Kisam Silamku:Malacca in Love
4 11 09
Malacca In Love
Blog ini dah menjadi satu yg terlalu personal untuk aku ..tiada lagi kisah aku berkeseorangan atau bersama teman lain..tapi semuanya berkisar pasal SI DIA
Maafkan aku nizam seandainya entry ini telah menyebabkan kau berkecil hati,tapi kau sendiri telah mengkehendaki aku supaya bahagia..kau telah memberi aku dorongan dan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada aku untuk mencari cinta dan bahagia..tapi...
Aktiviti ini telah dirancang oleh kita berdua..aku dan si dia..kita org memang mengemari travel..berjalan..menikmati makanan dan suasana baru..walaupun hati aku masih dilukai oleh sms yg dihantar oleh rf semasa berada di kuantan..aku cuba mengawal keadaan daripada terikut oleh emosi..manakah mampu melihat sendiri dengan depan mata aku..sms yg berbunyi sayang..etc itu semua..kau ckp ala..semua panggil ko sayang itu ini..alasan yg tak masuk akal!
kalau kau tak melayan takkan ada sms mcm tu keluar!dan yg paling menyakitkan hati kau telah meletakkan password pada hp ko itu..kau cuba menyembunyikan sesuatu!kau menuduh aku berahsia..huh..menyembunyikan sesuatu dari ko..kau ckp kau tak suka ditipu,dikhianati dan dicurangi oleh ex rf kau tu..tapi dalam masa sama kau tipu aku..adilkah kau nak buat aku begitu juga?aku bersabar dan tetap bersabar..aku tetap teruskan aktiviti ini walaupun perasaan berbelah bagi..aku tahu di dalam hati kau..kau terlalu takut disebabkan perasaan kekecewaan kau yg lepas..semua manusia di sekeliling ko,kau libatkan..kau pikir semua org sama..kau anggap aku sama dgn ex rf kau..aku tahu kau pernah bergolok gadai utk ex rf kau sampaikan hutang ko menimbun sana sini,hidup ko musnah, kau berbelanja sakan dari barang ikea,ke tiket flight semata utk cinta ko itu tapi bile gagal..kau turut terbawa sikap kau itu kedalam perhubungan ini..kau silap! aku tak sama mcm ex rf kau dan sekiranya perhubungan ini gagal..aku yg rugi..kecewa dan segalanya dan kau takkan menyesal dan rugi satu sen pun..kau anggap aku sebagai teman utk kau melupakan segala masalah ko dengan pergi kesana sini..tapi akhirnya hati kau tetap mengigati di si rf ko tu..tapi bagaimana pula hati aku?aku bukannya batu!
MALACCA in LOVE
kenangan oh kenangan!
Aku dan kau pagi hari sudah menyiapkan diri untuk bergerak..memilih baju utk sesi photografi..ha..ya kebelakangan ini memang kita berdua minat utk bergambar..bergerak dari sunway tempat kita berdua bersama..kenangan kita disitu..menuju ke melaka melalui lebuhraya plus..arghh..aku dapat rasakan kebahagiaan bila bersama begini..masa ini hujan..kau pasti mengingati bagaimana wiper aku yg sentiasa berbunyi..krek krek krek..dan mula lah kau bercerita kisah abg kau si sepul yg menukarkan wipernya pada harga yg mahal..kau ckp org kaya mcm aku nie jenis tak kisah nak spend duit..blah2 ..masalah kaya ke aku?setakat pakai wira ni?kau ckp aku kedekut..haha..aku tak la gaji besar mana pun..
Dataran Ayer Keroh
Kau dan aku berhenti di dataran ini untuk bergambar kenangan..yeah aku tahu kebanyakkan gambar hanya pasal diri kau tapi aku pasti apabila satu masa nanti kau pasti akan menatap gambar ini dan kau mengigati kau pernah bersama siapa..itu tak boleh lari..gambar menceritakan segalanya
Jaya Jusco
Aku cuba untuk memenuhi kesemua hasratmu..tanpa menolak satu pun..jarang menolak..kau ckp itu..aku ckp itu la jugak..bukan aku takde speciality..ayat yg pernah kau ckp berulang kali tapi aku tak nak untuk menimbulkan konflik ..aku cuba menggemari apa yg kau sukai..dan aku tahu kegemaran kau pasti walnut bread dan juga air susu HL..masa ini kita beli donut juga..arghh..walaupun masa itu bukan makan habis pun
SESI BERGAMBAR DI BANDAR HILIR
Kau cuba menunjukkan kepandaian gps ko dengan menyarankan parking di atas bukit berhampiran bandar hilir..kau ckp disitu paling mudah ke a famosa..aku kebiasaannya parking di dalam pahlawan mall..nah terpaksa la aku berbelanja RM5 untuk membeli kupon parking kalau masuk pahlawan hanyalah RM3..aku malas nak cari sengketa..aku ikutkan saja..takpela mengalah..utk kau aku mengalah serba serbi..bergambar sana sini..menikmati keindahan..kehidupan..kebahagiaan bersama..dan semasa tengah santai di atas bukit tu kau ckp..arghh aku cukup menggemari pic ini..santai..tiada dibuat buat mengambarkan expresi wajah yg neutral..kau refer kepada pic aku lah..yeah..selepas bergambar di atas st paul church..gerbang a famosa dan seterusnya masuk ke dalam istana melaka..
Kau pasti teringat satu pic dimana kita berdua bergambar bersama di hadapan church berwarna merah nie..gambar diambil ketika aku meletakkan kamera itu atas dinding di situ..argh susahnya nak minta tolong org utk gambar kita berdua kan..salah satu gambar yg aku cukup gemari dan akan aku printkan utk kita berdua nanti! sebagai kenangan
Arghh sungguh keletihan..aku pun mencari rumah penginapan yg terbaik..nak cri yg budget..berlegar la aku ngan kau.nak pi rumah guest house yg berwarna kuning tu..tak nak la..aku pernah ada kenangan di situ..aku dan kau pun memilih untuk menginap di traveller hostel...sesuai untuk backpacker mcm aku dan kau..selepas selasai mandi dan check in..terus aku ngan kau keluar untuk mencari lunch la..lapar perut nie!puas berpusing aku nak asam pedas..kau tak menggemari plak..nah ikut kau la..kau bawak kete kali nie
Cendol,Karipap dan Goreng pisang
Masa ni aku biarkan kau saja yg pandu..kau kata nak bawak aku pergi ke gerai kesukaan kau yg menjual goreng pisang panas yg sedap dan cendol yg menyegarkan..kau kata ikut saja..aku ckp ok la..dengan muka yg berpeluh dan kepanasan ni..arghh pekene cendol sedap nie..bagi aku saat ini adalah detik bahagia menikmati cendol bersama..
Malam hari di Bandar Hilir
Puas kita berlegar di bandar hilir..melepak di dalam mall dan bergambar di luar,berjalan sehingga ke menara taming sari.. bergmbar di area bandar hilir..kau perli aku..ha kau berposing ala ala model coke la!haha tergelak aku melihat kerenah dan telatah kau..malam tu kita bergerak ke jonker street..arghh rupanya malam yg kita pergi tu..tiada pasar malam..arghh suwey kata kau..kau ckp byk kali kita suwey mcm nie..bagi aku apa leh buat dah takde rezeki kan..
Makan malam di Umbai
Malam tu aku nampak kau begitu tak bermaya..kau keletihan..aku kasihan melihat kau..berjalan sakan kau ngan aku..kau ckp kat aku..order je la apa yg patut..aku order ketam dan ikan bakar..nasi lemak untuk 2 org..arghh rasanya biasa bagi aku..sebabnya aku dan kau keletihan pada masa ni..rasa nak balik tido je
MOVIES TIME
PHOBIA 3
Masa kau menonton cerita nie..kau tak berapa sihat..kau ckp pening melihat screen yg selalu bertukar dan akhirnya kau minta izin nak pulang awal..
Saat kau demam di Malam hari
Ya allah betapa rungsing dan haru birunya aku ketika ini..kau ckp kau pening..berlegar aku mencari minyak angin dan memicit kepala kau tue..takper la..biar la kau berehat dulu..walaupun plan pada malam tu nak karaoke biarlah kau berehat..mana aku tak prihatin kalau kekasih aku nie sakit mcm nie..woo buah hati aku nie!
5 11 09
Pagi tu kau bangun awal pagi..kau merengek gerakkan aku..tapi masa tu plak hujan..arghh nak kemana la masa nie..sedar sedar kereta kita kene saman..aku dan kau membiasakan semua barang KITA..bukan milik kau dan milik aku....kita breakfast dihadapan mall..gerai melayu..kita share satu pinggan mee yg sama..arghh romantiknya masa tu..kita bawa bersama roti walnut tue..bekalan dari hari semalam
aku ngan kau pergi ke eye of malaysia bergambar di sana..berjalan di area jonker walk..bahagia bersama..bergurau senda..usik mengusik..kau ajak aku pergi ke tokong cina..sebab kau dah biasa melawat tempat sebegini rupa..aku turutkan saja..
KARAOKE
Kita pergi melalak karaoke..masihkah kau ingat walaupun aku gembira masa ini tapi lukanya masih ada..sepanjang masa aku karaoke ngan kau..aku byk menyanyikan lagu pasal perpisahan dan kekecewaan aku nie terhadap kau!salah satu lagu yg sesuai pada masa ini!
Kasih berubah (my own version)
Di angin lalu ku sampaikan kerinduan
wajahmu ku terbayang
bersama janjimu ku bawa dalam mimpi
kubawa dalam mimpi
Malam sunyi rasa sepi didalam cabin
ku duduk seorang diri
terbayang wajahmu di lautan
hidupku di offshore
penuh dengan cubaan
namun kau tetap jadi pujaan
walau ku cuba untuk melupakan dikau
namun ku tak terdaya
kini ku selalu terkenangkan dirimu
oh sayang oh sayang ku
alangkah hancur hatiku
bila pulang dari offshore
terlihat kau bersama rf barumu
berminggu kita terpisah
kiranya kau telah berubah
janjimu hanya tinggal kenangan
hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
mengapa oh mengapa..ohh yeaa
dari jauh ku lihat kau bersms lagi
berbahagialah di sampingnya
hmm..ohh...
mana hati aku tak terluka sekiranya kau ckp kau cinta tapi dalam masa sama kau ada org lain..kau ckp kau setia tapi?
MIXED FEELING
aku memandu pulang dari melaka..satu kenangan telah tercipta antara kau dan aku..bagi aku kenangan ini pasti akan menghantui aku dan kau nanti..yeahh..lain lah kalau setakat perhubungan kita nie tgk wayang dan makan2 ..typical rutin pasangan berdating..tapi kalau melibatkan xtra ordinary..kesannya pasti haru biru..
aku drive ikut jalan kg..kata kau sebolehnya nak jimatkan toll..aku pun berhenti seketika di bandar rembau..renew road tax..lupa plak aku dan kau mengomel letih nak driving...masa di dalam kereta..entah bagaimana satu issue timbul semasa berbual..kita berdua berselisih pendapat dan bermasam muka..ha..perang dunia..kau menutup muka dengan tuala dan buat bodo tidur dan aku pula muka mencuka drive sepanjang perjalanan...
masa di seremban..aku ngan kau bergaduh sekali lagi..kau ckp bawak la kereta elok2 dan kau suruh aku berehat kalau letih..masalahnya isu tu tak selesai lagi since kita dari kuantan tempoh hari..kau senang suruh aku melupakan masalah tu tapi bukannya menyelesaikan..kita bermasam muka dan akhirnya aku ckp arghh aku nak pulang terus..aku pun memilih highway untuk pulang ke KL..sampai di R&R selepas pekene teh tarik..masing tgh cool down..kita melayan video cam pasal kita tgh berkaraoke..aku dari muka masam terus terketawa terbahak melihat aksi lucu kita berdua tue..kau pun turut sama..kau ckp len kali jgn wat perangai..eleh kau yg mulakan dulu..dan kau mula la mengomel terlepas peluang nak makan chee choo fun di seremban la..berjalan2 di sana la..
Sebenarnya di dalam hatiku ini..aku masih terasa luka..diriku sahaja yg tahu..dan aku pendamkan saja