Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku:Part 1:Our Family,Our Village N Our Love

By Pyromaniac


















Lumrah kehidupan..bende yg kita harapkan selalunya akan berakhir dengan kekecewaan,sebagaimana juga aku dan kisahku pada 3 tahun lepas bersama dengan family baruku di melaka
sepanjang minggu aku pergi ke sana bertandang dirumah familynya tapi apakan daya,disebabkan oleh watakku,sifatku..dan juga perangai aku..aku dilarang bahkan tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki disana..
Kali ini aku tak mahu mengulangi kesilapan lalu..akan aku cuba mengubah keadaan menjadi yg sebaik mungkin dalam perhubungan ini..walaupun aku tahu kesudahannya pasti menyakitkan aku juga..biarlah takdir menentukan segalanya
Hati aku tak sabar menanti detik pukul 6 petang di office aku nie..dan ko pula membebel kata aku penakut la...lambat klr dari office la..blah blah2 aku tak nak jadi seperti ko yg pernah menghadapi masalah disiplin ditempat kerja sehinggakan kau dpt warning letter..sebagaimana yg aku ckp sebelum nie dari A to Z aku tahu berkenaan dirimu..walaupun terang lagi nyata..aku yakin suatu hari nanti kau mampu berubah dan menjadi insan yg terbaik

Petang khamis..dan esok pula adalah hari keputeraan sultan selangor..selepas je klr dari pintu door office aku kau dah menunggu di luar dengan kereta aku..kau jemput aku dan terus kita meluncur laju ke ikea..mcm biasa beli karipap kegemaran kita..half dozen untuk bekalan sepanjang perjalanan..
Yang aku tahu petang tu aku terlalu keletihan..aku banyak menyerahkan pemanduan kepada ko..kau memandu sepanjang masa..kau kata sebolehnya nak sampai sebelum pukul 1 pagi...
pecut punya pecut..akhirnya sampai lah kita di Pasir mas..rumah family kita..bersalaman dengan mak ko..aku pula mandi..tukar pakaian dan kita dihidangkan oleh hidangan makan malam..
kegemaran kau mcm biasa ikan selayang rebus goreng dan budu..aku pun bedal saja..istilah biasa food lover

11 12 09

Our family,Rantau Panjang,Masjid Beijing,Che Sue House,Pokok Manggis,Wakaf Baru dan Taman Permaisuri
Hari dimana cukup bahagia bagi aku dan si dia..berkenalan kesemua ahli family ko..che le dan wife dia..dua anak comel kepunyaan pasangan ini..si along dan angah yg begitu lincah dan riang termasuk dengan abg long yg suka bercerita pasal nak jadi pemain bola yg terhandal..bermain bola bersama aku di pagi hari..dua pasangan kembar anak kepada abg saipul..dan paling penting dalam hidup ko dan aku mak kau yg sudi menerima aku seadanya..menganggap aku mcm ahli keluarga ko..
aku dapat lihat sinar kegembiraan dan kebahagiaan terpancar dari muka ko bermain bersama dengan anak buah mu itu..ko kata dah lama tak dapat menghayati detik sebegini..menikmati hubungan kekeluargaan yg dah lama ko buang selama ini..aku cuba membawa kebahagiaan dan nilai kekeluargaan ini kembali kepada dirimu
Wakaf Baru Flea market
ko dulu selalu kata flea market di area rumah ko antara the best di malaysia..aku nak saksikan dengan mata aku sendiri..pagi tu ko mengejutkan aku..kita pergi bersama dengan abg long anak che saiful..berlegar..memerhati..apa yg aku dapati hanyalah..baju bundle yg masam dan juga konsep pasar malam yg kebiasaan terdpt di malaysia..bosan bagi aku..pulang tu aku bersembyg bersama dengan abg long..dan ko pula datang bulan!kah
Taman Tasik Permaisuri..
entah aku kurang pasti nama sebenarnya tapi aku tahu lokasi nya di rantau panjang
Petang tu kau dan aku membawa kesemua anak buah ko tu pergi bermain di taman tasik tu..main buiayan.seronok melayan kanak nie sebenarnya..aku nie takde anak buah..walaupun masa tu aku cukup hangin kau sempat lagi leka melayan scandal ko bersms..aku ckp cukup la..beri perhatian pada keluarga ko tu!
Masa nak pulang tu kita singgah di gerai cari kuih..arghh takde pulak..kecewa dan masa dlm kereta plak anak buah kita berperang..pening..kau mengamuk kau ckp serabut@
Malam tu pula kita lepak luar jejalan nak jumpa tok wan la..makan malam di kopitiam la..etc..
12 12 09
RANTAU PANJANG
Semenjak dari mula lagi..aku dah bagi idea nak ke sana..shopping kata aku la..kau ckp ok set..kita pergi berdua di pagi hari..drive ke sana..singgah sebentar di masjid beijing dan bergambar kenangan untuk kita berdua..arghh terlalu banyak kenangan telah dicipta oleh kau dan aku..walaupun ada membe perlekehkan aku..kau cipta memory daun pisang..aku tak paham maksudnya mungkin mereke berkata..udah la udin..memory daun pisang nie pakai buang je bagi dia..kau tu yg terhegeh2 duk ingat memori nie dalam kepala otak ko..
Rantau panjang..argh takde bende menarik perhatian aku untuk dibeli..aku hanya tertarik pada satu lampu suluh mendaki saja...yg lain aku tak minat..typical sama dengan barang siam..aku boleh dapat ngan harga lagi murah di bangkok sana..aku tak heran
kau mengadu lapar..ko ckp nak makan local..kempunan nak makan kuih tradisional la..kelantanese food la..moist n juicy la..itu trademark bagi ko..berlegar kita keliling bandar rantau panjang mencari food keinginan ko tu tapi tak jumpa..arghh tertekan dan fed up terus kita pulang ke bandar pasir mas...
BANDAR PASIR MAS
Aku shopping barangan dapur ngan ko..kita beli ikan kembung,ikan sardin/selayang (kegemaran ko rebus dan goreng tu),sayuran dan bawa pulang apam balik yg ko kata tersedap di pasir mas..hampeh rasanya bagi aku..dari dulu lagi aku tak minat kuih tu..dan beraneka jenis kuih local kelantan yg lain..
Sesambil itu kita menikmati laksa kelantan/laksam..kau ckp takde tempat nak makan..singgah digerai makcik nie dan kebetulan aku bawak kamera..snap pic kenangan antara kau dan aku!ada aku printkan kemudian utk ko..tapi yg paling menyakitkan hati aku..sepanjang makan tu kau tak abis bercerita pasal kisah ex ko..kenangan lampau..etc..udah la tu kau bercerita buat apa kau nak mengigati kisah silam ko tu!aku ni siapa bagi ko untuk bercerita..teman ko..oh lupa!istilah dalam blog ko!teman kasual..boleh ko usung ke sana sini..dan ko campak hati perasaan aku sesuka hati..mcm bola
Pulang saja dari bandar pasir mas kau ajak aku pergi berkenalan dengan kesemua ahli keluarga ko.mak sedara ko..ayah sedara ko..cucu cicit..kesemuanya sekali..mcm kau nak bawak menantu pulang ke kg halaman ko!aku tak paham niat dan tujuan ko..mungkin ya sebagaimana kau buat kat ex ko dulu..tapi hati ko kat aku?
RUMAH CHE SUE
Makcik che sue nie,insan yg paling peramah aku jumpa..melayan tetamu dengan sebaik yg mungkin..dia biasa gelar panggil aku din naik la keatas rumah nie..mcm aku ni anak sedara kandung bagi dia..mempelawa aku makan..melayan aku dengan baik sekali..sedangkan aku nie takde ikatan tali persaudaraan langsung..makan tengah hari dirumah dia..dia masak sayuran dan ikan yg aku beli dari pasar tu..
DUSUN MANGGIS
Masa tu kau mengajak aku temankan ko pergi ke kebun buahan di belakang rumah che sue..panjat pokok manggis..memetik buah ..jolok dengan galah bersama dengan anak buah ko tue..kebetulan masa tu pula manggis tak banyak..dapat ciput je..satu baldi tak penuh diisi...kekecewaan aku!
 

1 comment so far.

  1. Anonymous February 16, 2010 at 3:21 AM
    alamak you... baik tak yah letak gambar kalau semua kena buang muka...

Something to say?