Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku:Moral Support dari Teman Baikku

By Pyromaniac
20 11 09
MORAL SUPPORT
aku cukup bertuah kerana dihadiahkan oleh ilahi teman yg sedia bersama aku susah dan senang..walaupun kebelakangan ini aku kerap mengabaikan korang..aku harap korang paham..aku tengah bahagia tapi kesudahannya..cukup menyeksakan..masa inilah aku dengan muka tidak malu..menadah mukaku sendiri..meminta pertolongan untuk guide aku daripada terus hanyut...ya..kau selalu kata kepada aku! kawan ko tu apa berguna sgt..time ko susah ada ke dorang tolong ko..kalau nak dibandingkan dengan ko..membe aku lagi pikir pasal demam pening aku..masalah kewangan aku..perasaan aku..bahkan sampai isu keret rosak pun..dan kau pula!buat tak tahu pasal aku kerana kau sibuk ngan hal lain yg bagi ko terlalu penting!
FADZLI
teman baik aku semasa di UNIVERSITI..dia nie ibarat diari aku..semua kisah aku dia simpan..tapi masa nie aku hanya ada masa yg singkat kerana dia pasti akau terbang ke jepun untuk melanjutkan pengajian..arghh..walaupun dia tahu aku begini status aku..tapi dia jenis tak kisah dan open
"fadzli..help me..aku tgh bersedih ni"
18/11/09
"jaga diri baik2 wei.jgn sedih, org tu tgh bgembira.knapa ko kene sedih kan.aku paham,its ok untuk menyesali apa yg terjadi.tp bende dah jadi,kalu kita sedih mcmmanepun.kita yg menentukan kgembiraan kita,bukan org lain..take care"
18/11/09
"dtg dlm pukul 9pm erk.stuck kt jem and nak kemas rumah sket..huhu"
18/11/09
"baca al mathurat setiap pagi..insyaallah mendapat ketenangan dan perlindungan dari ALLAH swt"
18/11/09
"aku tk naik bus,travel by train"
20/11/09
"good luck!take care wei"
20/11/09
dia antara kawan ku yg membangkang idea untuk aku jumpa ko kembali..bagi dia..lantak la peduli kan ko..kau buat dajal dan segalanya..kenapa perlu aku bagi muka katanyalah..aku tak rugi satu sen pun..walaupun masa itu aku tahu kau paksa aku untuk berjumpa ko di dataran merdeka dengan M taxi..kau ckp nak jumpa aku disitu..dia melarang aku sekeras kerasnya..fadzli kau kata nak tumbuk aku kalau aku jumpa dia lagi..hehe
ENDI
Member gym aku yg tahu pasal aku..walaupun teramat jarang jumpa tapi masih keep in touch..kau banyak menasihati aku dan menemani aku di dalam sms dan melalui phone
aku paling terharu ketika kau menemani aku sepenuh masa aku masuk di hospital kerana kes H1N1 melalui sms dan ym..kau nak jemput aku di airport lagi..thx bro..aku tak tahu nak ckp mcm mana diatas bantuan moral ko nie
kau juga melarang sekeras keras nya berjumpa dgn dia...kau ckp tak perlu takut la dengan ugutan dan gertakan...ala tak kemana pun..bukan main keras ko melarang dan kau ckp ala kau akan sedih skrg nie sekejap saja tapi lama kelamaan kau akan lega dan bersyukur bebas dari segala bebanan..kau ckp byk manusia mcm ko nie kat KL..
" ya allah.jagalah insan ini..kuatkan kkinya dijalanmu..kuatkan jasadnya dgn rahmatmu..kuatkan ruhnya dgn ruhmu..buatkan dia tersenyum hingga di syurgamu"
NIZAM
Manusia yg paling rapat dengan aku dan memahami aku..kau nak aku bahagia tapi kau juga sedih apabila melihat aku sengsara..setiap jam aku akan update pasal status aku tgh mental down ni..kau ckp jgn jadi bodoh la...bende yg sudah terang lagi bersuluh..kau nak tunggu apa lagi..blah laa...
forgive n forget..itu key utama dari ko
BRO EQ
Bro nie memang sempoi..aku kenal dia dah lama juga la..setiap kali prob aku tanpa segan silu call ko..kau DR LOVE bagi aku..bagi nasihat pasal kisah perhubungan dengan gaya tersendiri..thx bro dari dulu lagi semenjak aku tgh biul pada mula aku lari ke kuantan tu...kau menemani aku...ayat ko yg biasa aku dengar..ala lepas tu kau akan rujuk balik!
ADIK ANGKAT AKU-RAY
Budak kecik nie memang kenal pasal peel aku..dia jenis tak kisah walaupun berbulan aku tak jumpa...walaupun merajuk pasal aku nie..tapi disebabkan hubungan yg lama lebih dari 6 tahun..dia cukup istimewa..tak banyak songeh dan kerenah..dan malam tu aku jemput dia di ampang selepas makan malam ngan fadzli..malam penuh konflik nie aku libatkan terlalu ramai org..arghh supaya bagi aku kekuatan untuk menghadapi situasi sukar nie
dia insan pertama nampak pic muka ko!
dia juga insan pertama nampak kisah kegembiraan kita..bahagia kita..dan cinta kita melalui gambar yg beribu ribu keping tu
masa aku gaduh ngan ko tu!di dalam phone, dia la manusia yg menemani aku ketika tengah transfer picture dari laptop ke hard disk
masa tu juga aku maki pelayan restoran tu..betapa begang dan tegangnya ketika berborak ngan ko dalam phone!
YAP
Budak cina nie dari dulu strong support aku apapun keputusan aku buat...tapi nasihat dia..saya tak nak lihat bro merana!kesian katanya

MASTURA
membe perempuan aku yg komen dengan cara alahai kesian nya ko din..kenapa la dia buat ko begini yer...blah blah2..at least byk nasihat dan pandangan..bagi aku lebih kekuatan
dan membe lain yg aku tak turut sama sertakan nama korang..maafkan aku
MAAFKAN AKU kerana masa sukar ni baru terhegeh hegeh mencari korang!
 

2 comments so far.

  1. fIcK a.k.a kaka January 28, 2010 at 12:54 AM
    HYE MR PYRO~

    sadis membaca citer bro~

    neway, tabahkn hati..

    remember,dugaan itu bukan datang untuk meragut kebahagiaan kita, tp dugaan itu membuat kita lebih berhati-hati untuk masa hadapan~
  2. eqbalzack January 28, 2010 at 1:37 AM
    sket hari lagi ko dpt la bill consultancy aku...mana ada pecuma beb! jgn sedey2...jom ikut aku gi mancing ikan...

Something to say?