Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kisah Silamku: Open Relationship

By Pyromaniac
Open Relationship
Kau begitu menentang idea untuk open relationship..tapi bagi aku itu adalah idea terbaik untuk kita berdua pada masa ini..terlalu banyak berselisih pendapat..kau tidak mengalah dan sebegitu juga aku..masing dengan ego yg tersendiri...dan kau juga cuba menyembunyikan sesuatu dari aku..kau letak password dlm hp kau..gara gara takut ko terkantoi..sebabnya kau tak mampu untuk membuat pilihan...telan mati anak n luah mati bapak..kau terlalu keliru dan tambahan pula kau cuba untuk menjaga hati yg org kau sayangi dan menyayangi ko...aku tahu aku nie datang selepas RF barumu itu dan juga teman yg lain..tapi apabila berkaitan cinta...kau tak boleh untuk mendapatkan kesemuanya sekali..kau harus memilih...aku memang tak nafikan cinta kat ko mcm nak gila tapi kau perlu jujur pada aku....aku banyak kali bagi cadangan..samaada kau anggap aku sebagai sahabat ko,teman baik ko, tak pun sebagai ahli family..tapi kau tak mahu!..
kau sanggup untuk tidak melepaskan aku dan dalam masa sama masih lagi ingin bersama dengan rf mu itu dan teman yg lain..arghhh..kenapa kau takut untuk membuat pilihan..dan apabila aku membuat tindakan sebelah pihak..kau cakap aku mental tak bertempat!dump org sesuka hati!Kau terlalu takut aku pergi sedangkan aku pernah berjanji akan tetap berhubungan walaupun aku nie bukan sebagai kekasih ko lagi..untuk pengetahuan ko sampai sekarang aku masih lagi berhubung dgn ex aku walaupun kita org dah takde apa..aku anggap mcm sahabat yang pernah ada kenangan suka dan duka bersama..walaupun dia cuba untuk rujuk pada aku..tapi aku menolak..aku melayan mcm sahabat aku yg lama sebab aku tetap berpegang pada janji aku..aku masih ingat lagi apabila dia secara rasminya mohon agar aku ngan dia break off..dia begitu jujur mengaku mempunyai org selain dari aku dan juga terpaksa melepaskan aku..pada mulanya aku memang la mental selama beberapa minggu..hidup perlu diteruskan..dan selepas sekian lama berpisah..aku ngan dia tetap contact walaupun dah takde jodoh..satu bende yg aku kagum dengan dia nie..my ex..berani kerana benar..walaupun kebenaran itu ada masa menyakitkan..
Aku hanya berharap kepada satu perkara..jujurlah pada aku..walaupun bende itu terlalu menyakitkan pada mulanya tapi aku pasti segalanya akan berlaku dengan baik..aku tak mahu akhirnya aku dapat tahu atau ternampak depan mata aku sendiri segala penipuan atau kecurangan ko..pasti kesudahan nya yg cukup memeritkan..dan penuh dengan segala dendam tak berkesudahan..
 

KIsah Silamku:Genting with my LOVe

By Pyromaniac
3 11 09
Genting with My love
Arghh cukup tertekan..stress dengan bende yg berlaku ini..aku dan ko berada dalam keadaan terlalu sukar..masing sukar mengalah..ego..untuk mengawal keadaan kau menyaran aku berhenti di bentong untuk mandi dan menunaikan sembyg..ko pula menyegarkan diri ko..kau memberi cadangan untuk makan di bentong..tapi malangnya kedai tutup..dan akhirnya aku ngan ko menuju ke genting..untuk menyejukkan hati yg masing masing tgh panas..arghh genting untuk kali kedua..aku pernah bertanyakan kepada ko siapakah RF itu dihati ko..dan ko ckp..dia nothing..terlalu sukar untuk aku mempercayai selepas membaca sms mu itu..



 

Kisah Silamku: Cinta Oh Cinta membuatku derita

By Pyromaniac
3 11 09

The Legend Resorts

&

Kuantan

Aku tak nafikan aku memang susah nak jatuh cinta..ramai org ckp aku nie kekwat la..berangan bagus..etc ..memilih..tapi sebenarnya tidak..jatuh cinta nie sebenarnya perkara yg cukup subjektive..bukan sebab rupa paras..kaya ke..keturunan etc..entah kenapa aku jatuh cinta denganmu pun aku tak pasti...yg aku tahu satu perkara kau dahulu pernah membuat sesuatu pengorbanan dan kesetiaan yg begitu hebat pada kaca mataku..entah aku tak tahu samaada sekadar fantasi atau kisah dongengan..entah aa aku manusia yg mudah buta sebab cinta...aku tahu kau begitu berusaha untuk berjumpa dengan ku dari KL..datang dari jauh semata mata untuk menjemputku di sini..menunggu ku sebegitu lama...apabila menatap wajahmu aku cukup bahagia..aku teringat kisah dimana nak cari hotel yg cukup selesa kau dan aku berkejaran dari kemaman sampai ke kuantan untuk mencari hotel yg bersesuaian dengan kehendak kita..pilihan aku dan kau ketika itu hanyalah the legend..dan pertama kali aku menerima pemberian dari ko iaitu sepasang cermin mata hitam..kau pernah ckp penting sebab aku nie keje lasak..jadi perlu melindungi mata aku..thanks..aku cukup terharu dan terkejut..


Aku sentiasa akan membawa dirimu kemana jua aku pergi..walaupun dinner bersama clientku...masihkah kau ingat dimana kau pernah nak makan ketam tapi tiada alat untuk mengupasnya..lucu ketika itu..


masihkah kau ingat dimana aku dan kau bergaduh gara gara kau terlewat bangun dari bilikmu itu..dan aku keseorangan berlari lari di tepi pantai membawa diri..aku mengejutkan ko berulang kali..memang aku akui ada wat kesilapan sebegini..manusia


Lepas tu kau buat muka mencuka gara gara aku tak mengejutkan dirimu..terlepas peluang untuk berlari lari di tepi pantai bersamamu..breakfast dan juga mandi di pool bersamamu..arghh..dan dalam masa yg sama hatiku merasa sesuatu yg tidak kene..check hpmu walaupun aku tahu itu adalah kesalahan civil yg paling serius..dan aku pun tahu dahulu semasa di kelantan ko juga pernah melihat pada hpku juga..bagi aku dalam perhubungan ada masanya kita perlu tahu perkembangan pasangan kita tu..kalau aku nampak pelik sgt aku akan check..dan risik..aku tak suka org yg aku syg separuh nak mati tetiba wat onak di belakang aku..aku bukan nya malaikat yg dapat membaca hati org nie..


Ingatkah peristiwa kita bergambar di kala aku tengah hati panas ketika itu apabila aku tahu kau tak jujur padaku..aku sanggup membawa muka yg senyum tapi hati ini..ya allah betapa siksanya..berpura pura menjadi hipokrit..susahnyaa


Aku tak nafikan dengan sifat cemburuku itu banyak membunuh perhubungan ini..tapi kau juga harus sedar sikapmu yg keterlaluan dengan melayan individu tertentu membuatkan aku rasa tidak dihargai langsung..mcm tunggul kayu..walaupun aku berada depan mata mu bukan bererti aku nie mcm pak tunggul..kau silap dalam perhubungan perlu ada give n take!


Bagaimana kita gaduh dengan begitu teruk sekali di sepanjang jalan ke LPT..sampaikan kau dan aku nyaris2 bercerai talak 3 gara gara peristiwa itu..arghh..itu belum lagi nak masuk adegan report2 tue...arghh aku plak dengan emo nak melarikan diri..baguslah dua dua gila dan beremosi


Arghh aku tak lupa dimana kau dan aku berlari di tengah kepanasan mencari kedai spare part kereta untuk menggantikan penutup radiator yg hilang..

kenangan ohh kenangan..pasti apa yg berlaku ini akan menjadi lipatan dalam hidup aku ngan ko kelak














































 

Kisah Silamku:Offshore..lifeku berkecamuk

By Pyromaniac



4 11 09
Offshore Terengganu
Selepas aku di arahkan menyerahkan hpku kepada agents..arghh perasan berkecamuk..lost contact selama seminggu lebih..kau selalu mengatakan benci komunikasi error..tapi masalah ngan kerja aku dan pelbagai bebanan..menyebabkan aku bukan seperti yg kau kehendaki itu..sentiasa berhubung dgnmu ibarat RF mu itu..aku bukannya polis yg mempunyai sepenuh masa untuk dihubungi..aku tahu kau pernah cuba untuk meminta pertolongan RF mu untuk aku mendapatkan kerja sebagai inspector polis supaya aku sentiasa dapat bersamamu..24/7 days..tapi walaupun berusaha segala rezeki datang dari NYA..sepanjang masa aku berada di offshore aku tak lupa membawa gambar kenangan aku dan ko bersama..mendengar lagu melo2 atas katil keseorangan selepas aku habis shift aku..arghh pastinya aku tertido lena..bayangkan aku berada bersama dlm pelukan ko..selama seminggu lebih aku wank..tak sabar rasanya nak balik..nasib baik job aku nie selama seminggu lebih..bayangkan kalau sebulan atau 2 bulan..mati rasanya..tak pasal2 kau pun dah ada org lain masa tu..sebab kau kesunyian..itulah pengorbanan yg terpaksa di lakukan..arghh..aku sentiasa ingin berhubung dgn ko..aku terpaksa mencuri peluang menggunakan email yg terhad di atas bridge dan menggunakan komputer yg biasanya digunakan oleh kapten kapal..menggunakan kuasa pujuk aku akhirnya dpt aku menghantar sekeping email yg mengatakan life aku disini baik dan juga ingin mendengar khabar berita dari ko..bila saja aku menerima email kembali rasanya macam dunia ni aku yg punya..angau yg sungguh menakutkan..setiap hari bermimpi..mimpi yg indah belaka..tapi realitinya..kau telah melakukan sesuatu di belakang pengetahuan aku..mengapa kau sanggup melukakan hatiku ini..aku pergi mencari rezeki dan bukannya aku pi menjalang pun..!!..arghh
 

Kisah Silamku:Holiday Villa & Kisah Offshoreku

By Pyromaniac




3 November 2009
Holiday Villa & Kisah Offshoreku
Aku sanggup meninggalkan peluang untuk naik flight kerana ingin bersamamu..aku dan ko sanggup bersama meredah LPT menemani ku pergi ke Offshore selama seminggu..malam tu hujan begitu lebat..kau dan aku kita sama sama bergilir memandu..kau tidor dibahuku dan begitu juga ko..sesampai sahaja di Kemaman ko dan aku berhenti makan..mengisi perut yg lapar..dari dahulu lagi ko mengomel menginap di hotel nie..kau tak begitu selesa sekali..selepas puas ko membebel..kau melarikan diri dariku..kau pergi ke tepi pantai..mengeluh panjang..aku datang ke arah ko..menemani kau bersama..aku memujuk ko pulang ke bilik..
Pagi hari lagi kau telah menunjukkan respons yg berbeza..kau banyak bercerita pasal kisah ex ko..aku mendengar sahaja sambil breakfast bersamamu..yg aku tahu kau belum dapat melupakan kisah ex mu itu yg kau pernah bersama selama 4 tahun.yg kau sanggup korbankan dirimu untuk si ex mu itu..walaupun aku sedih mendengarnya aku terpaksa menelan apa yg kau nak luahkan..pagi tu aku menerima panggilan telefon dari agent yg menguruskan helikopter aku itu..aku terasa begitu hiba sekali kerana berpisah dengan mu...sedih bila aku tak sempat cium tangan mu time berpisah..arghh..kau pun meluahkan perasaan yg sama..sepanjang perjalanan kau dan aku sentiasa berhubungan..aku sungguh merana apabila terpaksa menyerahkan hp ku itu kepada agent..terputus la segala komunikasi selama seminggu..aku dan ko turut bersedih
 

Kisah Silamku: Zoo Negara bersamamu

By Pyromaniac







24 10 09
Zoo Negara

Ingatkah waktu dimana kau membebel pasal tiket mahal masuk ke sini!dan masing masing keletihan berjalan sekitar zoo nie..ko dan aku share aiskrim black forest yg sama..ko pula suka bergambar...arghh kenangan lagi tercipta

 

Kisah Silamku: Kasih yg berubah

By Pyromaniac
23 10 09
Kasih yang berubah
23 10 09
Vistana Hotel
Kuantan
Kebelakangan ini aku dapat menghidu sesuatu pelik yg berlaku..kau begitu obses dan fanatik dengan dunia online mu itu! ketagih pada pic dirimu sendiri..setiap kali aku melihat folder pada komputer ku pasti akan ku lihat gambar yg pasti kau akan jadikan santapan untuk online kelak..semua kau letak dan jaja..tagged,PR,ym..dan webcam ko..untuk apa aku kurang pasti..tapi untuk menyakitkan ex rf ko itu dan dalam masa yg sama pasti menyakiti aku juga..kenapa kau sanggup merosakkan hati aku gara gara kecurangan oleh ex ko dulu..siapakah aku..sedara ex rf ko kah..dan dalam masa yg sama ko ligat berkenalan dengan membe barumu itu..kerana apa..yg pasti dalam otak benakmu itu anggap ko unsecure dengan ku dan juga mencari seseorg yg iras dengan ex rf ko dulu..kau masih lagi dihantui bayangan silam mu itu..aku masih belum berjaya untuk menghapuskan ingatan mu pada ex rf ko dulu..aku mengeluh kesah..dan aku dapat tau kau telah menjumpai RF barumu itu..seiras dan kau berjanji dengannya untuk hidup bersama bukan dengan ku..aku adalah perantara untuk kau jumpa apa yg kau idam idamkan
Vistana Ohh Vistana
-kerja..pergi site..
-beli karipap,air kelapa,keropok untuk dibawa pulang takut kelaparan
-berkaraoke di kuantan
-makan malam seafood dan air kelapa
-pergi meronda dalam shopping mall berjaya
-makan nasi lemak dan keytiew goreng di kedai kegemaran











 

Kisah Silamku:Love in Sunway

By Pyromaniac
Love in Sunway
22 10 09
Masihkah ko ingat masa kau dan aku bersandar di tepi but kereta ku..berbicara tentang banyak perkara..dan kau mengambil kamera hpmu itu untuk snap gambar kita berdua..terlalu banyak gambar aku bersamamu dan aku tahu kau hanya tahu mengambil gambar tapi tidak menghargainya...sekadar snap n delete..mcm juga cintamu..sayang dan selepas itu buang..gara gara kebosanan kau melayan perangaiku ini..tapi ko tak sedar kerenah mu itu sanggup aku hadapi kerana aku betul cinta kepada dirimu..bukan pada perangai ko itu..adilkah ko buat aku begitu?
 

Kisah Silamku: Interview di Seremban

By Pyromaniac
21 10 09
Interview di Seremban
Aku menerima panggilan telefon dan sms dari mu..ko mengatakan yg kau ada interview last minute..terkejut beruk aku..kau meminta pertolongan dariku untuk menggunakan kereta buat sementara pergi ke sana..tgh hari tu sempat lagi kau makan dengan ku..dan aku begitu rungsing sama ada kau masih sempat untuk sampai di sana..begitu rungsing..aku harap kau akan berjaya dalam interview ini..untuk merubah masa depanmu bersamaku..impian yg akhirnya aku tahu tidak kesampaian
 

Kisah silamku:Aku mr Curiousity

By Pyromaniac
23 10 09
Aku Mr Curiousity
Aku masih menyimpan sms nie dalam mobileku
"i'm sorry but u makes me mad..always..ur curiousity is killing our relationship!!bende xada issue u raise it up..ada je yg xkene"
23 10 09 00:50
kenapa kau begitu takut akan sikap curiosity ku ini...kau pernah menyamakan aku dengan polis..sehingga pernah seketika kau apply job inspektor polis gara gara kau kata aku mempunyai level curiousity yg cukup tinggi..mana kan tidak..apabila semakin banyak aku terbaca..terselongkar dan segala tindak tanduk ko yg semakin mencurigakan..ko ingat aku sengaja belek2 laptop aku tue..mendengar perbualan mu itu..melihat kau begitu happy dan rancak berbual dengan teman mesra mu itu..bersms mcm nak rak..dan ko katakan itu adalah habit bagi dirimu..dan aku ko tolak ketepi..ko biarkan aku terpingga pingga seorg diri sedangkan aku berada didepan mata mu..adilkah ko buat aku begitu! sedangkan sepenuh masa aku melayan ko dengan yg terbaik walaupun ada masa aku tahu kesilapan dan kelemahan aku yg menjengkelkan dengan perasaan cemburu ku itu..kalau aku tak cemburu maknanya aku tak cinta..dan semakin lama aku menyedari kau mempergunakan segala kelemahan aku untuk ko explotasi sepenuhnya bagi memenuhi hasrat liarmu itu dan membalas dendam keatas ex RF ko dulu..aku hanya alatan mainan bagimu
 

Kisah Silamku:Menyelamatkan maruahMU!

By Pyromaniac
13 10 09
Menyelamatkan Maruahmu yg telah tercalar
Segala beban pada dirimu adalah beban pada diriku juga..masalah..tekanan..penderitaan hidup aku sanggup untuk berkongsi bersama..dan apabila melibatkan maruah mu yg akan tercalar..aku lagi tercabar untuk membetulkannya..walaupun aku tahu pengorbanan yg besar terpaksa aku lakukan..
Pagi subuh hari tu..kau telah mengejutkan aku dari tidur dengan berita sedara housemate mu itu ketinggalan flight gara gara ko lupa untuk beritahu kepadanya tentang status flight tu..kau menelefon kawanmu itu..dan masa itu kawan mu itu pun secara tak sengaja menggunakan duit yg kau bagi utk membeli tiket tu..arghh untuk menutup aib ini..aku pun terlibat sama dalam hal ini..aku tak suka maruah org yg aku sayangi ini tercalar..petang selepas aku pulang dari kerja..aku bergegas pergi kerumah mu online membeli tiket..tapi tak berjaya..puas aku pergi ke sana sini..pergi ke bank tapi tidak berjaya membeli tiket dalam masa kurang 24 jam..aku juga terpaksa berlari lari mengejar waktu pergi ke kl sentral bersama temanku..berlari lari dan buat muka tak malu untuk membantumu...argh betapa siksa dan sengsaranya aku pada masa itu..dan yg ko tahu hanyalah marah kepada aku kerana tak membawa ko bersama dan juga tidak memberitahu sebarang kegiatan aku..dan kini kau dengan selamba merosakkan segala pengorbanan aku kerana kau telah menjumpai cinta barumu itu yg seakan sama dengan cinta lamamu itu..adilkah ko melayan perasaan aku sebegitu?sampai kehari ini aku masih menyimpan keratan sms yg dihantar olehmu sebagai bukti kejujuran ko padaku
"maaf mnyusahkan byk bende..malu rasanya.sungguh aib diri ni..pas nie xnak dah ada bende mcm nie..ini last..malam ini last"
13 10 09 21:30
"drive safely mlm2 nih..ampun maaf mnyusahkan ayg..malu dn aibnya diri ini..smpi umah nt,tlg sms bgtau..pls forgive me+thanks for everything.im reall appreciate"
13 10 09 22:35
Bagi ku kau hanya pandai bermain kata kata manismu menerusi sms dan aku tak nampak sebarang kesungguhan pada dirimu untuk mencintai aku..kau hanya pandai berjanji..janji tinggal janji
 

Kisah Silamku:Pulang dengan Seribu harapan..cont

By Pyromaniac

12 10 09

Pulang dengan seribu harapan

Part 2

Hari ini adalah hari kedua aku menginap di rumah family mu..pepagi hari lagi...aku ngan ko membonceng motor membeli juadah untuk bersarapan di bandar pasir mas, selepas singgah seketika membeli di gerai kegemaran mu iaitu nasi bungkus yg terletak berdekatan dengan landasan keretapi..sempat juga ko dah aku pergi membeli beberapa bungkus plastic kecil kuih muih dan manisan utk aku bawa pulang kepada familyku nanti..sebelum pulang ko mahu melawat sedara mu itu memberi kuih yg kita beli bersama dan juga berborak rancak dengan pakcik ko yg baru membina rumah baru di tepi sawah padi..arghh sungguh tenang keadaan pada masa itu.. ko juga tidak menghampakan aku dengan mengajak aku melawat tempat menarik di area rumah mu itu iaitu kuil siam yg terletak di palekbang..walaupun tempat itu bagiku biasa sahaja tapi kenangan telah tercipta disitu..untuk aku abadikan antara ko dan aku..

Selepas selesai makan tgh hari dirumah mu..kita pun beredar menuju ke bengkel untuk mencuci tangki air dan juga membeli bateri van untuk adikmu itu..hatiku sungguh lega apabila kereta ku ini tiada masalah lagi..tenang pada kali ini

kenangan ohh kenangan..mengapa dengan mudah ko rosakkan segalanya..aku dan ko pasti terkenang di mana kita memandu merentasi belukar..sawah padi di bachok..permandangan menarik di gunung dan melintasi sungai di area tok bali..

kenangan ohh kenangan..tidak lupakah ko dimana kita bersama makan ikan goreng dan sotong goreng tepung bersama..di area besut..aku dengan hati gembira dapat melihat dirimu itu tidur nyenyak disebelah bahuku..

Sesampai sahaja di Kuala terengganu..kau terjaga dari tidurmu..dan yg aku tahu kau pasti akan teringat pasal kisah ex mu itu..sebagai anggota polis..apabila aku lalu di hadapan balai polis kuala terengganu..aku dapat melihat riak mukamu itu walaupun ko cuba untuk menyembunyikannya..

kenangan ohh kenangan.masih ingatkah ko lagi apabila kita bersama berjalan di atas pasir merakamkan detik indah ini..merakamkan segalanya di dalam kamera dan ko tak sabar sabar untuk melihatnya di dalam komputer semasa makan di restoran A&w..Masa itu juga kau berharap agar dapat menaiki motor besar bersama walaupun time tu kita tua nanti..

kenangan oh kenangan..masih lagi ko ingat apabila kita bergambar di hadapan istana maziah..dan ko perli aku sikit2 bergambar dengan jaket warna biru itu..

kenangan ohh kenangan..ingatkah lagi masa dimana kita berhenti rehat di tepi masjid..membersihkan diri dan melegakan urat saraf yg terhenti

Kenangan ohh kenangan ..ingatkah kita apabila aku cukup melenting apabila ko cuba wat lawak dengan mengatakan ayat caring ko kepada mamat cina tue..dgn alasan teman lamamu..aku dan ko berada dalam zone emosi..arghh..sampaikan ko malas nak temankan aku makan pada malam itu

kenangan ohh kenangan ingatkah ko lagi apabila kita berhenti di persisiran tebing sungai kuantan

Kenangan ohh kenangan..ingatkah ko lagi apabila kereta ku banyak kali meragam di LPT..3 kali aku berhenti..dan aku rindu memerhatikan wajahmu itu apabila ko tidor di sisi aku..

Walaupun kita tidak bersama kelak disebabkan kau terlalu mengejar cita cita liarmu itu..kenangan itu akan bersama sehingga ke akhir hayat kita kelak..walaupun pahit utk aku mengingatinya dan bagimu kenangan ini hanyalah sampah kerana ko sanggup mendustakan aku..arghh