18 December 2009-20 December 2009
Family gathering
Basuh Kereta,Sate Sotong di KB,Bday Si kembar, Gunting Rambut,Blackout
Aku dah lama meninggalkan dunia blogspot aku gara gara sibuk pada komitment aku..banyak bende kisah hidup aku nak soretkan disini tapi masa yg terhad membuatkan aku lupa seketika..bagi aku disinilah aku nak mencoretkan segalanya berkaitan kisah hidup aku..kenangan,kebahagiaan dan penderitaan aku selepas aku menjejakkan kaki ke usia 28 tahun..walaupun sudah terlewat menjangkaui 4 bulan yg sudah tapi aku perlu menghabiskan sisa sisa blog ini untuk kali terakhir..
18 December 2009 adalah merupakan hari cuti bagi negeri selangor semperna hari keputeraan sultan..kau dari minggu yg sudah puas memujuk aku untuk pulang ke kg pada kali ini..bagi aku tiada masalah..bagi aku family kau adalah merupakan family aku juga dan sebaliknya bagi ko..walaupun tiada ikatan yg sah tapi bagi aku kebahagiaan terpancar apabila aku melihat kau bergembira bersama family ko dan aku diterima sebagai salah seorg ahli keluarga ko..bagi aku kali ini merupakan hari yg berdebar bagi aku kerana kesemua ahli keluarga ko akan muncul termasuk bro aepul,adik perempuan ko dan termasuk adik ko lelaki yg bekerja di danau kota..
Dari mula kau bercerita pasal kisah abg ko yg tangkai jering tu..kau samakan sifat tu dengan aku..dan kau suruh aku pandai bergaul dengan abg ko kerana dari dahulu lagi dia susah untuk menerima org luar termasuk bekas ex ko dahulu..
Petang selepas bekerja..17 december 2009..kau menjemput aku di office..kali ini perjalanan bersama dengan kak zura dan dian..sebelum bertolak kita singgah di ikea membeli karipap kegemaran kau dan aku!kau bancuhkan air teh satu tupperware..Petang tu hujan renyai2..aku rasa sayu dan bahagia nak pulang ke kg pada petang tu..walaupun bukan ahli keluarga aku..
Perjalanan dari mula sampai ke kelantan..kau yg memandu..kau tahu aku keletihan dan aku membenarkan kau memandu..aku begitu kasihankan si dian..gara gara kecekapan pemanduan kau..si dian termuntah banyak kali..nasib baik sempat menyediakan beg kertas ikea dan memberi kepada si anak kecil ini..abis terkeluar sisa makanan dari perutnya..alahai kesiannya melihat budak ni..dah la terlupa bawa bantal dan dia memeluk aku ibarat memeluk bapanya yg tak ikut serta...aku rasa bahagia
Kau memecut laju supaya sampai di kg sebelum pukul 1 pagi..dengan alasan kau rindukan akan masakan mak ko ikan rebus kicap ko tu..malang tidak berbau..semasa di bukit tujuh,pagar sasak..entah tetiba..semasa mendaki bukit..kereta meluru laju memotong tanpa mempedulikan kereta aku ini..cuak gabra dan terkaku apabila kereta di depan tak sempat nak memotong dan nasib baik disebabkan skill pemanduan ko yg cekap..kau mengambil side sebelah jalan yg berbatu mengelak dari berlanggar dgn kereta di hadapan..muka aku masa itu pucat lesi..mengucap byk kali..bersyukur tiada kemalangan menimpa..tapi sepanjang perjalanan tu..kita banyak berhati hati..dan aku juga membebel tak berhenti2 di sepanjang perjalanan pulang tue
Sampai di rumah kelantan,kita menghantar kak zura pulang ke rumah ibunya dan aku dan ko pulang ke rumah family..sampai mandi dan malam tengah malam..keletihan dan tanpa punca aku terus terlelap lena
Tujuan pulang ke kg ini juga adalah untuk kesihatan diri ko..gara gara kau accident selepas membuat onar di terengganu dan meninggalkan aku terkontang kanting masa hari raya haji tempoh hari..aku la yg kau harapkan untuk hantar kau pergi berubat mengurut la..adilkah hidup ini?
18 December 2009
Plan pada pagi itu, aku dan kau nak pergi ke pasar pagi beli barangan dapur untuk family tapi..terjaga lewat dari kebiasaan..bangun saja dari tido aku bersalam dengan abg epul ko..ohh ini rupanya abg yg ko cakapkan tue..bersarapan dan selepas menunaikan solat jumaat bersama adik kau dan anak buah ko..sefamily pergi makan tengah hari
Tiada aktiviti dapat dirancang pada kali ini..tiada air terjun,perkhemahan,santai diluar hanyalah memerap di rumah gara gara musim tengkujuh..hujan yg tak berhenti2..dari semalam lagi..
melepak di rumah dan aktiviti yg mampu dilakukan pun melawat rumah mak sedara ko di bunut susu..yg baru lepas menjalani pembedahan perut..masa inilah banyak soalan diajukan kepada aku..mentang la kerjaya aku yg unik nie..semua bertanyakan soalan mcm mana life di offshore..seronok tak disana...kau pula mengheret aku masuk ke dapur berbual dgn abglong yg baru menamatkan pengajian di UUM..kau minta tolong aku carikan kerja untuk dia nanti...blah2 blah2 dan makcik ko begitu peramah sehinggakan aku lupa yg mereka itu semua bukan darah daging ku sendiri...tambahan pula dari mula aku membuang segala batasan yg ada dan aku menganggap mereka yg berkaitan ngan ko adalah family aku juga..bagi aku situasi sebegini sukar nak dicari..perasaan begini sukar nak dibentuk oleh oleh org yg kau anggap terlalu special kerana bagi aku..family ko adalah family ku juga!
Sotong Bakar di KB
Malam tiada aktiviti yg menarik..hanyalah pergi ke bandar kota bharu..berpelesaran dan menjamah sotong bakar..arghh bandar mati
19 December 2009
Kampen Membasuh kereta dan Bday Si Kembar
Aktiviti membasuh kereta ini melibatkan anak buah ko..kita berdua..mula kereta kita menjadi turn untuk dibasuh dan kemudian beralih kepada kereta si abg epul..kau dari mula mengomel tentang cara pembasuhan aku..kau bising kata di dalam bonet aku penuh dengan sampah sarap la..kayu yg patah..dan cermin kau kata nak digilapkan sehingga tiada kesan sabun..wah bukan main queen control ko nie yer!
Family ko pula sibuk menyediakan makanan untuk majlis hari jadi si kembar tu..mak kau memasak kuah laksam dan abg ko dan si isteri dia pergi ke pasar membeli kek dan barangan dapur..selepas selesai aktiviti membasuh..kita sefamily yg besar makan bersama dan menyambut hari jadi si kembar tu..dengan tiupan lilin dan bacaan doa oleh kakak ipar ko yg merupakan ustazah..majlis berjalan lancar..rasa gembira dan bahagia terpancar dari sinar dan muka kesemua ahli keluarga kau..kau pernah berkata dalam tahun ini kali ini adalah merupakan majlis yg bermakna selepas kematian ayahda kau tu..yg selama ini kau sibuk bersama bekas kau dahulu sehingga kan kau lupa akan family kau yg lain..
20 December 2009
Gunting rambut di wakaf baru,Urusan JPJ si inna,Blackout
Kau mesti ingat dimana perangai aku ini ada masa menjengkelkan..merajuk tak hingat dunia..bila aku nak sesuatu mesti aku tak dapatnya..dan bila turn aku nak gunting rambut tak dapat sejak semalam..aku mulai la melenting dan merajuk tak sudah..mengalahkan kanak2 umur 12 tahun..dan kali ini kau membawa aku gunting rambut di pekan wakaf baru..kedai kepunyaan org siam..anak buah kau sibuk berada di luar melihat keretapi yg lalu lalang..selepas selesai turn aku gunting rambut dan dengan muka selamba kau ckp nak gunting rambut juga..arghh..
Selepas selesai..kau mesti bertanyakan pada adik ko inna tu..cantik tak rambut ko dan kau membandingkan dengan rambut aku..cehh..mestilah dia memuji rambut ko...berjalan sakan la aku seanak beranak kau pergi membeli kuih di pasar..bergembira sakan di dalam kereta dan melalak sepuasnya
Urusan JPJ Si Inna
Letih sebenarnya nak renew lesen ni..dah la lembab..kaunter plak tutup..terpaksa berulang alik byk kali..nak photostat lagi la..arghh tertekan aku dlm kepanasan..dan yg paling menjengkelkan aku dan membuat hati aku panas bila pendedahan oleh anak buah ko yg kau pernah mengajak si Zack tu dtg kerumah family ko masa accident..cukup kecewa aku mendengar pendedahan itu....tambahan dengan semalam yg aku ternampak dua org gambar cukup menyiat yiat hati aku...yg sorang tu aku kenal si Zack dan sorang lagi..entah mungkin gaban..kata kau kawan tapi mengapa ada gambar tu dalam wallet kau..aku cuba untuk mengawal perasaan marah aku!..aku tak nak merosakkan perancangan aku untuk membawa kau pulang bersama family kau itu..menikmati detik kebahagiaan yg dah lama kata kau tidak kecapi walaupun aku terpaksa mengorbankan perasaan aku sendiri..kau mcm kebiasaan minta aku selesaikan urusan JPJ inna tu...kata kau la..walaupun masa itu hati aku begitu parah..tapi memikirkan aku taknak dituduh merosakkan segalanya aku turuti juga
BLACK OUT
Malam tu family kau yg lain dah pulang..termasuk dengan abg epul yg dah pulang terdahulu pada petang tu..yg tinggal hanyalah aku,kau,si inna dan anak buah ko..
entah kenapa keseluruhan kg kau black out!..arghh tertekan..mak kau pula keluar pergi ke rumah sedara kau..dan kau pula pergi ke luar mencari mak ko..aku jugalah yg terpaksa menjaga anak buah kau nie..nasib baik diselamatkan oleh lilin ikea yg dibawa oleh aku didalam kotak yg akhirnya menerangi satu rumah..dan yg seronoknya masa itu la juga aku bermain sorok dgn cara lilin..kau tahu sajalah sifat anak buah ko abg long yg penakut tu!belum apa2 dah masuk ke dalam baju aku..
Masa nak pulang tu..memang cukup sedih..apabila kau mencium tangan ibu kau dan aku pula bersalaman dan memohon maaf sekiranya ada silap..mak kau menyuruh aku dtg lagi..aku cukup gembira dan bahagia bila melihat sinar dari raut wajah kau tu...aku pun pergi ke rumah kak zura menjemput kak zura dan si dian untuk pulang..perjalanan yg memenatkan akhirnya disubuh dinihari aku pula bersiapkan diri untuk ke tempat kerja..arghh badan yg lesu keletihan