Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku:Pulang dengan Seribu harapan..cont

By Pyromaniac

12 10 09

Pulang dengan seribu harapan

Part 2

Hari ini adalah hari kedua aku menginap di rumah family mu..pepagi hari lagi...aku ngan ko membonceng motor membeli juadah untuk bersarapan di bandar pasir mas, selepas singgah seketika membeli di gerai kegemaran mu iaitu nasi bungkus yg terletak berdekatan dengan landasan keretapi..sempat juga ko dah aku pergi membeli beberapa bungkus plastic kecil kuih muih dan manisan utk aku bawa pulang kepada familyku nanti..sebelum pulang ko mahu melawat sedara mu itu memberi kuih yg kita beli bersama dan juga berborak rancak dengan pakcik ko yg baru membina rumah baru di tepi sawah padi..arghh sungguh tenang keadaan pada masa itu.. ko juga tidak menghampakan aku dengan mengajak aku melawat tempat menarik di area rumah mu itu iaitu kuil siam yg terletak di palekbang..walaupun tempat itu bagiku biasa sahaja tapi kenangan telah tercipta disitu..untuk aku abadikan antara ko dan aku..

Selepas selesai makan tgh hari dirumah mu..kita pun beredar menuju ke bengkel untuk mencuci tangki air dan juga membeli bateri van untuk adikmu itu..hatiku sungguh lega apabila kereta ku ini tiada masalah lagi..tenang pada kali ini

kenangan ohh kenangan..mengapa dengan mudah ko rosakkan segalanya..aku dan ko pasti terkenang di mana kita memandu merentasi belukar..sawah padi di bachok..permandangan menarik di gunung dan melintasi sungai di area tok bali..

kenangan ohh kenangan..tidak lupakah ko dimana kita bersama makan ikan goreng dan sotong goreng tepung bersama..di area besut..aku dengan hati gembira dapat melihat dirimu itu tidur nyenyak disebelah bahuku..

Sesampai sahaja di Kuala terengganu..kau terjaga dari tidurmu..dan yg aku tahu kau pasti akan teringat pasal kisah ex mu itu..sebagai anggota polis..apabila aku lalu di hadapan balai polis kuala terengganu..aku dapat melihat riak mukamu itu walaupun ko cuba untuk menyembunyikannya..

kenangan ohh kenangan.masih ingatkah ko lagi apabila kita bersama berjalan di atas pasir merakamkan detik indah ini..merakamkan segalanya di dalam kamera dan ko tak sabar sabar untuk melihatnya di dalam komputer semasa makan di restoran A&w..Masa itu juga kau berharap agar dapat menaiki motor besar bersama walaupun time tu kita tua nanti..

kenangan oh kenangan..masih lagi ko ingat apabila kita bergambar di hadapan istana maziah..dan ko perli aku sikit2 bergambar dengan jaket warna biru itu..

kenangan ohh kenangan..ingatkah lagi masa dimana kita berhenti rehat di tepi masjid..membersihkan diri dan melegakan urat saraf yg terhenti

Kenangan ohh kenangan ..ingatkah kita apabila aku cukup melenting apabila ko cuba wat lawak dengan mengatakan ayat caring ko kepada mamat cina tue..dgn alasan teman lamamu..aku dan ko berada dalam zone emosi..arghh..sampaikan ko malas nak temankan aku makan pada malam itu

kenangan ohh kenangan ingatkah ko lagi apabila kita berhenti di persisiran tebing sungai kuantan

Kenangan ohh kenangan..ingatkah ko lagi apabila kereta ku banyak kali meragam di LPT..3 kali aku berhenti..dan aku rindu memerhatikan wajahmu itu apabila ko tidor di sisi aku..

Walaupun kita tidak bersama kelak disebabkan kau terlalu mengejar cita cita liarmu itu..kenangan itu akan bersama sehingga ke akhir hayat kita kelak..walaupun pahit utk aku mengingatinya dan bagimu kenangan ini hanyalah sampah kerana ko sanggup mendustakan aku..arghh

















 

0 comments so far.

Something to say?