Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Road trip to East Cost Malaysia

Category: By Pyromaniac

24 05 09

Road Trip To East Coast Malaysia

Kuala Pilah-Rompin-Mersing-Kluang

2nd trip aku bersama dengan ex housemate lama..plan dah dirancang 3 minggu yg lepas.sebelum berangkat.kitaorg tido di rumah si membe aku nie sebab bercadang nak gerak subuh nanti..pagi tu dah la bangun lewat masing terhegeh bersiap..aku bagi cadangan breakfast di hentian rehat seremban dapat jimatkan masa perjalanan..destinasi pertama nak disinggah pekan kuala pilah..salah satu pekan lama di negeri sembilan..membe aku nie juga berasal dari n9..memperkenalkan org luar mcm aku nie pergi ke tempat makan yg menarik..salah satunya cendol yg diperbuat daripada manisan kabung..gula nipah..kalau di tempat lain kebiasaan menggunakan gula melaka ataupun nira kelapa..rasa cendolnya pekat dan sedikit pahit manis hasil dari campuran gula nipah nie..boleh tahan rasanya dan untuk mencuba sedikit kelainan..membe aku nie lapar lagi..order rojak yg special dan bagi aku yg tong perut kecik nie tak dapat menghabiskan kesemuannya..membazir rezeki lagi..ades aku mengeluh...kalau nak pergi ke kuala pilah nie pasti akan lalu jalan menuju ke hutan simpan ulu bendul..salah satu tempat rekreasi yg popular di sini dan juga tempat untuk mendaki ke gunung angsi..


Perjalanan bermula




mat saleh mengayuh tricycle




Pintu masuk ke istana seri menanti




Bandar Kuala Pilah






Cendol Nira nipah




Mee rojak special kuala pilah

ROMPIN

Perjalanan jauh nie cukup memenatkan..tiada view yg menarik hanyalah pepohon kelapa sawit dan juga hutan belantara..kitaorg sampai di area rompin nie dah waktu tengah hari..dan salah seorg membe aku nie bagi cadangan..jom pi pantai!apa pantai tengah hari terik nie?gila apa





PANTAI HIBURAN, ROMPIN

Pantainya yg landai,tapi aku tak sanggup nak mandi panas terik nie..dah la aku nie cepat gelap dan sunburn..terpaksa mandi susu berbaldi2..masa aku pergi ni ada pertandingan volleyball pantai dan juga karaoke..entah sapa penganjur nya dan aku tak amik pusing..selepas sesi bergambar aku teruskan perjalanan ke arah selatan









Pertandingan volleyball di waktu tengah hari terik




Aweks!









ENDAU ROMPIN

Perjalanan ke arah selatan,aku dapat lihat terdapat banyak pantai di sepanjang perjalanan..membe aku bagi idea..jom singgah di setiap satu pantai yg terdapat sepanjang perjalanan nie..aku mengiyakan saja..yer la driver kan..






Sekawan Kerbau






Pantai Pasir Lanun

Mempunyai pantai yg bersih tapi kurang dikunjungi pelancong mungkin disebabkan lokasi terpencil dan kurangnya promosi..bagi pandangan aku pantai di sebelah johor nie menarik jika dibandingkan dengan area di Kelantan dan terengganu kerana cetek dan sesuai untuk mandi manda..mungkin kebetulan lokasi yg terletak berhampiran dengan pulau pulau kecil jadi ombak tidak terlalu kuat berbanding dengan tempat lain di pantai timur semenanjung ini..airnya yg tenang sesuai untuk perkelahan..salah satu kelainan yg aku dapat rasakan di sini tentang FOOD..snek yg cukup sedap..KFS..singkatan bagi kentucky fried seafood..masa aku nak sampai pantai nie..perut dah mula meragam..singgah la di salah sebuah gerai yg terletak berhadapan dengan pantai..dari jauh aku lihat dulang yg ditutupi oleh saji..aku mulanya beranggapan..nah pasti cucuk udang tak pun pisang goreng..meleset..rupanya seafood goreng..ketam goreng,udang goreng,sotong goreng dan ikan goreng..terdiam sekejap..dan belum sempat berkata apa2 tangan tu dah mula merayap menyambar penyepit..pakcik berapa harga nie?secucuk udang atau sotong nie seringgit dan ketam yg besar RM3 dan kecil RM2..apa lagi berekor ketam dan udang la jadi snek aku pada tengah hari nie..kalori?usah nak di katalah..biarla bukan selalu aku pun menggunakan banyak tenaga untuk travel kali ini..




Sotong & Udang goreng..seringgit secucuk


Ketam goreng termurah di malaysia!


Pilih jgn tak pilih..tamak dan nafsu makan yg serakah menguasai diri ketika ini!











MERSING

Pantai Air Papan
Masa aku sampai di Mersing nie dah lewat petang..bercadang nak menginap di pulau tioman..bertanyakan tiket dikaunter...jawapan yg diterima "abg ,ferry ke tioman baru je terlepas tadi"..cukup kecewa aku dan sorang lagi frens nie..dan sorang lagi tu jenis tak kisah sgt sebab dia pernah pergi..takde peluang kali nie..aku bersuara didalam hati.selepas merayau di bandar mersing nie...mencari lokasi sesuai untuk menginap..kitaorg terus pula ke chalet di tepi pantai..pantai air papan..disini byk pilihan resort dan chalet..dan aku teruskan perjalanan ke dalam yg jauh sikit dari tumpuan org ramai..serabut ramai org nie!


Chalet Sri Tanjung
Chalet nie walaupun tak mewah tapi lokasi strategik..terletak berhadapan dengan pantai..kalau org yg dah biasa dengan style sempoi takde masalah menginap disini..kene bawa towel n sabun sendiri..sekadar untuk tidur dan merehatkan diri boleh la...walaupun harga bagi aku cukup mahal kalau nak dibandingkan dengan hotel di thailand!harga tu dikira berpatutan sebab average harga di sini dan malaysia amnya lebih kurang sama..selepas mandi di pantai dan berehat seketika selepas maghrib..nak cari tempat untuk makan masalah utama..berpusing2 di sekitar bandar mersing..arghh nak mencari seafood,pergi ke setiap gerai..tak menarik la..bosan la etc dan akhirnya kitaorg ketemui satu area gerai menarik berhampiran dengan hotel seri malaysia mersing..ada screen tv besar..happening sikit..kalau pergi bercuti nie pasti kitaorg mengidam masakan seafood..ikan siakap tu sudah pasti..kali nie nak cuba masakan steam halia..dan terbiasa sgt masakan 3 rasa di KL..dan dengan tambahan menu yg lain..malam tu..nak tonton tv..dah la siaran tak clear melepak di luar la jawabnya..pasang tikar yg diperbuat daripada kertas surat khabar..berbaring melihat dan mendongak ke arah langit..masing masa nie la bercerita kisah hidup n pengalaman masing..tentang awek la..pasal kerja dan juga cara hidup..berborak sampai ke lewat malam..melayan abis..dan di sini juga bersantai malam memang seronok disebab ada lampu jalan at least terang la suasana malam tu..ohh terlupa pasal fun fair di mersing nie..selepas makan malam tu..nak balik ke chalet mcm malas pulak..dari jauh nampak lampu neon..apa ke bende tu?singgah la sekejap cuci mata..inikah dia fun fair tu?adess mengeluh mcm nothing je kat sini..hadiah mcm nak buang tu pun diorg display dan hiburan untuk zaman 70 an pun masih digunakan lagi..tapi disini itulah hiburan yg ada pun..ramai yg pergi tu..kitaorg budak bandar memang la dah jemu dengan bende nie semua..














































FUN FAIR DI MERSING








BANDAR KLUANG

Masa nak pulang tu..aku lalu di bandar kluang..bercadang nak mencuba kopitiam di kluang yg bergitu famous..kluang station..tapi dah tutup..kecewa lagi dan singgah mencuba nasi ayam yg famous di kluang nie..bagi aku rasanya biasa saja ibarat mcm kedai yg lain di KL..aku lagi menggemari nasi ayam version hainan..lagi menyelerakan..petang tu aku pulang awal ke KL sebab keesokkan harinya aku ada onshore work di Plant di banting...nak berehat lama sikit..perlukan byk tenaga keesokkan harinya..





 

0 comments so far.

Something to say?