Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Lone traveller di Guangzhou China: Part 1

Category: By Pyromaniac


Guangzhou City, Guangdong


China


26 06 09



Pagi tu aku bangun awal..sini subuh pukul 4 pagi..dan pukul 6 pagi dah terang benderang..badanku terasa begitu segar..rasa terlebih sihat berbanding dengan hari yg lain..bersyukur kerana aku masih hidup..terlepas dari virus maut tu..argh aku rasa nak berjalanlah..entah bile aku akan sampai ke sini lagi..peluang sebegini aku tak lepaskan walaupun aku akan berhadapan cabaran yg hebat sebagai seorg lone traveller di bumi asing..tiada kawan..sedara dan etc dan yg paling penting tidak fasih mandarin..setakat sepatah dua boleh la.... perut aku berbunyi menandakan isyarat lapar..blum sarapan..pukul 745 aku turun ke lobi..aku menegur front desk..muka amoi nie serabai....aku bertanya pukul brapa van akan sampai dan dia blur dan berckp mandarin ngan aku arghh memang tak reti bahasa langsung..nasib baik kebetulan seorg antie nie pandai berbahasa English sedikit..dia suruh aku call driver..masalah mana aku nak call dahla no phone pun tiada..arghh..dan nasib baik ada guest yg lain nak ke airport aku pun pergi la bersama dorang...menumpang untuk ke airport...jarak perjalanan dari hotel aku ke airport mengambil masa 15 minute sahaja..terlalu dekat..sampai sahaja di airport..aku mula memproses data yg telah aku simpan di dalam otak aku semalam...melalui pembacaan melalui internet dan sumber di percayai dan sedikit info dari membe..aku pun pergi ke domestic arrival mencari lokasi perhentian bus di sana..bus menuju ke plaza haizhu..aa itu dia ikut sign board di dlm airport memang tak sukar la..ada tulisan english...aku menuju keluar ke pintu gate ke 8 dan menunggu bus line 5 nie..line 5 nie bus akan menuju ke plaza haizhu..dan global plaza apa tah..aku nampak tertera tambang bus tu 20 yuan lebih kurang Rm10 kita la..jarak perjalanan lebih kurang sejam ke pusat Bandar..aku mengambil tempat duduk yg belakang sekali..supaya aku dapat ambik gambar bandaraya Guangzhou nie tanpa gangguan..

Di sepanjang perjalanan..satu perkara yg aku dapat lihat..bangunan di sini tidak bercat! Semuanya di tutupi dengan jubin yg berwarna2..adakah org di sini semua kaya raya..dan tiada konsep pembandaran rumah teres! apatah lagi konsep taman perumahan berkelompok mcm negara kita nie dan juga kelihatan ramai org yg berjalan kaki di sana sini..mcm ramai org sesak dan semak..bus nie aku tak tahu laluan perjalanannya..yg aku tahu aku akan sampai di plaza bin bin....jalan di sini bersimpang siur..naik dan menuruni jalan bertingkat dan lebuhraya bertingkat pula berlapis2…

Akhirnya aku sampai di tengah bandar guangzhou


matilah aku nak kemana pula nie..blur blur blur blir blir

aku nampak seorg mat saleh nie..takkan aku nak mengekori dia..tak pasal2 aku dituduh penyamun tak pun nak goda dia..adoi itu jauh sama sekali la..haha

arghhh..sekali lagi bengong mana nak pergi nie ?

Haaaa

Akhirnya aku nampak sign board MCD..aku dah lapar dah la tak sarapan pagi..aku bedal la sarapan pagi hush brown,coffea dan juga pan cake..yaks pan cake tak sedap langsung..dan harga MCd di sini mahal! 18 yuan..RM9 kita nie..sambil nak order tu dia speaking ngan aku..having here or take away..dan bila mulut dia bercakap English je aku bermesingan bertanya mcm mana nak naik subway.blah2 blah cakap tak berhenti2 untuk mendapat jawapan...terus dia muka blur..muka pucat..adoi..takpa la...mungkin soalanku dalam english terlalu sukar bagi dia..standard universiti kot...sambil aku makan aku terus memikirkan mcm mana nak ke subway nie..selepas makan je aku pun turun ke bawah ke dalam bangunan plaza tu..arghh mana nak pi jejalan nie selagi tak jumpa subway..mana lrt ataupun subway nie..tak kelihatan..dan secara tak sengaja ternampak la satu signboard dlm building bertulis metro..haa itu dia..dan baru aku tahu di Guangzhou nie LRT tak mcm di KL yg nampak signboard sebesar2 nya dan juga stucture bangunan yg gah..memang tak perasan...tersorok.kalau aliens ni boleh tersesat ..rupanya subway tu betul bawah bin bin plaza..apa lagi aku pun nak mencuba metro dia.tak sabar...aku dah pengalaman naik lrt di Singapore,Bangkok etc dan di KL..jadi bagi aku tak ada perbezaan di china nie..yes..tekan touch screen deestinasi di tuju..aku pilih Dr Sun Yat Sen hall dan fee dia 2 yuan..dan aku tau di sini juga menggunakan konsep yg sama dengan BTS Bangkok..touch coin tu pada alat sensornya dan pintu akan terbuka..arghh…wow..metro di Guangzhou antara yg terhebat di asia..pada pandangan aku la..mesti ada sebabnya juga!..keluasan dia dan kebersihan yg mengkagumkan..efficient..menyambung ke semua destinasi tanpa perlu tukar tiket dan juga berjalan jauh..aku sambil memerhatikan sekeliling dan melayan perasaan dlm tren..aku perasaan ramai memerhatikan aku..aku nie dah la berkulit gelap dari mereka..aneh.eksotik and erotik..haha..tu terlebih tulis dan masing dalam tren tu pasti meneka aku datangnya dari mana?africa?indonesia?india?ataupun Filipino?tak pun arab..ada setengah tu merenung kat aku.macam nak makan! sedap sangat ke aku nie..hahha .aku buat bodoh saja..dan selepas 1 stesen akhirnya sampai di DR sun yat sen memorial hall..keluar dari subway..aku lost direction lagi..nak keman kekiri atau ke kanan..mana kompas nie?peta ...arghh tak berguna juga masa mcm nie..dan di depan aku betul terletaknya dewan dr sun yat sen yg tersohor tu..bersambung part 2


Van yang disediakan oleh pihak hotel


Dong zhi Hotel




Menunggu bas di Baiyun airport..area domestic


Bus memang bersih dan terdapat amoi pramugari yg cun.bayangkan bus ke bandar pun ada pramugari..negara kita nan ado!


Tol terdapat di mana jua dan di mana negara sekalipun..ada mangkok2 di malaysia suruh guna duit petronas beli syarikat toll..mana ada kat dunia nie free! dan bila la toll nak murah mcm kat sini erk






Hotel 5 star..aku menginap hotel cap ayam saja




Kat sini pun boleh melelap kan mata..jgn berangan peluk amoi sampai terjatuh sudah



Stesen bus di depan plaza bin bin









Lai lai..buah buah










 

2 comments so far.

  1. yet my last August 4, 2009 at 10:30 PM
    Fuhyoooooo....bestnye!!! Tp kan Guangzhou ni xde ape2 nk jln2 le...abg pyro pas blk malaysia nnt sure ntah brp KG tambah...coz cuma fast food je dpt cari, tp kena tanya dulu tu xde benda yg x halal tau :)

    =Regards from malaysia=
  2. Pyromaniac August 5, 2009 at 12:08 AM
    yeah yet..kat guangzhou nie nothing much aa..takde tempat best nak visit..ok la at least dapat lihat suasana baru :)

    bro dah kat malaysia le..entry nie dah basi a month ago

Something to say?