angel n demon the movies :)

Something to say?