Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku:Sengsaranya aku! JB-Singapore-Hongkong

By Pyromaniac





18 11 09
Kesengsaraan yg terhebat sepanjang hidupku

"My partner,sorry,read my blogs,everthing is here..jgn nak 'gari' M, i'm not yours..we are just friend.ingat tuh!!!!..so tak payah cakap banyak dalam telefon,M tak minat nak melayan"
Ayat ini memang membunuh aku mcm ibarat lembing tajam terperusuk kene tepat ke arah hati aku! aku tahu ayat ini adalah yg paling terikhlas datang dari hati ko..insan yg paling aku dambakan..cintakan dan sayangi sepenuh hati..sanggup berkata begitu di belakang aku..aku dapat alamat blog kau nie pun apabila aku mengobek aktiviti yg kau buat dalam laptop aku nie...kau salah guna kemudahan yg aku beri dengan menjalang sesuka hati kau sahaja dan ko mengutuk aku..mencaci aku! kau ingat aku bodoh dengan mendeletekan history..cookies etc aku tak dpt detect..maaf lah kau jumpa the wrong person..aku dengan satu keyword saja..semua kisah kecurangan kau akan terbongkar..dahulu aku pernah menghack email org..hacking sana sini adalah kerja aku masa matrikulasi aku dulu...
aku sebolehnya setiap hari nak lihat mukamu dan sms yg aku terima hanyalah!
Sabarlah yg.muah.i love u
15 Nov 09
19:50
lewat.sgt lewat.mlm besok la yg dtg ok
16 Nov 09
23:43

Mlm ni.im expecting u
17 Nov 09

17:13

ada x kene dgn yg ni!

17 Nov 09
17:18

kt mana?watpe?xn ak dtg dgn M ke yg?

18 Nov 09
3:26


bende yg ni?pyh benda nk bahagia.jom dtg dgn M
18 Nov 09
3:55

yg jgn nk mlatah xtentu pasal blh x?ya allah.ati ni tetap sama lg.cm ya allah..yg kt mane?

18 Nov 09
3:56

Astaga..mngucap reti x???kalo dh xcinta?xsayang?xrindu?xpelah.xpe..kalau cinta?dtg..dtg..M nak peluk

18 Nov 09

4:24

Oh jaga cincin M baik2..itu sgt bernilai dn bermakna sgt utk idup M..M doakan ko dpt apa yg ko NAK..bkn mudah utk jd M.tq.bye
18 Nov 09

13:16

M minta mslah dselesaikan..bkn dgantung cabut lari..ko kt ko cinta!tp apa yg ko buat?mmg ko xbrtggjawab.mental xbertempat!
18 Nov 09

20:09

Nt tlg bwk kasut M dlm kete ko..cincin skali.bkn nilai RM yg M cari..tapi nilai idup yg ada pd benda tu.arap fhm.tlg hormati.M xtau ko apa?tp jgn benarkan M brtindak mcm ko ke ofis ko nt.ok.ni bkn ugut.M x minat.M bkn mcm ko.suka ugut.serbu,buat bende d blkg2 M.ok.ingat tuh.mslh utk d selesaikan.bkn utk cabut lari mcm ko.jelas?arap fhm!

18 Nov 09

20:49

Ayat kau tu ibarat tiada perasaan sayang dan kasih pada aku..aku nie sapa bagi ko?memang terlalu kecewa...segala usaha aku...kasih sayang aku..pengorbanan aku..bagiko adalah sampah..kau terlalu memandang keindahan luaran..leka dengan manusia yg bagi ko terlalu sempurna berbanding aku..dan dalam masa sama di hadapan aku kau permainkan perasaan aku membabi buta..adilkah kau buat aku sebegini?kalau kau menganggap aku sebagai kawan..baik aku terus memulakan cinta baru aku..bukannya dengan ko lagi! org mcm aku mana nak reti nak bahagikan kasih sayang nie..tak mcm ko!berkali kali aku bertanyakan status aku..tapi ko diam! ko ckp lover la..sayang la...etc..huh..aku sebenar tak kisah sgt apabila ko dengan berani nya berkata..din aku ada org lain..plz tinggalkan ku..new bf..aku tak kisah..aku tak melenting..aku tak melawan..aku tahu sapa aku n status aku..at least ko ckp kita berkawan..ok fine takde masalah bab itu..tapi apabila melibatkan hati dan perasaan ko jgn cuba nak mainkan aku dan org lain..adilkah begitu disebabkan kesilapan lampau ex ko..ko nak balas dendam keatas semua org..ko cuba nak buat benda sama kepada org lain..mungkin dalam hati ko kata..arghh mana ada org kat dunia nie jujur dan baik..takde spare part scandal etc..terutama dalam dunia ni..ohh..kau silap besar..aku tahu majoritynya memang mcm tu..ko tak pikir yg aku bersusah payah mencari rezeki dan berkorban sepenuhnya utk ko..yeah bagi ko senang..duit boleh tumbuh atas pokok..aku nie yg memanjat column setinggi 100m di panas terik dan berpanas di tengah lautan..ko pikir sendiri la..lainlah mak bapak aku kaya raya duit boleh petik mcm tu saja...
KEBODOHANKU
ramai org akan kata aku nie terlalu bodoh..biasa la bila aku dah cinta dan dah sayang..mcm mcm bende boleh berlaku..cinta itu buta..kalau silap pilih pasangan habislah kita..entah la kenapa sampai ke tahap ini aku masih lagi boleh bersama ko..entah laa..aku pun pelik..aku kene mandrem..bomoh..arghh terlalu heran..kalau dulu kalau aku nak couple je kalau aku nampak org lain tu pelik sikit awal2 lagi aku dah cabut...aku takut dikecewakan..di KL nie banyak org dan byk ragam..tapi kini selepas satu persatu yg aku nampak secara sengaja dan tak sengaja..aku masih bertahan..adakah aku bodoh?kisah lampau kau...mirc,tagged,ym,PR,picture RF didalam wallet ko dan entah sekor lagi pun aku tak kenal,blog ko yg cukup menyakitkan untuk aku membacanya..dan juga text sms ko yg cuba ko sorokkan dari aku..entah kenapa aku masih bertahan...ya allah..cinta?cinta bertepuk sebelah tangan?huh..life memang cukup menyedihkan..apabila aku betul menjumpai org yg aku cintai dan aku harapkan dianya la pilihan terbaik tapi sebaliknya yg berlaku...arghh aku cukup sengsara...ramai org kata aku nie bodoh..again..ko budak lulusan U..cerdik tapi bodoh dalam hal nie..kalau melibatkan hati dan perasaan belum tentu aku lulus..la woi! aku bukan selalu bercinta dan berscandal..hidup aku bersendirian sebelum ini!kalau aku suka org tu..sorang saja aku layan..aku tak reti la nak layan scandal sana sini..memang la aku nie multitasking dalam byk perkara tapi melibatkan soal hati...ohhh susah..aku cuba pernah memaksa diri aku untuk berscandal sana sini..pasang dua tiga..tapi ohh tidak boleh..susah hati aku memang bukan ke situ..arghh aku cukup kecewa..cukup banyak harapan aku ngan ko..impian ko..impian aku cuba untuk mengubah hidup ko yg bagi aku nampak cukup huru hara..dengan kisah kesempitan hidup ko..kerjaya ko..pendidikan ko dan juga aku nak bawa ko pulang kepada family ko..aku tak mengharapkan apa apa balasan pun..anugerah grammy awards etc..at least aku nampak ko happy dan bahagia bagi aku dah cukup..ramai org cakap...ohh niat ko tu din?ko gile?setakat tak kenal sampai setahun ko nak buat mcm tu?ko tu nobleman ke?kau pasti akan menyesal seumur hidup apabila dia berjaya dia akan dump ko sesenang hati!etc mcm mcm gelaran keluar..impian aku travel semalaysia ngan ko..bila ko dah ada duit sikit..travel satu dunia..bermotor bike besar..enjoy saat kehidupan bersama..pergi haji dan umrah bersama..wow...impian yg cukup besar..entah la..angan angan di siang hari kot..tapi aku masih lagi cukup kecewa..aku cuba sorokkan kekecewaan ku ini dengan mengembirakan hati aku nie..walaupun aku tahu hati ko dan cinta ko bukannya untuk aku..kau selalu leka dengan lagu cintamu,sms mu..entah la..sasau aku menulis masa ni..aku teringat satu filem cinta yg kita menonton bersama..pelakon leslie cheong dan partnernya itu..mungkin aku berada dalam kisah tu juga kot..ya allah bantulah aku dalam kesulitan dan kesengsaraan ini

19 11 09

5.00 AM
Haru biru dan sasaunya aku di Office!

Pagi yg cukup sengsara bagiku..aku gagahi diri utk pergi bekerja walaupun aku tak cukup tidur..selera makan yg turun dengan mendadak..dan jika dihidangkan kek black forest pun belum tentu aku menjamahnya..sakitnya allah saja yg tahu! Hatiku tidak lagi bersemangat untuk meneruskan kerja aku ini..aku berada dalam zone yg mana lost arah..buntu..sedih..kecewa dan bermcm mcm perasaan yg ada..semuanya yg menyakitkan dan caranya untuk menyembunyikan kesedihan aku ini berulang kali aku turun ke tingkat bawah sebagaimana pada hari semalam..menangis kesedihan ibarat kanak2 kecil di dalam toilet kerana aku tak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya apabila kau sanggup menipu aku kerana kau begitu taksub dan leka dengan bauan wangian perfume..kereta vios..fizikal yg gorgeous dan personality yg cukup membosankan bagi ko..aku tak dpt menyembunyikan kesedihan lagi apabila org yg selama ini aku sayangi sepenuh hati melebihi dari diriku tidak jujur dan curang yg melampau..takut untuk berkata benar..lantak la org nak cakap aku lembik ke..mudah mengalir air mata ke etc kerana perasaan aku ..aku sahaja yg mengalaminya..bukan korang..kau tipu aku kau cakap kau bekerja tapi sebenarnya kau dah lama berhenti kerja..kau menyembunyikan sesuatu supaya kau senang untuk pergi berdating sana sini!arghh kecewanya aku..
aku dapat mengagak sesuatu yg tak kene berlaku apabila aku terserempak dengan kaer di bawah aku tegur...kau keje tak ari nie..dia ckp aku nampak dia kat rumah tgh basuh kain..pelik bin ajaib..kau ckp ko kerja tapi kau boleh lagi balik rumah basuh baju ko tu..dan hari ni ..merupakan hari sial bagi aku..kau ckp kau bekerja malam...balik pukul sekian2 dan aku yg kebiasaannya datang awal utk menjemput ko...aku tunggu di bawah parking biasa...tak sabar aku nak jumpa ko rindu mcm dah setahun tak jumpa..tapi entah tuhan maha kuasa..kau keluar dari kereta vios dan kau meluru kearah ku..kau maki aku..kau tuduh aku mengintip..bukan niat aku sebenarnya..mana tak hancur luluh hati aku apabila kau tipu aku dan masa sama kau ckp aku nie pengintip..semuanya buruk pasal aku!
aku terus drive membabi buta keluar dari car park dan kau pula aku tahu mengutuk aku di dalam blog dengan pelbagai gelaran..pyscho!mental etc..
Walaupun aku dalam kesedihan aku masih berupaya untuk menyiapkan paperwork aku untuk meeting dengan client petang nie bersama bos aku di rawang..ada presentation dan sesi dialog..aku tahu hati aku tak kesitu tapi aku cuba memaksa diriku ini pergi dan menemani bos aku..menyembunyikan kesedihan dengan berborak dengan bos dan petang tu aku dikejutkan dengan sms dari ko

" tlg kol jap..ko kt mane?mslah xselesai dgn cara mcm ni"


19 Nov 2009

13:47


"Hurmmm..mcmane??M tahu semuanya dh xblh baik..tp M nk tahu mcmane?mslah utk d selesaikan dgn baik.."

19 Nov 2009


22:23

apabila aku terima sms nie..hatiku rasa marah..anti..benci dengan segala tindakan oleh ko terhadap aku..kenapa aku perlu perbaiki..kau tak jujur pada aku..kau menyorok kecurangan ko..kenapa perlu aku menyelesaikan masalah ini lagi..dengan tambahan selepas membaca segala tindakan dan kelakuan liar ko di dalam blog..perasaan ko terhadap org lain..dan cinta barumu terhadap mr RF dan obsess dengan cinta ex mu itu..aku bagimu sekadar teman atau bahasa mudah ko MY PARTNER!..org yg paling tak penting dalam hidup ko..kerana ko rasakan yg lain tu begitu memahami ko berada begitu lama bersama ko berbanding aku nie hanyalah 3 bulan dan selama ini kenapa segala kesusahan ko..sakit demam ko tak saja mencari mereka..masa ko kekurangan duit kenapa ko tak cari si alex yg cina kaya raya ngan duit MLM,si mike yg berkereta vios..membe ko yg engineer di company jepun dan blah2..kenapa ko mencari aku!kerana apa bagi ko aku nie adalah bukan hanya istilah banker tapi lebih dari itu..mesin print duit ..anytime ko memerlukan aku pasti ada tanpa banyak soal..laki bini pun leh gaduh pasal duit..aku bab duit ringgit nie dengan org yg aku cukup cintai memang takkan lokek kerana aku nak hidup ngan dia..aku akan buat yg terbaik!duit boleh dicari tapi hatiku sakit ni sapa nak ubati?diriku sendiri..bukannya ko akan peduli!arghh dah namanya cinta..segala bende pun aku sanggup korbankan..bodohkan aku?

Semasa dalam meeting..aku mengelamun yg dasyat..otak aku tak keruan..hatiku tak kesitu..badan aku teramat keletihan dan lesu..muka yg terlalu pucat..kesedihan..sudah seharian aku tak makan..yg aku makan pun sejemput nasi dan juga telur goring..tu pun nak ambik hati bos aku..kalau tak bergelen air the masuk kedalam perut aku nie..lesu dan tambahan dengan tidur yg tak mencukupi selama hanya sejam semenjak 2 hari lepas…aku menguap sepanjang masa di dalam meeting..cukup memalukan…petang tu aku mengejutkan bos aku dengan permintaan yg tak masuk akal..aku nak cuti unlimited..bos aku terkejut..kenapa ngan ko nie ada masalah besar..yes aku ckp..dia begitu paham dgn problem aku nie..tak kisah la..aku kene tolak gaji ke etc at least aku dapat buat kerja aku balik bile selesainya masalah ini..tapi aku berjanji ngan bos aku selepas ini..kalau job offshore berbulan2 sebolehnya bertahun2 hantar la aku kesana..sebolehnya aku nak lupakan segala kesedihan yg aku alami selama ini..bos aku mengerti..aku akan selamanya kesepian biar laaa..itu saja caranya utk aku melupakan semua kenangan pahit ini..supaya ko akan bahagia dengan cinta baru ko tu!
20 11 09

Aku lari membawa diri

JB-Singapore-Hongkong

"kt mana?watpe?M cm nk mintak maaf.dn ssungguhnya M rindu..sgt rindu.."

20 Nov 09

15:32
Detik paling sukar dalam sejarah hidupku. Sepanjang aku berusia 28 tahun inilah peristiwa yg cukup membunuh aku secara mendalam..dengan trauma..kesakitan..kepedihan..kesengsaraan apabila segala pengorbanan aku dan kasih sayang aku ibarat sampah bagi ko..bagi ko segala pengorbanan aku tiada nilai dan ertinya..aku nie ibarat tunggul kayu yg tiada perasaan dan medium supaya boleh ko guna dengan sewenang wenangnya..aku terlalu menurutkan sahaja kemahuan ko kerana terpedaya dengan janji ko dan juga cinta ko..cinta ko adalah terlalu dusta bagiku..ko menjanjikan aku harapan yg menggunung dan dalam masa yg sama ko flirt..mencari yg lain supaya ko rasa lebih terjamin dand alam masa yg sama ko biarkan aku menderita apabila terpaksa meninggalkan ko..ko begitu bangga sekali mengatakan di dalam blog ko yg aku meninggalkan ko..my partner is leaving me..tapi ko tak mengerti perasaaan aku yg keseorangan dan kesepian apabila terpaksa meninggalkan dan dalam masa yg sama ko juga mempunyai spare part yg bersepah di luar tu..berligat sms...entah hati ko kat sapa pun aku tak tahu..dan ko begitu angau dengan si RF..a.k.a zack.cinta baru ko itu dan dalam masa yg sama ko terlalu mendewakan cinta lama ko..sepanjang dalam perhubungan ini ko banyak mengabaikan aku dan menjanjikan aku dengan seribu satu harapan..dan aku tak nampak sebarang keikhlasan untuk menemani aku sepanjang masa dan sekadar untuk menyedapkan hati aku sahaja..aku nie ibarat bagi ko takde perasaan..batang kayu! aku masih teringat apabila masa bday aku tempoh hari..kau begitu ligat bermain ym,blog..etc..melayan sms,calling,cyber frenz mu itu sampaikan aku diabaikan..masa yg begitu penting sebegini kau langsung tak memberi perhatian pada aku..aku nie tunggul kayu..yg boleh di campak kemana2 saja kau suka..cukup sedih..org yg aku sayangi dan untuk hargai masa detik bday aku nie..wat bodoh..semakin lama aku perasan cinta ko..kasih sayang ko bukan untuk aku..tapi entah mengapa kau masih lagi ingin bersama aku??entahlah..dalam masa sama ko juga dihantui bayangan dan wild dream ko mengidam untuk memiliki seseorg yg sebiji mcm ex ko..perangai,fizikal,look,pekerjaan dan etc..dan segala kata kata ko tentang preferences ttg aku adalah sekadar pemanis mulut ko untuk menyedapkan hati aku dan memperbodohkan aku..bila aku cerita kepada membe aku laki dan perempuan..apa ko dapat dari lover ko?aku ckp nothing..semua terdiam..terkedu..tak tahu nak cakap apa pun...

Apabila mengenangkan bende tu..aku cukup sedih..mana tak sedihnya org yg aku cintai mcm separuh nak mati..aku menangis sebab dirinya..aku berusaha sedaya upaya aku dan berkorban segala serbi untuk cinta ini dibalas sedemikian rupa..sakit demam ko aku alami..makan minum ko..segala serbi berkaitan ttg diri ko aku sentiasa fikir dan prihatin tak kira di mana walaupun ketika itu aku berada di lautan nun jauh sekalipun..adakah ko prihatin pasal diriku ini?tidak itu pun selepas aku memberontak dan merajuk baru ko ambik peduli itupun sekadar melepaskan batu ditangga..adakah ko sentiasa mengingati aku sepanjang masa sebagaimana juga aku?ko sentiasa sibuk dengan melayani scandal ko,cyber friends ko..ex RF dan cinta baru ko RF..gaban..blah2 berjela jela dalam sms ko

Arghh aku tertekan apabila nak menyambung penulisan aku, aku terpaksa bergegas ke balai perlepasan.. entry ku ini kali ini berada dalam suasana yg dipenuhi oleh org ramai..apa aku peduli dengan sesapa pun kalau aku tak mampu untuk mengawal perasaan aku akan lepaskan sahaja..melalak ke muka ketat ke ataupun muka sebam..lantak la..hati aku telah di siat2 dengan teruk sekali..sapa peduli pasal aku nie!

Situasi ku masa ini ketika di balai perlepasan ini memang terlalu kronik.ada beberapa org melihat aku dengan penuh kasihan..biarlah mereka memandang aku dengan cara begitu supaya dapat memahami penderitaaan aku ini sebaik dari aku punya lover yg asyik leka melayan cinta barunya itu….petang semalam sahaja, masa aku drive, badan aku begitu lemah..aku meminta pertolongan dari mr raja..teman baik ku semasa di uni utk aku tumpang tido dirumahnya selama sejam..disebabkan si dia nie ada hal pada pukul 8 malam..aku terpaksa merempat lagi..aku tak mahu menganggu raja nie tapi dah terpaksa…terlalu letih dan tak bertenaga..badanku mengigil...pada mulanya aku plan nak tido di rumah si fadzli teman baik ku juga di universiti..yg cukup mengetahui sapa diriku ini dari luar dan dalaman..bagiku dia adalah sahabat yg bole aku percayai untuk menceritakan masalah ini..dan juga menemani aku ditempoh yg sukar ini..aku sudah tak terdaya lagi kalau keseorang di dalam bilik mengenangkan kisah kehancuran cinta aku ini dan penipuan dan kecurangan yg telah dilakukan oleh ko..dengan trauma blog yg dikarang oleh ko membuatkan hatiku teruk remuk dan luka..arghh aku begitu merana dan sengsara..si raja melihat aku dgn penuh kesian dan bermcm mcm persoalan keluar darimulutnya..aku mendiamkan saja…selepas pukul 8 tu..aku dari kepong terus bergerak ke pj digital mall..dengan tujuan untuk membeli external hard disk..akan aku simpan kenangan pahit nie..kedukaan aku di dalamnya..terkurung..aku tak sanggup lagi melihat berada di dalam laptop ku ini..aku sayang untuk membuang segala kenangan walaupun bagiku ianya sebegitu pahit..arghh aku sengsara semasa memandu ke sana..otak ku merewang..merewang…kosong .selepas selesai membeli aku pun memerlukan teman untuk menemani aku berbual..kalau aku keseorang pasti aku akan lagi parah keadaannya..aku terus menggengam hp aku dan call adik angkat aku..dia cukup memahami masalah aku dan mengofferkan dirinya utk membantu aku!
Aku cuba mengibau kembali detik detik dimana segala harapan aku,cinta aku,kasih sayang aku..dan kepercayaan aku musnah dalam sekelip mata apabila aku ternampak pembohongan secara terang terangan..siapa suka dirinya dikhianati apabila dalam perhubungan sebagaimana juga aku..aku telah ditipu secara bulat2 dan secara keterangan2…tiada rasa bersalah oleh ko..maupun perkataan maaf ..sorry seem to be the hardest word..malam tu aku tak mahu gaduh banyak dalam phone n sms..hatiku telah remuk sekali..aku meminta izin untuk pergi..dan paling menyakit hati apabila aku dituduh sebagai pengintip dan berbagai tomahan yg keluar dari mulut ko..betapa sakitnya hatiku ini apabila usaha aku untuk datang awal berjumpa ko tidak dihargai..biasa la lumrah apabila aku sayang seseorg tu..sebolehnya aku datang awal utk berjumpa ko..ko pernah mengatakan dahulu tak suka menunggu..kerana mcm penyiksaan dan aku taknak perasaan itu menimpa diri org yg aku sayangi....malam tu hatiku begitu bersemangat berkobar kobar mcm dah lama aku tak jumpa dengan ko…aku sanggup menunggu di bawah walaupun sejam awal..tapi malangnya usahaku ini,niatku ini dipandang serong bahkan kata keji dan kata nista di dalam blog ko itu…hina sangat ke aku nie sampai ko sanggup nak sepak terajang..teramat sedih sekali bende itu dikeluarkan oleh dari akal org yg aku cukup sayangi itu..


Arghh aku leka dengan menulis entry ini didalam word sebelum aku publish di dalam blog aku..terkejut aku apabila nama aku dipanggil berulang kali..aku tak mahu mengulangi kesilapan yg telah aku lakukan pada pagi tadi..begitu seksanya aku pada hari ini..pagi2 hari lagi aku dah keluar dari rumah si fadzli nie..bersama dengan si dia nie naik kereta untuk pergi di officenya yg terletak di KL sentral..aku cukup bersalah melibatkan ramai org dalam masalah aku ini..tapi aku memerlukan teman..untuk berkongsi..at least kurang sikit penderitaan aku nie..walaupun kesemuanya tak mengetahui siapakah insan yg telah menyakiti hati aku nie..aku bersama si fadzli utk sarapan bersama..dia mengucapkan selamat jalan dan elok dalam perjalanan aku nanti..aku sebolehnya ingin bersendirian di Negara org pada masa ini..itu jalan terbaik..aku terlalu keliru..dengan kenangan..dengan ko yg aku tak tahu apa ko buat di sunway tu..bergembira?berduka?entah..yg aku tahu kau cuba pujuk aku..tapi dalam masa sama ko tetap tak berubah!aku bukannya nak layanan sebijik mcm ex rf ko tu ataupun ste.tapi at least ko hargai aku..jgn menipu aku!..skrg nie bagi aku..segala berkaitan ngan ko adalah penipuan!dari A to Z..aku ada otak..walaupun aku cemburu..kalau ko menerangkan dengan cara terbaik aku tak sebegini..aku bukannya jenis suka mengongkong org..aku bagi kebebasan..kalau ko ckp aku mengongkong kenapa aku sanggup memperjudikan nasib aku dengan bagi ko online 24/7 yg lagi senang ko nak menjalang tak pun mencari teman baru ko kat situ..lagi risiko besar..tapi at least aku percayakan ko..dan skrg nie kau telah merosakkan kepercayaan aku nie..aku cukup keliru..tambahan dengan hampir majoriti kawan aku ckp..udahla tu din..tinggalkan la manusia tak guna tu..dia tak reti hargai ko..byk lagi manusia yg baik kat luar tu..akan hargai ko..cintakan ko.kekurangan ko etc….cinta ko padanya tak berguna..sia sia sahaja apa ko buat ini!arghhh korang semua tak tahu apa perasaan aku..bila aku dah mula bercinta..memang akan begini!tu aku takut jatuh cinta dan diberi harapan sedemikian rupa..arghh..bagi aku keseorangan dan buat apa aku nak buat!entahlah disebabkan kenangan aku pergi ke Negara luar..terbang..sengsara aku berada di bumi Malaysia nie..arghh..pagi tu tindakan bodoh telah aku lakukan..kul 2 petang tren aku ke bumi johor belum sampai lagi..aku frust dengan penantian..cukup terseksa..semakin lama aku di KL semakin aku terseksa..dan aku tambahan leka mentelaah dan memahami setiap isi dari blog yg cuba ko sampaikan..aku tahu itu semua adalah datangnya dari isi hati ko..walaupun ada yg tak betul..aku akan cuba mendalami memahami..mana satu datang dari isi hati ko dan mana juga dtgnya dari khayalan ko..tapi selepas membandingkan kedua duanya..berkenaan aku..cinta ko padaku..entah la..sifar…aku bila biol memang akan sebegini..kecewa..

Sedar tak sedar semasa aku nak plug out the computer..aku check hp aku dah pukul 2.30..arghh aku cepat bergegas turun ke tempat menunggu di bawah tu..apabila aku berkejaran mengejar tren tu..yg aku dapati..adalah..tren tu dah berlepas..kurang dari seminute..arghhh..pakcik yg menjaga tu siap perli aku lagi..tren dah terlewat..ko lagi la terlewat..aku buat muka bodoh lantak la..masa tu..arghh bertimpa kekecewaan..pakcik tu bagi idea kalau ko boleh mengejar tren tu di seremban..sempat kot..arghh terus aku berlari2 100m naik ke atas mencari teksi..selepas selesai membayar tiket kupon tu..aku pun bergegas kearah teksi diluar tu..lembab la pakcik nie..komen dalam hati aku..aku ckp..pakcik saya ada urusan hidup dan mati nie..boleh tak pakcik bawak laju sikit.saya akan bayar toll dan segalanya menuju ke stesen kajang..arghh..semasa dalam teksi..aku menyedapkan hati dengan berborak dgn pakcik dalam teksi tu..pakcik tu nampak muka aku yg sedih..ada masalah ke nak?aku ckp yes tanpa berpikir panjang..putus cinta?aku menganggung?selamba je dia ckp cinta tak semestinya untuk dimiliki..kita akan boleh nampak tapi belum tentu kita dapat pegang…tergamam aku..erkk..ayat keluar dari mulut pakcik nie cukup berbisa..dia kata nak dapat cinta sejati memang susah..tambahan dalam dunia skrg yg terlalu materialistic..lepas tu aku terus mendiamkan diri..dalam 15 minute aku dah sampai di stesen kajang..yg aku tahu..pakcik tu ucapkan semoga berjaya kejar tren tu..aku berlari lagi..badan aku berpeluh..apa aku peduli..dengan memikul beg deuter ku yg berat aku berlari..ibarat mcm org dah gile dan sasau.mengejar tren..puas aku memanjat tangga dan kearah kaunter..penat lelah..tapi apa yg aku dapat sekali lagi…kekecewaan..apabila diberitahu oleh pekerja di situ..dik..tren dah terlepas dah..arghhhhhhh..rasanya mcm aku mahu saja menjerit kat situ..tertekan dan kecewanya aku!!!!!!!!

SASAU SASAU SASAU


Aku cukup sedih dan kecewa..terus aku beli tiket komuter..naik dlm tren perasaan aku time tu cukup tertekan..frust..kecewa..sedih..lantak la..org memandang aku..aku kerap membelek sms aku..arghhh..kecewa lagi..apabila aku sampai di kl sentral..perkara yg pertama aku lakukan..beli tiket online..tak berjaya..beratur di airasia..ramai org..dan aku pergi ke kaunter MAS..on the spot..terus aku grab tiket ke selatan tanah air..bergegas aku naik KL express..lantak la..aku tahu lepas nie mesti aku kopak..pokai…kredit card aku abis aku larikkan sampai max limit tiket ke JB n Oversea..hotel etc..lantak laa....sampai saja terus aku bergegas ke anjung tinjau KLIA untuk menulis blog ini….

Semasa aku menulis blog nie aku asik melayan lagu..frust..oleh ungu..krispateh..aduhai..memang aku cari nahas..dah itu sahaja lagu ada dalam blog aku…makan minum?aku tak terpikir langsung..sunyi sepi aku di anjung tinjau itu..keseorangan aku..hati aku kosong.

KENAPA KAU LUKAI HATIKU DENGAN SEDEMIKIAN RUPA!

SMS dari mu dahulu

"yeke?our life is no where if cheating..sakitnya ati kalau kejujuran dn kesetiaan yg dberi dkhianati dgn kecurangan dn pentingkan diri"

6 Sept 09
22:37
"bg aku.krn aku tahubila ati sesorg itu dlukai,tiada pnawar yg dpt dubati.krn aku tahu bila ati itu dsakiti,ianya akan meninggalkan parut yg akan dtgg dalam"

28 August 09

6:39








 

0 comments so far.

Something to say?